• 4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN PELAJAR DALAM ...


  •   
  • FileName: jaflus.pdf [read-online]
    • Abstract: diedarkan ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat dan 60 set soalan kepada guru-guru. ... takut menghadapi kegagalan dalam peperiksaan adalah pangkatan ke tiga dalam faktor ...

Download the ebook

4
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN PELAJAR DALAM
KEGIATAN KOKURIKULUM SUKAN DI KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SEREMBAN
MOHD JAFLUS BAHARI
Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Maktab Perguruan Islam
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang menghalang
penglibatan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sekolah Menengah
Kebangsaan Daerah Seremban. Kajian ini ingin melihat faktor menghalang
dari segi faktor struktur, faktor interpersonal dan interpersonal pelajar. Data
kajian yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSS versi
11.5. Statastik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan dan min telah digunakan
untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian.
Sementara itu, stastik inferansi dan ujian t digunakan bagi melihat
perbezaan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal dan
intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian-
t digunakan. Bagi melihat perbezaan di antara faktor penghalang faktor
struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Ujian Anova sehala pula
digunakan bagi melihat perbezaan faktor penghalang iaitu faktor struktur,
interpersonal dan intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.
Seramai 160 responden yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Seremban telah dipilih secara rawak. Secara umumnya didapati
faktor struktur merupakan faktor utama yang menjadi faktor penghalang
dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sukan. Kajian juga
mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor
struktur, interpersonal dan intrapersonal dengan jantina. Manakala terdapat
perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang interpersonal danintra
personal dengan bangsa. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan set soal
selidik bagi mengumpulkan data.
5
PENGENALAN
Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia
ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua
sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat
untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan
pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah
menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang
lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform,
satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah.
Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi
pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan
yang sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajar-
pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat
menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut. Menurut
Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap
kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada
pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-
nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.
Kajian ini akan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan
mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Selaras dengan dasar
Kementerian Pendidikan yang memberi penekanan kepada pelajar-pelajar terutama mereka
yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Akademik akan diberi keutamaan dan ianya
selaras dengan sistem meritrokrasi bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Di
dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji kegiatan kokurikulum dan faktor yang
menghalang penglibatan pelajar untuk menyertainya. Menurut Crawford dan Godbey (1987)
terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan iaitu :
6
1) Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan,
peralatan, masa, wang dan maklumat.
2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau
hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai
untuk bermain dalam sukan badminton.
3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu
yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah
tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan
kemahiran diri yang dimiliki.
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan sukan,
persatuan/kelab yang berkaitan dengan matapelajaran dan kebudayaan, dan pasukan badan
beruniform. Kegiatan sukan yang dimaksudkan seperti bola sepak, ragbi, renang, bola
tampar, memanah, tenpin boling, golf dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab
Usahawan, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan
Bahasa Cina dan sebagainya. Badan Beruniform pula ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba,
Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya..
Dalam kajian ini pengkaji akan memberikan penekanan kepada kokurikulum yang
melibatkan kegiatan sukan. Model konsep yang digunakan oleh Crawford dan Godbey
(1997) digunakan untuk menjelaskan mengapakah pelajar-pelajar kurang melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum khususnya dalam aktiviti sukan.
Oleh yang demikian kajian ini dijalankan kerana tiada lagi penyelidik yang membuat
kajian ke atas pelajar-pelajar yang berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kokurikulum
khususnya aktiviti sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban.
7
PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini pemasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenalpasti faktor utama
sebab-sebab yang diberikan oleh pelajar untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban.
Kajian ini akan menyentuh tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan. Ramai pelajar beranggapan kegiatan
kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai
sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak
sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh
kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru
terlibat. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan
(1990) walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih
kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai
kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan secara sambil
lewa sahaja dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti
matapelajaran akademik.
Dapatan Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999). Dapatan kajian beliau
menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru
merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu
banyak tanggungjawab. Kedapatan juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum
kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh
sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang
berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979)
yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa
kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform
dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.
8
Sementara itu, menurut Ahmad Badawi (1984), dewasa ini pelajar terlalu
mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada
pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor
utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan
kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan
kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk
menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai
kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan
kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat
beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam
kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang
tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik.
Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan
pelajar perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk
melibatkan diri dan menimba pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Walau
bagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar
lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan
oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa
menolong ibu bapa mereka di rumah. Oleh itu kajian ini juga bertujuan melihat adakah
terdapat perbezaan antara faktor penghalang penglibatan yang diberikan oleh mereka ini
berdasarkan jantina.
Pelajar-pelajar di sekolah menengah terdiri daripada pelbagai bangsa. Pelajar-pelajar
ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar-pelajar ini datang
dari kawasan-kawasan penempatan yang berlainan. Ada yang tinggal di bandar Seremban, di
taman-taman perumahan sekitar Seremban dan di kawasan luar bandar. Mereka ini
menganut agama Islam, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini mempunyai
alasan dan sebab tersendiri menghalang mereka melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
sukan. Pengkaji mendapati belum ada kajian mengenal pasti faktor-faktor penghalang
9
penglibatan pelajar ini dalam kegiatan kokurikulum sukan di lakukan oleh penyelidik
terdahulu. Oleh itu kajian untuk mengenalpasti faktor utama yang menghalang penglibatan
kokurikulum pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa perlu dilakukan.
Pelbagai perancangan telah dilakukan samada dari pihak Kementerian Pelajaran
melalui Jabatan Pelajaran Negeri di bawah Unit Kokurikulum telah menyediakan peruntukan
untuk memastikan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah dijalankan menurut kehendak
dan Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan peruntukan diberikan untuk menjamin peralatan dan
kemudahan disediakan untuk pelajar menjalankan kegiatan mereka. Ramai di kalangan guru
dihantar berkursus untuk mempertingkatkan ilmu dan mampu memberi tunjuk ajar kepada
pelajar di sekolah mereka. Tetapi agak malang dewasa ini ramai di kalangan pelajar yang
tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan
untuk mengenal pasti masalah utama pelajar tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :
1. Melihat apakah faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum khususnya sukan.
2. Melihat perbezaan faktor penghalang yang diberikan pelajar mengikut pelajar lelaki
dan pelajar perempuan.
3. Melihat faktor-faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
dengan pelbagai bangsa.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui:
1. Apakah faktor-faktor yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikulum?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
struktur penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?
10
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
interpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?
5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
struktur penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai
bangsa?
6. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai
bangsa?
7. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor
intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai
bangsa?
8. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang secara
keseluruhan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai
bangsa?
KEPENTINGAN KAJIAN.
Kajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk membantu guru, Pengetua Sekolah, Jawatankuasa
Kerja Sekolah, Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Peringkat Daerah dan Negeri, dan agensi
yang berkaitan dalam merancang program kokurikulum di sekolah. Kajian ini juga bertujuan
untuk membantu mempertingkatkan lagi penyertaan pelajar dan kualiti program kokurikulum
di sekolah agar lebih teratur dan efisen. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu
mengalakkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum seterusnya masyarakat akan
lebih perihatin terhadap kepentingan kokurikulum demi masa depan pelajar.
DEFINISI ISTILAH
Definisi pemboleh ubah kajian memfokuskan perbincangan kepada beberapa tinjauan yang
berkaitan dengan faktor-faktor yang menghalang dan penglibatan dalam kokurikulum.
11
1. Faktor-faktor Menghalang
Faktor menghalang termasuk program yang dirancang, terlampau ramai orang yang
menggunakan kemudahan atau lokasi kemudahan yang tidak sesuai. Seterusnya
menggunakan model yang telah dikonsepsualisasikan oleh Crawford dan Godbey (1987)
untuk mengenal pasti masalah-masalah yang menghalang guru pelatih ini melibatkan diri di
dalam aktiviti bersukan. McGuire (1984) telah mendefinisikan faktor-faktor penghalang ini
sebagai masalah yang menghalang penglibatan di dalam aktiviti bersukan dan juga
penggunaan kemudahan aktiviti bersukan oleh individu. Menurutnya lagi masalah-masalah
ini akan membataskan frekuensi atau kekerapan penglibatan dan penggunaan kemudahan
aktiviti bersukan individu. Halangan ini termasuklah ciri-ciri kemudahan atau program
aktiviti bersukan seperti kesesakan penggunaan dan kedudukan yang tidak strategik yang
menyebabkan kemudahan tidak dapat digunakan dan program tidak dapat diikuti. Menurut
Crawford dan Godbey (1987) , terdapat tiga halangan besar mengapa seseorang itu kurang
berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan seumpama ini ialah 1) struktur 2)
interpersonal dan 3) intrapersonal.
2. Kegiatan Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk keseimbangan
perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti
kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam
kegiatan yang berfaedah. Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan
kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya
hidup (life style) yang sihat. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara
pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan,
berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh
membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe, 1996).
Aktiviti sukan yang melibatkan permainan dan melibatkan penyertaan sebagai dalam satu
pasukan, atau dua peserta iaitu sukan berpasukan atau aktiviti sukan perseorangan atau sukan
individu. Sukan juga bermakna keseronokan (Janet B. Parks, 1990). Sukan juga
12
didefinisikan dalam beberapa makna. Sementara itu, Snyder & Spreitzer (1989)
mendefinisikan sukan sebagai aktiviti persaingan fizikal manusia yang dikawal oleh undang-
undang permainan atau acara tersebut.
TINJAUAN KEPUSTAKAAN
1. Kajian kepentingan kokurikulum
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mashitah (1995) bertujuan untuk memperlihatkan bukti
sumbangan yang diperolehi apabila bergiat dalam kegiatan kokurikulum khususnya kepada
pembentukan diri pelajar sebagai pemimpin. Objektif kajian: Tiga objektif khusus kajian ini
iaitu 1) Melihat perbezaan yang wujud dalam tahap penglibatan pelajar-pelajar menengah
atas Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah Darul Aman dalam kegiatan
kokurikulum; 2) Melihat perbezaan yang wujud dalam daya kepimpinan yang ada pada
pelajar-pelajar tersebut, dan 3) Menganalisa bentuk perhubungan yang wujud di antara tahap
penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan daya kepimpinan pelajar. Dalam kajian ini
200 pelajar dipilih sebagai responden mewakili populasi. Hasil kajian mendapati bahawa
terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi kategori sangat aktif dan aktif. Hasil
kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan dalam daya kepimpinan bagi kedua-dua
kumpulan pelajar tersebut. Terbukti juga bahawa wujud perhubungan yang positif di antara
tahap penglibatan pelajar dengan daya kepimpinan pelajar. Oleh itu dapatan kajian telah
menolak hipotesis null dan boleh menerima hipotesis alternatif. Justeru itu penglibatan
pelajar yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum sememangnya dapat memupuk dan
membina daya kepimpinan seseorang pelajar.
Menurut kajian oleh Mohd Lotpi (1997) mendapati ramai yang beranggapan aktiviti
kokurikulum mampu membentuk peribadi positif pelajar. Namun begitu, tidak ramai individu
yang tampil untuk benar-benar membuktikan keadaan ini. Oleh itu, kajian ini dibuat
bertujuan untuk memperlihatkan kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar. Antara
objektif kajian ini dibuat adalah untuk melihat perbezaan yang wujud dalam tahap
penglibatan pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah menengah di daerah Larut, Matang
13
dan Selama, Perak dalam aktiviti kokurikulum. Di samping itu juga, kajian ini dibuat bagi
melihat perbezaan yang wujud dalam peribadi pelajar kumpulan tidak aktif, kumpulan sangat
aktif dan kumpulan aktif. Akhir sekali kajian ini dibuat adalah untuk menganalisis bentuk
perhubungan yang wujud di antara tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan
peribadi pelajar. Seramai 200 orang pelajar dipilih sebagai subjek mewakili populasi. Hasil
kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi
kategori sangat aktif dan aktif. Hasil kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan
peribadi pelajar kumpulan tidak aktif dengan pelajar kumpulan sangat aktif dan aktif.
Terbukti juga wujud perhubungan di antara tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
dengan peribadi pelajar. Dengan itu dapatan kajian telah menolak hipotesis null dan
menerima hipotesis alternatif. Sebagai kesimpulannya, sememangnya aktiviti kokurikulum
memberi kesan yang positif ke atas peribadi pelajar.
Menurut kajian yang di lakukan oleh Mohd Zuki (1994) untuk meneliti sumbangan
GERKO ke atas pembentukan personaliti pelajar. Kemudiannya, aktiviti tersebut akan dilihat
dan dinilai menurut perspektif Islam. Kajian ini mendapati bahawa GERKO telah mendapat
tempat dan perhatian yang sewajarnya di dalam sistem pendidikan di Malaysia dan juga di
Sekolah Menengah Dato Undang Abdul Manap. Keadaan ini memang sudah dijangkakan
kerana aktiviti tersebut ternyata mempunyai signifikannya yang tersendiri di dalam
memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh, baik dari segi intelek, rohani, emosi
atau jasmani. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan pelajar bersetuju bahawa GERKO
memberikan sumbangan dan faedah kepada pembentukan personaliti mereka. Kenyataan ini
dibuat berdasarkan kepada analisa yang dibuat ke atas sejumlah item yang telah
dikemukakan kepada mereka. Daripada 10 item yang dikemukakan, 7 daripadanya mencatat
peratusan bersetuju yang melebihi 70 peratus dan hanya 3 sahaja yang kurang daripada 70
peratus. Tiada perbezaan yang ketara antara pelajar PAT, PAS dan PAR dari segi faedah
yang diperolehi oleh mereka melalui penyertaan mereka dalam GERKO. Begitu juga tidak
ada jurang yang ketara antara pelajar yang aktif, sederhana aktif dan kurang aktif.
Kebanyakan mereka juga bersetuju bahawa GERKO telah memberi kesan ke atas
pembentukan personaliti mereka. Melalui penilaian yang dibuat menurut perspektif Islam
14
pula, didapati bahawa GERKO mempunyai banyak keserasian dan persamaan dengan prinsip
dan gagasan Islam.
Menurut Adnan Khamis (1989) dalam kajiannya menyatakan bahawa penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum pada amnya dapat membantu mencapai objektif yang
dikehendaki oleh sistem pendidikan hari ini bagi menghasilkan pelajar yang cergas,
seimbang dan harmoni dari segala segi. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti tersebut dapat
menunjukkan sikap positif, semangat juang yang tinggi dan masih berupaya melangkaui
halangan-halangan akademik. Bagaimanapun menurut beliau bahawa masih terdapat
halangan-halangan dan masalah yang timbul dalam konteks pelaksanaan tanggungjawab
terhadap aktiviti tersebut, sama ada di pihak guru mahupun pelajar. Ini kerana terdapat
sesetengah guru mahupun pelajar dan ada kalangan pihak ibu bapa sendiri yang masih
menganggap kegiatan kokurikulum sebagai membuang masa, menambah perbelanjaan
keluarga dan yang paling menyedihkan menganggap kegiatan tersebut tidak penting.
Hamidah, (1999) juga telah mendapati kokurikulum adalah kegiatan di luar bilik
darjah yang mempunyai hubungan dengan mata pelajaran kurikulum. Kegiatan kokurikulum
yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan
permainan. Penglibatan pelajar khususnya pelajar Islam dalam kokurikulum dapat melatih
mereka supaya bersifat bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin serta mahir di dalam sesuatu
lapangan yang mereka sertai. Penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum suatu
masa dahulu kurang terserlah kerana di kalangan ibubapa menganggap penglibatan anak-
anak mereka dalam kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik. Tambahan pula guru-
guru yang berkebolehan dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum sangat sedikit
bilangannya.
2. Kajian mengenai perlaksanaan kokurikulum
Menurut Mat Aris (1994) kegiatan kokurikulum sukan di sekolah merupakan aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan dengan harapan, agar dapat mewujudkan insan yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Akan tetapi, sekolah menengah
15
vokasional adalah sekolah yang lebih cenderung kepada bidang praktikal/amali dan teknikal
jika dibandingkan dengan sekolah akademik biasa. Sehubungan dengan itu, kegiatan
kokurikulum didapati tidak dijalankan dengan sempurna. Hasil dapatan kajian ini, melibatkan
pelajar dan guru sebagai responden, sebanyak 160 set soalselidik diedarkan kepada pelajar
tingkatan empat dan 60 set kepada guru-guru yang mengendalikan kegiatan aktiviti sukan di
sekolah tersebut. Pada keseluruhannya, pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam
kegiatan sukan di sekolah ini masih belum lagi dianggap memuaskan berdasarkan beberapa
faktor luaran seperti masa, kemudahan `region', kos, perbelanjaan tanggungan keluarga,
respon ibubapa, pelajar, guru, insentif dan pentadbiran yang menjadi penghalang.
Kajian Kamariah (1986) telah memberi tumpuan kepada sebuah sekolah menengah di
kawasan luar bandar. Kajian meliputi segala aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan gerak
kerja termasuk sikap guru, pelajar, ibu bapa, pentadbir sekolah dan masyarakat sekeliling.
Setelah dilakukan penganalisaan terhadap segala masalah yang timbul, beberapa cadangan
dapat dikemukan bagi mencapai matlamat penubuhan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Di
antara beberapa strategi pelaksanaan yang diingini dapatlah disarankan seperti berikut: 1)
mengimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan kurikulum 2) mempelbagaikan jenis kelab
atau persatuan yang ada 3)melibatkan pelajar dari semua kaum 4) melibatkan pelajar atau
pihak sekolah dengan gerak kerja khidmat masyarakat 5) melibatkan Jawatankuasa
Bimbingan Pelajar Sekolah, guru-guru dan pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerak
kerja kokurikulum.
Faktor-faktor mendorong kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum
ialah penyertaan guru-guru semasa mengendalikan kegiatan tersebut. Menurut Abu Bakar
(1991) menyatakan bahawa penyertaan guru adalah sangat penting. Peranan serta penyertaan
guru diperlukan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum
sekolah-sekolah. Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum.
16
Menurut Adnan (1988), dewasa ini gejala sosial yang semakin hari semakin parah
melanda remaja hari ini, maka pihak yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program
melibatkan kokurikulum bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program tersebut perlu
lebih perihatin dan berpandangan lebih agresit supaya aktiviti kokurikulum dapat memenuhi
keperluan masa senggang pelajar akan mencapai objektif dan memberi keberkesanan yang
paling maksimum untuk mengatasi kepincangan moral remaja masa kini.
Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia mendapati perlaksanaan kokurikulum di sekolah boleh dikatakan tidak
mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelajar dan guru. Kadangkala
terdapat guru yang `malas' untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum bersama
pelajar apatah lagi untuk merancang program-progam yang berfaedah. Pendapat ini disokong
oleh Abu Bakar (1991), di mana beliau menyatakan antara alasan guru untuk tidak bergiat
dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa
pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, terlalu banyak tanggungjawab yang dikendalikan oleh
mereka dan ada juga guru yang merasakan mereka kurang berpengetahuan dan berkemahiran
dalam bidang yang ditugaskan.Yusof (1983) pernah mengkaji seramai 50 pelajar di tiga buah
sekolah di Slim River, Perak melihat perkaitan antara penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum dan prestasi akademik. Ternyata bahawa penglibatan mereka dalam
kokurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik malah mereka mendapat keputusan yang
lebih baik. Dengan bijak membuat pembahagian masa antara kokurikulum dengan
kurikulum, mereka berjaya mengimbangi kedua-duanya dalam masa yang sama.
Menurut Snyder (dipetik dalam Phillip, 1993), penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum adalah satu cara untuk mobiliti sosial sama ada secara langsung atau tidak
langsung melalui penanaman kualiti, pencapaian kepuasan, disiplin kendiri dan kepimpinan.
Menurut Coleman (dipetik dalam Phillip, 1993) pula mendapati bahawa pelajar lebih
mementingkan kokurikulum daripada akademik dalam konteks pencapaian kepuasan, disiplin
kendiri dan kepimpinan berbanding kurikulum. Menurut Ahmad Badawi (1984) pelajar
terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian
daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian sewajar di kalangan mereka. Sehubungan
17
itu, kegiatan kokurikulum di sekolah akan diberi pengiktirafan penting dalam menilai
pencapaian seseorang pelajar apabila dimasukkan ke dalam sijil peperiksaan persekolahan
mereka. Pendapat ini disokong oleh Lim Yen Yun (1991) menyatakan kegiatan bersukan
banyak membawa manafaat namun kurang diberi perhatian oleh para remaja. Antara faktor
utama ialah mereka tidak mempunyai semangat kesukanan dan lebih menganggap pelajaran
atau hiburan adalah lebih mustahak. Akibatnya ramai pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang tetapi tidak mempunyai kecergasan fizikal dan kemahiran untuk bersosial.
Satu kajian telah dilakukan oleh Zainun dan Aini (1993) mengenai penglibatan
pelajar tingkatan empat dalam aktiviti rekreasi. Kajian dilakukan ke atas 440 pelajar
dibeberapa buah sekolah mengenai penggunaan masa lapang mereka. Didapati pelajar-pelajar
memang mempunyai banyak masa lapang tetapi tidak digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang
memanfaatkan mereka dan masyarakat.
Azizah (1990) dalam kajiannya telah mengenalpasti masalah-masalah dalam
perlaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah di daerah Gombak. Sampel kajian
yang terdiri daripada tiga orang guru besar, 80 orang guru dan 270 orang pelajar dengan
menggunakan perbincangan, temubual dan soal selidik untuk melihat kekerapan dan `chi
square'. Dapatan kajian menunjukkan masalah yang menghalang penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum ialah masalah kewangan, kemudahan dan peralatan. Kajian mendapati
pelajar tidak menghadapi masalah penjadualan kerana penjadualan dibuat mengikut
ketetapan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Selangor. Masalah yang dihadapi ialah
seperti guru menjalankan kegiatan tetapi tidak berminat dan tidak ada kemahiran dan juga
tidak mendapat latihan dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankannya. Pelajar-pelajar juga
tidak ramai bergiat dalam kegiatan badan beruniform. Jika pelajar melibatkan diri secara
aktif dalam kegiatan, ianya hanyalah didorong oleh diri sendiri, rakan-rakan dan ibu bapa.
Alasan yang diberikan oleh pelajar, guru hanya memberi perhatian kepada pelajar-pelajar
yang berkebolehan sahaja dan terpaksa menolong ibu bapa di rumah pada waktu petang.
Satu lagi kajian yang dilakukan di Johor oleh Mohammad Haris (1999) tujuan untuk
menilai keberkesanan perlaksanaan kokurikulum di Sekolah Menengah Rancangan Felda
18
Daerah Kota Tinggi. Antara tujuan kajian ialah melihat faktor yang melibatkan pengurusan,
persekitaran dan komitmen diuji dalam kajian ini. Hasil daripada kajiannya, didapati aspek
yang disenaraikan memberi kesan yang berbeza. Faktor persekitaran dan dalaman (intrinsik)
telah membantu meningkatkan perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Kejayaan
program memerlukan pengurusan yang teliti, khusus dan terancang. Kekurangan peruntukan
menjadi faktor pokok yang perlu diberi perhatian kerana ianya mempengaruhi aspek
pengurusan dan kemungkinan mengakibatkan komitmen sederhana. Sekolah perlu menyelia
dan menguatkuasakan peraturan untuk meningkatkan disiplin, sikap dan tanggungjawab.
Kajian oleh Zainal (1999) ke atas 72 orang guru untuk menilai persepsi guru-guru
terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah menengah di
Negeri Sembilan. Semenjak kokurikulum diwajibkan perlaksanaannya, beban tugas guru
bertambah rencam dan terasa membebankan. Kajian mendapati faktor utama menghalang
perlaksanaan kokurikulum dengan berkesan hingga boleh mempengaruhi penglibatan pelajar
ialah guru kurang berpengalaman dan kurang kursus diadakan untuk guru. Semasa
pelaksanaan, penyeliaan kurang daripada pihak pentadbiran dengan keadaan diburukkan lagi
jika seseorang guru itu aktif, ia kurang menerima penghargaan dari pihak sekolah.
Menurut Mohamad Nor (1990) satu kajian untuk melihat pandangan para pelajar dan
ibu bapa terhadap gerak kerja kokurikulum di sekolah menengah. Subjek kajian terdiri dari
110 orang pelajar tingkatan IV dari dua buah sekolah di negeri Selangor Darul Ehsan, sebuah
di Petaling Jaya dan sebuah lagi dari daerah Dengkil. Kajian ini mendapati lebih tinggi
anggapan gerak kerja kokurikulum boleh mengganggu pelajar daripada ibu bapa di bandar
dan golongan ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi tinggi yang berpendapat demikian.
Mereka lebih mementingkan kecemerlangan akademik daripada kecemerlangan dalam gerak
kerja kokurikulum. Bagaimanapun sebahagian besar daripada mereka mengakui bahawa
gerak kerja kokurikulum memberi faedah sebagai latihan kepimpinan dan perkembangan
kognitif amnya. Sebaliknya pula lebih tinggi peratusan pelajar berpencapaian sederhana
mengganggap gerak kerja kokurikulum tidak mengganggu pelajaran dan mereka
mengganggap kokurikulum boleh memberi faedah dari segi perkembangan moral atau sosial.
Lebih tinggi juga peratusan ibu bapa luar bandar dan sosio ekonomi rendah menganggap
19
kokurikulum tidak mengganggu pelajaran tetapi sebahagian besar daripada mereka
mendapati sukar untuk membiayai secukupnya penglibatan anak-anak mereka dalam gerak
kerja kokurikulum. Kajian ini juga mendapati masalah kekurangan masa merupakan
penghalang utama yang dihadapi oleh semua golongan ibu bapa sama ada di bandar, sosio
ekonomi tinggi mahupun sosio ekonomi rendah untuk menyokong terutama untuk turut serta
dalam beberapa aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Walau bagaimanapun keempat-
empat golongan ibu bapa ini tidak menghalang penyertaan anak-anak mereka dalam gerak
kerja kokurikulum.
Siti Hajar (2000) telah membuat penyelidikan untuk mengenalpasti amalan
pengurusan kokurikulum yang berkesan yang dipraktikkan di sekolah menengah dan melihat
corak penglibatan ahli jawatankuasa kokurikulum dan murid dalam perlaksanaan
kokurikulum sekolah. Responden yang terlibat sebagai sampel berjumlah 285 orang guru dari
15 buah sekolah menengah di daerah Kerian. Dapatan yang diperolehi ialah aspek
pengurusan yang diwakili oleh fungsi merancang, menyusun, memimpin dan mengawal
berada di tahap sederhana. Sistem pengurusan didapati mempunyai hubungan terhadap
pencapaian dalam kokurikulum. Beberapa usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan
pencapaian kokurikulum ke tahap optimum. Perlu disedari oleh warga pendidik bahawa
sistem pengurusan kokurikulum adalah antara faktor yang mempengaruhi pencapaian
kokurikulum.
3. Kajian faktor menghalang penglibatan
Kajian yang dibuat oleh Zulkifli (1997) mendapati bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan antara faktor saiz, kemudahan, bilangan guru, dan pentadbiran sekolah dengan
penglibatan pelajar dalam kokurikulum. Walau bagaimanapun, ujian regresi berganda yang
dijalankan menunjukkan hanya satu faktor yang benar-benar memberi sumbangan kepada
angkubah bersandar iaitu faktor saiz sekolah. Saiz sekolah dari segi bilangan pelajar dan
bilangan kelas amat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menyertai kegiatan
kokurikulum, sementara faktor lain hanya sebagai penyokong.
20
Mohd. Suzli (1997) juga mendapati terdapatnya masalah-masalah di dalam
pelaksanaan aktiviti kokurikulum, pendapat guru-guru mengenai kepentingan kokurikulum
kepada pelajar dan cadangan-cadangan untuk melicinkan pelaksanaan aktiviti tersebut di
sekolah-sekolah menengah agama. Dari kajian ini didapati sekolah-sekolah yang dikaji
menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, di samping
penjadualan yang tidak bersistem. Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan guru
kokurikulum tidak mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikulum. Seterusnya
kebanyakan pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum. Mereka yang terlibat secara aktif didorong oleh diri sendiri, guru, kawan dan
ibu bapa. Pelajar yang tidak terlibat memberi alasan bahawa mereka terpaksa menolong ibu
bapa di rumah dan juga disebabkan oleh kekurangan peralatan serta kemudahan ko-
kurikulum di sekolah. Kajian ini juga mengenalpasti pendapat pengetua dan guru-guru besar
dari 7 buah sekolah agama yang dikaji mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum terhadap
penyuburan pelajar dan cadangan-cadangan mereka untuk melicinkan lagi pelaksanaan
aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah agama.
Menurut Quek and Steven (1994) menjelaskan kesan negatif penglibatan dalam sukan
dikatakan menjadi unsur pengganggu kepada proses pembelajaran dengan mengambil terlalu
banyak masa dan tenaga. Menurut Mc Guire (1984) menyatakan antara kriteria penghalang
penglibatan seseorang dalam sukan ialah kemudahan atau program yang disediakan seperti
terlalu ramai orang menggunakan kemudahan tersebut atau lokasinya yang tidak bersesuaian
langsung.
Menurut Ariffin (1984) menyatakan individu memerlukan kawan. Dalam konteks ini
penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan memenuhi keperluan ini. Penglibatan pelajar dalam
aktiviti sukan banyak dipengaruhi rakan.
Menurut Wankel (1988) menyatakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar
dalam kegiatan sukan adalah kerana kekurangan masa untuk melakukannya. Kebanyakan
pelajar terlalu sibuk dengan aktiviti berkaitan akademik terutamanya pelajar yang terlibat
21
dalam peperiksaan. Pernyataan ini disokong oleh Muhammad Nor Che Noh (1980)
menyatakan kurikulum lebih penting dari kokurikulum.
Faktor-faktor seperti budaya, kesihatan, kecergasan serta lain-lain pengalaman
psikologi dan sosial adalah antara faktor-faktor yang mengalakkan individu melibatkan diri
di dalam aktiviti bersukan ( Coakley, 1998., Dunn, 1988.,& Salman, 1997). Meskipun begitu
terdapat juga faktor-faktor yang menghadkan penglibatan aktiviti bersukan individu. Antara
faktor penghalang penglibatan aktiviti bersukan yang paling popular adalah masalah
kesuntukan masa. Kenyataan ini bagaimanapun telah dipertikaikan oleh Wankel (1998)
kerana dia berpendapat tidak semestinya mereka yang melibatkan diri di dalam aktiviti
bersukan itu mempunyai masa yang lebih daripada mereka yang tidak melibatkan diri di
dalam aktiviti bersukan. Ini dianggap sebagai satu alasan yang tidak kukuh oleh kebanyakan
individu kerana penglibatan seseorang di dalam aktiviti bersukan bergantung kepada
keutamaan yang diberikan terhadap aktiviti fizikal. Satu lagi faktor penghalang yang sering
membataskan penglibatan individu di dalam aktiviti bersukan a


Use: 0.0899