• 4.9 Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu


  •   
  • FileName: 049.pdf [read-online]
    • Abstract: sumber data bagi penyusunan tatabahasa. Apabila Prof. Asmah Haji Omar (1978) menyatakan bahawa bahasa Melayu ... Peranan sastera dalam pemantapan tatabahasa Melayu dengan jelas juga ...

Download the ebook

Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu 509
4.9
Peranan Sastera dalam Pembinaan
dan Penyatuan Bahasa Melayu
Awang Sariyan
Mohd. Thani Ahmad
PENDAHULUAN
Sastera dengan pengertiannya sebagai hasil kreativiti kebahasaan yang
istimewa merupakan salah satu wadah bahasa yang penting. Sastera, baik
yang tertulis mahupun yang lisan mempunyai peranan yang besar dalam
pertumbuhan sesuatu bahasa. Jika bahasa sering diungkapkan sebagai “alat
untuk menghasilkan sastera”, maka sastera dapat dikatakan sebagai salah
satu wadah yang memungkinkan bahasa berkembang, maju dan terus hidup.
Dalam hubungannya dengan hakikat itulah kertas kerja ini berusaha
memperIihatkan peranan sastera dalam pembinaan dan penyatuan bahasa
Melayu.
Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu akan dilihat daripada
sudut pembinaan korpus atau wujud bahasa itu sendiri. Yang termasuk di
dalamnya ialah tatabahasa, sistem tulisan, perkamusan, pengucapan dan gaya
bahasa. Dalam hal penyatuan pula, akan dibincangkan penyatuan pada
peringkat negara dan penyatuan pada peringkat serantau.
SIFAT BAHASA SASTERA
Sudah banyak yang diperkatakan orang tentang sifat istimewa bahasa sastera,
dan rasanya tidak perlu hal itu disentuh dengan mendalam di sini. Walau
bagaimanapun, sebagai dasar untuk melihat peranan sastera dalam pembinaan
dan penyatuan bahasa Melayu, baik juga sifat bahasa sastera itu disebut
sepintas kilas.
Siametmuljana (1966: 5 - 9) merumuskan dua ciri utama bahasa sastera.
Pertama, setiap kata yang digunakan dalam ciptaan sastera ialah kita berjiwa,
iaitu kata yang mengandung nafas penciptanya. Dengan tepat sekali
Siametmuijana membandingkan kata-kata yang terdapat dalam karya sastera
dengan kata-kata yang terdapat dalam kamus. Berbeza dengan kata-kata dalam
kamus yang berupa bahan mentah, kata-kata dalam karya sastera merupakan
510 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
kata-kata yang terpilih, sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan oleh
pengarang. Dalam hubungan inilah kita mendapati bahawa diksi atau pemilihan
kata menjadi soal yang penting sekali, baik dalam penciptaan prosa mahupun
puisi.
Ciri kedua bahasa sastera yang digariskan oleh Slametmuljana ialah bahawa
ikatan ayat atau susunan katanya terasa mengandung hembusan nafas
pengarangnya. Kalau buku tatabahasa menyajikan ayat-ayat yang berbagai-
bagai pola dan jenisnya untuk maksud mengenalkan atau mengajarkannya,
maka karya sastera menyajikan pola-pola dan jenis-jenis ayat yang tertentu
untuk maksud menimbulkan kesan tertentu pada khalayak.
Oleh sebab adanya sifat istimewa pada bahasa sastera itu, timbullah suatu
bidang penyelidikan yang diberi nama stilistik.
Dalam pada itu baik juga kita insafi bahawa sifat istimewa bahasa sastera
itu tidaklah sampai keluar dari sistem bahasa umum sesuatu masyarakat. Kata
Slametmuljana (1966: 25), seni sastera pada hakikatnya adalah bingkisan kata
yang dikirimkan oleh seniman sebagai hadiah kepada masyarakat. Hadiah itu
baru bermakna apabila masyarakat yang menyambutnya dapat memahami
maksudnya. Oleh sebab itu seniman tidak dapat melepaskan diri daripada bahasa
umum semasa berkarya,
Umar Junus (1971: 287) memperjelas hakikat tersebut dengan mengatakan
bahawa kelainan yang ada dalam hasil sastera dengan bahasa biasa bukanlah
kelainan sistem, melainkan perbezaan pemilihan pola-pola yang ada. Umar
Junus dengan keras menolak pengertian gaya bahasa sebagai penyimpangan
bahasa. Katanya,”Gaya ialah manipulasi penggunaan bahasa, sesuai dengan
yang ‘ingin dinyatakan penulisannya’ sehingga menimbulkan kesan tertentu
kepada pembacanya dan manipulasi penggunaan bahasa tidaklah bererti
penyimpangan bahasa, iaitu suatu pengertian gaya yang biasanya
dihubungkan dengan unsur bahasa.” (1980).
PERANAN SASTERA DALAM PEMBINAAN BAHASA MELAYU
Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat dilihat daripada sudut:
a. karya sastera sebagai sumber data bagi penyusunan tatabahasa;
b. karya sastera dan pertumbuhan tradisi persuratan;
c. karya sastera sebagai sumber data perkamusan;
d. pengucapan sastera dan retorik;
e. karya sastera sebagai peningkat estetik bahasa;
f. karya sastera sebagai bahan pengajaran dan pemelajaran bahasa.
Karya Sastera Sebagai Sumber Data Penyusunan Tatabahasa
Walaupun sastera sering dikatakan memiliki tatabahasanya sendiri, iaitu yang
disebut oleh Slametmuljana (1966 dan 1969) sebagai gramatika stilistika atau
yang dikatakan William O. Hendricks (1976) sebagai grammar of style, namun
dengan berdasarkan pada hakikat bahawa bahasa sastera itu tetap dalam
Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu 511
lingkungan bahasa umum juga, maka karya sastera dapat menjadi salah satu
sumber data bagi penyusunan tatabahasa.
Apabila Prof. Asmah Haji Omar (1978) menyatakan bahawa bahasa Melayu
tulisan yang ada sekarang ini merupakan lanjutan daripada bahasa kitab Sejarah
Melayu yang ditulis dalam abad ke-17 pada zaman Kerajaan Johor, hakikat
yang tidak dapat kita tolak ialah bahawa Sejarah Melayu sebagai karya sastera
memang dapat menjadi sumber penyusunan tatabahasa Melayu. Yang saya
maksudkan ialah bahawa pola-pola dasar, yang dalam disiplin linguistik disebut
rumus-rumus, yang menerbitkan ayat-ayat dalam Sejarah Melayu sampai
sekarang sebenarnya masih dipertahankan, meskipun bentuk dan lenggok
zahirnya terasa asing oleh kita (Awang Sariyan, 1984). Apabila pola-pola itu
dibandingkan dengan pola-pola dasar yang menerbitkan ayat-ayat dalam karya
sastera moden seperti yang dihasilkan oleh Keris Mas dan Anwar Ridhwan,
misalnya, terlihat suatu kesinambungan pola-pola dasar bahasa Melayu. Dalam
hal ini, besar sekali peranan sastera sebagai korpus untuk penyusunan suatu
tatabahasa Melayu baku.
Peranan sastera dalam pemantapan tatabahasa Melayu dengan jelas juga
dapat kita saksikan apabila kita sedar bahawa di antara yang cukup besar
jasanya dalam usaha awal pembakuan tatabahasa bahasa Melayu di Indone-
sia termasuklah para sasterawan Balai Pustaka, yang secara aktif menghidupkan
bahasa Melayu dengan hasil-hasil karya mereka (Sutan Takdir Alisjahbana,
1971: 29-30). Tokoh seperti Sutan Perang Bustami, Nur Sutan Iskandar, Abdoel
Moeis dan Sutan Pamuntjak, Sanusi Pane dan Sutan Takdir Alisjahbana
merupakan orang yang bertanggungjawab meletakkan batu asas untuk tradisi
kesusasteraan Melayu baru di Indonesia (C. A. Mees, 1969: 10 -11). Bahasa
yang digunakan mereka itu besar sekali pengaruhnya dalam pembinaan bahasa
Melayu baku di Indonesia.
Di antara penyusun tatabahasa bahasa Melayu yang jelas memanfaatkan
karya sastera termasuklah A. A. Fokker dan C. A. Mees. Buku Pengantar
Sintaksis Indonesia karangan Prof. Dr. A. A. Fokker (1950) merupakan hasil
analisis sintaksis atau pembentukan ayat yang berdasar pada karya sasterawan
Angkatan 45. Di antara karya sastera yang penting yang digunakannya
termasuklah Layar Terkembang, Dian yang Tak Kunjung Padam, Pelangi 1,
Pelangi IV (karya Sutan Takdir Alisjahbana), Di bawah Lindungan Kaabah
(karya Hamka), Dari Ave Maria ke Jalan Lain ke Roma (karya Idrus), Cobaan
(karya Nur Sutan Iskandar), Salah Asuhan (karyaAbdoel Moeis), dan Si Jamin
dan Si Johan (karya Merari Siregar).
Buku C. A. Mees Tatatabahasa dan Tatakalimat (1969) yang mula-mula
terbit pada tabun 1949 di Indonesia menggunakan beberapa banyak karya
sastera sebagai sumber analisis. Di antaranya termasuklah Rusmala Dewi (karya
Harjosumarto), Salah Asullan (karya Abdoel Moeis), Di Bawah Lindungan
K’abah (karya Hamka), Bebasari (karya Rustam Effendi), Pertemuan (karya
Sutan Pamuntjak), Hang Tuah (karya Amir Hamzah), Layar Terkembang, Dian
512 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
yang Tak Kunjlmg Padam (karya Sutan Takdir Alisjahbana), Tersua Lawan
(karya Kasim), Si Jamal (karya Mochtar Lubis), Hulubalang Raja (Sutan
Iskandar), Hikayat Sultan Iskandar Muda dan beberapa banyak lagi.
Demikianlah sekadar contoh bagaimana karya sastera dapat dan harus
dijadikan salah satu sumber penyusunan buku tatabahasa.
Karya Sastera Dan Pertumbuhan Tradisi Persuratan
Sastera diungkapkan melalui media lisan dan juga tulisan. Menurut sejarah,
media lisanlah yang pertama-tama menjadi wadah sastera. Sehingga sekarang
ini, tradisi sastera lisan masih kelihatan kesan dan pengaruhnya.
Walau bagaimanapun sangat terang pada kita bahawa tradisi tulisan atau
persuratanlah yang akhimya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan
sastera sesuatu bangsa, tidak terkecuali sastera Melayu. Proses penciptaan
karya sastera sekarang ini lebih bersifat penulisan daripada lisan. Bukti
yangjelas ialah bahawa puisi atau sajak yang lebih hidup apabila dideklamasikan
temyata ditulis terlebih dulu, baru kemudian diucapkan.
Pertumbuhan sastera bertulis memberikan erti yang besar sekali kepada
pertumbuhan bahasa juga. Tulisan sebagai lambang ucapan mempunyai erti
yang tersendiri dalam kemajuan sesuatu bahasa dan kebudayaan manusia.
Kata Prof. Sutan Takdir Alisjahbana:
“Pentingnya erti mendapat kepandaian menulis dalam sejarah
adalah akibat yang logik daripada peristiwa bahawa menulis itu
bukanlah semata-mata mencatatkan bahasa percakapan, tetapi
juga oleh sebab kepandaian menulis itu mengubah kuantiti dan
kualiti bahasa sebagai alat proses perhubungan dan fikiran
manusia, yang memungkinkan timbulnya kehidupan tinggi yang
pertama dalam sejarah manusia.” (198 I: 20)
Dalam hubungannya dengan hakikat tersebut, karya sastera tertulis amat
besar peranannya dalam menumbuhkan tradisi persuratan yang utuh bagi
bahasa Melayu. Karya sastera seperti Su/a/atus Sa/atin, Bustanus Salatin,
Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Hikayat Hang Tuah dan beberapa banyak
lagi menjadi dasar bagi bahasa Melayu tertulis sekarang ini.
Karya Sastera Sebagai Sumber Data Perkamusan
Dengan memahami hakikat kamus sebagai rujukan tentang kekayaan budaya
bangsa melalui bahasa, sudah semestinya karya sastera mempunyai peranan
yang besar sekali dalam penyusunan kamus. Hal ini demikian kerana sastera
merupakan salah satu sumber kekayaan budaya bangsa juga. Budi, perasaan
dan pemikiran masyarakat terjelma juga dalam karya sastera.
Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu 513
Oleh sebab itu selayaknyalah karya sastera menjadi salah satu sumber
data bagi penyusunan kamus, terutama kamus umum. Karya sastera bukan
hanya dapat menyajikan kata-kata sebagai data mentah yang dapat menjadi
masukan atau entri kamus, malah yang lebih penting ialah penggunaan kata-
kata dalam pelbagai konteks dan pengertian khusus.
Dalam semantik leksikal atau makna kata kita mengenal adanya metafora
antropomorfis (sejenis metafora yang menggabungkan unsur benda dengan
bahagian tubuh manusia, seperti kaki langit), metafora abstraksi (sejenis
metafora yang memberikan sifat untuk benda konkrit kepada benda abstrak,
seperti fikiran yang terang), sinistesia (perubahan makna yang asalnya
bersangkutan dengan satu deria ke deria yang lain, seperti pengalaman yang
pahit). Selain itu kita tabu akan adanya peluasan dan penyempitan makna.
Misalnya kata hidup yang asalnya dihubungkan dengan unsur bernyawa telah
mengalami peluasan makna sehingga unsur tak bemyawa dapat juga dikatakan
hidup, seperti lukisan yang hidup. Kata kitab pula temyata mengalami
penyempitan makna, daripada makna ‘bahan bacaan’ menjadi ‘buku agama
saja’.
Konsep-konsep semantik atau makna yang sedemikian itu akan dapat
ditemukan penerapannya dengan meluas dalam karya sastera.
Demikian juga halnya dengan proses pembentukan kata yang berupa
pengimbuhan, pengulangan dan penggabungan. Bentuk-bentuk kata yang
terhasil daripada ketiga-tiga proses itu akan dapat ditemukan dengan
banyaknya dalam karya sastera. Selanjutnya karya sastera dapat pula menjadi
sumber ayat contoh yang menggambarkan konteks penggunaan sesuatu kata
dalam masyarakat.
Singkatnya, baik daripada sudut semantik mahupun bentuk kata dan ayat,
karya sastera dapat menjadi sumber data bagi penyusunan kamus. Hal ini
sesuai dengan sifat bahasa sastera yang mementingkan manipulasi segala
unsur bahasa yang ada, sehingga kamus yang disusun dengan
memperhitungkan karya sastera sehagai salah satu sumber data akan bersifat
tuntas dan benar-benar menggambarkan bahasa masyarakat.
Dalam sejarah perkamusan kita, usaha R.J. Wilkinson memasukkan sekian
banyak kata daripada karya sastera Melayu Klasik dalam kamusnya A Malay
- English Dictionary temyata memberikan sumbangan yang amat besar kepada
pembinaan bahasa Melayu, khususnya daripada sudut etimologi. Kata-kata
yang ejaannya menimbulkan kekeliruan dengan mudah dapat kita pastikan
bentuknya yang betul dengan merujuk kepada kamus tersebut.
Kamus Umum Indonesia yang disusun oleh Prof. W.J.S. Poerwadarminta
yang kemudian diperbaharui oleh Pusat Pembinaan dan Pembangunan Bahasa
Indonesia pun ternyata menjadikan karya sastera sebagai salah satu . sumber
datanya. Demikianlah juga halnya dengan Kamus Dewan, terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
514 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
Pengucapan Sastera Dan Retorik
Salah satu aspek keindahan dan kekuatan sastera ialah aspek bunyi dan
pengucapan. Sebuah puisi, misalnya, lebih meninggalkan kesan apabila
diucapkan. Sehingga kini kita sudah mempunyai tradisi pengucapan puisi yang
mantap dan berkesan. Dapat dirumuskan bahawa pengucapan puisi Melayu
yang ada sekarang ini bersifat fonemis, iaitu katakata diucapkan sebagaimana
yang dieja. Rupa-rupanya pengucapan puisi yang fonemis sifatnya itu
meninggalkan kesan retorik yang kuat.
Apabila sekarang ini kita berusaha menetapkan sebutan baku, timbul sa-
ran supaya sebutan baku itu didasarkan pada prinsip fonemik. Selain beberapa
banyak sebab lain mengapa prinsip fonemik patut dijadikan dasar sebutan
baku, satu sebab yang dapat kita kaitkan dengan sifat pengucapan puisi ialah
kesan retorik yang timbul daripada pengucapan fonemis itu. Walaupun
pengucapan kita dalam pidato, syarahan dan sebagainya tidak sama benar
dengan pengucapan ketika kita mendeklamasikan puisi, kerana pengucapan
puisi harus menitikberatkan hal-hal lain seperti pemenggalan, pemanjangan
dan sebagainya. Namun kesan retorik yang timbul daripada pengucapan
fonemis itu dapat diperkuat prinsip fonemik bagi sebutan baku bahasa Melayu.
Karya Sastera Sebagai Peningkat Estetik Bahasa
Sesuai dengan sifat istimewa bahasa sastera yang terhasil daripada manipulasi
bahasa, peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat juga dilihat
daripada sudut peningkatan estetik bahasa.
Karya-karya sastera bukan hanya memaparkan realiti dan menyampaikan
amanat semata-mata, malahan harus mementingkan teknik penyajian. Dalam
hal teknik penyajian itulah gaya bahasa memainkan peranan. Isi dan bahasa
sebagai alat penyampaian isi berpadu sehingga gaya bahasa turut menentukan
isi.
Keindahan dalam sastera dapat dilihat pada aspek bunyi, ungkapan dan
ayat. Dalam aspek bunyi, karya sastera menampilkan unsur seperti aliterasi,
asonansi dan rima. Dalam hal ungkapan, karya sastera memperkaya bahasa
dengan metafora, simili, personifikasi, hiperbola dan sebagainya. Dalam hal
ayat, pemilihan di antara gaya nominal dan gaya verbal, di antara ayat mudah
dan ayat majmuk dan sebagainya mencorakkan bahasa sastera menjadi suatu
ragam bahasa yang bersesuai.
Kepadatan bahasa yang terungkap dalam puisi lama seperti gurindam,
seloka, pantun dan syair dan yang terungkap juga dalam sebahagian puisi
moden dengan jelas memperlihatkan suatu proses penghalusan serta suatu
peningkatan estetik bahasa Melayu.
Karya Sastera Sebagai Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat juga dilihat daripada
sudut pendidikan bahasa. Matlamat pendidikan bahasa yang utama ialah
Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu 515
memberikan kemahiran bahasa kepada pelajar supaya dengan adanya
kemahiran itu dapatlah pelajar memperoleh pengetahuan-pengetahuan lain
yang berbagai-bagai. Dalam hubungannya dengan matlamat memberikan
kemahiran bahasa itu, karya sastera yang terpilih dapat dijadikan bahan
pengajaran bahasa. Faedah menggunakan karya sastera sebagai salah satu
bahan pengajaran bahasa terletak pada kenyataan bahawa karya sastera
menampilkan pengalaman manusia sehingga pengajaran bahasa menjadi lebih
hidup dan berkesan.
Di samping itu, bahawa sastera yang baik dan berkesan akan dapat
menjadi contoh kepada pelajar dalam hal karang-mengarang dan pengutaraan
buah fikiran, baik secara lisan mahupun tulisan. Guru akan dapat menunjukkan
contoh bahasa yang baik dan berkesan daripada karya sastera yang terpilih.
Murid secara beransur-ansur dapat pula memperkuat rasa bahasa dan
mempertajam daya kreatif dalam berbahasa.
PERANAN SASTERA DALAM PENYATUAN BAHASA MELAYU
Peranan sastera dalam penyatuan bahasa Melayu dapat dilihat pada dua
peringkat, iaitu peringkat negara dan peringkat serantau.
Penyatuan di Peringkat Negara
Jika kita meneliti perkembangan sastera moden di negara ini, akan kita dapati
bahawa pada umumnya kita hanya mengenal sastera Melayu yang berbahasa
Melayu umum. Karya-karya sastera kita menggunakan bahasa Melayu yang
dapat difahami oleh seluruh masyarakat pembaca, baik pembaca itu ada di
Perlis atau di Johor, di Semenanjung atau di Sabah dan di Sarawak.
Dengan meneliti perkembangan novel Melayu di Malaysia sebagai
contoh, kita mendapati bahawa bahasa yang digunakan dalam novel Melayu
yang pertama, iaitu Hikayat F aridah Hanum (1926) karangan Syed Syeikh Al-
Hadi adalah bahasa Melayu umum walaupun lenggok bahasanya agak kearab-
araban. Tradisi novel Melayu di Malaysia dilanjutkan kemudian· oleh penulis-
penulis daripada kalangan guru seperti Harun Aminurrasyid, Ahmad Bakhtiar
dan Abdullah Sidik. Pada tahun-tahun tiga puluhan muncul pula Ishak Haji
Muhamad, Raja Mansur dan Syamsudin Saleh. Sesudah itu timbul penulis
novel tahun-tahun lima puluhan seperti Ahmad Lutfi. Sesudah merdeka, muncul
Hassan Ali, Atan Long, Awang Had Salleh, Arenawati dan Ibrahim Omar.
Dalam tahun-tahun enam puluhan, novel Melayu meningkat lebih maju di
tangan penulis seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad dan Abdullah Hussein.
Dari tahun-tahun tujuh puluhan hingga sekarang, kian banyak novel yang
dihasilkan.
Amat menarik bahawa tradisi novel Melayu dari zaman awalnya hingga
sekarang memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu umum dengan kurang
sekali pengaruh dialek kawasan. Jika ada pengaruh atau penggunaan unsur
516 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
dialek, hal itu ternyata hanya pada peringkat kata-kata saja, sebagaimana yang
terbayang dalam novel-novel Shahnon Ahmad, misalnya (Lihat Mohd. Yusuf
Hassan, 1979). Hal ini merupakan suatu rahmat kepada kita dalarn hubungannya
dengan penyatuan bahasa Melayu di negara ini. Tidak timbul soal persaingan
di antara sastera berbahasa Melayu umurn dengan sastera berbahasa daerah.
Dengan demikian, sastera di Malaysia sebenarnya menjadi wadah bahasa
Melayu yang satu.
Penyatuan pada Peringkat Serantau
Sejarah perkembangan bahasa Melayu menunjukkan bahawa sejak tradisi
tulisan berrnula, karya-karya sastera Melayu pada dasarnya menggunakan
ragam bahasa Melayu yang sama, biar di daerah Melayu mana sekalipun karya
tersebut dihasilkan. Jika kita menoleh ke zaman silam suatu ragam bahasa
sastera yang dikenal sebagai “bahasa hikayat,” atau daripada tilikan linguistik
sejarah ragam tersebut diistilahkan sebagai bahasa Melayu klasik.
Hikayat Raja-raja Pasai yang dikarang di Sumatera, Hikayat Aceh yang
dikarang di Aeeh dan Sejarah Melayu yang disusun di Johor, sebagai contoh,
memperlihatkan ragam bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu klasik, dengan
perbezaan-perbezaan kecil yang disebabkan oleh faktor zaman karya-karya itu
dikarang. Banyak lagi karya besar dalam khazanah sastera kita yang terhasil di
daerah-daerah Melayu yang luas ini dengan menggunakan bahasa Melayu
yang difahami oleh seluruh masyarakat Melayu .
Buah fikiran Hamzah Fansuri melalui kitab-kitab tasawuf dan syairnya
tetap dapat kita hayati biarpun Hamzah berkarya di Aceh. Madah Nurudin Al-
Raniri, Syamsudin Pasai dan yang lain-lain dapat kita banggakan sebagai madah
pujangga kita.
Dengan demikian juga, apabila Amir Hamzah meluahkan perasaannya
dalam “Nyanyi Sunyi” dan “Buah Rindu”, misalnya, suara hati Amir Harnzah
yang dilahirkan di Deli itu sampai juga ke sanubari umat Melayu di daerah-
daerah Melayu yang lain. Wujudnya komunikasi fikiran dan perasaan di antara
penyair Amir Hamzah dengan masyarakat itu dimungkinkan oleh adanya
keadaan saling faham melalui bahasa yang sama.
Dalam perkembangan sekarang ini, sastera berbahasa Melayu masih tetap
menyimpulkan tali penyatuan bahasa Melayu senusantara, walaupun ada
kecenderungan yang memperlihatkan perkembangan sastera Melayu yang
menjurus kepada sifat-sifat bahasa Melayu setempat.
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Bahagian-bahagian di atas keseluruhannya memaparkan peranan sastera dalam
pembinaan dan penyatuan bahasa Melayu secara positif. Hal itu pada
hakikatnya tidak pula bererti bahawa tidak ada halangan-halangan yang
menghambat usaha menjadikan sastera sebagai wadah pembinaan dan
penyatuan bahasa Melayu.
Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu 517
Masalah-masalah dalam Pembinaan Bahasa
Dalam hal peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu, kita berhadapan
dengan masalah-masalah yang berikut:
1. Kurangnya penulis yang benar-benar menguasai bahasa, terutama dalam
hal tatabahasa - Penguasaan tatabahasa yang lemah menyebabkan
berlakunya kesalahan-kesalahan bahasa yang asas dalam sebahagian karya
sastera, terutama kesalahan pengimbuhan dan kesalahan ayat. Kesalahan
bahasa seumpama itu tentu tidak membantu mengindahkan atau
memperkuat bahasa karya sastera, malah menjadi suatu cacat semata-
mata. Kesimpulan ini bukan sahaja terbit daripada sudut pandangan ahli
bahasa, malahan ditegaskanjuga oleh sasterawan yang peka akan soal
pentingnya penguasaan bahasa. Salah seorang sasterawan yang
mengambil berat tentang soal bahasa yang baik dalam karya sastera ialah
Keris Mas (lihat tulisannya, (1963)). Adanya kesalahan-kesalahan bahasa
yang mencacatkan karya sastera itu menyebabkan terhalangnya usaha
menjadikan karya sastera sebagai sumber pembakuan bahasa, terutama
dalam usaha penyusunan tatabahasa. Selain itu, besar juga bahayanya
jika karya sastera yang banyak kesalahan bahasanya dijadikan bahan
pengajaran bahasa Melayu di sekolah.
2. Kurangnya editor sastera yang benar-benar cekap yang menguasai
tatabahasa dan gaya bahasa sekali gus - Hal ini menyebabkan karya sastera,
khususnya yang berbentuk prosa, tidak disunting dengan baik, khususnya
dari bentuk tatabahasa, sehingga penulis yang kurang menguasai bahasa
tidak mendapat bantuan editor dalam hal bahasa. Dalam hubungannya
dengan gaya bahasa, tidaklah kami maksudkan bahawa editor harus
menyunting gaya bahasa penulis. Tetapi editor yang kuat rasa bahasanya
akan dapat memberikan pandangan kepada penulis untuk memperkemas
gaya bahasa karya penulis itu jika karya itu memang ternyata kurang
kemas.
3. Adanya salah faham tentang hubungan di antara prinsip-prinsip linguistik,
terutama tatabahasa, dengan penghasilan karya sastera - Polemik tentang
perlukah bahasa karya sastera ditundukkan kepada tatabahasa seringkali
timbul. Hal ini berpunca daripada salah faham tentang pengertian
tatabahasa itu sendiri. Tatabahasa sebenarnya merumuskan pola-pola
yang mantap yang berlaku dalam bahasa. Penulislah yang harus dapat
memanfaatkan pola-pola tersebut dengan menggunakan daya kreatifnya
untuk menghasilkan bentuk-bentuk baru dalam lingkungan pola-pola yang
ada itu. Kerana salah faham akan pengertian tatabahasa, ada penulis yang
langsung membuat kesimpulan bahawa bahasa sastera perlu menyimpang
daripada tatabahasa untuk menimbulkan gaya bahasa. Salah faham yang
sedemikian itu akan menyebabkan timbulnya sikap permisif terhadap
518 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
kesalahan bahasa. Tentang penyimpangan bahasa dalam karya sastera,
terang sekali penjelasan Umar Junus (1981) bahawa penyimpangan bahasa
seseorang penulis bukanlah penyimpangan daripada sistem bahasa,
melainkan penyimpangan daripada gaya bahasa yang stereotaip atau
usang. Dengan kata lain, seseorang penulis memang perlu mencari dimensi
baru dalam gaya ‘bahasa supaya timbul ciri-ciri idiosinkrasi dalam karyanya,
tetapi bukan dengan keluar daripada sistem bahasa yang ada.
4. Pemisahan di antara bahasa sastera dengan bahasa bukan sastera -
Walaupun diakui bahawa ragam bahasa sastera berbeza daripada ragam
bahasa biasa dan lain daripada laras bahasa bidang-bidang lain, namun
pada dasarnya bahasa sastera tetaplah dalam lingkungan sistem bahasa
sesuatu masyarakat. Tetapi seringkali juga terjadi bahawa “percubaan
bahasa” yang dilakukan pengarang terlalu individual sifatnya sehingga
timbul kecenderungan orang mengatakan bahawa bahasa sastera adalah
bahasa yang sukar difahami. Daripada satu sudut, anggapan sedemikian
tidak benar kerana dilahirkan oleh kalangan yang memang tidak peka
terhadap ragam bahasa sastera. Tetapi daripada sudut yang lain anggapan
itu perIu juga diperhatikan supaya semasa penulis memanipulasi bahasa
untuk meneipta gaya barn, ia tidak sampai lupa kepada khalayak yang
menjadi sasaran penciptaan karyanya itu.
5. Ketiadaan mata pelajaran ilmu gaya bahasa Melayu dalam kurikulum
sekolah - Walaupun dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ada diajarkan
cara menulis, untuk menimbulkan gaya bahasa. Salah faham yang
sedemikian itu akan menyebabkan timbulnya sikap permisif terhadap
kesalahan bahasa. Tentang penyimpangan bahasa dalam karya sastera,
terang sekali penjelasan Umar Junus (1981) bahawa penyimpangan bahasa
seseorang penulis bukanlah penyimpangan daripada sistem bahasa,
melainkan penyimpangan daripada gaya bahasa yang stereotaip atau
usang. Dengan kata lain, seseorang penulis memang perlu mencari dimensi
baru dalam gaya , bahasa supaya timbul ciri-ciri idiosinkrasi dalam karyanya,
tetapi bukan dengan keluar daripada sistem bahasa yang ada.
6. Pemisahan di antara bahasa sastera dengan bahasa bukan sastera -
Walaupun diakui bahawa ragam bahasa sastera berbeza daripada ragam
bahasa biasa dan lain daripada laras bahasa bidang-bidang lain, namun
pada dasarnya bahasa sastera tetaplah dalam lingkungan sistem bahasa
sesuatu masyarakat. Tetapi seringkali juga terjadi bahawa “percubaan
bahasa” yang dilakukan pengarang terlalu individual sifatnya sehingga
timbul kecenderungan orang “mengatakan bahawa bahasa sastera adalah
bahasa yang sukar difahami. Daripada satu sudut, anggapan sedemikian
Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu 519
tidak benar kerana dilahirkan oleh kalangan yang memang tidak peka
terhadap ragam bahasa sastera. Tetapi daripada sudut yang lain anggapan
itu perIu juga diperhatikan supaya semasa penulis memanipulasi bahasa
untuk meneipta gaya baru, ia tidak sampai lupa kepada khalayak yang
menjadi sasaran penciptaan karyanya itu.
7. Ketiadaan mata pelajaran ilmu gaya bahasa Melayu dalam kurikulum
sekolah - Walaupun dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ada diajarkan
cara menulis karangan, tetapi tidak ada penekanan terhadap kaedah
menggunakan gaya bahasa sebagai suatu teknik mengarang. Pelajaran
karangan di sekolah lebih menitikberatkan penghuraian fakta. Jika ada
unsur-unsur gaya bahasa yang diajarkan, didapati bahawa
penyampaiannya tidak secara terancang dan tidak dalam bentuk satu
kesatuan yang utuh, melainkan cebisan-cebisan beberapa unsur gaya
bahasa saja. Dengan demikian pelajar tidak terdedah kepada ilmu gaya
bahasa secara formal dan sistematis. Kesannya dapat dilihat pada tidak
kemasnya dan simpang siurnya gaya bahasa sebilangan besar mahasiswa
yang masuk ke institusi pengajian tinggi apabila menulis esei, sehingga
Universiti Malaya, misalnya, perlu mengajarkan cara-cara menulis dengan
baik kepada mahasiswa tahun pertama Jurusan Kreatif dan Deskriptif.
Dalam mata pelajaran sastera yang diperkenalkann bermula dari tingkatan
empat; pelajar diberi pengenalan tentang struktur sesebuah karya sastera,
seperti tema, plot, watak, sudut pandangan dan gaya bahasa. Tujuannya
ialah supaya pelajar dapat menganalisis sesebuah karya sastera prosa.
Dalam bidang analisis puisi diperkenalkan rima, asonansi, aliterasi, rangkap
dan sebagainya. Yang menjadi persoalan ialah apakah ertinya teori-teori
itu diberikan jika tidak diterapkan dalam kerja penulisan pelajar-pelajar itu
sendiri? Cukupkah pelajar kita diajar tentang cara menganalisis karya
sastera secara mekanis saja? Bukankah lebih wajar teori-teori analisis
sastera itu diterapkan dalam pengajaran penulisan kepada pelajar-pelajar
supaya mereka bukan hanya mengenal sastera tetapi menghayati dan
berekreasi juga?
8. Kurangnya ahli bahasa yang menjadikan karya sastera sebagai sumber
data dalam analisis bahasa Perkembangan linguistik moden sekarang ini
demikian pesatnya. Sayangnya perkembangan teori-teori linguistik yang
berbagai-bagai itu masih banyak tertumpu kepada tahap teori dan belum
banyak aspek penerapan yang dilakukan. Dalam hubungannya dengan
pekerjaan menganalisis bahasa Melayu masih amat kurang ahli bahasa
yang menggunakan karya sastera sebagai sumber data, walaupun
kecenderungan ke arab itu sudah bermula. Sehubungan dengan itu bidang
stilistik yang mengkaji sastera daripada sudut bahasa temyata masih muda
benar dalam tradisi penyelidikan kita.
520 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
Masalah -masalah dalam Penyatuan Bahasa
Hambatan yang menjejaskan peranan sastera dalam penyatuan bahasa Melayu
dapat diuraikan sebagai yang berikut:
1. Perkembangan bahasa yang tidak sama oleh sebab perbezaan sejarah
politik dan latar belakang sosial dapat kita saksikan bahawa perkembangan
bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia khususya mengalami jalan
sejarah yang agak berbeza. Bahasa Melayu di Indonesia tumbuh di tengah-
tengah pelbagai bahasa daerah yang lain yang tetap bertahan sebagai
bahasa yang dominan. Fenomena saling mempengaruhi di antara bahasa
Melayu dengan bahasa daerah secara leluasa berlaku. Hal ini terjelma
juga dalam bahasa sastera Melayu di Indonesia. Selain itu, pengaruh
bahasa Belanda daripada sudut kata-kata khususnya banyak juga terdapat
dalam karya sastera Melayu di Indonesia. Masalah yang mungkin timbul
daripada keadaan tersebut ialah masalah saling-faham. Tanpa wujudnya
saling-faham, kesatuan bahasa yang sepatutnya terjelma dalam karya
sastera ternyata tidak dapat dipertahankan.
2. Kecenderungan kepada Sastera Daerah dan Dialek Bahawa setiap
kelompok manusia memerlukan identiti dan ingin menonjolkan identiti itu
bukanlah hal yang luar biasa. Hubungan dengan itu, adanya
kecenderungan mernpertahankan dan mengiatkan sastera daerah
sebagaimana yang berlaku di Indonesia bukanlah suatu kesalahan,
sebagaimana bahasa-bahasa daerah tetap dipertahankan. Tetapi yang
menjadi masalah ialah bahawa kecenderungan mempertahankan sastera
daerah seringkali sampai menggugat sastera berbahasa Melayu, iaitu
sastera kebangsaan yang menjadi ciri identiti yang umum. Di Malaysia
pula ada kecenderungan beberapa orang penulis menggunakan kata-kata
dialek kawasannya. Daripada satu sudut penggunaan kata-kata dialek
dapat memperkaya bahasa sastera Melayu. Mungkin juga penulis berbuat
demikian untuk rmenggambarkan realiti. Tetapi di balik itu, penggunaan
kata-kata dialek yang hanya dapat difahami oleh orang-orang di kawasan
tertentu saja tentulah menimbulkan masalah pemahaman kepada orang-
orang di kawasan lain pula. Dalam hal ini karya sastera yang sedemikian
itu tidaklah dapat berperanan dalarn penyatuan bahasa Melayu.
3. Penyebaran karya sastera yang rnasih terbatas Sehingga sekarang ini,
penyebaran karya sastera Melayu antara negara-negara berbahasa Melayu
masih jauh daripada memuaskan. Hal ini tentu saja ada kesannya terhadap
kesaling fahaman di antara penutur-penutur bahasa Melayu di negara-
negara yang berlainan.
SARAN-SARAN
Saran-saran kami untuk mengatasi masalah-masalah yang kami huraikan tadi
adalah seperti yang berikut:
Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu 521
1. Pembinaan Bahasa Melayu
a. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
hendaklah merangka kurikulum ilmu gaya bahasa untuk diajarkan di
sekolah, sama ada melalui penerapannya dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia mahupun mata pelajaran Sastera Melayu.
b. Para penulis hendaklah benar-benar menguasai bahasa supaya karya
sasteranya bermutu bukan saja daripada segi isi tetapi bahasanya
juga.
c. Tatabahasa hendaklah dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua
kursus penulisan (kreatif dan deskriptit).
d. Badan penerbit, terutamanya yang menerbitkan karya sastera,
hendaklah memastikan bahawa editornya cekap dalam hal tatabahasa
dan gaya bahasa.
e. Perlu digerakkan usaha “memasyarakatkan sastera” supaya unsur-
unsur keindahan bahasa sastera diterapkan dalam bidang-bidang
penggunaan bahasa yang lain, seperti iklan, pidato, tulisan berbentuk
rencana dan sebagainya.
f. Sasterawan hendaklah tidak setakat menjadi pelapor, tetapi hendaklah
berusaha meningkatkan nilai estetik dalam bahasa penceritaan dan
dialog watak-watak.
g. Ahli bahasa harus menggunakan karya sastera sebagai salah satu
sumber data bagi analisis bahasa, termasuk kajian sosiolinguistik
dan juga bagi pembinaan bahasa (seperti perkamusan, tatabahasa
dan sebagainya).
h. Penilaian terhadap karya sastera untuk Hadiah Sastera atau Anugerah
Sastera harus lebih menitik beratkan aspek bahasa. Penilaian daripada
sudut bahasa hendaklah sama beratnya dengan penilaian daripada
sudut isi dan struktur.
i. Kegiatan persatuan-persatuan penulis hendaklah diperluas, iaitu
dengan mengadakan bengkel atau perbincangan yang berkaitan
dengan peningkatan mutu bahasa dalam karya sastera.
2. Penyatuan Bahasa
a. Sikap menekankan beberapa aspek perbezaan bahasa Melayu
menurut batas geopolitik mesti dikikis. Perbezaan yang ada hendaklah
difahami sebagai “perbezaan dalam kesatuan”.
b. Daftar kata (glosari) perlu disertakan dalam karya sastera yang
memanfaatkan unsur-unsur bahasa daerah dan dialek supaya karya
sastera itu dapat difahami dan dihayati oleh seluruh manusia Melayu
yang tersebar di daerah yang berlainan.
c. Kamus Melayu umum bagi dunia Melayu perlu diusahakan agar
kelainan-kelainan pada peringkat kosa kata dapat difahami.
522 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
d. Usaha pengaliran karya sastera antara negara berbahasa Melayu
mestilah digiatkan.
e. Perlu ditingkatkan usaha mengadakan pertemuan di antara sasterawan
negara-negara berbahasa Melayu, bukan semata-mata untuk
memupuk persefahaman, malahan untuk menyelesaikan persoalan-
persoalan khusus tentang sastera berbahasa Melayu.
Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu 523
Bibliografi
Asmah Haji Omar. 1978. Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada
Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan. 1984. “Kesinambungan Bahasa dalam Karya Sastera Melayu
(Malaysia): Suatu Kajian Linguistik daripada Sudut Sintaksis. Tesis M.A
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Fokker, A.A. 1980 (Cetakan ke-4). Pengantar Sintaksis Indonesia. Jakarta:
Pradnya Paramita.
Hendricks, W.O. 1976. Grammars of Style and Styles of Grammar. Amsterdam:
North Holland.
Keris Mas. 1963. “Bahasa dalam Cerita-cerita Pendek: Kesalahan dan
Kejanggalan Bahasa Bukanlah Stail”. Dewan Bahasa. 7, 6; 264-271.
Mees, C.A. 1969. Tatabahasa dan Tatakalimat. Kuala Lumpur: University of
Malaya Press.
Mohd. Yusof Hasan. 1979. “Kata-kata Daerah dalam Karya-karya Shahnon
Ahmad”. Dewall Bahasa, 23, 12: 74-95.
Slametmuljana. 1966. Peristiwa Bahasa dan Sastera. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
__ . 1969. Kaidah Bahasa Indonesia. Ende Flores: Penerbitan Nusa Indah.
Sutan Takdir Alisjahbana, 1971. “Fungsi Standardisasi dalam Pertumbuhan
Bahasa Indonesia Menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Resmi
Indonesia”. Dalam Harimurti Kridalaksana dan Djoko Kentjono(Ed.) 1971.
‘Seminar Bahasa Indonesia 1968. Ende Flores: Penerbitan Nusa Indah.
__ . 1981. “Erti Bahasa, Fikirim dan Kebudayaan dalam Hubungan Sumpah
Pemuda. Dewan Bahasa. 25,5: 11-36.
Umar Junus. 1971. “Bahasa dalam Sanjak”. Da1am Harimurti Kridalaksana
dan Djoko Kentjono (Ed.). 1971. Seminar Bahasa Indonesia. 1968. Ende
Flores: Penerbitan Nusa Indah.
__ . 1980. “Kesan daripada Suatu Unsur Gaya”. Dewan Bahasa. 24, 7: 36-42.
__ . 1981. “Strategi untuk Satu Penyelidikan Stilistika”. Dewan Bahasa. 25, 4:
43-63 ..


Use: 0.033