• PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN


  •   
  • FileName: Panduan Pengurusan Peperiksaan_Bahagian A.pdf [read-online]
    • Abstract: Cetakan 2010 © Hak Cipta Lembaga Peperiksaan. Hak Cipta Terpelihara. ... Cetakan 2010 © Hak Cipta Lembaga Peperiksaan. Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan ...

Download the ebook

PANDUAN
PENGURUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Cetakan 2010
© Hak Cipta Lembaga Peperiksaan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi,
isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah
Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana peraturan yang terkandung dalam
Panduan Pengurusan Peperiksaan ini dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
Segala pertanyaan berkaitan maklumat dalam
buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini
hendaklah dirujuk kepada
PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
MELALUI:
PENGARAH PELAJARAN
JABATAN PELAJARAN NEGERI
TEMPAT CALON MENDAFTAR
KANDUNGAN
Halaman
Bahagian A : PERATURAN PEPERIKSAAN 1-21
1 Calon Peperiksaan 2
2 Kertas Peperiksaan Berpusat 7
3 Yuran Peperiksaan 12
4 Pendaftaran Peperiksaan 14
5 Pusat Peperiksaan 18
6 Calon Khas 20
Bahagian B : PENTADBIRAN PEPERIKSAAN 22-28
7 Takwim Peperiksaan 23
8 Kehadiran Calon 23
9 Peperiksaan Bertulis 24
10 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 25
Bahagian C : KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 29-38
11 Keputusan Peperiksaan 30
12 Sijil /Pernyataan Keputusan Peperiksaan 37
Lampiran 39
Lampiran 1 - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998:
Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan
Kerajaan dan Sekolah Swasta
Lampiran 2 - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2001:
Pindaan Bagi Para 2 Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998
Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan
Kerajaan dan Sekolah Swasta
Lampiran 3 - Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1
Lampiran 4 - Surat Siaran LP(S)-D1.13/(67) bertarikh 8 Mac 1999:
Pendaftaran Mengambil Peperiksaan Calon Warganegara Asing
Lampiran 5 - Kertas Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Lampiran 6 - Kertas Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
Lampiran 7 - Kertas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2010:
Pelaksanaan Dasar Menghadkan Jumlah Maksimum Sepuluh(10) Mata
Pelajaran dan Penambahan Dua(2) Mata Pelajaran Tambahan Dalam
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Lampiran 8 - Kertas Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
Lampiran 9 - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2007
Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan
Awam
Kadar Bayaran
Lampiran 10 - Borang-Borang Pendaftaran UPSR, PMR, SPM, SPM(U), STAM
Lampiran 11 - Borang Perakuan Calon Peperiksaan
Lampiran 12 - Senarai Semak Calon Persendirian
Lampiran 13 - Borang Pembetulan Maklumat Calon
Borang Pembetulan Mata Pelajaran
Lampiran 14 - Borang Perpindahan Calon
Lampiran 15 - Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas
Borang Calon Pekak/Bisu (P/D)
Borang Calon Rabun (R)
Borang Calon Buta (B/R)
Borang Calon Spastik/Kecatatan Lain (S/C)
Jadual Masa Tambahan Bagi Calon Berkeperluan Khas
Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Malaysia (SPPP) Bil. 5/2003:
Peperiksaan UPSR/PMR/SPM Calon Bermasalah Pendengaran
Lampiran 16 - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994:
Penilaian Perkara Asas Fardu ‘Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Lampiran 17 - Borang Permohonan Semak Semula/Kes T
Lampiran 18 - Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan
Borang Permohonan Terjemahan Keputusan Peperiksaan
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.
Keutuhan serta kepercayaan umum terhadap peperiksaan awam yang dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan banyak bergantung kepada aspek keselarasan dan pengurusan
peperiksaan yang sistematik, cekap dan berakauntabiliti. Bagi masyarakat umum,
Lembaga Peperiksaan tidak boleh dan tidak seharusnya melakukan kesilapan dalam
menguruskan peperiksaan awam. Sebarang kesilapan walau sekecil mana pun akan
tetap mendapat perhatian semua pihak. Hal sebegini dapat dielakkan jika semua pihak
yang terlibat memahami pengurusan peperiksaan dan memberikan komitmen,
tanggungjawab serta semangat bekerja yang tinggi berlandaskan satu arahan yang
piawai.
Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada
Lembaga Peperiksaan di atas inisiatif menerbitkan buku Panduan Pengurusan
Peperiksaan ini. Buku ini diterbitkan dengan tujuan memberi panduan dan dijadikan
rujukan semua pihak yang terlibat dalam menguruskan peperiksaan awam.
Memandangkan bilangan pelanggan peperiksaan yang begitu ramai, sudah tiba masanya
satu arahan piawai diterbitkan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu
ujian terjamin di sepanjang tempoh pengurusan peperiksaan. Semua pihak yang terlibat
dalam peperiksaan awam perlu sentiasa diingatkan mengenai kepentingan mematuhi
prosedur yang digariskan di dalam buku ini demi memastikan pengurusan dan
pengendalian peperiksaan dapat berjalan dengan lancar, cekap dan saksama.
Harapan saya agar penerbitan buku panduan ini dapat menjamin kualiti pengurusan
peperiksaan awam di seluruh negara dan mencapai objektif penerbitannya.
Terima kasih.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
PENGARAH PEPERIKSAAN
KATA ALU-ALUAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
Lembaga Peperiksaan dapat menerbitkan buku Panduan Pengurusan Peperiksaan.
Usaha ini sangat baik dan pada kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan
usaha murni ini
Kandungan buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini mencakupi aspek-aspek
peraturan, pentadbiran dan keputusan peperiksaan. Buku ini penting sebagai rujukan
kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri, pihak Pejabat Pelajaran Daerah, pihak
sekolah, ibu bapa/penjaga dan juga individu yang hendak menduduki peperiksaan
yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.
Penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi keselarasan fahaman dalam kalangan
pengguna bagi membantu Lembaga Peperiksaan menguruskan peperiksaan dengan
lancar dan berkesan.
Terima kasih.
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
BAHAGIAN A
PERATURAN PEPERIKSAAN
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
1 CALON PEPERIKSAAN
1.1 KATEGORI CALON
1.1.1 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
Kod
Kategori Calon
Calon
1 Calon Sekolah Kebangsaan
3 Calon Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
4 Calon Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
5
Malaysia
1.1.2 PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
Kod
Kategori Calon
Calon
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama
K
Bantuan Kerajaan
Calon Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran
L Malaysia (Contoh Maktab Rendah Sains MARA)
M Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
N
Malaysia
P Calon Persendirian
R Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
2
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
1.1.3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Kod
Kategori Calon
Calon
Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama
A
Bantuan Kerajaan
Calon Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran
B Malaysia (Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Tentera DiRaja dan
Sekolah Perantis Tentera)
C Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
D
Malaysia
E Calon Persendirian
F Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
1.1.4 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) – SPM (U)
Kod
Kategori Calon
Calon
J Calon Persendirian (Mengulang)
1.1.5 SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Kod
Kategori Calon
Calon*
S Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan
T Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
V Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
W
Malaysia
X Calon Persendirian
*Berkuatkuasa mulai tahun 2011.
3
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
1.2 KETERANGAN TENTANG CALON
(a) Calon Lewat Daftar
Calon asal pusat berkenaan yang didaftarkan selepas tarikh tutup
pendaftaran.
(b) Calon Menumpang
Calon yang mengambil peperiksaan di sesebuah pusat peperiksaan lain
dengan menggunakan angka giliran pusat peperiksaan asal tempat calon
mendaftar.
(c) Calon Bantahan
Calon yang telah mendaftar untuk menduduki sesuatu kertas peperiksaan
tetapi kod kertas peperiksaan tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan (JK).
Walau bagaimanapun calon mempunyai bukti pendaftaran kerana kod kertas
peperiksaan yang didaftar tercatat pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan
(KKP).
(d) Calon Berkeperluan Khas
Calon berkeperluan khas ialah calon yang memerlukan perkhidmatan,
peralatan serta perisian khas semasa peperiksaan. Calon tersebut adalah
calon terencat akal/Sindrom Down, buta, calon pelbagai
kecacatan/ketidakupayaan lain/Disleksia/Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD)/Autisme/Learning
Disabilities (LD), bisu, pekak, rabun dan calon spastik/Cerebral Palsy.
(e) Calon Mengalami Kecederaan
Calon yang mengalami kecederaan dan tidak boleh menulis dengan tangan
yang biasa digunakan.
(f) Calon Jatuh Sakit Secara Tiba-tiba
Calon yang pengsan, pitam, histeria, senggugut, hilang ingatan, epilepsi dan
sebagainya semasa peperiksaan berlangsung.
(g) Calon Berpenyakit Berjangkit
Calon yang menghidapi penyakit berjangkit seperti H1N1, demam campak,
cacar, sakit mata dan lain-lain.
(h) Calon Hospital/Calon Tahanan
Calon yang mengambil peperiksaan di hospital kerajaan/swasta atau pusat
tahanan.
(i) Calon Tercicir
Calon yang telah mendaftar tetapi maklumat calon tidak terdapat dalam
Jadual Kedatangan (JK).
4
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
1.3 SYARAT KELAYAKAN CALON
1.3.1 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
(a) Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan/Sekolah
Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, dan
(b) Telah mencapai umur 11 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan UPSR. Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
1.3.2 PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
1.3.2.1 Calon Sekolah
(a) Murid tingkatan tiga Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan /Sekolah di
bawah agensi Kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan / Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/
Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
(b) Telah mencapai umur 14 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan PMR. Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
1.3.2.2 Calon Persendirian
(a) Pernah menduduki PMR/SRP/LCE/Sabah Junior School Certificate/Sarawak Junior
School Certificate, atau
(b) Telah menduduki UPSR sekurang-kurangnya dua (2) tahun sebelum mendaftar
untuk menduduki Peperiksaan PMR, atau
(c) Telah mencapai umur 15 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan PMR.
1.3.3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
1.3.3.1 Calon Sekolah
(a) Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Lampiran 1
Lampiran 2
Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Lampiran 3
Pelajaran Malaysia/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Swasta yang Lampiran 4
berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia /Sekolah Menengah Agama
Rakyat, dan
(b) Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
5
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
1.3.3.2 Calon Persendirian
(a) Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
(b) Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum mendaftar
untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
(c) Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
(d) Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk
mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas
bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.
1.3.4 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(ULANGAN) – SPM(U)
Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.
1.3.5 SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
1.3.5.1 Calon Sekolah
(a) Murid tingkatan enam Sekolah Kerajaan /Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah
Agama Rakyat/Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia, dan
(b) Telah diperakui mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang dipersetujui
antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pihak Al-Azhar Al-Syarif,
Kaherah, Mesir, dan
(c) Pernah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau
(d) Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM.
1.3.5.2 Calon Persendirian
(a) Telah diperakui mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang dipersetujui
antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pihak Al-Azhar Al-Syarif,
Kaherah, Mesir, dan
(b) Pernah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau
(c) Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM.
6
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
(f) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dan Mata Pelajaran Aliran Vokasional
(MPAV) hanya ditawarkan kepada calon sekolah. Calon yang telah
menyelesaikan 50% daripada keseluruhan modul mata pelajaran ini di Tingkatan
Empat (4) atau yang setaraf dengannya di Tingkatan Lima (5) dan disahkan oleh
Pengetua sekolah, layak untuk mendaftar bagi peperiksaan bertulis MPV dan
MPAV. Calon persendirian tidak dibenarkan mendaftar untuk MPV dan MPAV.
Calon yang telah mendaftar MPAV tidak boleh mendaftar MPV dan sebaliknya.
(g) Calon tidak dibenarkan mendaftar mata pelajaran yang mempunyai komponen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekiranya mata pelajaran berkenaan tidak
ditawarkan di sekolah.
(h) Calon hendaklah memastikan mata pelajaran yang didaftar tidak bertindih dalam
Jadual Waktu Peperiksaan SPM.
2.3.2 Calon Mengulang
(a) Calon persendirian yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE Lampiran 7
boleh mendaftar mana-mana mata pelajaran yang ditawarkan di Lampiran 7
sehingga maksimum 12 mata pelajaran.
(b) Calon persendirian yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE
tetapi tidak memenuhi syarat pensijilan atau hanya mempunyai Pernyataan
Keputusan/Sijil SAP/GCE (Malaysia-Cambridge), hendaklah mendaftar mata
pelajaran Bahasa Melayu.
(c) Calon hendaklah memastikan mata pelajaran yang didaftar tidak bertindih dalam
Jadual Waktu Peperiksaan SPM.
(d) Calon yang mendaftar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tidak
perlu melaksanakan Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP)
dalam masa tiga (3) tahun. Calon yang mendaftar mata pelajaran Bahasa Arab
Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Bahasa Arab Komunikasi tidak
perlu melaksanakan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dalam masa
tiga (3) tahun.
2.4 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)
(a) Mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPM(U) ialah Bahasa Melayu dan
Mathematics/Matematik sahaja.
(b) Calon yang pernah menduduki SPM/SPM(V)/SPVM/MCE tetapi gagal Bahasa
Melayu, hendaklah mendaftar mata pelajaran Bahasa Melayu.
(c) Calon yang mempunyai Sijil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE boleh mendaftar mata
pelajaran Bahasa Melayu atau Mathematics/Matematik atau kedua-duanya.
(d) Calon yang mendaftar mata pelajaran Bahasa Melayu tidak perlu melaksanakan
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) dalam masa tiga (3) tahun.
10
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
4 PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
4.1 MAKLUMAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
4.1.1 Makluman tentang pendaftaran menduduki peperiksaan akan dibuat melalui:
(a) surat siaran Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia,
(b) iklan melalui akhbar-akhbar tempatan dan media massa
(c) laman sesawang http://www.moe.gov.my/lpm
4.1.2 Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini serta borang pendaftaran boleh dimuat
turun dari laman sesawang http://www.moe.gov.my/lpm
4.1.3 Tarikh Pengurusan Pendaftaran
UPSR PMR SPM(U) SPM STAM
Pendaftaran 1 Jan - 1 Jan - 28 1– 31 Mac 1– 31 Mac 1 Feb –
Peperiksaan 28 Feb Feb 31 Mac
Cetakan, 1-10 Mac 1-10 Mac 1-15 April 1-15 April 1-15 April
Semakan dan
Pembetulan
KKP* (Tanpa
Bayaran)
Pembetulan 11 Mac- 11 Mac - 16 April- 15 16 April- 15 16 April- 15
KKP* 15 Mei 15 Mei Mei Mei Mei
(Dengan
Bayaran)
* KKP – Kenyataan Kemasukan Peperiksaan
4.1.4 Calon hendaklah mendaftar bagi menduduki mana-mana peperiksaan. Calon yang
tidak mendaftar tidak boleh menduduki peperiksaan.
14
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
4.2 PROSES PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
4.2.1 Calon Sekolah
(a) Calon hendaklah mendaftar peperiksaan dengan menggunakan Borang Pendaftaran Lampiran 10
Lampiran 11
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang tidak mempunyai kad
pengenalan hendaklah melengkapkan Borang Perakuan Calon Peperiksaan
LP/Am34.
(b) Calon Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan/Sekolah di bawah Agensi Kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri
hendaklah menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah dilengkapkan kepada
pihak sekolah.
(c) Calon sekolah swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat hendaklah
menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah dilengkapkan dan bayaran yuran
peperiksaan kepada pihak sekolah.
(d) Pihak sekolah hendaklah mendaftarkan semua calon peperiksaan secara atas
talian.
4.2.2 Calon Persendirian
(a) Calon hendaklah mendaftar peperiksaan dengan menggunakan Borang Pendaftaran Lampiran 10
Lampiran 11
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan yang boleh didapati dari JPN atau Lampiran 12
dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan. Calon yang tidak
mempunyai kad pengenalan hendaklah melengkapkan Borang Perakuan Calon
Peperiksaan LP/Am34.
(b) Calon hendaklah menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah dilengkapkan dan
bayaran yuran peperiksaan kepada Unit/Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN.
(c) Pihak JPN hendaklah mendaftarkan semua calon persendirian secara atas talian.
4.3 SEMAKAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
(a) Pihak sekolah atau JPN hendaklah mencetak KKP sebelum tarikh tutup pendaftaran
untuk disemak dan dibuat pembetulan oleh calon.
Sekiranya ada pembetulan, pihak sekolah atau JPN hendaklah mengemas kini
maklumat pendaftaran calon.
(b) Tarikh akhir semakan dan pembetulan maklumat calon dan mata pelajaran bagi
UPSR dan PMR ialah pada 10 Mac tahun peperiksaan. Tarikh akhir semakan dan
pembetulan maklumat calon dan mata pelajaran bagi SPM(U), SPM dan STAM
ialah pada 15 April tahun peperiksaan. Sebarang pembetulan maklumat selepas
tarikh-tarikh tersebut akan dikenakan bayaran.
(c) Calon tidak dibenarkan membuat pembetulan maklumat calon dan maklumat mata
pelajaran selepas 15 Mei tahun peperiksaan.
15
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
4.4 PENGESAHAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
(a) Guru Besar/Pengetua/JPN bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan
dokumen maklumat pendaftaran calon adalah betul dan tepat dengan
menandatangani dokumen berkenaan.
(b) Bagi calon sekolah, Guru Besar/Pengetua hendaklah menyerahkan cetakan
ringkasan pendaftaran calon dan rumusan bayaran untuk diserahkan kepada
Pengarah Pelajaran Negeri berserta bayaran jika ada. Sebarang bayaran hendaklah
dibuat dengan menggunakan kiriman wang/wang pos/draf bank atas nama
Pengarah Pelajaran Negeri tempat calon mendaftar.
(c) Pihak JPN bertanggungjawab untuk membuat pengesahan pendaftaran semua jenis
calon secara atas talian sebelum pengesahan terakhir dibuat oleh Lembaga
Peperiksaan.
(d) Calon yang telah disahkan pendaftarannya akan menerima cetakan KKP. Calon
hendaklah membawa KKP sebagai dokumen pengesahan rasmi untuk menduduki
peperiksaan.
4.5 PEMBETULAN MAKLUMAT CALON/MATA PELAJARAN
(a) Calon bertanggungjawab menentukan semua maklumat dalam borang pendaftaran
adalah betul. Pembetulan maklumat peribadi calon dan maklumat mata pelajaran
selepas tarikh tutup pendaftaran akan dikenakan bayaran.
(b) Permohonan pembetulan maklumat calon sekolah dibuat oleh pihak sekolah kepada Lampiran 13
Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri.
Permohonan pembetulan maklumat calon persendirian dibuat oleh pihak JPN
kepada Pengarah Peperiksaan.
(c) Pihak JPN hendaklah membuat pembetulan maklumat calon dan maklumat mata
pelajaran secara atas talian selepas menerima permohonan dari sekolah atau calon
persendirian.
(d) Lembaga Peperiksaan tidak akan melayan sebarang permohonan pembetulan
maklumat selepas 15 Mei tahun peperiksaan.
(e) Bayaran yuran permohonan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang
ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan.
4.5.1 Kenyataan Kemasukan Peperiksaan (KKP)
Maklumat Calon dan Maklumat Mata Pelajaran
Permohonan pembetulan maklumat calon dan maklumat mata pelajaran hendaklah Lampiran 13
dengan menggunakan Borang Pembetulan Maklumat Calon (BPMC) yang boleh
diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga
Peperiksaan.
16
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
4.5.2 Slip Keputusan Peperiksaan
(a) Permohonan pembetulan maklumat pada Slip Keputusan Peperiksaan yang
bercanggah dengan KKP hendaklah dibuat dengan menggunakan BPMC.
(b) Pembetulan maklumat calon dan maklumat mata pelajaran hendaklah dibuat dalam
tempoh 30 hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan. Lampiran 13
4.6 PERTUKARAN STATUS CALON
(a) Murid sekolah tidak dibenarkan mendaftar sebagai calon persendirian.
(b) Calon sekolah tidak dibenarkan untuk menukar status kepada calon persendirian
setelah tarikh tutup pendaftaran.
(c) Calon persendirian dibenarkan membuat permohonan menukar status kepada
calon sekolah setelah tarikh tutup pendaftaran dengan syarat calon diterima belajar
di sekolah berkenaan. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pihak sekolah
kepada Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri.
4.7 PEMBATALAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
(a) Murid yang belum mendaftar peperiksaan dibenarkan membuat permohonan untuk
menangguhkan peperiksaan.
(b) Calon yang telah mendaftar dibenarkan membuat permohonan pembatalan
pendaftaran peperiksaan dan bukannya menangguhkan peperiksaan.
(c) Pembatalan pendaftaran peperiksaan hanya akan diluluskan oleh Pengarah
Peperiksaan bagi kes-kes berikut:
i) Kematian,
ii) Sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan.
(d) Calon/Ibubapa/Penjaga hendaklah membuat permohonan rasmi
penangguhan/pembatalan peperiksaan berserta dokumen sokongan kepada
Pengarah Pelajaran Negeri melalui pihak sekolah.
(e) Pihak JPN hendaklah membuat pengesahan sebelum Pengarah Peperiksaan
meluluskan permohonan pembatalan pendaftaran peperiksaan secara rasmi.
Pihak JPN hendaklah membuat pengesahan secara atas talian sebelum
mengemukakan salinan permohonan kepada Lembaga Peperiksaan.
(f) Calon hendaklah mendaftar semula bagi menduduki peperiksaan pada tahun
berikutnya.
(g) Yuran pendaftaran bagi semua peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh
Pengarah Peperiksaan.
17
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
5.2 PINDAH PUSAT PEPERIKSAAN
(a) Calon Sekolah perlu mengemukakan permohonan pindah pusat peperiksaan Lampiran 14
melalui Guru Besar/Pengetua sekolah asal masing-masing. Permohonan
hendaklah disertakan bersama dengan dokumen Kelulusan Pertukaran Sekolah.
Calon Persendirian perlu mengemukakan permohonan pindah pusat peperiksaan
melalui Pengarah Pelajaran Negeri di tempat calon mendaftar.
(b) Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah memilih sekolah yang
menawarkan mata pelajaran yang didaftar.
(c) Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan hendaklah melengkapkan Borang
Perpindahan Calon dalam enam (6) salinan yang boleh diperoleh daripada JPN
atau dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan.
(d) Calon yang memohon pindah pusat peperiksaan akan dikenakan bayaran sebanyak Lampiran 9
RM25.00.
(e) Guru Besar/Pengetua sekolah pusat asal calon hendaklah menandatangani
Bahagian A borang tersebut dan menghantar lima (5) salinan kepada Guru
Besar/Pengetua sekolah baru calon berkenaan. Guru Besar/Pengetua sekolah baru
calon hendaklah melengkapkan Bahagian B dan menghantar empat (4) salinan ke
JPN.
(f) Guru Besar/Pengetua sekolah pusat asal calon bertanggungjawab menghantar
semua bahan dan dokumen pentaksiran berasaskan sekolah ke sekolah baru.
(g) Permohonan pindah pusat peperiksaan hendaklah sampai kepada Unit/Sektor
Penilaian dan Peperiksaan, JPN pada atau sebelum 15 Mei tahun peperiksaan.
Permohonan yang diterima selepas 15 Mei akan dianggap sebagai calon
menumpang dan mesti menggunakan angka giliran asal.
(h) Angka giliran calon yang sudah berpindah tidak boleh diberi kepada calon lain.
19
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
(d) Calon yang memerlukan keperluan khas hendaklah memohon kepada pihak Lampiran 15
sekolah. Calon yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai calon
biasa.
(e) Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan borang Lampiran 15
Maklumat Calon Berkeperluan Khas LP/Am 89 berserta dokumen sokongan seperti
laporan perubatan atau kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Pengarah
Pelajaran Negeri. Borang boleh diperoleh daripada JPN atau dimuat turun daripada
laman web Lembaga Peperiksaan.
(f) Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah mengeluarkan surat pengesahan keperluan
khas calon dan menghantar satu (1) salinan surat pengesahan berserta dokumen
sokongan kepada Pengarah Peperiksaan.
(g) Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan keperluan khas kepada
Pengarah Pelajaran Negeri.
(h) Guru Besar/Pengetua sekolah hendaklah menyediakan bilik dan peralatan khas bagi
calon-calon berkeperluan khas seperti yang diluluskan oleh Pengarah Peperiksaan.
6.2 CALON BERPENYAKIT BERJANGKIT
Pihak sekolah hendaklah menyediakan bilik isolasi bagi calon yang berpenyakit
berjangkit seperti sakit mata, demam campak, H1N1 dan lain-lain.
6.3 CALON MEMERLUKAN PERTIMBANGAN KHAS SEMASA PEPERIKSAAN
(a) Pertimbangan khas boleh diberikan kepada calon berikut:
i Calon yang mengalami kecederaan dan tidak boleh menulis dengan tangan
yang biasa digunakan boleh memohon untuk mendapat khidmat jurutulis
atau rakaman audio.
ii Calon yang pengsan, pitam, histeria, senggugut, hilang ingatan dan epilepsi
boleh diberikan masa gantian tetapi terhad sehingga jam 6 petang hari
peperiksaan.
iii Calon yang mengambil peperiksaan di hospital kerajaan/swasta akan
dipertimbangkan mengikut situasi.
(b) Guru Besar/Pengetua sekolah hendaklah membuat permohonan pertimbangan khas
berkenaan untuk tindakan pihak JPN.
21


Use: 0.0251