• Thesis UTM cover.doc


  •   
  • FileName: MohdSaberiMatDerisMFKSG2007TTT.pdf [read-online]
    • Abstract: Pengurusan Penyenggaraan Fasiliti Bangunan Di Sektor Awam Malaysia’ adalah ... disebut juga sebagai fasiliti fizikal bagi sesebuah organisasi. ...

Download the ebook

TAHAP KEBERKESANAN PENGURUSAN PENYENGGARAAN
FASILITI BANGUNAN DI SEKTOR AWAM MALAYSIA
MOHD SABRI BIN MAT DERIS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : TAHAP KEBERKESANAN PENGURUSAN PENYENGGARAAN FASILITI
BANGUNAN DI SEKTOR AWAM
SESI PENGAJIAN : 2006/2007
Saya : MOHD SABRI BIN MAT DERIS
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi.
4. ** Sila tanda ()
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
SULIT Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI
1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)
 TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
No. 17, Jalan 3/7, PROF. DR ABDUL HAKIM BIN MOHAMMED
Taman Changkat Desa, Nama Penyelia
68100 Kuala Lumpur.
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
^ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara Penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan,atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Saya/Kami* dengan ini memperakukan bahawa Saya/Kami* telah membaca tesis ini
dan pada pendapat saya/kami* tesis ini telah mencukupi syarat dalam skop dan kualiti
untuk penganugerahan ijazah Sarjana Sains Pengurusan Fasiliti.
Tandatangan : ________________________________
Nama Penyelia I : Prof. Dr. Abdul Hakim bin Mohammed
Tarikh : ________________________________
Tandatangan : ________________________________
Nama Penyelia II : ________________________________
Tarikh : ________________________________
Tandatangan : ________________________________
Nama Penyelia III : ________________________________
Tarikh : ________________________________
* Potong di mana perlu
TAHAP KEBERKESANAN PENGURUSAN PENYENGGARAAN FASILITI
BANGUNAN DI SEKTOR AWAM MALAYSIA
MOHD SABRI BIN MAT DERIS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Fasiliti
Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2007
ii
PERAKUAN
Saya dengan ini mengaku bahawa tesis yang bertajuk ‘Tahap Keberkesanan
Pengurusan Penyenggaraan Fasiliti Bangunan Di Sektor Awam Malaysia’ adalah
merupakan hasil daripada kajian saya sendiri kecuali yang dinyatakan dalam rujukan.
Tesis ini belum pernah diterima untuk sebarang penganugerahan ijazah dan pada
masa yang sama tidak diserahkan untuk penganugerahan sebarang ijazah yang lain.
Tandatangan : ______________________
Nama Pelajar : Mohd Sabri Bin Mat Deris
Tarikh : ______________________
iii
DEDIKASI
Kepada isteriku, semua anak-anakku dan keluarga
yang menjadi aspirasi dalam menyempurnakan kursus ini.
iv
PENGHARGAAN
Kesyukuran kepada Allah SWT, Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh
alam kerana dengan taufik dan hidayatNya sahajalah telah dapat saya
menyempurnakan satu tugasan kajian projek ini dengan kadar yang termampu.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberi kerjasama dan bimbingan yang berguna kepada saya di sepanjang
melaksanakan kajian projek ini khususnya kepada penyelia saya Prof. Dr. Abdul
Hakim bin Mohammed , begitu juga Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali (Penyelaras
Program Sarjana Pengurusan Fasiliti), Prof. Madya Dr. Buang bin Alias, En.
Shahabudin bin Abdullah dan lain-lain kakitangan Universiti Teknologi Malaysia
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pegawai-
pegawai serta kakitangan-kakitangan JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu
Pejabat Kuala Lumpur, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Unit Elektrik,
JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah secara langsung atau tidak
langsung terlibat dalam menjayakan kajian projek ini.
Seterusnya kepada semua responden yang telah meluangkan masa dan
memberi kerjasama untuk menjawab soal selidik dan temu bual yang dijalankan
semasa kajian ini dilaksanakan.
Dengan penglibatan semua pihak diatas, maka kajian ini dapat disiapkan
dengan jayanya. Hanya doa dan terima kasih sahaja yang dapat saya sampaikan atas
segala sumbangan tuan/puan, semoga semuanya sentiasa diberkati Allah SWT.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan pengurusan
penyenggaraan fasiliti awam di Malaysia. Penekanan kepada keberkesanan
pengurusan penyenggaraan fasiliti di sektor awam amat penting kerana
ketidakselesaan kakitangan yang bekerja didalamnya akan memberi impak langsung
kepada sistem penyampaian kerajaan dan pembangunan negara. Objektif kajian ini
yang pertama adalah untuk mengenalpasti kerangka pengukuran tahap keberkesanan
pengurusan penyenggaraan fasiliti awam di Malaysia. Manakala objektif kedua adalah
mengkaji tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti awam di Malaysia.
Daripada kajian literatur, penulis telah kenal pasti parameter-parameter dan elemen-
elemen utama untuk pengukuran keberkesanan pengurusan penyenggaraan iaitu
elemen-elemen penting seperti dasar dan struktur penyenggaraan, pendekatan kaedah
penyenggaraan, penjadualan dan pelaksanaan kerja, pengurusan maklumat dan
CMMS, pengurusan kontrak penyenggaraan, pengurusan alat ganti, pengurusan
sumber manusia, aspek kewangan, dan penambahbaikan berterusan. Pengumpulan
data adalah buat melalui kajian temu bual dan soal selidik. Melalui kaedah sampel
secara rawak, data-data diambil dari pelbagai kategori jabatan kerajaan yang terdiri
dari pejabat, sekolah, kem-kem tentera dan lain-lain yang terletak disekitar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Penganalisisan data secara teknik statistik deskriptif dan
inferential seperti Summarize frequencies, Crosstabulation dan Pearson Correlation.
Semua hasil kajian ini diperolehi menerusi output program komputer SPSS dan
Microsoft Excel 2003. Penemuan menunjukkan bahawa aspek pematuhan elemen-
elemen utama pengurusan penyenggaraan bagi bangunan kerajaan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur adalah didapati majoriti (98%) sampel premis bangunan
kerajaan belum lagi mencapai tahap penyenggaraan yang amat berkesan dan
cemerlang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to measure the effectiveness of maintenance
management of public facilities in Malaysia. As unfit workplaces for staff will give a
negative impact to the government’s delivery system and nation development,
effective maintenance of public sector facilities is therefore very important. The first
objective of the study is to identify a framework of measurement for the effectiveness
of maintenance management of public facilities in Malaysia. Second objective is to
evaluate a status of the effectiveness of maintenance management of public facilities
in Malaysia. From literature review, the author has identified the key parameters and
elements to measure the effectiveness of maintenance management such as
maintenance policy deployment & organization, maintenance approach, job planning
& scheduling, information management and computerize maintenance management
system (CMMS), spare part management, human resource management, contracting
out management, financial aspect and continuous improvement. In this study, data
were collected through random interviews and questionnaire surveys from various
categories of public departments in Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur such as
offices, schools, army camps and etc. Data analysis was carried out by applying both
statistical descriptive and inferential techniques such as Summarize frequencies,
Crosstabulation and Pearson Correlation methods. The output from the data analysis
was computed through SPSS software program and Microsoft Excel 2003. The
findings show that compliance aspects of main elements for government buildings in
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur is still lacking where majority (98%) of the
samples do not achieve an excellence level of the effective maintenance indicators.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
MUKA DEPAN i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI GAMBARAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Skop Kajian 6
1.5 Metodologi Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 10
1.7 Justifikasi dan Kepentingan Kajian 11
1.8 Susunan Bab 13
viii
2.0 PENGURUSAN PENYENGGARAAN FASILITI
BANGUNAN DI SEKTOR AWAM
2.1 Pengenalan 15
2.2 Fasiliti Bangunan 16
2.3 Definisi dan Matlamat Penyenggaraan 17
2.4 Fungsi Penyenggaraan 18
2.5 Konsep dan Skop Penyenggaraan 21
2.6 Keperluan Pengurusan Penyenggaraan 25
2.7 Kerangka Pengurusan Penyenggaraan 26
2.8 Amalan Terbaik Dalam Pengurusan 29
Penyenggaraan
2.9 Pengurusan Penyenggaraan Fasiliti Bangunan Di 35
Sektor Awam
2.10 Fasiliti Bangunan Kerajaan Di Wilayah 38
Persekutuan Kuala Lumpur
2.11 Ringkasan 39
3.0 KERANGKA KEBERKESANAN PENGURUSAN
PENYENGGARAAN FASLITI BANGUNAN DI
SEKTOR AWAM
3.1 Pengenalan 41
3.2 Kajian Literatur Pengukuran Pengurusan 42
Penyenggaraan
3.3 Kepentingan Keberkesanan Pengurusan 42
Penyenggaraan
3.4 Model Pengukuran Keberkesanan Pengurusan 45
Penyenggaraan .
3.4.1 Elemen 1: Dasar Penyenggaraan dan 47
Struktur Organisasi
3.4.2 Elemen 2: Pendekatan Kaedah 48
Penyenggaraan
3.4.3 Elemen 3: Perancangan dan Penjadualan 48
Kerja
ix
3.4.4 Elemen 4: Pengurusan Maklumat dan 49
CMMS
3.4.5 Elemen 5: Pengurusan Alat ganti 49
3.4.6 Elemen 6: Pengurusan Sumber Manusia 49
3.4.7 Elemen 7: Kontrak Penyenggaraan 50
3.4.8 Elemen 8: Aspek Kewangan 50
3.4.9 Elemen 9: Penambahbaikan Berterusan 51
3.5 Faedah Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan 51
3.6 Ringkasan 52
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan 54
4.2 Reka Bentuk Kajian 55
4.3 Peringkat Kajian Literatur 56
4.4 Peringkat Kajian Secara Temu Bual Berstruktur 58
4.5 Peringkat Kajian Secara Soal Selidik 60
4.6 Reka bentuk Soal Selidik 63
4.7 Instrumentasi Dan Pengukuran Dalam Kajian 68
Soal Selidik
4.8 Andaian Penemuan Kajian 70
4.9 Populasi Dan Saiz Sampel 71
4.10 Pengumpulan Data 72
4.11 Memproses Data 73
4.12 Teknik Analisis Data 74
4.13 Ringkasan 74
5.0 ANALISIS DATA DAN PENEMUAN
5.1 Pengenalan 76
5.2 Kaedah Analisis Data 77
5.3 Penemuan Analisis Kajian Temu bual 77
5.4 Penemuan Analisis Kajian Soal selidik 86
5.5 Latar Belakang Responden Pengurusan 87
Penyenggaraan
x
5.6 Latar Belakang Premis Bangunan Kerajaan 91
5.7 Analisis Tahap Keberkesanan Pengurusan 95
Penyenggaraan
5.8 Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan 95
Berdasarkan Persepsi Respoden
5.9 Keberkesanan Pengurusan Penyenggaraan 97
Berdasarkan Pematuhan Elemen-Elemen Utama
Penyenggaraan
5.10 Analisis Responden Terhadap Keberkesanan 98
Pengurusan Penyenggaraan
5.11 Korrelasi Faktor –Faktor Keberkesanan 105
Pengurusan Penyenggaraan
5.12 Ringkasan 106
6.0 RUMUSAN DAN PERAKUAN
6.1 Pengenalan 109
6.2 Rumusan Kerangka Pengukuran Keberkesanan 110
Pengurusan Penyenggaraan
6.3 Rumusan Tahap Keberkesanan Pengurusan 111
Penyenggaraan
6.4 Rumusan Latar Belakang Keberkesanan 112
Pengurusan Penyenggaraan
6.5 Rumusan Hubungkait Faktor Keberkesanan 113
Pengurusan Penyenggaraan
6.6 Perakuan Penambahbaikan 114
6.7 Cadangan Kajian Lanjutan 115
6.8 Penutup 116
RUJUKAN 117
LAMPIRAN I - VIII 119-148
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Bilangan premis bangunan kerajaan Wilayah 38
Persekutuan Kuala Lumpur
4.1 Bilangan populasi premis bangunan kerajaan 72
dibawah kajian
5.1 Taburan gred jawatan responden temu bual 78
5.2 Taburan tempoh pengalaman responden 79
5.3 Taburan penglibatan responden dari segi 80
skop/ jenis aset
5.4 Taburan penglibatan responden dari segi skop 81
perkhidmatan
5.5 Taburan penilaian responden terhadap 82
elemen-elemen cadangan
5.6 Taburan penilaian responden berpengalaman 84
bangunan terhadap elemen-elemen cadangan
5.7 Taburan penilaian responden berpengalaman 85
jalan terhadap elemen-elemen cadangan
5.8 Senarai jabatan dan taburan responden 87
5.9 Senarai jawatan dan taburan responden 88
5.10 Taburan responden mengikut jantina 89
5.11 Taburan responden mengikut kelayakan 90
5.12 Taburan responden mengikut jurusan 91
5.13 Taburan kategori umur bangunan 92
5.14 Taburan kategori saiz premis bangunan 93
xii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
5.15 Taburan kategori tanggungjawab 94
penyenggaraan bangunan
5.16 Taburan Tahap keberkesanan pengurusan 96
penyenggaraan berdasarkan persepsi
responden
5.17 Taburan tahap keberkesanan pengurusan 98
penyenggaraan berdasarkan pengukuran
pematuhan elemen-elemen utama
5.18 Jabatan terhadap purata tahap keberkesanan 99
pengurusan penyenggaraan
5.19 Umur bangunan terhadap purata tahap 101
keberkesanan pengurusan penyenggaraan
5.20 Saiz premis aset terhadap purata tahap 102
keberkesanan pengurusan penyenggaraan
5.21 Tanggungjawab senggara terhadap purata 104
tahap keberkesanan pengurusan
penyenggaraan
5.22 Analisis korrelasi elemen-elemen utama 105
terhadap purata tahap keberkesanan
pengurusan penyenggaraan
xiii
SENARAI GAMBARAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Carta aliran metodologi kajian 8
2.1 Perkaitan produkiviti organisasi dengan 19
kecekapan penyenggaraan
2.2 Kos kitaran hayat sesuatu fasiliti/mesin 20
2.3 Jenis penyenggaraan fasiliti 21
2.4 Model pengurusan penyenggaraan secara 28
umum
2.5 Prinsip-prinsip RCM 30
2.6 Proses pelaksanaan tujuh langkah semakan 31
logikal RCM
2.7 Prinsip-prinsip TPM 32
3.1 Bagaimana pengurusan penyenggaraan boleh 43
memaksimumkan keuntungan organisasi
3.2 Mengoptimumkan kos penyenggaraan 44
pencegahan
3.3 Mengukur prestasi penyenggaraan: faktor 46
utama dalam pengurusan penyenggaraan
berkesan
4.1 Rangka kerja teoritikal 63
5.1 Taburan gred jawatan responden temu bual 78
5.2 Taburan tempoh pengalaman responden 79
5.3 Taburan penglibatan responden dari segi 80
skop/ jenis aset
5.4 Taburan penglibatan responden dari segi skop 81
xiv
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
perkhidmatan
5.5 Taburan penilaian responden terhadap 83
elemen-elemen cadangan
5.6 Taburan penilaian responden berpengalaman 84
bangunan terhadap elemen-elemen cadangan
5.7 Taburan penilaian responden berpengalaman 85
jalan terhadap elemen-elemen cadangan
5.8 Taburan responden mengikut responden 88
5.9 Taburan responden mengikut jawatan 89
5.10 Taburan responden mengikut jantina 89
5.11 Taburan responden mengikut kelayakan 90
5.12 Taburan responden mengikut jurusan 91
5.13 Taburan kategori umur bangunan 92
5.14 Taburan kategori saiz premis bangunan 93
5.15 Taburan kategori tanggungjawab 94
penyenggaraan bangunan
5.16 Taburan Tahap keberkesanan pengurusan 96
penyenggaraan berdasarkan persepsi
responden
5.17 Taburan Tahap keberkesanan pengurusan 98
penyenggaraan berdasarkan pengukuran
pematuhan elemen-elemen utama
5.18 Jabatan terhadap purata tahap keberkesanan 100
pengurusan penyenggaraan
5.19 Umur Bangunan terhadap purata tahap 101
keberkesanan pengurusan penyenggaraan
5.20 Saiz premis aset terhadap purata tahap 103
keberkesanan pengurusan penyenggaraan
5.21 Tanggungjawab senggara terhadap purata 104
tahap keberkesanan pengurusan
penyenggaraan
xv
SENARAI SINGKATAN
5S - Seiri- Sisih, Seiton-Susun, Seiso – Sapu, Seiketsu –
Seragam , Shitsuke – Sentiasa berdisiplin dan kebersihan
CMMS - Computerised Maintenance Management System/ Sistem
Pengurusan Penyenggaraan Berkomputer
INTAN - Institut Tadbiran Awam Negara
JKR - Jabatan Kerja Raya
JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan
JPM - Jabatan Perdana Menteri
JPS - Jabatan Pengairan dan Saliran
JUPEM - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
KBS - Kementerian Belia & Sukan
Kekkwa - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
KEMAS - Jabatan Kemajuan Masyarakat
Kementah - Kementerian Pertahanan
KKR - Kementerian Kerja Raya
LCC - Life Cycle Cost / Nilai kos kitaran hayat
PDRM - Polis Di Raja Malaysia
RCM - Reliability Centred Maintenance/ Penyenggaraan
Memfokuskan Kebolehharapan
SMI - Small and Medium Industry
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistic Programme for Social Sciences
xvi
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
TPM - Total Productive Maintenance / Penyenggaraan
Produktif Menyeluruh
Y.A.B - Yang Amat Berhormat
xvii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
I Borang Temu Bual Berstruktur 119
II Borang Soal Selidik 120
III Data Mentah Kajian Temu Bual dan 124
Soal Selidik
IV Output Analisis Statistik- 131
Summarize Frequencies -Data Temu
Bual
V Output Analisis Statistik- 132
Crosstabulation-Data Temu Bual
VI Output Analisis Statistik- 144
Summarize Frequenciess-Data Soal
Selidik
VII Output Analisis Statistik- 146
Crosstabulation-Data Soal Selidik
VIII Output Analisis Statistik- Pearson 148
Correlation-Data Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap organisasi sama ada awam atau swasta perlu mempunyai premis kerja
yang sesuai bagi mereka menjalankan aktiviti atau operasi sesebuah organisasi untuk
mencapai objektifnya. Premis kerja merupakan keperluan yang asas untuk
penempatan para pekerja, mesin, peralatan, bahan, dokumentasi, maklumat, ruang
kerja, ruang urusniaga dengan para pelanggan dan sebagainya. Premis kerja selalunya
terdiri dari bangunan-bangunan dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan yang
disebut juga sebagai fasiliti fizikal bagi sesebuah organisasi.
Setiap negara adalah diibaratkan sebagai satu organisasi yang besar di mana
kerajaan perlu menyediakan fasiliti fizikal yang cukup dan sempurna untuk jentera
dan kakitangan kerajaan mengurus negara dengan berkesan. Kerajaan Malaysia telah
menyediakan bangunan-bangunan dan fasiliti fizikal di sektor awam yang baik untuk
tujuan tersebut.
Setiap bangunan-bangunan kerajaan dan fasiliti fizikal di sektor awam ini
perlu diurus dan disenggara dengan cekap dan berkesan supaya ianya mampu
memberi perkhidmatan sokongan yang utama dalam mencapai matlamat operasi
sesebuah organisasi kerajaan. Penyenggaraan setiap bangunan-bangunan kerajaan
adalah penting bagi mengurangkan gangguan atau tergendalanya perkhidmatan agensi
kerajaan yang terbabit yang beroperasi dalam sesuatu bangunan kerajaan. Kegagalan
2
menyenggara bangunan-bangunan kerajaan dan fasiliti fizikal di sektor awam akan
memberi prestasi dan imej yang kurang baik kepada sesebuah agensi kerajaan.
Dalam melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor
awam ini melibatkan penyelarasan pelbagai sumber dan faktor yang berkaitan. Ia
perlu diuruskan secara bersistematik dan berkesan yang mana aktiviti ini disebut
sebagai pengurusan penyenggaraan. Kejayaan atau kegagalan penyenggaraan fasiliti
fizikal di sektor awam sangat bergantung kepada keberkesanan pengurusannya.
Keberkesanan pengurusan penyenggaraan bangunan-bangunan dan aset
kerajaan adalah faktor yang penting bagi memastikan agensi kerajaan yang berkaitan
berfungsi untuk mencapai objektif masing-masing bagi kepentingan rakyat dan
negara.
Oleh itu dalam kajian ini penulis akan mengenal pasti kerangka yang sesuai
bagi mengukur tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan, dan seterusnya
menganalisis tahap sebenar keberkesanan pengurusan penyenggaraan yang dicapai
oleh agensi-agensi kerajaan terhadap penyenggaraan fasiliti bangunan di jabatan
masing. Adalah dijangkakan hasil penemuan kajian ini nanti boleh dijadikan
sebahagian dari sumber untuk penambahbaikan dalam penyenggaraan fasiliti
bangunan di sektor awam.
1.2 Pernyataan Masalah
Dalam masyarakat Malaysia selepas merdeka hari ini, suasana kehidupan
rakyat telah banyak berubah jika dibandingkan di masa lampau dan semasa era
penjajahan. Cara hidup mereka semakin kompleks, kegiatan ekonomi yang aktif dan
taraf hidup yang semakin meningkat. Suasana aktiviti ekonomi dan pekerjaan rakyat
sekarang juga telah berubah dari aktiviti tradisional kepada penggunaan pengetahuan
dan teknologi yang lebih tinggi. Pembangunan insan dan nilai-nilai kehidupan sosial
yang lebih baik juga menuntut pihak kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur
awam dan perkhidmatan yang lebih baik, sempurna dan canggih.
3
Kerajaan telah membelanjakan berbillion ringgit bagi menyediakan pelbagai
kemudahan asas di dalam dan di luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di
dalam negara kita. Semua kemudahan tersebut memerlukan penyelenggaraan yang
baik bagi menjamin jangka hayat yang lebih lama dan menentukan ianya berada
dalam keadaan baik, selamat untuk digunakan, bahkan boleh menyediakan suasana
tempat yang selesa dan menjimatkan perbelanjaan. Jika aspek penyelenggaraan tidak
diberi perhatian sewajarnya maka kesannya ialah kita terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan yang tinggi bagi membaikpulih dan membina semula kemudahan
tersebut (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2003)
Bangunan kerajaan dan fasilitinya merupakan aset organisasi yang amat
bernilai, walau bagaimanapun ia dilihat sebagai aset yang kurang dititik beratkan dan
jarang diurus dengan sempurna. Kegagalan dan ketidaksempurnaan penyenggaraan
premis dan bangunan kerajaan boleh memberi kesan negatif kepada setiap rakyat
yang telah berada di dalam persekitaran tersebut. Oleh itu amat penting bagi kita
menekankan keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti di sektor awam bagi
menjamin kehidupan rakyat yang sempurna dan berkualiti.
Keperluan kepada penyelenggaraan yang baik adalah untuk memastikan setiap
kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam yang disediakan tersebut dapat
digunakan sebaik mungkin oleh golongan sasaran. Kemudahan infrastruktur yang
baik merupakan aset penting bagi menjana pembangunan ekonomi dan ia merupakan
salah satu faktor penting yang akan dinilai oleh para pelabur asing yang ingin
membuat pelaburan di negara ini. Keadaan infrastruktur yang sentiasa sempurna dan
berkualiti mencerminkan tahap kecekapan sesebuah agensi kerajaan, lebih-lebih lagi
yang terlibat dalam pemberian perkhidmatan ataupun service delivery. Saya berharap
semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan
menerapkan budaya penyelenggaraan yang berkesan bagi menjamin kualiti
kemudahan infrastruktur yang dibina oleh kerajaan di negara ini terpelihara setiap
masa (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2003).
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia memberi penekanan yang khusus dalam
ucapan Bajet 2005 iaitu “Kerajaan akan memberi perhatian kepada penyelenggaraan
infrastruktur awam dalam membangunkan budaya penyelenggaraan. Bagi memastikan
4
aset Kerajaan terpelihara, memanjangkan tempoh hayat, mengindahkan persekitaran
dan menjaga kebersihan, satu skim penyelenggaraan yang sistematik akan disediakan.
Program penyelenggaraan kemudahan awam seperti hospital, sekolah dan kuarters
kakitangan Kerajaan akan dilaksanakan secara outsourcing. Kontrak-kontrak ini akan
diagihkan kepada pengusaha kecil peringkat daerah, terutamanya kontraktor Kelas F.
Pengusaha terlibat akan digalakkan untuk menggunakan peralatan moden dengan
sistem penyelenggaraan yang teratur, kemas dan bersih. Sebanyak 500 juta ringgit
disediakan untuk program ini dalam tahun 2005.”
Pihak kerajaan Malaysia telah mengulangi komitmen supaya penyenggaraan
fasiliti di sektor awam ini terus dimantapkan sebagaimana ucapan Bajet Tahun 2006,
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia: “ Budaya penyelenggaraan ini harus dipupuk
dengan lebih tekun. Selain peruntukan kepada agensi Kerajaan untuk program
penyelenggaraan berjumlah 4.3 bilion ringgit, Kerajaan akan menyediakan
peruntukan khas yang merupakan tambahan sebanyak 1 bilion ringgit untuk program
penyelenggaraan kemudahan awam pada tahun hadapan. Bagi tahun 2005, Kerajaan
telah menyediakan peruntukan khas berjumlah 500 juta ringgit yang membolehkan
hampir 9 ribu projek penyelenggaraan dilaksanakan oleh kontraktor kelas F, selain
peruntukan kepada agensi Kerajaan berjumlah 4.1 bilion ringgit.”
Pihak Jabatan Pekhidmatan Awam melalui Surat Pekeliling Am 2 Tahun
1995, menekankan bahawa adalah menjadi hasrat Kerajaan bahawa pengurusan
penyenggaraan perlu dijalankan dengan cekap dan berkesan bukan sahaja untuk
memelihara aset Kerajaan dan keselamatan manusia tetapi juga untuk mengelakkan
daripada berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini.
Dengan harapan yang tinggi, dasar yang jelas dan peruntukan yang besar
daripada pihak kerajaan diatas, adalah wajar kajian ini dilaksanakan untuk menilai
respons dan tindakan yang telah diambil oleh setiap agensi kerajaan yang terbabit
sama ada berkesan atau sebaliknya selepas dua tahun arahan dikeluarkan. Pengurusan
penyenggaraan fasiliti awam oleh setaip agensi kerajaan sahaja akan menentukan
tahap penyenggaraan bangunan dan kemudahan yang berkaitan sentiasa dalam
keadaan berfungsi, kos yang berkesan dan keselesaan kepada pengguna dan rakyat.
Kemantapan pengurusan penyenggaraan fasiliti awam juga akan menjayakan hasrat
5
kerajaan untuk mempertingkatkan budaya penyenggaraan dan keberkesanan
berterusan fasiliti awam yang sedia ada untuk kepentingan rakyat keseluruhannya.
Sesetengah agensi kerajaan tidak mengambil serius dalam perkara ini
walaupun garis panduan dan tanggungjawab ketua jabatan dalam penyenggaraan
bangunan kerajaan telah dijelaskan dalam Perintah Am Kerajaan Bab E Perkara 25
(a), Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1991 dan Surat Pekeliling Am
Kerajaan Bil. 2 Tahun 1995. Pelbagai pihak telah membangkitkan tentang beberapa
isu kejadian kemalangan dan kerugian yang telah berlaku akibat kelemahan dalam
aspek penyenggaraan terhadap aset kerajaan kebelakangan ini.
Tahap penyenggaraan bangunan-bangunan dan aset kerajaan mengikut
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2004 bahawa urusan perolehan, penggunaan,
penyenggaraan, penyimpanan dan pelupusan aset hendaklah dibuat dengan cekap,
berhemat dan selaras dengan peraturan kewangan dan Pekeliling Perbendaharaan
Bilangan 2 Tahun 1991. Pihak Ketua Audit Negara mengesyorkan supaya kelemahan
yang dibangkitkan terutamanya mengenai kawalan pengurusan, kawalan perbelanjaan
dan pengurusan aset perlu diberi perhatian dan diperbaiki dengan segera.
Terdahulu satu kajian oleh Zailan Mohd Isa (2001) dalam kertas kerjanya juga
menyatakan bahawa aspek penyenggaraan kecemasan dalam pengurusan
penyenggaraan bangunan di sektor awam masih lagi kurang berkesan.
Isu keberkesanan pengurusan penyenggaraan bagi aset atau fasiliti awam di
Malaysia telah dibincangkan oleh beberapa pihak sebelum ini. Kajian oleh Mohd
Musa Paijan (1995) yang merumuskan di antara masalah-masalah pengurusan
bangunan adalah dari segi pembentukan struktur organisasi, pelaksanaan kerja
penyenggaraan, pengawalan dan juga masalah perancangan kerja-kerja
penyenggaraan. Manakala penulisan Mohd Najib Basiran (2002) pula telah mengenal
pasti masalah pengurusan penyenggaraan yang merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan kerja penyenggaraan tidak dapat dijalankan dengan cekap.
Oleh itu daripada masalah-masalah yang sedang dihadapi masa ini, amat
penting bagi setiap agensi sektor awam memainkan peranan yang lebih mantap dan
6
profesional dalam pengurusan fasiliti bagi meningkatkan prestasi penyenggaraan bagi
semua aset kerajaan pada tahap yang optimum dan menjaga kepentingan negara
secara keseluruhannya.
1.3 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah difokuskan kepada dua iaitu:
1. Mengenal pasti kerangka pengukuran tahap keberkesanan pengurusan
penyenggaraan fasiliti awam di Malaysia
2. Mengkaji tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti awam
di Malaysia
1.4 Skop Kajian
Skop kajian ini akan memberi tumpuan kepada pengurusan penyenggaraan
fasiliti bangunan di sektor awam iaitu premis-premis dan bangunan-bangunan
kerajaan seperti pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, kem tentera, balai polis dan
sebagainya. Kajian ini juga akan menumpukan kepada penyenggaraan terhadap
komponen-komponen bangunan yang terdiri dari perkhidmatan kejuruteraan sivil,
perkhidmatan peralatan mekanikal, elektrikal dan telekomunikasi.
Memandangkan taburan kedudukan premis-premis dan bangunan-bangunan
kerajaan adalah banyak dan berada di seluruh negara, adalah menjadi kesulitan
kepada penulis untuk mendapati data dalam tempoh yang terhad. Oleh itu penulis
akan memfokuskan kajian ini hanya kepada premis-premis dan bangunan-bangunan
kerajaan yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja.
Walaupun kajian ini dibuat di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
adalah dijangkakan hasil penemuan kajian ini nanti boleh dijadikan model kepada
tahap keberkesanan pengurusan penyenggaraan fasiliti bangunan di sektor awam di
7
Malaysia kerana dari segi jumlah dan taburan pejabat-pejabat kerajaan di ibukota ini
adalah tipikal kepada fasiliti di sektor awam di tempat-tempat lain di seluruh negara.
1.5 Metodologi Kajian
Metodologi kajian ini adalah berdasarkan kepada tiga kaedah utama
sebagaimana Rajah 1.1 iaitu:
1. Tinjauan penulisan kajian literatur (literature review) yang lepas
mengenai kajian keberkesanan pengurusan penyenggaraan. Kajian
literatur juga dibuat terhadap dasar dan amalan pengurusan
penyenggaraan yang dilaksanakan di sektor awam.
2. Kajian secara temubual berstruktur (interview survey) kepada pihak
pengamal yang berpengalaman dalam pengurusan penyenggaraan
fasiliti awam dalam menetapkan indikator pengukuran keberkesanan
pengurusan penyenggaraan.
3. Kajian secara soal selidik (questionnaire survey) tahap keberkesanan
pengurusan penyenggaraan kepada pihak yang terlibat dalam
penyenggaraan di premis fasiliti masing-masing.
Aliran proses kajian ini secara umumnya mempunyai beberapa peringkat
pelaksanaan yang utama iaitu:
i. Peringkat pemilihan tajuk dan penetapan objektif kajian
ii. Peringkat merangka metodologi kajian
iii. Peringkat mengenal pasti kerangka pengukuran keberkesanan
pengurusan penyenggaraan
iv. Peringkat rekabentuk soal selidik dan pengendalian soal selidik
v. Peringkat kenal pasti responden dan pengumpulan data
vi. Peringkat analisis data dan penemuan
vii. Peringkat rumusan dan perakuan
8
Rajah 1.1- Carta Aliran Metodologi Kajian
Teknik Kajian Literatur: JustifikasiKajian
Kajian Literatur
Pemahaman Konsep


Use: 0.0375