• Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara


  •   
  • FileName: JENIS-JENIS_DAN_TATACARA_PAKAIAN_JABATAN_PENJARA.pdf [read-online]
    • Abstract: Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan PenjaraBAHAGIAN A1. PENDAHULUAN1.1 KuasaManual Pakaian Seragam Jabatan Penjara Malaysia ini adalah dokumenrasmi berhubung pakaian-pakaian seragam yang diluluskan untuk dipakai

Download the ebook

Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
BAHAGIAN A
1. PENDAHULUAN
1.1 Kuasa
Manual Pakaian Seragam Jabatan Penjara Malaysia ini adalah dokumen
rasmi berhubung pakaian-pakaian seragam yang diluluskan untuk dipakai
oleh pegawai penjara. Reka bentuk, jenis kain dan cara pemakaian adalah
sepertimana yang diluluskan oleh Jawatankuasa Protokol Dan Pakaian
Seragam, Jabatan Penjara Malaysia. Sebarang perubahan atau modifikasi
kepada pakaian-pakaian tersebut adalah dilarang melainkan yang diluluskan
mengikut arahan pindaan oleh Jawatankuasa.
1.2 Tujuan
Manual ini bertujuan:
1.2.1 Menetapkan jenis, spesifikasi, pangkat, peralatan serta
aksesori pakaian seragam pegawai penjara;
1.2.2 Menetapkan peraturan pemakaian pakaian seragam bagi
semua kategori pegawai penjara.
1.3 Pelaksanaan Manual
Manual ini merupakan garis panduan yang dijadikan rujukan utama kepada
semua kategori pegawai penjara berhubung pemakaian pakaian seragam
selaras dengan seksyen 2(1), Akta Penjara 1995:
“Pegawai Penjara” ertinya seseorang kakitangan berpakaian seragam
jabatan penjara daripada dan termasuklah pangkat Ketua Pengarah Penjara
ke bawah sehingga dan termasuklah seorang wadar;
Manual ini dikeluarkan sejajar dengan beberapa pindaan dan perubahan
warna serta reka bentuk pakaian seragam Jabatan Penjara Malaysia. Tarikh
pemakaian pakaian seragam yang terkandung dalam manual ini adalah
berkuatkuasa serta merta.
Jabatan Penjara Malaysia 1
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
1.4 Ringkasan Manual
Manual ini menerangkan tentang peraturan pemakaian pakaian seragam
pegawai penjara merangkumi tugas-tugas harian dan majlis-majlis rasmi.
1.5 Interprestasi Manual
Sekiranya terdapat kekeliruan dalam mentafsir manual ini, ia hendaklah
dirujuk kepada Pengarah Sumber Manusia, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
1.6 Variasi Kepada Manual
Sebarang cadangan bagi pengubahsuaian atau penambahbaikan ke atas
teks yang terkandung dalam manual ini hendaklah dimajukan secara bertulis
kepada Pengarah Sumber Manusia, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Setiap perubahan kepada manual ini akan diumumkan dari semasa ke
semasa dan tarikh kuatkuasa pemakaian pakaian seragam baru atau yang
dibuat pengubahsuaian atau penambahbaikan, akan diumum selaras dengan
perubahan kepada manual ini. Adalah menjadi tanggungjawab kepada
semua pegawai penjara mematuhi peraturan yang terkandung dalam manual
ini.
Dengan terbitnya manual ini, semua arahan atau pekeliling yang merujuk
kepada pakaian seragam yang terkandung di dalam manual sebelum ini
adalah terbatal. Semua pihak dikehendaki mengambil maklum dan tindakan
sewajarnya.
2. KANUN DAN AKTA YANG BERKAITAN DENGAN KESALAHAN-
KESALAHAN TERHADAP PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM
JABATAN PENJARA MALAYSIA
2.1 AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)
Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan
Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis.
Jabatan Penjara Malaysia 2
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli,
menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam
Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau
angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja
Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-
lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis,
atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau
Singapura atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Angkatan Tentera
pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau
untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa yang memiliki
atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain
barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan
seperti di atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang
memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda
yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi
enam minggu atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25, Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak DiBenarkan.
Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya
pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana
angkatan bersenjata Malaysia atau mana-mana tentera tempatan atau
angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura
atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apa-
apa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana
pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu
atau apa-apa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh
dikenakan tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian
seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucuthak:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh
menjelaskan pemakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa
pertunjukan pentas.
Jabatan Penjara Malaysia 3
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
2.2 AKTA RAHSIA RASMI 1972 (AKTA 88)
Seksyen 9(1) Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa.
Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain supaya
dapat masuk ke suatu tempat larangan melalui sesuatu yang lain
daripada tempat masuk yang dibenarkan atau bagi maksud mendapat
masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya dapat masuk, ke
sesuatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang
memudaratkan kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia:
(a) Menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa
uniform tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau apa-apa
uniform rasmi yang lain atau apa-apa uniform yang hampir-hampir
serupa dengannya hingga mungkin memperdayakan, atau dengan
palsunya merupakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah
berhak menggunakan atau memakai mana-mana uniform;.
Maka dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum
dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama
tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Jabatan Penjara Malaysia 4
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
BAHAGIAN B
3. DEFINISI / ISTILAH
3.1 Pegawai Penjara
Mengikut seksyen 2 (1), Akta Penjara 1995 :
“Pegawai Penjara” ertinya seorang kakitangan berpakaian
seragam jabatan penjara daripada dan termasuklah pangkat
Ketua Pengarah Penjara ke bawah sehingga dan termasuklah
seorang wadar;
3.2 Pegawai Kanan Penjara
Pegawai Kanan Penjara adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama, subseksyen 10 (3), Akta Penjara 1995 :
Ketua Pengarah Penjara
Timbalan Ketua Pengarah Penjara
Pengarah Penjara
Penguasa Kanan Penjara
Penguasa Penjara
Timbalan Penguasa Penjara
Penolong Penguasa Penjara
Inspektor Penjara
3.3 Pegawai Rendah Penjara
Mengikut seksyen 2 (1), Akta Penjara 1995:
“Pegawai Rendah Penjara” ertinya seorang pegawai penjara
daripada apa-apa pangkat dan termasuklah seseorang Sub-
Inspektor Penjara ke bawah sehingga dan termasuklah seseorang
Wadar;
Jabatan Penjara Malaysia 5
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
Dan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama,
subseksyen 10 (3), Akta Penjara 1995 :
Sub-Inspektor Penjara
Sarjan Mejar Penjara
Sarjan Penjara
Koperal Penjara
Wadar
Jabatan Penjara Malaysia 6
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
BAHAGIAN C
4. POLISI AM PAKAIAN SERAGAM
4.1 Am
Bahagian ini menerangkan polisi-polisi am berhubung tanggungjawab dan
kelayakan berpakaian seragam.
4.2 Keseragaman Dan Tanggungjawab Berpakaian
4.2.1 Pengekalan keseragaman pakaian seragam dapat
mewujudkan keyakinan dan ketrampilan diri seseorang
pegawai penjara.
4.2.2 Pakaian seragam hendaklah sentiasa kemas dan menarik bagi
menonjolkan keseragamannya semasa bertugas.
4.2.3 Pegawai penjara dikehendaki melengkapkan diri dengan
pakaian yang dinyatakan dan mematuhi setiap arahan yang
terkandung dalam manual ini.
4.2.4 Pegawai atasan hendaklah mempastikan keseragaman
pakaian seragam pegawainya dan ia hendaklah sentiasa
berkualiti.
4.3 Penyelenggaraan Pakaian Seragam
Pakaian seragam hendaklah sentiasa kemas dan dalam keadaan boleh dipakai
untuk bertugas. Sebarang kehilangan, kerosakan atau gantian pakaian atau
aksesori hendaklah dilaporkan kepada unit logistik institusi penjara masing-
masing.
4.4 Kelayakan Mendapatkan Pakaian Seragam Serta Aksesori
Seksyen 18, Akta Penjara 1995 memberi kuasa kepada pegawai penjara untuk
mendapatkan bekalan pakaian seragam dan kelengkapan sebagaimana yang
Jabatan Penjara Malaysia 7
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
ditetapkan oleh Ketua Pengarah Penjara bagi memastikan pelaksanaan tugas
dijalankan dengan cekap.
“Seseorang pegawai penjara hendaklah diberikan apa-apa senjata,
kelengkapan, pakaian seragam dan pelengkapan lain sebagaimana yang
ditetapkan oleh Ketua Pengarah sebagai perlu bagi pelaksanaan tugasnya
dengan cekap.”
Di antara kelengkapan pakaian seragam yang dibekalkan kepada pegawai
penjara termasuk:
i) Pakaian/kelengkapan tugas am
ii) Pakaian/kelengkapan majlis rasmi
iii) Pakaian/kelengkapan tugas luar
iv) Pakaian/kelengkapan tugas khas
Bekalan kain serta aksesori untuk pakaian seragam bagi pegawai penjara adalah
disediakan oleh Unit Logistik Jabatan Penjara Malaysia. Elaun Pakaian diberi
kepada pegawai yang berkelayakan untuk membeli pakaian seragam yang tidak
dibekalkan oleh Jabatan.
4.5 Reka Bentuk Pakaian Seragam Yang Sah
Sebarang perubahan kepada reka bentuk pakaian seragam yang asal dan sah
adalah tidak dibenarkan.
4.6 Sukatan Pakaian Seragam
Pegawai penjara adalah dilengkapkan dengan pakaian seragam mengikut
sukatan pakaian yang diluluskan oleh Jawatankuasa Protokol Dan Pakaian
Seragam Jabatan Penjara Malaysia.
4.7 Kelengkapan Pakaian Yang Tidak Sah
Kelengkapan pakaian yang tidak sah (termasuk pangkat, pingat, pita riben,
aksesori atau lain-lain simbol yang bukan milik Jabatan Penjara) yang dipasang
Jabatan Penjara Malaysia 8
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
pada pakaian dan tidak mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah Penjara tidak
boleh dipakai oleh pegawai penjara.
4.8 Pemakaian Barang Kemas
4.8.1 Apabila berpakaian seragam, pegawai penjara tidak
dibenarkan memakai subang, gelang, rantai atau lain-lain
barang kemas. Walau bagaimanapun pegawai penjara wanita
dibenarkan memakai cincin yang tidak melebihi daripada tiga
bentuk dan tidak melebihi dua bentuk bagi pegawai penjara
lelaki.
4.8.2 Pegawai penjara wanita dibenarkan memakai sebutir
kerongsang (brooch) sebagai optional item dengan Mess Dress
di sebelah kanan kolar.
4.9 Pakaian Kepala Semasa Berpakaian Seragam
Pakaian kepala mengikut jenis pakaian yang dipakai mestilah sentiasa dipakai
semasa bertugas atau semasa dalam kenderaan Jabatan atau kenderaan
persendirian atau awam ketika memasuki mana-mana kawasan penjara. Semua
pegawai penjara dimestikan memakai pakaian kepala di semua tempat bertugas
kecuali di dalam bangunan berbumbung atau apabila mendapat kebenaran dari
pegawai atasan.
4.10 Topi Keselamatan
Topi keledar keselamatan (civilian pattern) wajib dipakai oleh pegawai penjara
apabila menunggang atau membonceng motosikal semasa berpakaian seragam.
Adalah disyorkan anggota menggunakan topi keselamatan berwarna putih atau
cerah. Pakaian kepala yang berkenaan dengan pakaian seragam yang dipakai
mestilah dibawa bersama.
4.11 Pemakaian Pakaian Seragam Yang Dilarang
4.11.1 Pegawai Penjara dilarang memakai pakaian seragam apabila
mengambil bahagian di dalam sebarang perbarisan awam
kecuali mendapat kebenaran daripada Ibu Pejabat Penjara
Malaysia. Ini tidak termasuk perbarisan melibatkan pegawai
Jabatan Penjara Malaysia 9
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
penjara seperti kawalan kehormat atau perbarisan Hari
Kebangsaan.
4.11.2 Pegawai penjara dilarang memakai sebarang kelengkapan
pakaian seragam atau mencampuradukkan pakaian seragam
dengan pakaian awam.
4.12 Pemakaian Pakaian Seragam Di Tempat Awam
Pemakaian pakaian seragam di tempat awam (public), kecuali yang dinyatakan
di perenggan 4.11.1 dan 4.11.2 di atas adalah atas pilihan seseorang. Misalnya
semasa perjalanan ke tempat tugas atau ke tempat lain di luar kawasan penjara
semasa bertugas atau ke tempat majlis rasmi yang mana menghadapi kesulitan
untuk menukar pakaian semasa ketibaan.
4.13 Buah Pingat, Pita Pingat (Ribbon) Dan Lencana Kepujian
Pingat hanya dibenar dipakai oleh mereka yang berhak sahaja bersama pakaian
seragam seperti berikut:
4.13.1 Buah Pingat (Besar)
- Pakaian No 1 (Pakaian Istiadat)
4.13.2 Buah Pingat (Miniature)
- Pakaian No 6 (Mess Dress)
4.13.3 Pita Pingat (Ribbon)
- Pakaian No 8 (Khidmat)
- Pakaian No 3 (Kerja)
4.13.4 Lencana Kepujian
- Pakaian No 1 (Pakaian Istiadat)
- Pakaian No 8 (Khidmat)
- Pakaian No 6 (Mess Dress)
- Pakaian No 3 (Kerja)
Buah pingat, pita pingat dan lencana kepujian hendaklah dipakai dari jenis bahan
yang asli (genuine). Penggunaan lain-lain bahan yang menyerupai peralatan-
peralatan tersebut (contohnya dari bahan plastik) adalah dilarang.
Jabatan Penjara Malaysia 10
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
4.14 Pakaian Awam Semasa Berkursus
Pegawai penjara yang dihantar mengikuti kursus di institusi awam atau swasta di
dalam atau di luar negara dibenarkan memakai pakaian awam mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
4.15 Beg Galas Dan Pouch
Pegawai penjara dilarang memakai beg galas atau pouch semasa berpakaian
seragam.
4.16 Cermin Mata Hitam
Pemakaian cermin mata hitam adalah dilarang sama sekali semasa berpakaian
seragam dalam apa jua keadaan sama ada semasa bertugas, menghadiri majlis-
majlis rasmi, perbarisan atau semasa di luar tugas kecuali bagi mereka yang
mendapat kelulusan daripada pegawai perubatan atas sebab-sebab kesihatan
atau semasa memandu atau berada dalam kenderaan.
4.17 Butang Ketip
Semua poket jaket/baju pakaian seragam hendaklah dipasang dengan butang
ketip (press stud). Ini bagi mengemaskan penutup poket agar tidak terjongkit.
Jabatan Penjara Malaysia 11
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
SENARAI EDARAN
BAHAGIAN / UNIT / INSTITUSI NO.SALINAN
IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA
Pejabat Ketua Pengarah Penjara 01
Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Penjara 02
Pejabat Pengarah Keselamatan 03
Pejabat Pengarah Pemulihan Dan Rawatan 04
Pejabat Pengarah Sumber Manusia 05
Pejabat Pengarah Pengurusan 06
Pejabat Pengarah Pembangunan Dan Logistik 07
Pejabat Ketua Unit Audit Dalaman 08
Pejabat Ketua Unit Sistem Maklumat 09
Pejabat Ketua Unit Logistik 10
Pejabat Ketua Unit Sekretariat 11
IBU PEJABAT PENJARA NEGERI
Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak 12
Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah 13
PENJARA
Pejabat Pengarah Penjara Simpang Rengam, Johor 14
Pejabat Pengarah Penjara Kajang, Selangor 15
Pejabat Pengarah Penjara Banda Hilir, Melaka 16
Pejabat Pengarah Penjara Wanita Kajang, Selangor 17
Pejabat Pengarah Penjara Pulau Pinang 18
Pejabat Pengarah Penjara Sungai Petani, Kedah 19
Pejabat Pengarah Penjara Alor Setar, Kedah 20
Pejabat Pengarah Penjara Taiping, Perak 21
Pejabat Pengarah Penjara Seremban, Negeri Sembilan 22
Pejabat Pengarah Penjara Muar, Johor 23
Pejabat Pengarah Penjara Kluang , Johor 24
Pejabat Pengarah Penjara Penor, Pahang 25
Jabatan Penjara Malaysia 12
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
Pejabat Pengarah Penjara Marang, Terengganu 26
Pejabat Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan 27
Pejabat Pengarah Penjara Sri Aman, Sarawak 28
Pejabat Pengarah Penjara Sibu, Sarawak 29
Pejabat Pengarah Penjara Miri, Sarawak 30
Pejabat Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah 31
Pejabat Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah 32
Pejabat Pengarah Penjara Tapah, Perak 33
Pejabat Pengarah Penjara Limbang, Sarawak 34
Pejabat Pengarah Penjara Kota Kinabalu, Sabah 35
Pejabat Pengarah Penjara Sungai Buloh, Selangor 36
Pejabat Pengarah Penjara Sandakan, Sabah 37
Pejabat Pengarah Penjara Kuching, Sarawak 38
Pejabat Pengarah Dusun Dato’ Murad, Ayer Keroh, Melaka 39
Pejabat Pengarah Penjara Tawau, Sabah 40
AKADEMI KOREKSIONAL, JABATAN PENJARA MALAYSIA, LANGKAWI
Pejabat Pengarah 41
Perpustakaan 42
MAKTAB PENJARA MALAYSIA, KAJANG
Pejabat Komandan 43
Perpustakaan 44
PUSAT LATIHAN PEGAWAI PENJARA, TAIPING
Pejabat Komandan 45
Perpustakaan 46
TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN
Pejabat Pengarah TTP Kamunting, Perak 47
Jabatan Penjara Malaysia 13
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PUSAT PEMULIHAN AKHLAK
Pejabat Pengarah PPA Batu Gajah, Perak 48
INSTITUT PEMULIHAN DADAH
Pejabat Pengarah IPD Jelebu, Negeri Sembilan 49
SEKOLAH HENRY GURNEY
Pejabat Pengarah SHG Telok Mas, Melaka 50
Pejabat Pengarah SHG Keningau, Sabah 51
DEPOT TAHANAN PENDATANG ASING TANPA IZIN
Pejabat Komandan Depot PATI Semunja, Sarawak 52
Pejabat Komandan Depot PATI Langkap, Perak 53
Pejabat Komandan Depot PATI Tanah Merah, Kelantan 54
Pejabat Komandan Depot PATI Belantik, Kedah 55
Pejabat Komandan Depot PATI Juru, Pulau Pinang 56
Pejabat Komandan Depot PATI Ajil, Terengganu 57
Pejabat Komandan Depot PATI Semenyih, Selangor 58
Pejabat Komandan Depot PATI Machap Umboo, Melaka 59
Pejabat Komandan Depot PATI Pekan Nenas, Johor 60
Pejabat Komandan Depot PATI Lenggeng, Negeri Sembilan 61
Pejabat Komandan Depot PATI Kemayan, Pahang 62
Jabatan Penjara Malaysia 14
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
BAHAGIAN D
JENIS - JENIS DAN TATACARA PAKAIAN JABATAN PENJARA
PAKAIAN NOMBOR 1 (ISTIADAT) PEGAWAI KANAN LELAKI
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 1 (Istiadat) Pegawai Kanan Lelaki
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai apabila terlibat di dalam sesuatu acara istiadat sama ada
di peringkat Jabatan Penjara, Negeri mahupun Persekutuan. Acara acara
yang memerlukan pakaian ini dipakai adalah seperti berikut:
a. Istiadat Penganugerahan Pingat, Bintang, dan Darjah Kebesaran.
b. Perbarisan-perbarisan istiadat dan lain-lain acara yang menetapkan
pakaian ini dipakai.
Jabatan Penjara Malaysia 15
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 1 (ISTIADAT) PEGAWAI KANAN WANITA
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 1 (Istiadat) Pegawai Kanan Wanita
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai apabila terlibat di dalam sesuatu acara istiadat sama ada
di peringkat Jabatan Penjara, Negeri mahupun Persekutuan. Acara acara
yang memerlukan pakaian ini dipakai adalah seperti berikut:
a. Istiadat Penganugerahan Pingat, Bintang, dan Darjah Kebesaran.
b. Perbarisan-perbarisan istiadat dan lain-lain acara yang menetapkan
pakaian ini dipakai.
Jabatan Penjara Malaysia 16
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
KAEDAH PEMAKAIAN PAKAIAN NOMBOR 1 (ISTIADAT) PEGAWAI KANAN
Pakaian Nombor 1 bagi pegawai kanan penjara adalah seperti berikut:
1. Jenis Fabrik dan Warna
Material: Fabrik terrylene warna putih
2. Pakaian Kepala
Songkok bewarna hijau tua.
Lencana Penjara diperbuat dari silver wire embroidery dan disulam di atas
kain felt warna hitam dipakai oleh semua pengawai kanan, Sub-Inspektor
dan Sarjan Mejar dan Lencana Penjara (logam berkerom warna perak
dengan pelapik warna hijau tua) dipakai oleh sarjan, koperal dan wadar.
Silver Line mengelilingi bahagian songkok dan berada di tengah songkok
mengikut pangkat.
Pegawai penjara lelaki bangsa Sikh memakai sarban warna putih dengan
Lencana Penjara diperbuat dari silver wire embroidery dan disulam di atas
kain felt warna hitam.
Pegawai penjara wanita yang bertudung memakai kain tudung berwarna
putih.
Pegawai penjara wanita memakai Peak Cap warna hitam beserta
Lencana Penjara diperbuat dari silver wire embroidery dan disulam di atas
kain felt warna hitam. Bahagian Peak dipasang laurel berbentuk Daun
Oak atau Braid warna perak mengikut pangkat dan jika bertudung
memakai kain tudung berwarna putih.
Jabatan Penjara Malaysia 17
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
3. Baju
Baju berwarna putih berpotongan jaket berlengan panjang.
Leher Cekak Musang yang bercakuk.
Enam butang besar Logo Penjara bagi pegawai kanan atau empat butang
besar Logo Penjara bagi pegawai rendah yang dipakai di hadapan dan
satu butang kecil Logo Penjara di setiap poket.
Berlengan panjang dan dipasang tiga butang kecil Logo Penjara di kiri dan
kanan hujung lengan baju.
Miniature badge, collar cord dan gorget dipakai di kiri dan kanan kolar baju
mengikut pangkat.
Epaulette atau shoulder cord dan tali siti atau aguillette dipakai mengikut
pangkat.
Medal atau pingat dipakai di dada atas poket baju di sebelah kiri.
4. Seluar
Seluar panjang berwarna hitam bagi pegawai kanan, Sub-Inspektor dan
Sarjan Mejar lelaki dan wanita yang mempunyai jalur berwarna hijau atau
putih di kiri dan kanan seluar mengikut pangkat.
5. Sarung Tangan
• Sarung tangan berwarna putih.
6. Tali Pinggang
Pegawai kanan, Sub-Inspektor dan Sarjan Mejar (lelaki) dan pegawai
wanita semua kategori tidak memakai tali pinggang.
Jabatan Penjara Malaysia 18
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
7. Set Pedang
Dipakai oleh pegawai kanan berpangkat Timbalan Penguasa dan ke atas.
8. Kasut
Kasut Half Wellington warna hitam (berzip) untuk pegawai kanan lelaki.
Kasut jenis slip-on bagi pegawai wanita.
9. Stokin
Stokin warna hitam (plain).
Jabatan Penjara Malaysia 19
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 1 (ISTIADAT) PEGAWAI RENDAH LELAKI
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 1 (Istiadat) Pegawai Rendah
Lelaki
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai apabila terlibat di dalam sesuatu acara istiadat sama ada
di peringkat Jabatan Penjara, Negeri mahupun Persekutuan. Acara acara
yang memerlukan pakaian ini dipakai adalah seperti berikut :
a. Perbarisan tamat latihan, sebagai pemandu semasa sesuatu acara
istiadat, upacara pecah bendera lawatan SPB YDP Agong dan Raja
Permaisuri Agong, DYMM Sultan/Raja-Raja dan DYMM Sultanah/Raja
Perempuan, TYT Yang di-Pertua Negeri dan isteri.
b. Perbarisan-perbarisan istiadat dan lain-lain acara yang menetapkan
pakaian ini dipakai.
Jabatan Penjara Malaysia 20
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 1 (ISTIADAT) PEGAWAI RENDAH WANITA
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 1 (Istiadat) Pegawai Rendah
Wanita
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai apabila terlibat di dalam sesuatu acara istiadat sama ada
di peringkat Jabatan Penjara, Negeri mahupun Persekutuan. Acara acara
yang memerlukan pakaian ini dipakai adalah seperti berikut :
a. Perbarisan tamat latihan, perbarisan-perbarisan istiadat dan lain-lain
acara yang menetapkan pakaian ini dipakai.
Jabatan Penjara Malaysia 21
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN MUFTI PEGAWAI RENDAH LELAKI
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Mufti Pegawai Rendah Lelaki
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai apabila terlibat di dalam sesuatu acara istiadat sama ada
di peringkat Jabatan Penjara, Negeri mahupun Persekutuan. Acara acara
yang memerlukan pakaian ini dipakai adalah seperti berikut :
a. Perbarisan kehormatan penuh, perbarisan kehormatan setengah dan
kawalan suku (Quarter Guard).
b. Perbarisan-perbarisan istiadat dan lain-lain acara yang menetapkan
pakaian ini dipakai.
Jabatan Penjara Malaysia 22
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
KAEDAH PEMAKAIAN PAKAIAN NOMBOR 1 (ISTIADAT) PEGAWAI RENDAH
Pakaian Nombor 1 bagi pegawai rendah penjara adalah seperti berikut:
1. Jenis Fabrik dan Warna
Material: Fabrik terrylene warna putih bagi baju dan fabric terrylene warna
hitam untuk seluar.
2. Pakaian Kepala
Peak Cap berwarna hitam dipasang lencana penjara logam (tidak berlapik)
di bahagian hadapan cap.
Pegawai penjara lelaki bangsa Sikh memakai sarban warna hitam dengan
Lencana Penjara logam (tidak berlapik) di bahagian hadapan.
Pegawai penjara wanita yang bertudung memakai kain tudung berwarna
putih.
3. Baju
Baju berwarna putih berpotongan jaket berlengan panjang.
Leher Cekak Musang yang bercakuk.
Enam butang besar Logo Penjara yang dipakai di hadapan dan satu
butang kecil Logo Penjara di setiap poket.
Berlengan panjang dan dipasang tiga butang kecil Logo Penjara di kiri dan
kanan hujung lengan baju.
Miniature badge dipakai di kiri dan kanan kolar baju.
Jabatan Penjara Malaysia 23
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
Epaulette atau shoulder cord dan tali siti atau aguillette berwarna hitam.
Medal atau pingat dipakai di dada atas poket baju di sebelah kiri.
4. Seluar
Seluar panjang bewarna hitam yang mempunyai jalur berwarna ungu
(purple) dan perak di kiri dan kanan seluar.
5. Sarung Tangan
▪ Sarung tangan berwarna putih.
6. Tali Pinggang
Tali pinggang kulit berwarna hitam (5 sm lebar) dengan buckle berkerom
warna perak dan Logo Penjara warna emas.
7. Kasut
Kasut Half Wellington warna hitam (berzip).
But ankle kulit warna hitam (Bertali) untuk pegawai rendah lelaki.
Kasut jenis slip-on bagi pegawai wanita.
8. Stokin
Stokin warna hitam (plain).
.
Jabatan Penjara Malaysia 24
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 2 (BUSH JAKET) PEGAWAI KANAN LELAKI
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 2 (Bush Jaket) Bagi Pegawai
Kanan Lelaki
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai kanan lelaki apabila menjalankan
tugas-tugas di pejabat atau di dalam tugas seharian yang bukan berbentuk
latihan.
Jabatan Penjara Malaysia 25
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 2 (BUSH JAKET) PEGAWAI KANAN WANITA
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 2 (Bush Jaket) Bagi Pegawai
Kanan Wanita
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai kanan wanita apabila menjalankan
tugas-tugas di pejabat atau di dalam tugas seharian yang bukan berbentuk
latihan.
Jabatan Penjara Malaysia 26
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 2 A (BUSH JAKET) PEGAWAI KANAN LELAKI
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 2 A (Bush Jaket) Bagi Pegawai
Kanan Lelaki
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai apabila menjalankan tugas tugas rasmi Jabatan
Penjara atau di dalam keadaan tertentu di mana pakaian ini perlu dipakai.
Tugas-tugas serta keadaan yang memerlukan dipakai adalah seperti
berikut :
a. Menghadiri temuduga.
b. Hadir ke acara perbarisan di mana anggota perbarisan memakai
Pakaian Nombor 4 (Kawat).
c. Di dalam semua bentuk lawatan rasmi.
Jabatan Penjara Malaysia 27
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 2 A (BUSH JAKET) PEGAWAI KANAN WANITA
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 2 A (Bush Jaket) Bagi Pegawai
Kanan Wanita
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai apabila menjalankan tugas tugas rasmi Jabatan
Penjara atau di dalam keadaan tertentu di mana pakaian ini perlu dipakai.
Tugas-tugas serta keadaan yang memerlukan dipakai adalah seperti
berikut :
a. Menghadiri temuduga.
b. Hadir ke acara perbarisan di mana anggota perbarisan memakai
Pakaian Nombor 4 (Kawat).
c. Di dalam semua bentuk lawatan rasmi.
Jabatan Penjara Malaysia 28
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 2 B (BUSH JAKET) PEGAWAI KANAN LELAKI
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 2 B (Bush Jaket) Bagi Pegawai
Kanan Lelaki
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai apabila menjalankan tugas tugas rasmi Jabatan
Penjara atau didalam keadaan tertentu di mana pakaian ini perlu dipakai.
Tugas-tugas serta keadaan yang memerlukan dipakai adalah seperti
berikut :
a. Menziarahi jenazah dan menghadiri istiadat pengebumian.
Jabatan Penjara Malaysia 29
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 2 B (BUSH JAKET) PEGAWAI KANAN WANITA
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 2 B (Bush Jaket) Bagi Pegawai
Kanan Wanita
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai apabila menjalankan tugas tugas rasmi Jabatan
Penjara atau didalam keadaan tertentu di mana pakaian ini perlu dipakai.
Tugas-tugas serta keadaan yang memerlukan dipakai adalah seperti
berikut :
a. Menziarahi jenazah dan menghadiri istiadat pengebumian.
Jabatan Penjara Malaysia 30
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 3 (KERJA) PEGAWAI KANAN LELAKI
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Kanan Lelaki
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai kanan lelaki apabila menjalankan
tugas-tugas seperti berikut :
a. Semasa bertugas di pejabat atau didalam tugas seharian yang bukan
berbentuk latihan.
b. Semasa melakukan tugas-tugas yang melibatkan operasi.
Jabatan Penjara Malaysia 31
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 3 (KERJA) PEGAWAI KANAN WANITA
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Kanan Wanita
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai kanan wanita apabila menjalankan
tugas-tugas seperti berikut :
b. Semasa bertugas di pejabat atau didalam tugas seharian yang bukan
berbentuk latihan.
c. Semasa melakukan tugas-tugas yang melibatkan operasi.
Jabatan Penjara Malaysia 32
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 3 (KERJA) PEGAWAI RENDAH LELAKI
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Rendah Lelaki
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai rendah lelaki apabila menjalankan
tugas-tugas seperti berikut :
a. Semasa bertugas di pejabat atau didalam tugas seharian yang bukan
berbentuk latihan.
b. Semasa melakukan tugas-tugas yang melibatkan operasi.
Jabatan Penjara Malaysia 33
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 3 (KERJA) PEGAWAI RENDAH WANITA
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 3 (Kerja) Pegawai Rendah Wanita
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai rendah wanita apabila menjalankan
tugas-tugas seperti berikut :
a. Semasa bertugas di pejabat atau didalam tugas seharian yang bukan
berbentuk latihan.
b. Semasa melakukan tugas-tugas yang melibatkan operasi.
Jabatan Penjara Malaysia 34
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 3 A (KERJA) PEGAWAI RENDAH LELAKI
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 3 A Pegawai Rendah Lelaki
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai rendah lelaki apabila
menghadiri majlis-majlis seperti berikut :
a) Menghadiri majlis rasmi jabatan seperti perhimpunan
bulanan, penganugerahan riben dan pingat.
b) Apabila menerima lawatan pembesar-pembesar negara atau
pegawai-pegawai tinggi negara luar.
c) Lain-lain acara / keadaan yang dimaklumkan dari masa ke
semasa.
Jabatan Penjara Malaysia 35
Jenis-Jenis dan Tatacara Pakaian Jabatan Penjara
PAKAIAN NOMBOR 3 A (KERJA) PEGAWAI RENDAH WANITA
Pandangan Hadapan Pandangan Sisi Pandangan Belakang
Gambar Penuh Pemakaian Pakaian Nombor 3 A Pegawai Rendah Wanita
TATACARA PEMAKAIAN
1. Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai rendah wanita apabila
menghadiri majlis-majlis seperti berikut :
a) Menghadiri majlis rasmi jabatan seperti perhimpunan bulanan,
penganugerahan riben dan pingat.
b) Apabila menerima lawatan pembesar-pembesar negara atau
pegawai-pegawai tinggi negara luar.
c) Lain-lain acara / keadaan yang dimaklumkan dari masa ke


Use: 0.0297