• TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN


  •   
  • FileName: jenis_ujian_dan_penilaian.pdf [read-online]
    • Abstract: pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796. Ujian ini terus berkembang apabila. Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman ... soalan perlu dikawal. Sekiranya soalan terlalu mudah, maka semua pelajar akan dapat menjawabnya, sebaliknya. jika soalan itu ...

Download the ebook

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3
TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN
PENGENALAN
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid. Guru juga merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian,
merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilainya, melapor dan menjalankan
tindakan susulan, seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Ujian ialah satu
kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik
berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar
Ismail, 1995).
Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu
peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan calon dalam kumpulan pelajar
tertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka. Bab ini akan mendedahkan
anda kepada jenis-jenis ujian dan penilaian serta kaedah pengukuran yang biasanya digunakan
dalam bidang pendidikan, khususnya berkait dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
OBJEKTIF
Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menyenarai dan menghuraikan enam jenis ujian;
2. membezakan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria;
3. merumuskan tiga daripada empat jenis penilaian;
4. mengenal pasti dan membezakan penilaian formatif dan penilaian sumatif; dan
5. membicarakan tiga daripada lima kaedah pengukuran.
44 OUM
TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN
PETA MINDA TAJUK
3.1 JENIS-JENIS UJIAN
Renung sejenak dan berfikir tentang penglibatan anda sebagai seorang guru,
pernahkah anda membuat statistik berhubung dengan jenis-jenis ujian yang
telah anda lakukan ke atas para pelajar anda setiap tahun. Apakah jenis ujian
yang paling kerap anda gunakan. Kenapa?
Dalam pengajaran dan pembelajaran, pencapaian sesuatu objektif pengajaran boleh dilihat
daripada beberapa aspek, seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Jenis-jenis ujian dan penilaian
ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Kebanyakan ujian yang dijalankan di sekolah tertumpu kepada
aspek kognitif. Bagaimanapun, aspek-aspek afektif dan psikomotor juga wajar diberi
pertimbangan, untuk menghasilkan pendidikan yang seimbang, selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ujian domain kognitif yang lazim digunakan guru dalam bilik darjah
ialah kuiz, ujian bulanan atau ujian penggal; tetapi ujian IQ dan ujian kecerdasan lain jarang
digunakan.
OUM 45
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3
Bagi domain afektif pula, kita hanya mendengar pandangan guru terhadap pelajar seperti
kurang personaliti yang baik, kurang berminat untuk belajar atau tidak berminat terhadap
mata pelajaran tertentu. Pandangan ini dibuat secara tidak formal, iaitu hanya melalui
pemerhatian guru berkenaan. Ujian untuk mengukur personaliti, sikap dan nilai amat kurang
digunakan. Bagaimanapun, selaras dengan perkembangan dalam bidang pendidikan, kini
terdapat alat yang boleh mengukur aspek-aspek afektif, misalnya ujian personaliti Cattel atau
Eyenseck. Bagi aspek psikomotor pula, penekanan yang lebih diberikan kepada ujian
kecergasan dan pergerakan fizikal, seperti kemampuan berlari, melompat dan lain-lain. Ujian
aspek psikomotor ini banyak digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Rajah 3.1: Konsep pengujian dan penilaian
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, ujian dan penilaian merupakan
komponen penting, yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh guru. Bagi jenis penilaian
pula, ia boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian
Sumatif. Jenis penilaian bagi Penilaian Formatif termasuklah Penilaian Rujukan Kriteria (PRK)
dan Penilaian Diagnostik. Jenis penilaian bagi Penilaian Sumatif termasuklah Penilaian Rujukan
Norma (PRN), Penilaian Penempatan dan Penilaian Penggredan.
1. Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana
seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru, yang meliputi
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Ujian ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar
46 OUM
TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN
untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar bagi
tajuk-tajuk yang diuji. Ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu
ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma dibina untuk
membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain, yang
biasanya meliputi sukatan pelajaran yang lebih luas, seperti UPSR. Ujian rujukan kriteria
dibina untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu,
seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan.
Pada peringkat bilik darjah/sekolah, ujian pencapaian biasanya dibina oleh guru/kumpulan
guru, manakala pada peringkat kebangsaan, ujian ini disediakan oleh institusi tertentu,
seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Contoh ujian pada peringkat bilik darjah/sekolah ialah ujian diagnosis, ujian bulanan dan
ujian penggal. Contoh ujian pada peringkat kebangsaan pula ialah Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Rajah 3.2 : Ujian pencapaian
Anda digalakkan untuk melihat Laman Web Lembaga Peperiksaan Malaysia di
alamat berikut http://apps.emoe.gov.my/lpm/perkembangan.htm untuk
mengetahui sejarah perkembangan peperiksaan di Malaysia. Maklumat ini boleh
memberi anda tentang peranan yang dimainkan oleh negara bagi membolehkan
satu paiwai yang dapat mengukur dan mengiktiraf pencapaian pelajar.
2. Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian yang digunakan
untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.
Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang
OUM 47
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3
pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796. Ujian ini terus berkembang apabila
Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan
pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat
dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,
1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon.
Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi
menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai. Ujian
kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan
oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap
digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi.
Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian
Lorge-Thorndike.
Latihan 3.1
Nyatakan perbezaan antara tujuan ujian pencapaian dan tujuan ujian kecerdasan.
3. Ujian Prestasi
Pencapaian pelajar setiap akhir penggal peperiksaan sering menjadi perhatian
dan ukuran para ibu bapa dalam menentukan prestasi anak-anak mereka.
Bagaimanakah anda rasa paradigma pemikiran ibu bapa ini dapat diubah agar
tidak terlalu bersifat pebcapaian akademik semata-mata. Apakah langkah-
langkah yang anda rasakan mampu anda lakukan untuk merubah semua ini
sama ada dalam jangkamasa pendek atau dalam jangka masa panjang?
Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan/kecekapan pelajar
melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang kongkrit dan ia
memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan.
Lazimnya, ujian ini melibatkan penggunaan alat yang konkrit, seperti penggunaan gambar
dan radas, yang tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan ujian kertas-
pensel. Contohnya ialah ujian pada peringkat prasekolah yang meminta pelajar membina
semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau
mereka bentuk geometri daripada blok-blok yang diberikan. Mereka juga boleh diminta
untuk menjalankan uji kaji kecil dengan menggunakan radas tertentu.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja
kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat daripada
pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa pelajar melaksanakan tugas yang
diberikan, misalnya perbincangan berkumpulan atau peranan pelajar dalam aktiviti.
Manakala melalui laporan kendiri, pelajar akan menilai diri sendiri melalui soal selidik
tertentu, yang dapat menilai prestasi dirinya. Selain menguji pelajar-pelajar biasa, ujian
prestasi menggunakan objek adalah sesuai untuk menguji prestasi pelajar-pelajar yang
bermasalah pertuturan. Mereka lebih mudah diuji menggunakan objek yang konkrit
daripada menggunakan penulisan atau pertuturan.
48 OUM
TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN
4. Ujian Diagnostik
Pernahkan anda berhadapan dengan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah
menulis dalam keadaan terbalik? Apakah yang anda faham dengan fenomena
yang dihadapi oleh golongan seperti ini?. Bagaimanakah anda lakukan dalam
jangkamasa pendek untuk membantu pelajar yang mengalami masalah ini?
Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk menentukan punca-
punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal
pasti, maka tindakan lanjutan untuk mengatasi masalah ini dapat dirancang dan
dilaksanakan oleh guru. Ujian diagnostik biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu dan
itemnya dibina secara terperinci supaya masalah yang dihadapi setiap pelajar dapat
dikenalpasti bagi tajuk tersebut. Contoh ujian diagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenal
pasti masalah pelajar mengenal dan menyebut huruf.
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan
peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid
berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas,
ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventori, pemerhatian dan tugasan
dari semasa ke semasa. Ciri-ciri ujian diagnostik ialah:
Ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar.
Ujian ini dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai pelajar.
Anda digalakkan melihat laporan dalam Utusan Malaysia bertarikh 22/09/2004
di alamat berikut yang http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 01.htm&arc=hive
Dalam laporan tersebut dimaklumkan bahawa Setiasuaha Parlimen,
Kementerian Pendidikan, P. Komala Devi, didapat lima peratus kes disleksia
dikesan pada mana-mana komuniti atau satu bagi setiap 20 orang kanak-kanak.
Rajah 3.3 Ujian diagnostik
Sumber : http://www.das.org.sg/malay/malay.htm
OUM 49
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3
5. Ujian Bakat
Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau
keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian bakat ini dapat dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu:
(i) ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran, misalnya kajian yang
dijalankan oleh Universiti Minnesota pada tahun 1930 tentang bakat mekanikal
seseorang; dan
(ii) ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu.
Pada umumnya, ujian ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat
telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Ujian ini
lazimnya digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan
ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat ialah
Ujian Kemasukan Ke Maktab Perguruan (UKELP). Ujian bakat juga boleh digunakan
untuk tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya.
Berdasarkan kepada keenam-enam jenis ujian ini, manakah yang anda rasakan
boleh diaplikasikan dengan kadar yang segera oleh anda di sekolah. Pernahkah
anda terfikir untuk mengadakan ujian-ujian seperti ini?
6. Ujian Personaliti
Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar, seperti sikap, pendirian,
nilai, minat dan motivasi. Ujian personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur
personaliti pelajar, seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi. Ciri-ciri ini diukur
melalui alat-alat psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks. Terdapat
tiga (3) alat yang dapat digunakan guru untuk mengukur personaliti pelajar, iaitu (1) inventori
laporan kendiri (apa yang pelajar kata tentang dirinya); (2) inventori sosiomerik (apa
yang pelajar lain/orang lain kata tentang seseorang pelajar); dan (3) teknik pemerhatian
(apa yang dibuat oleh pelajar dalam situasi tertentu).
Inventori laporan kendiri dan inventori sosiometrik ini boleh ditadbirkan sama ada secara
lisan atau secara bertulis menggunakan borang soal selidik atau senarai semak. Contoh
senarai semak ialah senarai semak berkaitan dengan masalah yang dihadapi pelajar.
Senarai ini memberikan segala masalah yang mungkin dihadapi pelajar, misalnya, yang
menyebabkan dia tidak selesa belajar. Ini mungkin meliputi masalah kewangan, keluarga
atau kesihatan. Jawapan seseorang pelajar itu mungkin dapat memberikan punca kepada
tingkah laku/personaliti pelajar yang berubah. Selain inventori-inventori ini, terdapat juga
ujian personaliti yang dibina melalui hasil penyelidikan atau berdasarkan teori-teori tertentu,
seperti Keirsey Temperament Test (KTT) dan Edwards Personal Preference Schedule
(EPPS).
50 OUM
TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN
Rajah 3.4 : Jenis-jenis ujian
3.2 JENIS-JENIS PENILAIAN
Pernahkah anda terlintas dengan kata-kata seperti ini, "Belajar tanpa berfikir,
sia-sia, Berfikir tanpa belajar merbahaya". Apakah yang boleh anda nilai dengan
kata-kata seperti ini kepada anda sebagai seorang guru dan juga sebagai
seorang pelajar diinstitusi pengajian tinggi?
Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yang
diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam konteks
persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran dan
pembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapat
membantu guru untuk memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru didapati
kurang berkesan, maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk menggunakan
pendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan.
Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru untuk
membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar bagi tajuk-tajuk yang diajar.
Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan program
pemulihan atau pengkayaan untuk pelajar-pelajarnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu
guru untuk memberi gred pencapaian kepada pelajar, menentukan kumpulan pelajar mengikut
keupayaan mereka, atau menempatkan pelajar kepada bidang pengajian tertentu mengikut
keupayaan mereka dalam bidang tersebut.
Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Penilaian
Rujukan Norma, Penilaian Rujukan Kriteria, Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Ini dapat
dilihat dalam Rajah 3.5 di bawah.
OUM 51
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3
Rajah 3.5 : Jenis-jenis penilaian
Latihan 3.2
Apakah yang harus guru lakukan dengan maklumat yang diperoleh daripada
ujian atau penilaian yang dijalankan?
3.2.1 Penilaian Rujukan Norma
Keputusan ujian/peperiksaan yang diperolehi pelajar-pelajar memberikan
beberapa maklumat kepada guru. Pertama, keputusan yang diperolehi
seseorang pelajar itu boleh dibandingkan dengan keputusan yang diperolehi
pelajar lain, yang mengambil ujian/ peperiksaan yang sama. Penilaian secara
perbandingan ini dikenali sebagai Penilaian Rujukan Norma (PRN), iaitu
penilaian yang dibuat dengan membandingkan pencapaian seseorang pelajar
dengan pencapaian pelajar/kumpulan pelajar lain yang mengambil ujian yang
sama. Contohnya, bagaimanakah pencapaian seseorang pelajar dalam satu
ujian kecerdasan jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar-pelajar lain yang
sama umur dengannya. Oleh sebab PRN bertujuan untuk membandingkan
pencapaian pelajar, ujian untuk PRN biasanya meliputi kandungan pelajaran
yang luas, dan dengan demikian, ia tidak dapat memberikan maklumat tentang
pengetahuan/kemahiran seseorang pelajar bagi tajuk pelajaran tertentu.
Ujian untuk PRN perlu dibina untuk menghasilkan perbezaan pencapaian yang maksimum di
kalangan pelajar. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, tahap kesukaran soalan perlu dikawal.
Sekiranya soalan terlalu mudah, maka semua pelajar akan dapat menjawabnya, sebaliknya
jika soalan itu terlalu susah, maka semua pelajar tidak dapat menjawabnya. Seterusnya, jika
soalan itu sederhana susah, sebahagian pelajar lemah dan sebahagian besar pelajar pandai
dapat menjawabnya. Justeru, ketiga-tiga keadaan tersebut tidak dapat menghasilkan
perbezaan pencapaian yang maksimum. Jadi, lazimnya, kesukaran ujian adalah berdasarkan
kepada 25% soalan mudah, 50% soalan sederhana dan 25% soalan susah (taburan skor
ujian ditunjukkan dalam Rajah 3.2). Ini diharapkan dapat memaksimumkan perbezaan
pencapaian antara pelajar lemah dan pandai. Keputusan ujian ini juga dapat menentukan
kedudukan seseorang pelajar dalam bilik darjah atau tahun/tingkatannya seperti dalam Rajah
3.6 di bawah.
52 OUM
TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN
Rajah 3.6 : Taburan skor ujian rujukan norma
Menurut Popham (1981), PRN diguna untuk menentukan status seseorang pelajar
berpandukan kepada prestasi pelajar lain dalam sesuatu ujian tertentu. Misalnya, seorang
pelajar dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 item ujian. Skor mentah pelajar ini
ialah 50. Kedudukan pelajar ini berbanding dengan pelajar-pelajar lain boleh didapati daripada
jadual norma bagi satu kumpulan yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikan
bacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual norma tersebut. Ini bermakna pelajar tersebut
mempunyai pencapaian lebih baik daripada 82 peratus pelajar-pelajar lain dalam kumpulan
norma ini. Dalam konteks ini, jika ramai pelajar mendapat skor yang rendah, maka markah
lulus lazimnya akan rendah juga dan sebaliknya. Dengan demikian, ada kemungkinan
seseorang pelajar yang lemah akan lulus ujian/peperiksaan sebab terdapat pelajar-pelajar
lain yang lebih lemah.
3.2.2 Penilaian Rujukan Kriteria
Ujian/Penilaian Rujukan Kriteria (PRK) mempunyai tujuan yang berbeza
daripada ujian/ Penilaian Rujukan Norma (PRN). Matlamat PRK bukanlah untuk
membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain, tetapi ditumpukan
kepada membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, iaitu sama
ada kriteria tersebut dapat dikuasai pelajar atau tidak. Pendekatan ini dipelopori
Glaser pada tahun 1963 (Popham, 1971). Menurut Glaser (1973), kriteria yang
digunakan tidak bermaksud kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai pelajar,
tetapi lebih kepada kriteria yang ditetapkan oleh guru, iaitu pada aras mana
sepatutnya pelajar perlu capai.
Menurut Popham (1981), ujian rujukan kriteria (URK) diguna untuk menentukan status
pencapaian individu pelajar dalam domain tingkah laku yang ditetapkan. Justeru, ujian ini
dibina berpandukan kepada kriteria/tingkah laku yang telah ditetapkan. Ujian ini juga adalah
lebih terperinci/mendalam dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. Maklumat yang
OUM 53
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3
terperinci ini boleh membantu guru mengenal pasti kelemahan setiap orang pelajarnya bagi
tajuk pengajaran tertentu. Daripada maklumat ini, guru boleh merancang dan melaksanakan
program pemulihan untuk pelajar-pelajarnya atau memperbaiki/mengubah kaedah pengajaran
supaya pelajar mudah menguasai/mencapai sesuatu objektif pengajaran.
Latihan 3.3
Adakah ujian diagnostik boleh dianggapkan sebagai ujian rujukan kriteria?
Berikan sebab-sebabnya.
3.2.3 Perbezaan antara Penilaian Rujukan Norma dan Kriteria
Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Rujukan Kriteria (URK) ditunjukkan
dalam Jadual 3.1. Sebagaimana yang kita ketahui, URN bertujuan untuk membandingkan
pencapaian pelajar dengan pelajar/kumpulan pelajar lain; sementara URK bertujuan untuk
membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu. Seterusnya, soalan-soalan URN
mempunyai aras kesukaran yang mudah, sederhana dan susah; sementara soalan-soalan
URK mempunyai aras kesukaran yang hampir sama, bergantung kepada objektif pengajaran.
URN juga digubal untuk menentukan gred pencapaian pelajar; sementara URK tiada
menetapkan sebarang gred, tetapi menyatakan lulus/gagal sahaja. Dari segi cakupan
kandungan, URN terdiri daripada soalan-soalan berbentuk am dan mencakupi sukatan
pelajaran yang luas; sementara URK terdiri daripada soalan-soalan yang lebih mendalam
dan tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu.
Jadual 3.1 : Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria
Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria
Konsep Ujian yang membandingkan Ujian yang membandingkan pencapaian pelajar
pencapaian pelajar dengan dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
pelajar/kumpulan pelajar lain.
Tujuan Membandingkan pencapaian antara Menentukan tahap penguasaan sesuatu
pelajar/kumpulan pelajar. kemahiran yang telah dipelajari mengikut
Menentukan pencapaian sama kriteria yang telah ditetapkan.
ada lulus/gagal, lemah/ sederhana/ Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
cemerlang. berdasarkan keputusan ujian.
Memilih pelajar untuk tujuan
pengiktirafan memberi sijil.
Ciri-ciri Bermula dengan soalan yang mudah Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran
Soalan kepada sederhana dan lebih sukar dengan berpandukan kepada kriteria/objektif
dan mempunyai indeks diskriminasi pelajaran tertentu.
yang tinggi.
Ciri-ciri Penentuan gred bagi menentukan Tiada gred ditetapkan, tetapi memadai dengan
ujian pencapaian pelajar dalam pelbagai penyataan lulus/ gagal sahaja.
peringkat.
Cakupan Meliputi tajuk/kandungan Tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu yang lebih
kandung pembelajaran yang lebih luas. khusus.
Contoh Peperiksaan akhir penggal, UPSR, Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab
ujian PMR, SPM, STPM dalam bilik darjah.
54 OUM
TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN
3.2.4 Penilaian Formatif
Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
Penilaian lazimnya mewujudkan ketegangan di kalangan pelajar, guru atau
ibu bapa, disebabkan penilaian melibatkan perbandingan pencapaian antara
pelajar dan guru. Bagaimanapun, penilaian formatif dapat mengurangkan
ketegangan ini, sebab penilaian ini adalah PRK yang tidak membandingkan
pencapaian pelajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang
diberikan guru dan ujian mingguan.
Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa tentang tujuan penilaian
formatif, iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi pelajar
dalam pembelajaran. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaiki
proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan
penyampaian pengajarannya, manakala pelajar akan mengetahui kelemahan mereka.
Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran, yang akhirnya akan membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam
peperiksaan penggal atau akhir tahun.
Bagi memastikan pelaksanaan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi
perhatian oleh guru:
1. Menentukan tajuk pengajaran
Guru perlu menentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun
persekolahan. Langkah yang terbaik ialah menyusun tajuk-tajuk ini mengikut peringkat
kesukaran. Sekiranya sesuatu tajuk itu mempunyai cakupan yang luas, maka ia perlu
dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil supaya pelajar-pelajar dapat menguasai semua
tajuk kecil terlebih dahulu, sebelum meneruskan pengajaran ke tajuk lain. Sekurang-
kurangnya, sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu mengadakan ujian formatif untuk
menilai penguasaan pelajar bagi tajuk yang telah diajar.
2. Menentukan aspek dan tahap penguasaan
Guru perlu menentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu
dikuasai pelajar. Misalnya, pelajar dapat mengenal warna, simbol dan membaca
mengikut keperluan tajuk berkenaan. Setelah aspek-aspek berkenaan ditentukan, maka
guru perlu pula menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek-aspek yang
ditentukan itu. Misalnya, apabila 80% hingga 90% pelajar menguasai sesuatu tajuk, ini
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai tajuk tersebut.
3. Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada
peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Setelah penyusunan
elemen mengikut tahap perlakuan dibuat, guru seterusnya mengaitkan semua elemen
tersebut agar ia saling bertautan dan tidak terpisah.
4. Membina soalan ujian
Selepas menghubungkait elemen-elemen berkenaan, misalnya, ada sepuluh elemen
dalam sesuatu tajuk, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar
OUM 55
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3
sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur
penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen ini. Antara contoh bentuk-bentuk soalan
ujian yang boleh dilakukan adalah seperti dalam Rajah 3.7 di bawah.
Rajah 3.7 : Contoh bentuk-bentuk soalan ujian
5. Mencadangkan tindakan susulan
Di samping menilai penguasaan pelajar bagi sesuatu tajuk pengajaran, penilaian formatif
dapat mengesan masalah pembelajaran. Justeru, selepas ujian dibuat, tindakan susulan
perlu dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian ini. Misalnya, jika pelajar-pelajar masih
lemah dalam sesuatu tajuk, sebagai tindakan susulan, guru perlu mengulang semula
tajuk berkenaan, atau mengubah pendekatan pengajaran agar pelajar dapat menguasai
tajuk tersebut.
Sebagai kesimpulannya perlaksanaan penilaian formatif ini dalam dirumuskan melalui Rajah
3.8 di bawah.
Rajah 3.8 : Perlaksanaan penilaian formatif
56 OUM
TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN
Latihan 3.4
Adakah ujian formatif boleh dianggapkan sebagai ujian rujukan kriteria? Berikan
sebab-sebabnya.
3.2.5 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir
penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.
Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian
penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk
menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun,
yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh
penilaian sumatif ialah penilaian pada akhir tahun, peperiksaan percubaan,
UPSR dan PMR.
Secara amnya, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan
pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang diperoleh pelajar boleh
digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar. Penilaian sumatif
juga dapat dijadikan petunjuk, sama ada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran
baru atau tidak. Sebelum memulakan mata pelajaran baru, pelajar dikehendaki menduduki
ujian untuk menentukan sama ada mereka telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan.
Sekiranya mereka sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk
mengambil mata pelajaran baru.
Bagi memastikan keberkesanan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberi
penekanan semasa menggubal ujian sumatif seperti dalam Rajah 3.9 di bawah.
Rajah 3.9 : Perlaksanaan penilaian sumatif
OUM 57
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3
1. Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan tajuk pengajaran, objektif
pengajaran dan bilangan soalan. Jadual ini juga dapat memastikan kesahan ujian dari
segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan.
2. Membina soalan
Soalan-soalan hendaklah dibina berpandukan kepada JPU, dan haruslah menguji objektif
pengajaran yang telah ditetapkan. Ketas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas
tentang bilangan soalan yang perlu dijawab.
3. Mengumpul soalan secara sistematik
Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya, misalnya soalan objektif diasingkan daripada
soalan mengisi tempat kosong, atau esei berjawapan pendek. Soalan ini juga boleh
disusun mengikut tajuk atau kesukarannya.
4. Menguji soalan melalui kajian rintis
Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi
memastikan ujian mempunyai kesahan yang tinggi. Selain itu, aras kesukaran dan daya
diskriminasi soalan perlu juga dikira.
5. Menyiapkan skema pemarkahan
Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya. Ia menjadi
panduan semasa memeriksa jawapan, yang dapat menyelaras permarkahan supaya
tidak berlaku bias dalam pemberian markah.
3.2.6 Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif
Perbezaan antara Penilaian Formatif (PF) dan Penilaian Sumatif (PS) ditunjukkan dalam
Jadual 3.2. Sebagaimana yang kita ketahui, PF bertujuan untuk mengesan penguasaan/
kelemahan pelajar bagi tajuk pengajaran tertentu yang dibuat sepanjang proses pengajaran.
PS pula bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada penghujung penggal/akhir tahun
persekolahan. PF boleh dibuat secara formal atau tidak formal; sementara PS pula dibuat
secara formal. Tujuan utama PF ialah untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar dengan
mengadakan aktiviti pemulihan atau mengubah kaedah/pendekatan pengajaran (mengadakan
aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah). Tujuan utama PS ialah untuk memberi
gred pencapaian kepada pelajar, menempatkan pelajar ke dalam kumpulan yang sesuai,
memberi pengiktirafan (sijil, hadiah) atau membaiki kurikulum.
58 OUM
TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN
Rajah 3.10 Contoh skema permakahan
Sumber : www.tutor.com.my/bank/SPM/MAT/SPM_MAT_BS_3_2.PDF
OUM 59
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3
Jadual 3.2 : Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif
Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Konsep Penilaian yang boleh dibuat secara Penilaian yang dijalankan secara formal
formal/tidak formal untuk mengesan bagi menentukan pencapaian pelajar di
penguasaan/ kelemahan pelajar bagi akhir pengajaran, seperti pada hujung
setiap tajuk pengajaran. penggal/akhir tahun.
Waktu Sepanjang proses pengajaran dan Pada akhir penggal atau akhir tahun
penilaian pembelajaran berlansung. persekolahan.
Kaedah Formal: Ujian pensel-kertasTidak Formal: Ujian pensel-kertas, ujian lisan.
formal: Pemerhatian, soal jawab, Ditadbir secara berkumpulan
tugasan, latihan.Dibuat secara
individu/kumpulan.
Tujuan Selepas tahap kemajuan/ penguasaan Selepas pencapaian pelajar ditentukan bagi
pelajar ditentukan, tindakan susulan tempoh persekolahan tertentu, gred
perlu diambil untuk mengatasi pencapaian diberikan kepada pelajar.
kelemahan pelajar.
Selepas Mengatasi kelemahan pelajar dengan Menempatkan murid mengikut
penilaian mengulang semula topik atau pencapaian.Memberi pengiktirafan sijil,
dijalankan mengadakan pemulihan. hadiah dan sebagainya.Membaiki
Menjalankan aktiviti pengayaan kurikulum.
bagi pelajar yang tiada masalah.
Latihan 3.5
Apakah perkaitan antara ujian sumatif dengan Penilaian Sumatif? Adakah ujian
pencapaian boleh dianggapkan sebagai ujian sumatif? Jelaskan.
3.3 KAEDAH PENGUKURAN
Sebagaimana yang telah dijelaskan terlebih awal, pengukuran sesuatu konstruk/
pembolehubah (seperti pencapaian akademik, personaliti, sikap, kemahiran) boleh dibuat
melalui kaedah pemerhatian, lisan, penulisan, pertimbangan profesional (professional
judgement) atau potfolio. Salvia dan Ysseldyke (2004) menjelaskan dengan terperinci tentang
teknik-teknik yang digunakan bagi kaedah yang disebutkan.
1. Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian dijadikan
ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang-
orang lain yang berkenaan serta keadaan di sekelilingnya. Kaedah pemerhatian ini boleh
dibahagikan kepada dua (2) bentuk, iaitu pemerhatian tidak-sistematik dan pemerhatian
sistematik.
60 OUM
TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN
Rajah 3.11 : Kaedah pemerhatian
Pemerhatian tidak-sistematik merujuk kepada pemerhatian secara rawak/terbuka,
iaitu yang tidak ditumpukan kepada tingkah laku tertentu. Ia biasanya tidak boleh
diulang dan maklumat yang diperoleh boleh dijadikan panduan untuk pemerhatian
sistematik.
Bagi pemerhatian sistematik, pemerhati terlebih dahulu menetapkan tingkah laku
yang ingin diperhati sebelum membuat pemerhatian. Pemerhati kemudiannya akan
mengira kekerapan dan lama sesuatu tingkah laku itu berlaku.
Kaedah pemerhatian mempunyai batasan tersendiri, seperti pentafsiran terhadap
tingkah laku mungkin tidak tepat, pemerhatian memerlukan masa yang panjang
dan wujud kesan pemerhatian itu sendiri kepada orang yang diperhatikan
(expectancy).
2. Kaedah Lisan
Kaedah lisan ialah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dan merekod apa yang
maklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang lain yang berkenaan
tentangnya . Kaedah lisan ini boleh dibahagikan kepada dua (2) bentuk, iaitu temu bual
dan skala penaksiran (rating scale).
Rajah 3.12 : Kaedah lisan
Temu bual terbuka merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat melalui perbualan
yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu; manakala temu bual berstruktur
cuba mendapatkan maklumat melalui perbualan tertumpu kepada set soalan
tertentu.
Skala penaksiran merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat dengan
menggunakan satu set soalan yang memerlukan seseorang memberi jawapan
dalam skala tertentu, seperti skala Likert atau anggaran kekerapan.
OUM 61
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3
Contoh skala Likert ialah respons Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Sederhana
Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Contoh anggaran kekerapan ialah respons Tidak
Pernah, Kadang-kadang, Sederhana Kerap, Kerap dan Sangat Kerap.
Selain berkongsi batasan kaedah pemerhatian, kaedah lisan mempunyai dua
batasan lain, iaitu ingatan menjadi tidak tepat apabila jarak masa adalah lama antara
peristiwa yang berlaku dengan temu bual, dan kedua maklumat yang diberi mungkin
tidak benar.
3. Kaedah Penulisan
Pernahkah anda mengisi borang soal selidik yang diminta oleh kumpulan-
kumpulan tertentu atas tujuan-tujuan tertentu?. Bentuk-bentuk soalan yang
terdapat dalam borang soal selidik tersebut mempunyai beberapa kriteria
tertentu. Sekiranya anda ingin membuat soal selidik berhubung dengan
pencapaian para pelajar anda, apakah objektif utama yang ingin anda lihat?
Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan maklumat yang biasa digunakan untuk
mendapatkan ukuran bagi sesuatu konstruk. Kaedah ini mengunakan teknik penulisan


Use: 0.0424