• PENGENALPASTIAN JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR


  •   
  • FileName: LAWSEETCHANBP020017D2006TTP.pdf [read-online]
    • Abstract: PENGENALPASTIAN JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJARTINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR.SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, SKUDAI,JOHORLAW SEET CHANUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Download the ebook

PENGENALPASTIAN JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR.
SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, SKUDAI,
JOHOR
LAW SEET CHAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya/Kami* akui bahawa saya/kami* telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuanliti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (FIZIK)”.
* Potong yang tidak berkenaan.
PENGENALPASTIAN JENIS-JENIS MASALAH DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT DAN CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR.
SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, SKUDAI,
JOHOR.
LAW SEET CHAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
iii
DEDIKASI
Dedikasi untuk ibu tersayang yang memahami dan bertoleransi
Khas untuk Bonda yang disayangi,
Terima kasih di atas pengorbanan dan kasih sayang.
Dorongan dan galakkan yang diberi tidak akan dilupakan.
Buat Adik-Beradikku,
Kita boleh berjaya anda ada usaha.
Dorongan dan galakan sangat ku hargai.
Buat sahabat yang disayangi,
Jasa kalian amatku hargai dan terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang
diberikan.
iv
PENGHARGAAN
Setelah bertungkus-lumus menjalankan projek ini, akhirnya kajian penulisan
bagi Projek Sarjana Muda telah berjaya disiapkan. Pengkaji amat bersyukur dengan
segala pujian dipanjatkan kepada Tuhan di atas limpahan kurnianya.
Pengkaji ingin merakamkan penghargaan tulus ikhlas kepada penyelia projek
ini, Dr. Mohamed Sharif Bin Mustaffa kerana membimbing dan mendorong serta
memandu pengkaji sepanjang tempoh kajian ini dilaksanakan. Beliau juga telah
memberikan pelbagai tunjuk ajar dan penjelasan kepada pengkaji agar projek ini
dapat disiapkan dengan lebih lancar serta lebih berkualiti.
Ucapan terima kasih kepada Pengetua, Penolong Kanan, rakan-rakan
seperjuangan yang ikhlas, kakitangan dan penghuni Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Universiti 2, Skudai, Jahor yang memberikan sokongan dan bantuan.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Pihak
yang berkenaan adalah ibu bapa pengkaji yang setia memberi dorongan dan galakan,
sama ada dari segi moral atau kewangan walaupun berada jauh dari mata pengkaji.
Sesungguhpun jauh terpisah, hasrat ibu bapa telah menjadi dorongan kepada
pengkaji untuk menghasilkan projek yang cemerlang. Ucapan terima kasih juga
diketarakan kepada rakan-rakan pengkaji yang sanggup memberi kerjasama dan
sumbangan idea bagi menjayakan projek ini.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti masalah pelajar
berdasarkan 11 kategori yang telah ditentukan oleh senarai semak masalah Mooney
(Mooney Problem Check List). Kajian ini juga menganalisa pandangan pelajar
dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Seramai 80 orang responden dipilih secara
rawak daripada 99 orang pelajar tingkatan empat di salah sebuah Sekolah Menengah
Taman Universiti, Skudai, Johor. Pelajar diminta menandakan masalah mereka
berdasarkan senarai semak masalah Mooney (MPCL). Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan SPSS/PC+ (Statistical
Package for Social Science 11.5). Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = .91.
Hasil kajian ini mendapati bahawa kategori masalah utama yang dihadapi oleh
pelajar ialah masalah keluarga dan rumahtangga, kesihatan dan fizikal dan akademik
serta kerjaya. Beberapa kategori masalah lain didapati mengganggui pelajar, iaitu
masalah kewangan dan kehidupan, sosial dan hiburan, hubungan sosial psikologikal,
penyesuaian kerja, perkahwinan dan seks, psikologikal, moral dan agama serta
kurikulum dan kaedah pengajaran. Pengkaji juga telah membuat soal selidik yang
mengkaji tentang pandangan pelajar terhadap penyelesaian masalah mereka. Hasil
kajian telah mencadangkan beberapa langkah untuk membantu pelajar mengatasi
masalah yang dihadapi.
vi
ABSTRACT
The objective of the research was to identify the problems encountered by
students according to The Mooney Problem Check List (MPCL). The research was
also aimed at analyzing the opinion of student about the solution for solving the main
problems. 80 respondents consisting of secondary school form four students in a
Sekolah Menengah Taman Universiti, Skudai, Johor was involved. The respondents
have been asked to respond to The Mooney Problem Check List (MPCL). Data
obtained from the research was analysed by using descriptive statistics and
SPSS/PC+ (Statistical Package for Social Science 11.5). Reliability of MPCL is
α = .91. The result of this research has shown that three main problems encountered
by student were household and families, health and physical development and
educational and career problems. Apart from the problems mentioned, there were
also other problems which however actually affect students, there was included
financial needs dan lifestyle, social and entertainment activities, psychological
personal relationship, adaptation to school work, socializing, sex and marriage, moral
dan religions and curriculum and teaching method. Researcher also done a
questionnaire which related to the opinion of students to help for overcome their
problems. The result of this research was made the recommendations to overcome
the problems encountered by students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAHAGIAN SATU
BAB 1
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7.1 Pelajar 8
1.7.2 Guru-Guru 9
1.7.3 Ibubapa 10
1.7.4 Masyarakat 11
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Takrifan Operasi 12
1.9.1 Masalah 12
1.9.2 Pelajar Sekolah Menengah 12
1.9.3 Definisi MPCL 13
BAHAGIAN DUA
BAB 2
2 SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Masalah-Masalah Perkembangan Remaja 14
2.2 Jenis-Jenis Masalah 15
2.2.1 Masalah Sosial 15
2.2.2 Masalah Keluarga 15
2.2.3 Masalah Disiplin 16
2.2.4 Masalah Akademik Dan Kerjaya 16
2.2.5 Masalah Akhlak Dan Agama 17
2.2.6 Masalah Kewangan 18
2.3 Kajian-Kajian Lepas MPCL 18
2.3.1 Kajian Luar Negara 19
2.3.2 Kajian Di Malaysia 21
2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Cara Mengatasi
Masalah 22
2.4.1 Peranan Kaunselor 22
2.4.2 Peranan Program Kaunseling :
Pembimbing Rakan Sebaya 23
ix
2.4.3 Peranan Sekolah 24
2.4.4 Peranan Ibubapa 25
2.5 Rumusan 25
BAHAGIAN TIGA
BAB 3
3 METODOLOGI KAJIAN 26
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Subjek Kajian 28
3.3.1 Cara Persampelan 28
3.4 Tempat Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 29
3.5.1 Alatukur Bahagian A (Kategori Masalah) 30
3.5.2 Alatukur Bahagian B
(Cara Mengatasi Masalah) 30
3.5.3 Kesahan Alat Kajian 31
3.5.4 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 32
3.5.5 Tatacara Kajian 33
3.6 Pengelolaan Kajian 34
3.6.1 Pemprosesan Data 34
3.7 Penganalisisan Data 34
x
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4
4 DAPATAN DAN PENGANALISISAN DATA
KAJIAN 35
4.1 Pengenalan 35
4.2 Keputusan Kajian 36
4.3 Laporan Keputusan Deskriptif Biodata 37
4.4 Keputusan Kategori Masalah 38
4.5 Persoalan 1 53
4.5.1 Keputusan Kategori Masalah 53
4.6 Persoalan 2 54
4.7 Persoalan 3 71
4.8 Persoalan 4 74
4.8.1 Apakah pandangan pelajar terhadap cara
mengatasi masalah keluarga dan fizikal ? 74
4.8.2 Apakah pandangan pelajar terhadap cara
mengatasi masalah kesihatan dan fizikal ? 78
4.8.3 Apakah pendangan pelajar terhadap cara
mengatasi masalah akademik dan
kerjaya ? 81
4.9 Perbincangan 83
xi
BAHAGIAN LIMA
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
5 CADANGAN 86
5.1 Pengenalan 86
5.2 Perbincangan 86
5.2.1 Jenis-Jenis Masalah-Masalah Yang Kerap
Dihadapi Oleh Pelajar 86
5.2.2 Perbezaan Kategori Masalah Dari Segi
Demografi Jantina Dan Aliran 88
5.2.3 Punca-Punca Masalah Utama Yang
Dihadapi Oleh Pelajar 91
5.2.4 Pandangan Pelajar Terhadap Cara Mengatasi
Tiga Masalah Yang Utama Yang Dihadapi
Oleh Pelajar 92
5.3 Rumusan 94
5.4 Cadangan 95
5.5 Penutup 96
BAHAGIAN ENAM
BAB 6
RUJUKAN 97-98
BAHAGIAN TUJUH
BAB 7
LAMPIRAN A - F 99-115
xii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
3.1 Jumlah Keseluruhan Pelajar Mengikut
28
Pengkhususan
3.2 Nilai ‘Alpha’ Bagi Kategori Masalah 33
4.3 Jadual Dan Laporan Keputusan
Deskriptif Biodata
4.3.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Jantina 37
4.3.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Kelas 37
4.3.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan
Responden Mengikut Aliran 37
4.4 Keputusan Kategori Masalah
4.4.1 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Kesihatan Dan Fizikal
38
Mengikut Nilai Tertinggi
4.4.2 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Kewangan Dan Kehidupan
39
Mengikut Nilai Tertinggi
4.4.3 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Sosial Dan Hiburan
Mengikut Nilai Tertinggi 41
xiii
4.4.4 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Perkahwinan Dan Seks
Mengikut Nilai Tertinggi 42
4.4.5 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Perhubungan Sosial Dan
Psikologikal Mengikut Nilai Tertinggi 44
4.4.6 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Psikologikal Mengikut
Nilai Tertinggi 45
4.4.7 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Moral Dan Agama
Mengikut Nilai Tertinggi 46
4.4.8 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Keluarga Dan
Rumahtangga Mengikut Nilai Tertinggi 47
4.4.9 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Akademik Dan Kerjaya
Mengikut Nilai Tertinggi 49
4.4.10 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Penyesuaian Kerja
Mengikut Nilai Tertinggi 50
4.4.11 Peratusan Responden Yang Bermasalah
Bagi Setiap Item Kurikulum Dan Kaedah
Pengajaran Mengikut Nilai Tertinggi 52
4.5.1 Peratusan Kategori Yang Bermasalah
Mengikut Nilai Yang Tertinggi 53
4.6 Analisis Inferensi – Perbezaan
4.6.1 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Kesihatan Dan Fizikal Dari Segi Jantina 55
xiv
4.6.2 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Kewangan Dan Kehidupan Dari Segi
Jantina 55
4.6.3 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Sosial Dan Hiburan Dari Segi Jantina 56
4.6.4 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Perkahwinan Dan Seks Dari Segi Jantina 57
4.6.5 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Perhubungan Sosial Dan Psikologikal Dari
Segi Jantina 57
4.6.6 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Psikologikal Dari Segi Jantina 58
4.6.7 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Moral Dan Agama Dari Segi Jantina 59
4.6.8 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Keluarga Dan Rumahtangga Dari Segi
Jantina 59
4.6.9 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Akademik Dan Kerjaya Dari Segi Jantina 60
4.6.10 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Penyesuaian Kerja Dari Segi Jantina 61
4.6.11 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Dari
Segi Jantina 61
4.6.12 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Keseluruhan Dari Segi Jantina 62
4.6.13 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Kesihatan Dan Fizikal Dari Segi Aliran 63
4.6.14 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Kewangan Dan Kehidupan Dari Segi Aliran 63
4.6.15 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Sosial Dan Hiburan Dari Segi Aliran 64
xv
4.6.16 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Perkahwinan Dan Seks Dari Segi Aliran 65
4.6.17 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Perhubungan Sosial Dan Psikologikal Dari
Segi Aliran 65
4.6.18 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Psikologikal Dari Segi Aliran 66
4.6.19 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Moral Dan Agama Dari Segi Aliran 67
4.6.20 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Keluarga Dan Rumahtangga Dari Segi
Aliran 67
4.6.21 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Akademik Dan Kerjaya Dari Segi Aliran 68
4.6.22 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Penyesuaian Kerja Dari Segi Aliran 69
4.6.23 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Dari
Segi Aliran 69
4.6.24 Analisis Ujian-T Perbandingan Masalah
Keseluruhan Dari Segi Aliran 70
4.7.1 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap
Item-item Dalam Sub Skala Masalah
Keluarga dan Rumahtangga (141-160) 71
4.7.2 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap
Item-item Dalam Sub Skala Masalah
Kesihatan dan Fizikal (1-20) 72
4.7.3 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap
Item-item Dalam Sub Skala Masalah
Akademik dan Kerjaya (161-180) 73
xvi
4.8.1.1 Taburan dan Peratusan Bagi Cara Mengatasi
Kategori Masalah Keluarga dan
Rumahtangga : S1-S20 76
4.8.2.1 Taburan dan Peratusan Bagi Cara Mengatasi
Kategori Masalah Kesihatan dan Fizikal :
S21-S40 79
4.8.3.1 Taburan dan Peratusan Bagi Cara Mengatasi
Kategori Masalah Akademik dan Kerjaya:
S41-S60 82
4.9.1 Rumusan Keputusan Analisis Ujian-t
Perbandingan Setiap Kategori Masalah Dari
Segi Jantina 84
4.9.2 Rumusan Keputusan Analisis Ujian-t
Perbandingan Setiap Kategori Masalah Dari
Segi Aliran 85
xvii
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
Simbol
% - peratus
& - dan
Singkatan
Bil. - Bilangan
Dk - Darjah kekerapan
F, f - Frekuensi
MPCL - Mooney Problem Check List
Min - Purata
N, n - Jumlah bilangan
P, p - Nilai ‘alpha’
S, s - Signifikan
Ts, ts - Tidak Signifikan
SL - Sisihan Lazim
T - Tidak
Y, √ - Ya
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PSM - Projek Sarjana Muda
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Jadual Penentuan Saiz Sampel 99
Berdasarkan Populasi Krejcie, R.V. dan
Morgan, D. W.
B Soal Selidik 100
C Borang Pendaftaran Dan Pemilihan
Tajuk Projek Sarjana Muda
(SPU 5904) 112
D Surat Pengesahan Universiti Teknologi
Malaysia 113
E Surat Kebenaran Dari Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pelajaran 114
F Surat Kebenaran Dari Jabatan
Pendidikan Negeri Johor 115
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bab ini terdiri daripada sembilan sub judul yang didahului dengan
pendahuluan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan diakhiri dengan
takrifan bagi istilah-istilah yang digunakan di dalam kajian ini.
Sasaran kajian ini adalah terhadap pelajar-pelajar yang mempunyai masalah-
masalah dalam perkembangan remaja. Terdapat 11 profil masalah pelajar iaitu
masalah kesihatan dan fizikal, masalah kewangan dan kehidupan, masalah aktiviti
sosial dan hiburan, masalah perkahwinan dan seks, masalah perhubungan sosial-
psikologikal, masalah moral dan agama, masalah keluarga dan rumahtangga, masalah
akademik dan kerjaya, masalah penyesuaian terhadap kerja, masalah kurikulum dan
kaedah pengajaran. Kesemua-semua masalah yang dinyatakan di atas adalah
terkandung dalam Senarai semak masalah Mooney (Mooney Problem Check List)
(MPCL). MPCL adalah senarai yang direka oleh Ross L. Mooney pada tahun 1942
bagi mengesan jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sebelum
dimulakan dengan terapi. Senarai semak masalah Mooney telah banyak digunakan
dalam kajian di Malaysia (Hasan 1977, Musa 1977, Rohana 1976, Khoo 1982). Alat
ini amat berguna untuk mengesan pelajar-pelajar ysng mempunyai masalah-masalah
2
dalam bidang-bidang tertentu. Menurut kajian Steward dan Deiker (1976) ke atas
remaja yang menghadapi gangguan emosi, remaja nakal dan remaja biasa telah
menunjukkan satu faktor umum dapat menjelaskan 20% daripada jumlah varians.
Faktor-faktor lain adalah terlalu kecil berdasarkan peratus varians yang dapat
dijelaskan. Kesahihan alat ini amat bergantung kepada sejauh mana pelajar dapat
memberi jawapan dengan terus terang, maklumat yang didapati ini boleh menolong
guru bimbingan untuk memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara
lebih berkesan lagi.
Senarai Semakan Masalah Mooney yang digunakan dalam kajian adalah
inventori psikologi bersumberkan Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi
Malaysia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada zaman yang moden ini, terdapat pelbagai masalah yang berlaku di
kalangan pelajar dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Antara masalah yang sering dihadapi ialah masalah dalam pelajaran. Menurut Ishak
Haron (2001) dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Prestasi Pelajar Melayu dan
Bumiputra di Peringkat Sekolah Rendah (UPSR), Menengah (PMR, SPM, STPM) dan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)”, mengupas secara terperinci mengenai kemunduran
prestasi pelajar Melayu. Jika dilihat dari sudut demografi masalah ini berkaitan
dengan latar belakang pelajar.
Berdasarkan Statistik Jenayah Indeks Polis Diraja Malaysia (PDRM),
sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun 2004, sebanyak 13353 kes jenayah
keganasan, kes jenayah harta benda sebanyak 89484 kes, kes kecurian motorsikal
33984 kes, kes ragut (8489 kes) dan kes kecurian lain sebanyak 22184 kes. Demi
menangani kes jenayah ini, tindakan jangka panjang yang diambil oleh pihak kerajaan
adalah dengan memperkenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
3
Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2005.
Menurut Utusan Malaysia, Selasa, 2 Disember 2003 yang bertajuk “Gejala
Sosial Remaja Membimbangkan.” yang membahaskan gejala sosial remaja yang gagal
ditangani dengan sempurna telah membawa mereka jauh menyimpang dari laluan yang
sepatutnya. Akhirnya mereka telah terjerumus dalam gejala sosial termasuk pergaulan
bebas, perlacuran dan penagihan dadah dan arak. Ini menunjukkan remaja kini bukan
sahaja mengalami masalah moral dan agama tetapi juga masalah pergaulan muda-mudi
dan seks.
Berdasarkan kepada situasi-situasi tersebut, pengkaji juga ingin cuba
mengenalpasti apakah kategori-kategori masalah yang sering dihadapi oleh golongan
pelajar. Maka, alat ujian atau inventori yang digunakan oleh pengkaji untuk
mendiagnosis dan mengenalpasti masalah klien adalah Mooney Problem Check List
(MPCL). Alat ukuran Mooney Problem Check List (MPCL) sangat popular di
Malaysia kerana ia sangat mudah ditadbirkan dan tidak memerlukan pengetahuan yang
mendalam untuk membolehkan seseorang kaunselor menggunakannya. Alat ukuran
MPCL selalu digunakan untuk mengenalpasti masalah klien sebelum sesuatu sesi
kaunseling dijalankan. Alat ukuran ini terdiri daripada dua borang iaitu borang Junior
mengandungi 220 item, sementara borang Senior pula mengandungi 330 item. Kedua-
dua borang MPCL ini mengukur 11 kategori masalah yang sering dialami oleh
individu.
Menurut Levinton(1977) mengenai masalah-masalah peribadi, 54 peratus
pelajar menyatakan akan menghubungi kawan-kawan atau adik-beradik, 29 peratus
akan berjumpa dengan ibu bapa, sementara 4 peratus sahaja yang akan menemui
kaunselor atau psikologis ( Amla Salleh dan Puteh Mohamad, 1992). Para ibu bapa
atau penjaga harus mengaku akan kesalahan mereka yang boleh mengakibatkan
masalah pelajar. Dari segi langkah untuk mengatasi masalah pelajar, para pelajar
berpendapat para ibu bapa atau penjaga dan guru bimbingan perlu memainkan peranan
yang lebih serius dan lebih bertanggungjawab.
4
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis jenis-jenis masalah pelajar Tingkatan
Empat, mengaitkan masalah dari segi demografi (Jantina dan Aliran) dan cara
menyelesaikan tiga masalah utama mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Pada peringkat remaja ini boleh dikatakan akan mengalami tahap
perkembangan yang normal baik dari segi intelek mahupun fizikal. Bagaimanapun,
terdapat juga kanak-kanak yang terbawa-bawa dengan sifat-sifat atau tabiat buruk
seperti kenakalan dan juga perbuatan salah laku yang pernah diamalkan di rumah yang
mana boleh menjejaskan perkembangan sosial dan intelek mereka.
Pelajar yang bermasalah adalah secara tidak langsung dipengaruhi oleh faktor-
faktor masalah pelajar iaitu masalah kesihatan dan perkembangan jasmani, masalah
kewangan, kehidupan dan pekerjaan, masalah aktiviti hiburan dan sosial, masalah
pergaulan muda-mudi, jantina dan perkahwinan, masalah hubungan sosial-
psikologikal, masalah hubungan personal-psikologikal, masalah akhlak dan agama,
masalah rumahtangga dan keluarga, masalah masa hadapan dari segi vokasional dan
pendidikan, masalah penyesuaian terhadap kerja-kerja kuliah serta masalah kurikulum
dan kaedah pengajaran. Maka, senarai semak masalah Mooney (Mooney Problem
Check List) yang mengandungi 11 kategori masalah tersebut adalah amat sesuai
digunakan.
Memandangkan kebimbangan dari segi tingkah laku pelajar, maka pengkaji
menjalankan kajian bertajuk : “Pengenalpastian Jenis-jenis Masalah Di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat Dan Cara Mengatasi Masalah. Satu Kajian Kes Di Sekolah
Menengah Kebangsaan, Skudai, Johor”.
5
1.4 Objektif Kajian
Berikut merupakan objektif kajian yang dijadikan garis panduan oleh pengkaji:
1. Mengenalpasti jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Empat.
2. Mengetahui perbezaan kategori masalah dari segi demografi jantina dan aliran.
3. Mengetahui punca-punca masalah utama pelajar Tingkatan Empat
4. Mengetahui cara mengatasi tiga masalah utama daripada pandangan pelajar
Tingkatan Empat.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut :
1. Apakah jenis masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh pelajar dalam tempoh
perkembangan?
2. Apakah perbezaan kategori masalah dari segi demografi jantina dan aliran ?
3. Apakah punca-punca masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ?
4.. Apakah pandangan pelajar terhadap cara mengatasi bagi tiga masalah yang utama
yang dihadapi oleh pelajar ?


Use: 0.1415