• PENYAKIT DISEBABKAN OLEH KULAT (MCYCOSES)


  •   
  • FileName: BGY4101Unit8.pdf [read-online]
    • Abstract: unit 8mikosispenyakit disebabkan oleh kulat (mcycoses)8.1 dermatofit dan dermamikosiskulat yang menyerang tisu keratin i.e. kulit m****ia, dikenali sebagai ‘dermatofit’(dermatophytes), dan penyakit yang disebabkan oleh dermatofit disebut dermamikosis

Download the ebook

unit 8
mikosis
penyakit disebabkan oleh kulat (mcycoses)
8.1 dermatofit dan dermamikosis
kulat yang menyerang tisu keratin i.e. kulit m****ia, dikenali sebagai ‘dermatofit’
(dermatophytes), dan penyakit yang disebabkan oleh dermatofit disebut dermamikosis
(dermatomycoses) (dur’ma-to-mi-ko’ses). kesemua penyakit yang disebabkan kulat, sama
ada pada kulit atau sebaliknya, dipanggil mycoses atau mikosis secara ringkas.
penyakit ini disebabkan oleh sebilangan kulat terhad, biasanya daripada genus
epidermophyton, microsporum dan trichopyton (jadual 1), di mana ia menyebabkan
beberapa jenis penyakit kurap (ringworm) pada kulit, kuku dan rambut.
8.2 serangan pada subkutis
kulat yang menyerang tisu subkutis (di bawah lapisan kulit) umumnya terdiri daripada
jenis yang hidup bebas di tanah atau di atas bahan vegetatif yang sudah reput. ia juga
boleh dijumpai pada najis burung dan sebagai spora bawaan udara (airborne spores). kulat
ini merentasi tisu melalui luka. dalam keadaan istimewa, ia kadangkala merebak ke sistem
limfa, iaitu melalui salur limfatik lalu menyebabkan mikosis yang lebih serius.
jangkitan kulat secara subkutis biasanya tersebar secara perlahan dan rawatannya juga
mengambil masa dan dilakukan melalui rawatan dalaman (systemic).
jadual 1 : dermatomycoses dan organisma penyebab yang ditemui pada kawasan jangkitan /
lesion.
dermatomycosis epidermophyton microsporum trichophyton trichophyton trichophyton
floccosum canis mentagrophytes rubrum tonsurans
kurap badan x x x x
(body
ringworm)
kurap kuku x x
(nail ringworm)
kurap groin x x x
(groin
ringworm)
kurap kulit x x x
kepala
(scalp
ringworm)
kurap janggut x x
(beard
ringworm)
‘athlete’s foot’ x x x
8.3 kurap (ringworm)
kurap berlaku dalam beberapa bentuk (termasuklah ‘athlete’s foot’ yang dibincangkan
kemudian) dan mudah berjangkit. contohnya, kurap kulit kepala senang diperolehi jika
sanitasi yang baik tidak diamalkan.
kurap boleh terjadi pada kuku, rambut, kulit dan beberapa bentuk lagi; kebanyakannya
diberi nama berasaskan dimana ia mula2 sekali ditemui. tinea corporis (kurap kulit)
mempunyai lesion penyakit berbentuk gegelang (lalu dipanggil ‘ringworm’),
tinea cruris (kurap celahan kelengkang ‘groin ringworm’ atau gatal pada kawasan
kemaluan berlaku dalam kulit pada bahagian pubik (gambar 1).
tinea unguium (nama penyakit jenis kurap pada kuku) dikesan melalui pengerasan dan
pelunturan warna pada kuku kaki dan tangan.
pada tinea capitis (scalp ringworm), hifa bertumbuh dibawah folikel rambut dan
membentuk corak bulatan,
sementara tinea barbae (barber’s itch) selalunya menyerang kulit yang ditutupi dengan
janggut.
tiada bukti yang menunjukkan bahawa dermatomycoses mencerobohi tisu lain (selain
daripada kulit). walupun kurang merbahaya, ia tetap tidak elok dipandang dan sangat
tidak selesa kerana gatal. agen penyebab bertumbuh dengan baik pada suhu kulit, yang
sememangnya rendah sedikit dari suhu badan. kerosakan tisu yang disebabkan oleh
dermatophytes memberi laluan untuk jangkitan sekunder daripada bakteria.
gambar 1: tinea cruris kurap kelenjar ‘groin ringworm’ atau gatal pada kawasan
kemaluan yang disebabkan oleh trichophyton.
8.3.1 diagnosis dan rawatan
diagnosis kurap boleh dilakukan melalui pemeriksaan secara mikroskopik ke atas kikisan
(scraping) lesion tetapi sebenarnya pemerhatian terus pada kulit sudah mencukupi.
walaubagaimana pun, kulat dalam tisu umumnya tidak menghasilkan spora, oleh itu ia
perlu dikultur dimakamal sehingga spora diaruhkan untuk membantu pengecaman.
dengan itu, pekerja2 dimakmal perlu berhati-hati untuk mengelakkan jangkitan.
ramai orang yang terkena jangkitan melalui spora yang dibebaskan apabila piring petri di
makmal-makmal dibuka;
dan jangkitan juga sering berlaku apabila sistem ventilasi/ pengudaraan adalah kurang
baik.
rawatan biasanya dilakukan dengan membuang kesemua tisu epithelium yang mati dan
diikuti dengan penggunaan sejenis ubat titis antifungus. apabila ia merebak dan susah
untuk dirawat maka griseofulvin diambil secara oral. pencegahan kurap boleh dilakukan
dengan cara menjauhkan diri daripada tempat/objek yang tercemar dengan kulat dan
spora tersebut.
! " #$ %
$#
&' (
)


Use: 0.0689