• Microsoft PowerPoint - Bestari Solat)


  •   
  • FileName: Panduan KBS.pdf [read-online]
    • Abstract: Jawi. Jawi. Pelajar. Pelajar. dapat. dapat. menguasai. menguasai. jawi. jawi. dengan. dengan. baik ... pandai. pandai. cerdik. cerdik. celik. celik. mahir. mahir. bijaksana. bijaksana. boleh. boleh. mampu ...

Download the ebook

Projek j-QAF
PANDUAN PELAKSANAAN MODEL
BESTARI SOLAT
LATARBELAKANG
j-QAF adalah projek mengukuh dan memperkasa
Pendidikan Islam
Jawi (Pelajar dapat menguasai jawi dengan baik)
Al-Quran (Pelajar khatam al-Quran sebelum ke
sekolah menengah)
Bahasa Arab (Pelajar mempelajari Bahasa Arab
Komunikasi dan asas-asas Bahasa Arab)
Fardu Ain (Pelajar dapat menguasai Fardu Ain
Khususnya Solat lima waktu)
Penekanan projek adalah kepada sekolah rendah
BAHAN-BAHAN
Buku Panduan Pelaksanaan Model Kelas
Pemulihan Jawi dan Buku Modul Pengajaran dan
Pembelajaran Jawi
Buku Panduan Pelaksanaan Model Khatam al-
Quran Model 6 bulan dan Buku Panduan Khatam
al-Quran Model Tasmik
Buku Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab dan
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Arab.
Buku Panduan Pelaksanaan Model Bestari Solat.
FOKUS TAKLIMAT
Buku Panduan Pelaksanaan Model
Bestari Solat.
KONSEP PROGRAM
BESTARI SOLAT
Bestari – Tahu, pandai, cerdik, celik, mahir,
bijaksana, boleh, mampu.
Dalam bentuk KEM
Di luar P&P
Program pengukuhan kepada program-program
j-QAF yang lain
Bukan program teras kepada j-QAF walaupun
ianya adalah program asas kepada projek ini
Penekanan kepada wuduk dan solat lima waktu.
TAKRIF
Bestari Solat adalah aktiviti perkhemahan
yang dilaksanakan untuk mempastikan murid
boleh berwuduk dan menunaikan solat
dengan sempurna dari segi bacaan dan
perbuatan yang dilaksanakan secara intensif di
satu tempat khas mengikut kesesuaian
sesebuah sekolah
OBJEKTIF
Murid dapat memahami cara berwuduk
Murid dapat berwuduk dengan sempurna
Mengetahui bilangan rakaat solat-solat
fardu
Dapat melaksanakan semua perbuatan dan
bacaan dalam solat dengan betul dan
sempurna
KUMPULAN SASAR
Murid Tahun 2 di sekolah rintis
38 buah sekolah terlibat sebagai sekolah rintis j-
QAF, manakala 10 buah sekolah terlibat secara
langsung dalam bestari solat iaitu masing-masing
sebuah sekolah di Kedah, Pulau Pinang, Selangor,
K.Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu,Kelantan,
Labuan dan Sabah.
Semua murid Islam sekolah rendah yang
“terpilih”
- Gagal dalam ujian pra-kem
- Kriteria-kriteria lain yang ditentukan oleh
pihak sekolah
STRATEGI PELAKSANAAN
Peranan Panitia Pendidikan Islam menyediakan
perancangan pelaksanaan, membimbing fasilitator dll.
Intensif di luar P&P (tiga hari dua malam)
Dua kali setahun
60 orang/kem dengan rasio 1:10 atau bergantung kepada
kesesuaian sekolah
Pengisian berkaitan wuduk dan solat sahaja
Penilaian pra-kem, pelaksanaan kem pertama,
pengumpulan maklumat pencapaian pelajar, pelaporan,
catatan pelaksanaan solat pelajar oleh ibu bapa,
pelaksanaan kem kedua
Peranan ibu bapa/penjaga diperlukan. Wujudkan
hubungan baik dengan ibu bapa/penjaga
Salah satu program dakwah bil hal
PENUBUHAN JAWATANKUASA
Bergantung kepada kesesuaian sesebuah
sekolah
Boleh dilaksanakan dalam bentuk
gabungan beberapa buah sekolah
KEWANGAN
Sumbangan PIBG
Sumbangan NGO
Sumbangan korperat, swasta dan individu
yang prihatin
Kerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan
yang lain
Peruntukan kewangan khusus
PERBELANJAAN
Penginapan + makan urusetia /guru
15 x RM22.00 x 2 hari = RM0660.00
Penginapan dan makan pelajar
60 x RM20.00 x 2 hari = RM2400.00
Alatan bahan cetak
60 x RM04.00 = RM0240.00
Hadiah dan cenderamata
60 x RM05.00 = RM0300.00
Pengangkutan = RM0400.00
JUMLAH = RM4500.00
SEMULA
FASILITATOR
Guru Pendidikan Islam
Guru Akademik yang berkebolehan
Ibubapa/penjaga yang berkebolehan
Guru-guru KAFA
Pihak-pihak lain yang berkelayakan dan
dipersetujui oleh pihak sekolah
LAMPIRAN 1 (a)
Dilaksanakan sebelum kem Bestari Solat
Boleh dilaksanakan secara bertulis
Bertujuan mengenalpasti latarbelakang solat
murid
Mengenalpasti penglibatan ibu bapa dalam ibadat
solat murid di rumah
Mengenalpasti tahap penguasaan dan
penghayatan solat murid
Soalan yang dikemukakan adalah sekadar contoh.
Pihak GPI boleh menambah soalan-soalan lain
yang difikirkan sesuai khusus berhubung wuduk
dan solat
LAMPIRAN 1 (b)
Dilaksanakan selepas kem Bestari Solat
Dilaksanakan secara lisan
Bertujuan mengenalpasti pencapaian murid
selepas kem
Menyediakan borang khas atau borang di
lampiran 3 (a) dan 3 (b)
Mengenalpasti tahap penguasaan dan
penghayatan solat murid selepas kem
Soalan yang dikemukakan adalah sekadar contoh.
Pihak GPI boleh menambah soalan-soalan lain
yang difikirkan sesuai khusus berhubung wuduk
dan solat
LAMPIRAN 2
CADANGAN JADUAL AKTIVITI
Pembahagian kumpulan berdasarkan ujian pra-kem.
Taklimat kem berhubung pelaksanaan jadual, senarai aktiviti, etika
dan peraturan kem, keselamatan dan sebagainya.
Kuliah Maghrib/Subuh: Memilih tajuk-tajuk yang ringan, mudah dan
asas berhubung kepentingan solat dan bersuci, seperti “Solat tiang
agama”, “Kedudukan solat dalam hidup mukmin”, “Mengapa wajib
bersolat”, “Hubungan bersuci dengan solat”, “Mengapa perlu
bersuci”, “Jika anda muslim anda mesti solat” dan tajuk-tajuk lain
yang difikirkan sesuai dengan tahap pemikiran murid bagi sekurang-
kurangnya dapat menyelesaikan soalan apa, mengapa, kenapa,
bagaimana dan di mana.
LDK 1 – 6 mengikut tajuk yang disediakan. Fokus kepada latih tubi
bacaan dan tunjuk cara solat. Dalam kumpulan 1:10
LAMPIRAN 3 (a) dan 3 (b)
Borang senarai semak pencapaian berdasarkan
kumpulan
Dikendalikan oleh setiap fasilitator
3(a) untuk penguasaan wuduk manakala 3(b)
untuk penguasaan solat
GPI boleh menambah ruang-ruang lain jika
sesuai.
LAMPIRAN 4
Rekod pelaksanaan solat di rumah
Borang yang dilampirkan adalah sebagai contoh
sahaja. Pihak sekolah boleh mengubahsuaikannya
dalam bentuk buku catatan kecil selama setahun
seperti projek NILAM Bahasa Melayu.
Rekod ini boleh diedarkan di awal tahun atau selepas
Projek Kem Bestari Solat pertama dilaksanakan
Borang ini bertujuan mengenalpasti pelaksanaan
solat murid di rumah di samping mengenalpasti
tahap keprihatinan ibubapa/penjaga terhadap solat
anak-anak mereka.
Rekod disemak sebulan sekali oleh GPI
LAMPIRAN 5
Panduan tugas JK Kem Bestari Solat
Pihak sekolah boleh mengubahsuai panduan ini jika
perlu
LAMPIRAN 6
Cadangan perbelanjaan Kem Bestari Solat
Dianggarkan sebanyak RM4500.00 bagi setiap kali
pelaksanaan Kem Bestari Solat
Kos dapat dikurangkan sekiranya dilaksanakan
dalam kawasan sekolah dan tidak bermalam
Tentatif lain dapat difikirkan mengikut kesesuaian
sekolah
LAMPIRAN 7 dan 8
Senarai peralatan peserta dan borang maklumat
peserta
Ia adalah sekadar contoh dan boleh diubahsuai
mengikut keperluan sekolah.
LAMPIRAN 9 (a) dan 9 (b)
Borang senarai semak pencapaian berdasarkan
individu
Dikendalikan oleh setiap fasilitator
9(a) untuk penguasaan wuduk manakala 9(b) untuk
penguasaan solat
GPI boleh menambah ruang-ruang lain jika sesuai.
Pelaksanaan j-QAF dan Kem Bestari
Solat
J-QAF dan Kem Bestari Solat akan dilaksanakan
mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat.
Maklumat lengkap akan disampaikan lagi terutama
selepas tamat Projek Rintis j-QAF pada bulan Ogos
nanti
Panduan yang dikemukakan ini adalah maklumat
awal ynag berguna untuk persiapan ke arah
pelaksanaan sebenar.
Ia tidak menggambarkan keadaan sebenar
pelaksanaan j-QAF dan Kem Bestari Solat melainkan
jika pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
mengambil keputusan mengekalkan panduan dan
model yang dinyatakan tadi.
PENUTUP
Projek ini adalah satu usaha murni bagi
mempastikan semua murid di sekolah-sekolah
kerajaan celik solat sebelum melangkah kaki ke
sekolah menengah.
Inilah antara usaha kita memperkasakan sekolah
kebangsaan kita
Setiap sesuatu yang baru pasti ada cabarannya
Jadikan sesuatu cabaran itu sebagai suatu peluang
bagi kita mempertingkatkan kualiti hidup kita dan
hidup anak bangsa kita.
Setiap persoalan Insya Allah ada penyelesaiannya
SEKIAN
TERIMA KASIH


Use: 0.021