• SENARAI SEMAKAN SETELAH TERIMA SURAT TAWARAN


  •   
  • FileName: panduan_pendaftaran_pelajar_baru_plk.pdf [read-online]
    • Abstract: Pemohon-pemohon juga perlu menyerahkan juga dokumen sokongan berikut semasa sesi serahan dokumen iaitu : e UiTM (surat tawaran dari cetakan website UiTM diterima tetapi hendaklah. transkip peperiksaan juga tidak ... bank/ penyata akaun/ surat makluman keahlian/ cetakan penyata akaun dari laman web PTPTN) ...

Download the ebook

1
AMARAN
Pelajar yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/ manipulasi
maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan:
Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera
Sabah/Sarawak
Kelayakan/keputusan peperiksaan
Akan diambil tindakan dengan:
Menarik balik surat tawaran
Dikenakan tindakan undang-undang.
Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.
SEKIRANYA ANDA MELAKUKANNYA, ANDA DINASIHATKAN TIDAK HADIR MENDAFTAR.
PERINGATAN PENTING
JIKA ANDA SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN
KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ANDA TIDAK LAYAK UNTUK
MENDAFTAR ATAU MENJADI PELAJAR UITM.
2
MAKLUMAT DI DALAM BUKU INI ADALAH BENAR SEHINGGA DICETAK
PADA APRIL 2009
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SETELAH MENERIMA TAWARAN
o Pelajar dimestikan membuat penerimaan atau penolakan tawaran dengan segera melalui laman web
http://istudent.uitm.edu.my/intake
o MAKLUMAT DIDALAM BUKU INI ADALAH BENAR
Jika anda tidak memberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan dengan sendirinya tawaran tersebut
akan terbatal dan keputusan pembatalan adalah muktamad.
SEHINGGA DICETAK PADA APRIL 2008
DIKELUARKAN OLEH:
BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR
3
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera
Tahniah dan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, anda telah berjaya ditawarkan
tempat pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sesungguhnya anda adalah
golongan yang bertuah kerana telah berjaya terpilih daripada ribuan pemohon untuk
melanjutkan pengajian di UiTM. Kehadiran anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi ke
UiTM sangat dialu-alukan.
Bagi memenuhi keperluan jasmani dan rohani pelajar, UiTM menyediakan pelbagai
kemudahan, aktiviti pembelajaran, pengajaran, kerohanian, sukan dan rekreasi.
Manfaatkanlah segala kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya demi kebaikan
anda sepanjang tempoh pengajian disini.
Saya juga menyeru anda mensyukuri rahmat yang diberikan dengan menunjukkan iltizam
yang tinggi sebagai mahasiswa dan mahasiswi UiTM. Gunakanlah peluang ini dengan
sepenuhnya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan supaya menjadi graduan yang berdaya
saing, global dan beretika yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika
keprofesional.
Akhir kata, harapan dan doa saya semoga anda menjadi graduan yang berilmu,
berketrampilan dan beramal dalam mencapai visi, misi dan objektif UiTM bagi memenuhi
aspirasi pembangunan negara.
Selamat Maju Jaya.
Sekian
wassalam
Dato’ Seri Prof. Dr Ibrahim Abu Shah
Naib Canselor
Universiti Teknologi MARA
4
MAKLUMAT KORPORAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
FALSAFAH UiTM
Kepercayaan bahawa individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-
nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.
VISI UiTM
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui
dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan
beretika.
MISI UiTM
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional,
penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
OBJEKTIF AKADEMIK UiTM
Mengadakan program pendidikan di peringkat separa profesional dan profesional sesuai dengan keperluan guna tenaga manusia,
terutama dalam bidang sains dan teknologi, perniagaan serta menanam sikap positif dan membentuk keperibadian mulia
menerusi pendedahan kepada ilmu pengetahuan dari mana-mana tamadun secara terbuka serta penghayatan terhadap Islam,
khususnya kepada belia-belia Bumiputera yang kurang bernasib baik, agar mereka lebih bersedia menghadapi persaingan dunia
pekerjaan, sanggup berdikari dan berani menjadi agen perubahan dalam sebuah masyarakat majmuk.
MOTO UNIVERSITI
“USAHA, TAQWA, MULIA”
LATARBELAKANG SEJARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latehan RIDA (Rural Industrial Development
Authority), pusat kuliah yang menawarkan kursus persediaan kepada pelajar berorientasikan pendidikan Inggeris.
DEWAN LATEHAN RIDA (1956-1965)
Dewan Latehan RIDA adalah inspirasi Dato’ Onn Bin Ja’afar ekoran daripada lawatan ke Ceylon (Sri Lanka) pada tahun 1951.
Tujuan utama lawatan itu adalah untuk mendalami program pembangunan dalam negeri. Matlamat penubuhan Dewan Latehan
RIDA adalah untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pada tahun 1964,
Dewan Latehan RIDA mengadakan majlis Konvokesyen yang pertama. Seramai 50 graduan telah menerima sijil daripada Tun
Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu.
MAKTAB MARA (1965-1967)
Untuk mengukuhkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh pihak berkuasa, langkah pertama yang diambil ialah menukar
nama RIDA kepada MARA. Menurut Tun Abdul Razak, perubahan ini adalah untuk memberi nafas baru dan harapan kepada
RIDA. Ekoran daripada itu, pada bulan Disember 1965, akta Majlis Amanah Rakyat telah diluluskan oleh Parlimen.
Pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA telah ditukarkan kepada Maktab MARA dan menjadi unit terpenting di bawah
Bahagian Latihan MARA.
INSTITUT TEKNOLOGI MARA (1967-1996)
Pada hari Sabtu, bersamaan 14 Oktober 1967 batu asas pembinaan kampus baru Maktab MARA telah diletakkan oleh Tun Abdul
Razak dan seterusnya telah menukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). Pada tahun 1970, ITM diberi autonomi penuh
untuk mentadbir di bawah Kementerian Pembangunan Dalam Negeri. Pada bulan Jun 1976, Akta ITM telah diluluskan oleh
Parlimen dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.
ITM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI (AKTA PINDAAN 1996)
Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan 1996) meletakkan ITM seiring dengan universiti-universiti lain dalam negara. ITM telah
diberi kuasa sebagai universiti sepenuhnya. Namun begitu, nama ITM terus dikekalkan sehinggalah 26 Ogos 1999.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (26 OGOS 1999)
Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah perisytiharan di buat
oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.
Kini UiTM menawarkan sejumlah 118 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, 61 program pengajian di peringkat
diploma,4 program di peringkat Asasi, 2 program Pra Diploma di pelbagai fakulti. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan
meliputi pelbagai bidang seperti pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan,
kejuruteraan, seni bina dan lain-lain.
5
SET TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM
Mulai sesi Julai 2008, surat tawaran dan bil bayaran yuran pelajar hanya akan
dipaparkan melalui laman web sahaja.
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SETELAH MENERIMA TAWARAN
o Pelajar dimestikan membuat penerimaan atau penolakan tawaran dengan segera melalui laman web
http://istudent.uitm.edu.my/intake
o Jika anda tidak memberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan dengan sendirinya tawaran tersebut
akan terbatal dan keputusan pembatalan adalah muktamad.
Nota :
• Anda dinasihatkan supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa
samada menerima atau menolak tawaran. Setelah keputusan dibuat melalui laman web, ia tidak boleh
lagi dipinda.
• Tindakan calon yang membuat pengesahan penerimaan tetapi tidak datang mendaftar merupakan
amalan yang amat dikesali. Perbuatan ini telah menutup peluang kepada calon-calon lain yang betul-
betul berminat melanjutkan pelajaran di UiTM. Oleh itu, pihak UiTM berharap bahawa anda bukanlah
salah seorang daripada mereka yang dimaksudkan.
• Penolakan tawaran pada sesi ini tidak akan disenaraihitam atau memberi kesan kepada permohonan
anda untuk sesi akan datang.
• Sekiranya anda menerima tawaran ini bermakna anda bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
oleh UiTM.
6
SENARAI SEMAKAN SETELAH TERIMA SURAT TAWARAN
Sila tanda √ setelah anda melaksanakan setiap perkara berikut:
Menerima atau menolak tawaran dengan segera melalui laman web
1. http://istudent.uitm.edu.my/intake
Mencetak Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA
2.
Mencetak Bil Bayaran Yuran Pelajar
3.
4. Cetak dan lengkapkan semua borang yang disertakan
• Borang Pendaftaran Pelajar Baru PLK – BPP - 04 (Pin. 05)
• Borang Maklumat Pelajar Baru – BPP - 02 (Pin. 08)
5. Menjelaskan Bil Yuran Pelajar sebelum hari pendaftaran.
6. Melapor diri pada tarikh, masa dan kampus yang dinyatakan dalam surat tawaran.
7
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
Jika menerima tawaran anda perlu:
1. Cetak Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti Teknologi MARA
2. Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Pendaftaran iaitu :
• Borang Pendaftaran Pelajar Baru Pengajian Luar Kampus (PLK) – BPP - 04 (Pin. 05)
• Borang Maklumat Pelajar Baru – BPP - 02 (Pin. 08)
• Pengesahan Majikan – BPP - 05 (Pin. 05)
3. Menjelaskan Bil Bayaran Yuran Pelajar
• Bil bayaran yuran pelajar perlu dijelaskan di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia sebelum anda
mendaftar. Bagi yang mendaftar di kampus UiTM Malaysia Shah Alam bayaran boleh juga dibuat terus melalui kad
kredit utama.
• Kaunter Bank Islam disediakan di Dewan Sri Budiman sahaja (Kampus Shah Alam) pada hari pendaftaran bagi
mereka yang tidak berkesempatan untuk menjelaskan bil bayaran yuran pelajar.
• Sila pastikan anda membawa bil bayaran yuran pelajar yang telah dicetak oleh bank apabila datang mendaftar bagi
mengelak sebarang masalah semasa pendaftaran.
• Anda dinasihatkan menyimpan bil ini dengan baik sehingga menamatkan pengajian.
• Anda digalakkan membuat bayaran sebelum hari pendaftaran untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
2.1 Cara Mudah Pembayaran Yuran Pengajian UiTM
• Kini para pelajar boleh membayar yuran pengajian UiTM dengan mudah. Semuanya boleh dilakukan di
hujung jari anda! Anda tidak perlu lagi beratur di cawangan kerana ianya boleh dibuat di mana sahaja dan
pada bila-bila masa.
• Bayaran yuran boleh dibuat melalui:
i. Mesin ATM Bank Islam dengan tiga (3) langkah mudah:
Pilih Menu > Lain > Pembayaran Bil / Yuran IPT
Masukkan > No. Kad Pengenalan Pelajar
Pilih > Bil Anda & > Masukkan Amaun Yang Betul
Nota : Sila Simpan Resit Anda.
ii. Perbankan Internet melalui laman web www.bankislam.biz
Untuk menggunakan kemudahan ini, pelajar mestilah pemegang akaun individu Bank Islam dan telah
mendaftar sebagai pengguna bankislam.biz.
Cara Pembayaran Yuran melalui laman web www.bankislam.biz
Layari www.bankislam.com.my.
Klik butang "Login How" pada logo bankislam.biz dan tekan "OK".
Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki bankislam.biz.
Pilih "Bill Presentment" pada bahagian "Bill Payment".
Pilih "Universiti Teknologi MARA" pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
Klik butang "Next". Skrin berikutnya akan menunjukkan senarai Bil yang perlu dijelaskan
oleh pelajar.
Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik butang "Pay". Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran
pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu
dibayar.
Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran.
Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran. Skrin berikutnya akan menunjukkan
butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan
pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
8
Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah dibuat sebagai
rujukan.
iii. Laman Web UiTM (www.uitm.edu.my)
Untuk menggunakan kemudahan ini, pelajar mestilah memiliki akaun perbankan internet bank-bank yang
menyertai kemudahan pembayaran melalui:
Cara Pembayaran Yuran Pengajian Universiti melalui FPX(Financial Process Exchange) adalah:
Layari http://bendahari.uitm.edu.my.
Sila pilih Perkhidmatan di sebelah kiri skrin dan klik "Pelajar". Senarai
Perkhidmatan/Kewangan akan dipaparkan.
Sila pilih FPX (Financial Process Exchange). Skrin berikutnya akan memaparkan
"Disclamer Page".
Sila klik butang "I Agree" untuk melakukan proses pembayaran bil secara online.
Sila masukkan Nombor Pelajar dan Nombor Kad Pengenalan dan klik "Search". Senarai Bil
akan dipaparkan di skrin berikutnya.
Klik pada petak di sebelah kiri untuk memilih bil-bil yang ingin dibayar dan klik "View Cart".
Klik butang "Pay" untuk membuat pembayaran. Skrin seterusnya akan memaparkan "FPX
terms and condition page".
Sila klik di sebelah kiri "I accept the Terms & Conditions of FPX, as listed above". Masukkan
alamat email serta pilih Bank anda dan klik "Submit".
Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki laman web Bank pilihan anda.
Maklumat mengenai bayaran akan dipaparkan seperti tujuan pembayaran, nombor rujukan
dan amaun. Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran, Skrin berikutnya akan
menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan
pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah dibuat sebagai
rujukan. Pelanggan bolehlah mencetak resit yang dikeluarkan oleh pihak UiTM sebagai
bukti pembayaran.
Bagi pemegang akaun Internet Banking Bank Islam Malaysia Berhad, Public Bank Berhad,
Hong Leong Bank Berhad, CIMB Bank Berhad boleh membuat bayaran melalui FPX
dengan melayari laman web : www.uitm.edu.my
Sebarang keterangan lanjut sila hubungi :
JABATAN PERBANKAN ELEKTRONIK
Bank Islam Malaysia Berhad
Tingkat 16, Darul Takaful, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 2616 8000 Help Desk IB: 03 - 2698 8008 Fax: 03 - 2698 9687
Laman web: www.bankislam.com.my
4. Pemeriksaan Kesihatan
• Anda TIDAK PERLU menjalani pemeriksaan kesihatan.
5. Melapor Diri
• Melapor diri pada tarikh, masa dan di kampus yang dinyatakan dalam surat tawaran.
9
SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN
Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai pelajar UITM adalah seperti berikut:
• Dokumen Asal
• Salinan Dokumen
SEMASA PENDAFTARAN PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBAWA DOKUMEN ASAL SEPERTI BERIKUT:
1. Surat Tawaran yang dicetak dari laman web http://istudent.uitm.edu.my/intake
2. Borang Pendaftaran Pelajar Baru
3. Borang Maklumat Pelajar Baru bertampal gambar
4. Bil Bayaran Yuran Pelajar yang telah dijelaskan
5. Kad Pengenalan pelajar
6. Sijil Kelahiran pelajar
7. SPM/SPMV/setaraf (bagi calon semua program)
8. STPM/setaraf (bagi program Matrikulasi/ setaraf)
9. Surat Pengesahan Tamat Pengajian (pelajar lulusan Diploma/ Ijazah IPT lain yang belum
menerima penganugerahan konvokesyen)
10. Skrol Diploma/ Ijazah (bagi lulusan IPT lain)
11. Keputusan MUET bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda sahaja
12. Dokumen yang berkaitan (jika ada)
Nota:
• Sekiranya kehilangan sijil SPM/SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia manakala sijil STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia.
• Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari
Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.
• Sekiranya kehilangan Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat Kad Pengenalan sementara.
• Bagi ibu/ bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kelahiran ibu/ bapa tidak perlu bawa semasa hari
pendaftaran.
SEMASA PENDAFTARAN PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBAWA SALINAN DOKUMEN SEPERTI BERIKUT:
1. Salinan Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa
2. Salinan Sijil Kelahiran pelajar, ibu dan bapa
3. Salinan SPM/SPMV/setaraf (bagi calon semua program)
4. Salinan STPM/setaraf (bagi program Matrikulasi/ setaraf)
5. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian (pelajar lulusan Diploma/ Ijazah IPT lain yang
belum menerima penganugerahan konvokesyen)
6. Salinan Skrol Diploma/ Ijazah (bagi lulusan IPT lain)
7. Salinan keputusan MUET bagi program Ijazah Sarjana Muda sahaja
Nota:
Dokumen salinan (1-7) hendaklah disediakan dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan perlu mendapat pengesahan
daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Gurubesar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa
/Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua
Anak Negeri.
Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi
hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat dimana pegawai bertugas.
10
SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR
Anda dikehendaki mematuhi etika seperti berikut semasa anda mendaftar sebagai pelajar UiTM.
SISWA
• Memakai baju kemeja, berseluar ‘slack’dan berkasut. Seluar jeans TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
• Memakai tali leher/ baju batik lengan panjang
• Berambut pendek dan kemas (dilarang mewarnakan rambut)
• Dilarang bertindik/ memakai subang/ gelang/ rantai
• Dilarang memakai kemeja ”T” tanpa kolar
• Dilarang berselipar/ bercapal
• Memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan.
SISWI
• Memakai baju kurung/ baju batik dan berkasut.
• Seluar jeans TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
• Dilarang mewarnakan rambut
• Memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan.
PERINGATAN PENTING
ANDA TIDAK DIBENARKAN MENDAFTAR SEKIRANYA TIDAK MEMATUHI SAHSIAH RUPA DIRI SEPERTI
YANG DITETAPKAN OLEH UiTM.
SELEPAS PENDAFTARAN
PENDAFTARAN KURSUS
• Pendaftaran kursus mestilah dilakukan secara atas talian (online) melalui Gerbang Maklumat Pelajar (i-Student Portal)
dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti.
11
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM
Tawaran kemasukan ke UiTM adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
1. Mematuhi Peraturan
• Sepanjang tempoh pengajian di UiTM anda diwajibkan mematuhi :
Undang-undang dan Perlembagaan Negara
Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA
Peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak Pengurusan
Universiti.
2. Pembatalan Surat Tawaran
Pihak UiTM berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan sekiranya didapati:
• Anda tidak memenuhi syarat kelayakan masuk. Anda dinasihatkan meneliti kelayakan masuk sebelum datang
mendaftar.
• Anda mengemukakan maklumat/dokumen palsu semasa permohonan kemasukan/pendaftaran.
• Anda gagal melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
• Anda mempunyai kesan penggunaan dadah (tawaran ini tertakluk kepada keputusan ujian air kencing yang akan
diadakan selama tempoh pengajian).
• Anda tidak menamatkan pengajian pada tarikh pendaftaran serta tidak memenuhi syarat kelayakan minimum
yang ditetapkan oleh UiTM bagi pelajar-pelajar tahun akhir Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda dari IPT untuk
mengikuti program Diploma/Ijazah Sarjana Muda.
• Anda BUKAN BUMIPUTERA seperti yang ditakrifkan dalam perkara 160 (2) atau dalam perkara 161 a (6) (a)
atau perkara 161 a (6) (b) berdasarkan perlembagaan persekutuan bagi urusan pemprosesan dan pemilihan
kemasukan ke IPTA.
Nota: Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini TIDAK akan
ditanggung oleh UiTM
3. Menarik Diri Selepas Mendaftar
• Pelajar yang telah mendaftar dan kemudian menarik diri sebagai pelajar, yuran pengajian anda TIDAK
DIKEMBALIKAN.
4. Tanggungjawab Calon
• Dengan penerimaan tawaran ini bermakna anda bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh UiTM.
• Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang dibekalkan oleh UiTM.
12
MAKLUMAT PENTING
PERTUKARAN KAMPUS DAN PROGRAM
• Program dan kampus yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak diberi pertimbangan.
PENANGGUHAN PENGAJIAN
• Tawaran ini ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan pengajian adalah tidak
dibenarkan dan perlu memohon semula pada sesi berikutnya.
PENDAFTARAN LEWAT
• Tawaran adalah terbatal sekiranya calon tidak mendaftar pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Walaubagaimanapun
calon-calon yang terpaksa mendaftar lewat seperti ketiadaan tiket kapal terbang (calon Sabah dan Sarawak), sila
maklumkan melalui email ke alamat bpp.salam.uitm.edu.my atau secara bersurat kepada Ketua Bahagian Pengambilan
Pelajar (bagi calon yang mendaftar di kampus Shah Alam) atau Pengarah Kampus negeri berkenaan (bagi pelajar yang
mendaftar di Kampus Negeri).
• Bagi calon-calon yang menerima surat tawaran selepas tarikh pendaftaran, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar
dengan segera.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
• Semua calon yang akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda disyaratkan mencapai :
TAHAP PROGRAM
Band Empat (4) Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian ( Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL)
Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian)
Band Tiga (3) Sarjana Muda Dengan Kepujian (Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Gunaan)
Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
Ijazah Doktor Perubatan Dan Pembedahan
Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)
Band Satu (1) Program lain selain di atas
• Mulai kemasukan sesi Julai 2006, calon-calon yang belum menduduki MUET selain dari mengikuti program seperti di
atas adalah dibenarkan mengambil MUET dan mencapai band satu (1) dalam tempoh pengajian mereka. Kegagalan
mematuhi peraturan ini menyebabkan pelajar tidak diberi status tamat pengajian.
AKUJANJI UNIVERSITI, AKUJANJI KOLEJ KEDIAMAN, AKUJANJI MAKAN DI KOLEJ DAN AKUJANJI AKTIVITI
• Semua pelajar baru diwajibkan menandatangani Surat Akujanji semasa Minggu Mesra Siswa.
13
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM
PENGANGKUTAN BAS
• Bagi Kampus Shah Alam kemudahan pengangkutan bas disediakan untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke fakulti
masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam.
PINJAMAN PTPTN
Permohonan pinjaman PTPTN terbuka kepada semua pelajar UiTM di semua peringkat pengajian kecuali bagi program
Asasi / Sijil.
Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian atau
mendapat penaja lain boleh memohon pinjaman kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang
pinjaman terdahulu diselesaikan.
KAEDAH PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN
Permohonan pinjaman dan semakan kelulusan permohonan pinjaman boleh dibuat melalui kaedah Online. Pemohon-
pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari Laman Web PTPTN iaitu http://www.ptptn.gov.my
Pemohon yang berjaya ditawarkan pinjaman PTPTN dan telah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian berserta
dokumen jaminan hendaklah menyerahkan dokumen tersebut kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar
(HEP). Sila semak tarikh serahan dokumen tersebut yang telah ditetapkan oleh HEP.
Pemohon-pemohon juga perlu menyerahkan juga dokumen sokongan berikut semasa sesi serahan dokumen iaitu :
1. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke UiTM (surat tawaran dari cetakan website UiTM diterima tetapi hendaklah
disahkan oleh Pegawai UiTM sahaja);
3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
4. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI /
IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH SARJANA (MASTER) (Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT
yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan transkip peperiksaan juga tidak
dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian/layak dianugerahkan sijil);
5. Salinan Penyata Akaun Bank Persendirian Pemohon. Bagi UiTM Kampus Induk & Kampus Cawangan selain Kampus
Mukah menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Manakala Kampus Mukah adalah Public Bank Berhad
(PBB). (Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun
pemohon);
6. Salinan Borang Cukai Pendapatan (B/BE/EA/EC)/ Slip Gaji / Kad Pesara / Penyata Pencen / Borang atau surat
pengesahan pendapatan / Pengesahan Tidak Bekerja Penjaga dan pasangan Penjaga / Pemohon dan Pasangan
Pemohon (jika telah berkahwin) [Salah satu dari mana-mana yang berkaitan sahaja diperlukan];
7. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa kandung sebagai penjamin;
8. Salinan sijil kematian / permit perkuburan sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal dunia / akaun sumpah dari
pesuruhjaya sumpah sekiranya ibu / bapa kandung tidak dapat dikesan;
9. Salinan Surat pengesahan / surat akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat / PERKESO / penghuni
rumah anak yatim sekiranya pemohon / ibu / bapa / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi
berkenaan;
10. Mulai 1 Januari 2008, pemohon / ibubapa pemohon / penjaga pemohon yang sah hendaklah mempunyai akaun SSPN
mengikut syarat yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa. [Sila bawa salinan kad keahlian/ slip bank/
penyata akaun/ surat makluman keahlian/ cetakan penyata akaun dari laman web PTPTN);
Akaun SSPN hendaklah dibuka selewat-lewatnya 2 minggu sebelum mengemukan permohonan pinjaman PTPTN
11. 2 (dua) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos
Syarat tambahan (WAJIB) bagi pelajar yang mengemukan permohonan pada semester 2 dan ke atas:
1. Salinan keputusan peperiksaan bagi setiap semester yang lepas.
2. Salinan surat pengesahan aktif mendaftar sebagai pelajar UiTM dari Fakulti [ Pengesahan daripada Dekan / Ketua
Program sahaja]
Salinan dokumen sokongan di atas hendaklah disediakan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 dan
DISAHKAN oleh Pegawai yang layak.
Antara Pegawai yang layak untuk menjadi saksi penjamin dan untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti
berikut:
a) Wakil Rakyat/Senator
b) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
c) Pengamal Undang-undang
d) Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai
e) Pengetua/Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)
f) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas.
g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK
(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).
h) Untuk SABAH dan Sarawak – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah.
14
(Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi
hendaklah lengkap mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan/alamat di mana pegawai bertugas)
Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan Kaedah Permohonan pinjaman PTPTN boleh diperolehi dari laman web
PTPTN http://www.ptptn.gov.my
BAYARAN PINJAMAN PTPTN
Bayaran pinjaman akan dikreditkan ke akaun pelajar. Pengeluaran pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian
yang sempurna diterima oleh PTPTN;
Bagi bayaran semester berikutnya, pembayaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan daripada IPT masing-
masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas.
PENAHANAN BAYARAN PINJAMAN
Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.0;
Menangguhkan pengajian;dan
Dikenakan tindakan tatatertib dimana hukuman digantung pengajian.
PENAMATAN / PEMBATALAN PINJAMAN
Pemberhentian pengeluaran pinjaman akan dibuat apabila pelajar gagal / berhenti / mendapat penajaan lain / menukar
kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan pinjaman PTPTN dalam peringkat jurusan atau IPT
yang ditetapkan semasa tempoh perjanjian pinjaman dengan PTPTN.
Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperoleh daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang
telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.
ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
• Pihak UiTM mengalu-alukan calon-calon OKU yang memohon atau ditawarkan tempat ke UiTM. Buat masa ini, semua
kampus UiTM belum mempunyai kemudahan asas untuk pelajar OKU. Walau bagaimanapun pihak UiTM sedang membuat
perancangan masa depan bagi menyediakan kemudahan asas kepada pelajar OKU agar dapat tinggal dan belajar dengan
lebih sempurna.
• Oleh itu, pelajar yang memohon ke UiTM dan berjaya ditawarkan tempat haruslah bersedia menghadapi segala kesulitan
dengan ketiadaan kemudahan ini terutamanya dengan keadaan fizikal sediada.
PUSAT/UNIT KESIHATAN
• Setiap kampus UiTM mempunyai Pusat/Unit Kesihatan yang memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada
pelajar UiTM.
• Waktu perkhidmatan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja.
• Untuk kes kecemasan yang memerlukan rawatan kecemasan selepas dari waktu bekerja, pelajar perlu berhubung dengan
Pegawai Pembangunan Pelajar/Pegawai Keselamatan yang bertugas di kolej masing-masing untuk menghubungi pegawai
yang bertugas “on call’.
• Perkhidmatan–perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar adalah Rawatan Pesakit Luar Perubatan dan Pergigian, wad
pemerhatian sementara, perkhidmatan makmal perubatan, perkhidmatan x-ray, perkhidmatan ambulan dan perkhidmatan
kesihatan meliputi pendidikan kesihatan, kawalan penyakit berjangkit, penyakit bawaan vektor dan
kawalan kebersihan makanan serta premis makanan.
PERPUSTAKAAN
• Setiap kampus UiTM dilengkapi dengan perpustakaan, antara kemudahan yang disediakan ialah :
Pinjaman/pemulangan bahan
Tempahan buku
Perkhidmatan rujukan
Perkhidmatan majalah
Portal
Perkhidmatan pembaca
Perkhidmatan Pusat IT
Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan
Perkhidmatan salinan foto
Bilik 24 jam
Bilik Loker
15
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
• Kolam Renang bertaraf Olimpik (di kampus Shah Alam sahaja)
• Kompleks Sukan merangkumi gelanggang badminton, bola tampar, squash dan lain-lain lagi
• Stadium
• Gymnasium
• Padang Kawad dan Padang Sasar
• Pusat Islam
• Pejabat Pos
• Affin Bank Berhad
• Bank Simpanan Nasional
• ATM-Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Bank dan Affin Bank
SOALAN – SOALAN LAZIM
S1: Bolehkah saya mendaftar jika tidak membayar yuran pengajian?
J1: Tidak boleh.
S2: Bolehkah saya mendaftar jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan?
J2: Tidak boleh.
S3: Apakah kesannya jika saya tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan?
J3: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada BPP.
S4: Adakah kemudahan perubatan di sediakan di setiap kampus cawangan?
J4: Ada. Setiap kampus cawangan mempunyai Pusat Kesihatan yang diketuai oleh Pegawai Perubatan dan
jururawat terlatih.
S5: Jika saya lewat mendaftar, apakah yang harus saya lakukan?
J5: Anda dinasihatkan supaya berhubung dengan Bahagian Pengambilan Pelajar dengan segera.
S6: Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
J6: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan sahsiah rupa diri siswa/siswi.
S7: Bagaimana saya boleh dapatkan jadual kuliah?
J7: Jadual kuliah boleh diperolehi dari Fakulti masing-masing
S8: Bolekah saya menarik diri selepas selepas mendaftar?
J8: Boleh, tetapi TIADA PEMULANGAN YURAN PENGAJIAN
S9: Apa itu PLK?
J9 : PLK adalah program separuh masa yang dijalankan pada hari bekerja di luar waktu pejabat.
S10: Apa itu e-PJJ?
J10 : e-PJJ adalah program separuh masa yang dijalankan setiap hujung minggu serta menggunakan kaedah elektronik
untuk berinteraksi dengan pensyarah.
S11: Bolehkah saya menukar mod pengajian daripada PLK ke e-PJJ?
J11 : Boleh. Permohonan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengarah Institut Perkembangan
Pendidikan (InED) Universiti Teknologi MARA dalam masa empat (4) minggu sebelum tarikh rasmi kuliah
bermula.
16
KETERANGAN LANJUT
Segala pertanyaan berkaitan dengan tawaran dan pendaftaran sila hubungi :
Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel: (+603) 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175
Faxs: (+603) 55443170
E-mel: [email protected]
Web : www.bpp.uitm.edu.my
Segala pertanyaan berkaitan dengan kebajikan, kolej kediaman dan pinjaman sila hubungi:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel: (+603) 5544 3545/ 3538 (Pinjaman)
Web: www.hep.uitm.edu.my
Segala pertanyaan berkaitan program pengajian seperti silibus , masa kuliah dan lain-lain , sila hubungi fakulti
berkenaan:
Tel: (+603) 5544 2000
Web : www.uitm.edu.my (lihat pautan FACULTIES)
PENGGUGUSAN FAKULTI
Universiti Teknologi MARA telah menyelaras


Use: 0.2085