• Kerjaya Pegawai Perubatan - Untitled


  •   
  • FileName: kerjaya_pegawai_perubatan.pdf [read-online]
    • Abstract: radiologi, kardiologi, perubatan umum, bedah umum, ortopedik, ... Oftalmologi, Ortopedik, Otorinolaringologi, Patologi, Perubatan Keluarga, Perubatan ...

Download the ebook

PEMBANGUNAN KERJAYA
Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia
Cetakan Pertama : Disember 2006
Cetakan Kedua : Jun 2007
© Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain kecuali dengan
keizinan bertulis daripada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Sumber Manusia,
Aras 9 dan 10, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 W. P. Putrajaya.
Tel : + 603-8883 2786
www.moh.gov.my
Kandungan
Pengenalan 1
Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Perubatan 2
Proses Lantikan 3
Syarat Perkhidmatan 6
Peluang Kerjaya di KKM 9
Senarai Hospital Latihan Siswazah bagi
Pegawai Perubatan 13
Bayaran Insentif dan Kemudahan Lain 15
Pengiraan Emolumen dan Elaun
Pegawai Perubatan / Pakar 21
Permohonan Mengikuti Program Pengajian
Sarjana Perubatan 24
Bidang Sub-Kepakaran yang Ditawarkan dan Diiktiraf 30
Gambar rajah Tempoh Pra-Warta 35
Rajah Anggaran Peluang Kenaikan Pangkat 36
SALAM SEJAHTERA
Buku Pembangunan Kerjaya Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan
Malaysia merupakan yang pertama seumpamanya dikeluarkan oleh Bahagian
Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia selaras dengan hasrat
Kementerian untuk membangunkan modal insan dalam mempertingkat kualiti
penyampaian perkhidmatan kesihatan. Buku ini menerangkan dengan ringkas
dan padat serta memudahkan pemahaman mengenai syarat skim
perkhidmatan dan peluang kerjaya Pegawai Perubatan di sektor awam
terutama kepada bakal graduan bidang perubatan dan pegawai perubatan
yang sedang berkhidmat. Adalah menjadi harapan agar buku ini akan berguna
sebagai panduan dalam merancang kerjaya Pegawai Perubatan dan segala
kekaburan mengenai peluang kerjaya akan dapat dielakkan di samping dapat
mempercepat urusan yang dilaksanakan terhadap sesuatu perkara berkaitan
perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, isi kandungan yang terdapat di dalam buku ini terhad
sekadar untuk memberi kefahaman secara mudah dan tidak boleh digunakan
bagi apa-apa tujuan lain khususnya yang membawa implikasi undang-undang.
Pegawai Perubatan yang berkhidmat di sektor awam masih perlu menjalani
kursus orientasi dan induksi yang telah disusun oleh pihak pengurusan sumber
manusia di peringkat Ibu Pejabat Kementerian dan Negeri untuk memperkemas
dan memantapkan lagi pemahaman mengenai fungsi, peranan dan tanggung-
jawab anggota sebagai seorang Pegawai Perubatan.
Sukacita dimaklumkan juga bahawa Kementerian mengalu-alukan apa-apa
teguran dan pandangan daripada para pembaca dengan maksud menambah
baik kandungan buku ini. Akhir kata, dengan terbitnya buku ini diharapkan
Pegawai Perubatan yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya
kerja cemerlang, berintegriti serta mempunyai nilai moral dan etika yang utuh
dapat dibentuk seiring dengan aspirasi kerajaan dan Kementerian.
Selamat Maju Jaya.
SABARIAH BT. HASSAN
Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia)
Kementerian Kesihatan Malaysia
Disember 2006
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
PEMBANGUNAN KERJAYA BAGI PEGAWAI PERUBATAN
DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PENGENALAN
Pegawai Perubatan merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan
kesihatan dan perubatan di negara ini. Pegawai Perubatan memainkan
peranan penting dalam merancang, melaksana dan menilai semula aktiviti dan
program berkaitan dengan kesihatan dan perubatan agar rakyat mempunyai
kemudahan kesihatan yang berkesan, baik dan berkualiti. Peranan Pegawai
Perubatan semakin penting dalam era pembangunan negara dan dunia hari ini
apabila rakyat mula menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan dan isu
berkenaan kesihatan sentiasa menjadi fokus utama kerajaan untuk
memakmurkan negara. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) memerlukan lebih ramai Pegawai Perubatan yang kompeten, dinamik,
sanggup menerima cabaran dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara
untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Pegawai Perubatan yang
berdedikasi, komited dan amanah dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab akan memastikan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan
yang berkualiti, mudah capai, saksama dan bertaraf dunia.
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 1
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
BAB 1
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERUBATAN
Pegawai Perubatan bertanggungjawab menjalankan tugas pencegahan
penyakit dan rawatan perubatan kepada orang ramai yang memerlukan
perkhidmatan kesihatan di hospital, klinik kesihatan dan institusi kesihatan di
bawah KKM. Pegawai Perubatan juga bertanggungjawab menjalankan
pemeriksaan ke atas ibu-ibu mengandung dan menyambut kelahiran bayi,
melaksanakan diagnosis perubatan dan pembedahan, menjalankan post-
mortem, mengurangkan beban kesakitan pesakit dan tugas lain yang menuntut
profesionalisma seorang Pegawai Perubatan. Pegawai Perubatan turut terlibat
dalam pembangunan kesihatan keluarga dan masyarakat di samping
melaksanakan aktiviti pengawalan penyakit, pemantauan kesihatan dan
menjadi anggota penting dalam program peningkatan kesejahteraan kesihatan
rakyat. Pegawai Perubatan juga menjadi penyumbang kepada penghasilan
sistem dan teknologi perubatan melalui hasil penyelidikan yang dijalankan di
institusi penyelidikan KKM.
2 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
BAB 2
PROSES LANTIKAN
A. SYARAT LANTIKAN
Untuk menjadi seorang Pegawai Perubatan, calon mestilah terdiri daripada:
i. Rakyat Malaysia;
ii. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada masa iklan tawaran
dikeluarkan;
iii. Mempunyai ijazah perubatan daripada universiti yang diiktiraf oleh
Kerajaan dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC);
iv. Lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia termasuk Ujian Lisan dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan lain yang setaraf dan
diiktiraf;
v. Calon yang dilantik di bawah Seksyen 12 (1) (a) (ii) Akta Perubatan
1971 dan memenuhi kriteria di bawah Medical Regulations para 12 (1)
(aa) serta berdaftar dengan MMC; dan
vi. Calon juga boleh dilantik di atas gred jawatan yang lebih tinggi
berdasarkan pengalaman kerja (multiple entry); U41, U43, U47, U51
dan U53.
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 3
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
B. TATACARA PELANTIKAN
Pelajar yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan sama
ada daripada universiti tempatan dan luar negara (MBBS/MD/MBBChB) perlu
mendapatkan satu set borang permohonan jawatan sebagai Pegawai
Perubatan dari Bahagian Sumber Manusia, yang mengandungi perkara berikut:
(i) Borang Biodata ( BMD);
(ii) Borang Tapisan Keselamatan;
(iii) Borang Pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia; dan
(iv) Borang SPA 8 (RM3 atau melalui laman web: http://www.spa.gov.my).
Bahagian Sumber Manusia akan mengemukakan permohonan tersebut
kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk diproses. Permohonan
juga boleh dibuat secara terus kepada SPA melalui laman web atau Borang
SPA 8 tanpa melalui Bahagian Sumber Manusia.
4 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
C. LATIHAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH
Pegawai Perubatan perlu menjalani Latihan Siswazah selama satu tahun
di hospital KKM atau hospital universiti seperti Pusat Perubatan Universiti
Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Universiti Sains
Malaysia. Pegawai Perubatan Siswazah (Houseman) yang baru dilantik ke
perkhidmatan awam akan dibayar gaji Gred U41 (P1T6) – RM2,137.73
sebulan.
(Rujuk Lampiran 1 untuk Senarai Hospital Latihan Siswazah.)
D. PENEMPATAN PEGAWAI PERUBATAN
Pegawai Perubatan perlu mengikuti perkhidmatan wajib selama 3 tahun
dengan kerajaan selepas menamatkan Latihan Siswazah. Pegawai Perubatan
perlu menjalani disiplin wajib seperti Perubatan, Pembedahan, Obstetrik &
Ginekologi (O&G), Pediatrik dan Kesihatan Primer di klinik kesihatan selama
tempoh tersebut. Penempatan pegawai selepas tamat Latihan Siswazah juga
bergantung kepada kepentingan perkhidmatan di mana-mana hospital, klinik
kesihatan atau di ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia berdasarkan
keperluan dan kekosongan jawatan.
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 5
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
BAB 3
SYARAT PERKHIDMATAN
A. GAJI DAN EMOLUMEN
Pegawai Perubatan boleh dilantik atas mana-mana gred sama ada U41, U43,
U47, U51 atau U53 berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang dilantik oleh
mereka. Pegawai Perubatan yang dilantik akan menerima gaji pokok sebulan
mengikut gred seperti berikut:
Gred Minimum Maksimum
i. U41 RM2,458.39 (P1T6) RM5,317.92
ii. U43 RM3,028.90 (P1T1) RM5,547.49
iii. U47 RM4,431.54 (P1T1) RM6,439.46
iv. U51 RM4,992.31 (P1T1) RM7,033.63
v. U53 RM5,258.09 (P1T1) RM7,466.41
B. ELAUN / IMBUHAN TETAP
Selain gaji pokok di atas, semua Pegawai Perubatan di atas gred U41 akan
menerima imbuhan bulanan seperti berikut:
Bayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM300
Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan RM210
Bayaran Imbuhan Perkhidmatan Kritikal RM500
Bagi Pegawai Perubatan gred U43/44, U47/48, U51/52 dan U53/54, akan
menerima imbuhan bulanan seperti berikut:
i. Elaun Keraian atas kadar RM400 hingga RM800.
ii. Elaun Imbuhan Tetap Perumahan antara RM210 – RM900.
iii. Bayaran Imbuhan Perkhidmatan Kritikal atas kadar RM500.
6 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
Pegawai Perubatan Gred JUSA / Khas C dan ke atas akan menerima
imbuhan bulanan seperti berikut:
i. Elaun Keraian antara RM2,150 hingga RM4,000.
ii. Bayaran Penyenggaraan Rumah pada kadar RM166.
iii. Bayaran Pembantu Rumah pada kadar RM500.
iv. Sebuah kereta rasmi dan kemudahan petrol.
v. Bayaran Jawatan JUSA / Khas antara RM810 hingga RM2,500.
vi. Insentif Khas antara RM400 hingga RM1,250.
C. IMBUHAN / INSENTIF KHAS
Pegawai Perubatan yang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam juga
akan menerima insentif mengikut gred dan jawatan selain daripada yang
dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah
ditetapkan. Insentif yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
i. Bayaran Insentif Pakar atas kadar antara RM910 hingga RM2,200
sebulan.
ii. Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa atas kadar antara RM50
hingga RM170 sekali on call.
iii. Bayaran Insentif Wilayah* bagi Pegawai Perubatan di Sabah dan
Sarawak atas kadar peratusan 12.5 hingga 25 peratus daripada gaji
bulanan.
iv. Bayaran Insentif Pedalaman bagi Pegawai Perubatan di Sabah dan
Sarawak atas kadar 10 peratus daripada gaji bulanan.
v. Bayaran Klinik Selepas Waktu Pejabat atas kadar RM30 sejam**.
vi. Locum (Berkuatkuasa mulai 1 Disember 2006)
vii. Full Paying Patient (FPP)***.
viii. Elaun Perudara (Sabah dan Sarawak) sebanyak RM30 sehari.
(Rujuk Lampiran 2 dan 2A bagi emolumen dan kategori Bayaran Insentif mengikut
gred serta jumlah pendapatan kasar minimum yang diperoleh oleh pegawai.)
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 7
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
D. KEMUDAHAN LAIN
Pegawai Perubatan layak untuk menerima pelbagai kemudahan selama
berkhidmat dalam perkhidmatan awam seperti berikut:
i. Kemudahan perubatan percuma untuk pegawai dan keluarga serta
ibu bapa
ii. Kuarters
iii. Pinjaman perumahan @ 4% faedah (RM120,000-RM200,000)
iv. Pinjaman komputer (Maksimum RM5,000)
v. Pinjaman kereta @ 4% faedah (RM27,000 – RM200,000)
vi. Skim berpencen atau KWSP
vii. Peluang melanjutkan pelajaran
viii. Elaun dalam perkhidmatan
a. Elaun kerana bertugas
b. Elaun, kemudahan dan bayaran semasa bertukar atau
berpindah rumah dalam negeri
c. Elaun kerana berkursus
d. Elaun bertugas di seberang laut
ix. Kelayakan cuti
a. Cuti tahunan 30 – 35 hari setahun
b. Cuti separuh gaji
c. Cuti tanpa gaji
d. Cuti mengerjakan haji selama 40 hari
e. Cuti bersalin maksimum selama 60 hari
f. Cuti sakit dan cuti sakit lanjutan
g. Cuti kerana berkursus
h. Cuti tanpa rekod (perayaan, gantian, menghadiri
peperiksaan dll.)
x. Keahlian dalam kelab rekreasi
xi. Kemudahan Pengurusan Jenazah Anggota sejumlah RM1,000
xii. Elaun, bayaran dan kemudahan kerana menghadiri perbicaraan kes
di mahkamah
xiii. Ex - gratia
* Tertakluk kepada pertimbangan KKM
** Sila rujuk Lampiran 2 para 8
*** KKM akan melaksanakan FPP dalam masa terdekat
8 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
BAB 4
PELUANG KERJAYA DI KKM
A. JENIS PENGKHUSUSAN
Pegawai Perubatan di KKM berpeluang memajukan kerjayanya menjurus
kepada 3 bidang utama iaitu:
i. Pegawai Perubatan Pakar Klinikal dalam pelbagai disiplin
Sebagai contoh kepakaran dalam perubatan keluarga, mata,
radiologi, kardiologi, perubatan umum, bedah umum, ortopedik,
perubatan sakit puan dan sebagainya. Pegawai Perubatan Pakar
berkhidmat di hospital kecuali bagi Pakar Perubatan Keluarga, iaitu
di klinik kesihatan serta Pakar Kesihatan Awam di Ibu Pejabat KKM,
Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.
ii. Pegawai Perubatan Pentadbir
Pegawai Perubatan Pentadbir menjalankan tugas pentadbiran
klinikal dan bertugas di Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri
dan Pejabat Kesihatan Daerah.
iii. Pegawai Perubatan Klinikal
Pegawai Perubatan Klinikal merupakan Pegawai Perubatan yang
tiada mempunyai kepakaran dan tugas utamanya adalah untuk
merawat pesakit di klinik kesihatan dan hospital serta tidak
menjalankan tugas pentadbiran.
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 9
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
Carta pengkhususan kemajuan kerjaya Pegawai Perubatan adalah seperti
berikut :
MBSS / MD / MBBChB
LATIHAN SISWAZAH
PEGAWAI PERUBATAN
PAKAR PERUBATAN PENTADBIRAN PEGAWAI PERUBATAN
KLINIKAL
B. PELUANG MENGIKUTI LATIHAN
Selaras dengan dasar KKM yang menggalakkan ‘learning organisation’,
peningkatan kualiti perkhidmatan dan kompetensi kakitangan dan pegawai
kesihatan, Pegawai Perubatan berpeluang mengikuti:
i. Latihan dan kursus jangka pendek sama ada di dalam atau luar negara;
ii. Latihan Sarjana kepakaran dan sub-kepakaran di dalam dan luar negara;
iii. Penempatan sementara (attachment) di institusi perubatan antara
bangsa; dan
iv. Persidangan dan sebagainya sama ada di dalam atau luar negara.
10 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
Prosedur Permohonan
i. Syarat asas untuk mengikuti Kursus Sarjana Kepakaran dan
Sub-kepakaran tertakluk kepada:
a. Sah dalam perkhidmatan (1 hingga 3 tahun)
b. Prestasi yang memuaskan
ii. Setelah menamatkan kepakaran asas dan latihan selama 6 bulan
(universiti tempatan) atau 18 bulan (universiti luar negara) pegawai
dikehendaki untuk memohon diwartakan sebagai seorang
Pegawai Perubatan Pakar di KKM.
iii. Tempoh ikatan / kontrak dengan Kerajaan bagi Kursus Sarjana
Kepakaran adalah selama 7 tahun dan Sub-kepakaran adalah
selama 2 tahun.
(Rujuk Lampiran 3 dan 3A untuk Program Sarjana Kepakaran dan
Sub-kepakaran yang ditawarkan dan syarat kemasukan.)
(Rujuk Lampiran 4 bagi proses perwartaan.)
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 11
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
C. PELUANG KENAIKAN PANGKAT
Kementerian sentiasa berusaha untuk menambah baik peluang kenaikan
pangkat bagi Pegawai Perubatan khususnya bagi Pegawai Perubatan Pakar.
Namun yang demikian, pelaksanaan urusan kenaikan pangkat masih tertakluk
kepada syarat skim perkhidmatan Pegawai Perubatan iaitu:
i. Prestasi yang memuaskan
ii. Disokong oleh Ketua Jabatan
iii. Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
iv. Berdasarkan kekosongan jawatan
( Rujuk Lampiran 5 untuk Rajah Peluang Kenaikan Pangkat.)
PENUTUP
Skim perkhidmatan Pegawai Perubatan sentiasa ditambah baik dari semasa ke
semasa dengan menilai secara berterusan insentif dan elaun sedia ada dan
mewujudkan insentif serta elaun baru bagi menarik lebih ramai doktor untuk
berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Kementerian telah membina pelbagai
prasarana dan kemudahan kesihatan yang serba lengkap dengan teknologi
perubatan terkini bagi memudahkan rakyat mendapatkan akses kepada
perkhidmatan kesihatan. Oleh yang demikian, Kementerian memerlukan
Pegawai Perubatan yang komited, cekap, berkemahiran tinggi dan sedia
berkhidmat tanpa mengira masa atau tempat demi merealisasikan hasrat
kerajaan yang ingin memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan
kepada rakyat adalah yang terbaik.
12 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
LAMPIRAN 1
SENARAI HOSPITAL LATIHAN SISWAZAH BAGI PEGAWAI PERUBATAN
(HOUSEMAN-SHIP)
Negeri Nama Hospital
i. Perlis Hospital Tuanku Fauziah
ii. Kedah Hospital Sultanah Bahiyah
Hospital Sultan Abdul Halim
iii. Pulau Pinang Hospital Pulau Pinang
Hospital Seberang Jaya
iv. Perak Hospital Ipoh
Hospital Taiping
Hospital Teluk Intan
Hospital Sri Manjung
v. Wilayah Persekutuan Hospital Kuala Lumpur
Hospital Putrajaya
vi. Selangor Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Hospital Selayang
Hospital Kajang
vii. Negeri Sembilan Hospital Tuanku Jaafar
Hospital Tuanku Ampuan Najihah
viii. Melaka Hospital Melaka
ix. Johor Hospital Sultanah Aminah
Hospital Batu Pahat
Hospital Sultanah Fatimah, Muar
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 13
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
Negeri Nama Hospital
x. Pahang Hospital Tengku Ampuan Afzan
Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh
xi. Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah
xii. Kelantan Hospital Raja Perempuan Zainab II
xiii. Sarawak Hospital Umum Sarawak
Hospital Sibu
xiv. Sabah Hospital Queen Elizabeth
Hospital Tawau
xv. Pusat Pengajian Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Tinggi Hospital Universiti Sains Malaysia
Pusat Perubatan Universiti Malaya
14 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
LAMPIRAN 2
BAYARAN INSENTIF DAN KEMUDAHAN LAIN
1. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
Perubatan dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal seperti berikut:
a) RM500.00 sebulan di Semenanjung; dan
b) RM500.00 sebulan atau 10% daripada gaji pokok mengikut mana yang
lebih tinggi di Sabah dan Sarawak.
> Tarikh kuatkuasa mulai 1 November 2002
2. Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam
Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi, Pegawai Penyelidik, Pengajar
(Jururawat) dan Jurutera dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
sebanyak 5% daripada gaji pokok.
Gred Kadar Sebulan (RM)
JUSA / Khas 1,920
U53/54 1,760
U51/52 1,440
U47/48 1,360
U43/44 1,120
U41 1,040
> Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2004
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 15
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
3. Bayaran Insentif Pentadbiran Hospital
Bayaran Insentif Pentadbiran Hospital dilaksanakan mengikut syarat
kelayakan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3
Tahun 1994. Insentif ini dibayar kepada Pegawai Perubatan yang
mempunyai kelayakan ijazah lanjutan ‘Masters In Hospital Administration’
dan menjalankan kerja pentadbiran hospital.
Gred Kadar Sebulan (RM)
JUSA / Khas 1,680
U53/54 1,540
U51/52 1,260
U47/48 1,190
U43/44 980
U41 910
> Tarikh kuatkuasa mulai 1 November 2002
4. Bayaran Insentif Pakar
Bayaran Insentif Pakar dilaksanakan mengikut syarat kelayakan yang
ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Tahun 1990. Insentif ini dibayar
kepada Pegawai Perubatan yang mempunyai kelayakan ijazah
lanjutandalam bidang kepakaran klinikal yang diiktiraf dan telah diwartakan
sebagai pakar.
Gred Kadar Sebulan (RM)
JUSA / Khas 2,400
U53/54 2,200
U51/52 1,800
U47/48 1,700
U43/44 1,400
U41 1,300
> Tarikh kuatkuasa mulai 1 November 2002
16 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
5. Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa
Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa dibayar kepada Pegawai Perubatan
yang menjalankan tugas di luar waktu bekerja biasa mengikut kadar berikut:
Kadar Semasa (RM/semalam)
Tugas Atas Panggilan Aktif
Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan
yang menjalankan tugas di luar waktu
bekerja biasa melebihi 16 jam sehari secara
berterusan pada:
a) Hari bekerja penuh dan hari separuh 150.00
b) Hari cuti mingguan & hari cuti am 170.00
Tugasan Atas Panggilan Pasif
Pegawai Perubatan yang diarah bersedia
di rumah dan dipanggil bertugas selama lebih
4 jam pada:
a) Hari bekerja penuh dan hari separuh 100.00
b) Hari cuti mingguan & hari cuti am 110.00
Pegawai Perubatan yang diarah bersedia
di rumah dan dipanggil bertugas selama kurang
daripada 4 jam atau tidak dipanggil bertugas
pada
- Hari bekerja penuh dan hari separuh 90.00
- Hari cuti mingguan & hari cuti am 100.00
Pegawai Latihan Siswazah yang menjalankan tugas
di luar waktu bekerja biasa melebihi 16 jam secara
berterusan pada:
- Hari bekerja penuh dan hari separuh 50.00
- Hari cuti mingguan & hari cuti am 55.00
> Tarikh kuatkuasa 1 Jun 2005
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 17
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
6. Bayaran Insentif Wilayah
Bayaran Insentif Wilayah dilaksanakan mengikut syarat kelayakan yang
ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987, iaitu bagi
pegawai yang bertugas di wilayah baru yang berlainan daripada wilayah di
mana pegawai berasal.
Lingkungan Gaji Peratusan daripada
(termasuk Elaun Pemangkuan) Gaji yang Diterima
RM4,839.66 dan ke atas 12.5
RM2,852.84 - RM4,839.65 15
RM1,427.07 - RM2,852.83 17.5
RM871.68 - RM1,427.06 20
RM623.63 - RM871.67 22.5
RM623.62 dan ke bawah 25
7. Elaun Perumahan Wilayah
Pegawai juga layak dibayar Elaun Perumahan Wilayah jika diarahkan bertugas
di wilayah yang berlainan daripada wilayah ini di mana pegawai berasal.
Pegawai yang menerima elaun ini tidak dibayar Elaun Perumahan dan
kadarnya (mengikut lokasi penempatan) adalah seperti berikut:-
Gred Kadar
i. U41 RM250 - RM930
ii. U43/44 RM250 - RM930
iii. U47/48 RM700 - RM1,130
iv. U51/52 RM700 - RM1,130
v. U53/54 RM900 - RM1,300
vi. JUSA C - A RM1,300 - RM2,000
> Berkuatkuasa mulai November 2002
18 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
8. Bayaran Insentif Pedalaman
Pekeliling Perkhidmatan Bil 9/1991 (Lampiran D6, M/S 1337)
Bayaran Insentif Pedalaman dengan kadar 10% daripada gaji bulanan yang
diperuntukkan dalam perenggan 3.3 Lampiran ‘C’, PP Bil 9 Tahun 1980, adalah
dikekalkan dengan pindaan, iaitu diberi kepada anggota yang berkhidmat
di kawasan terpencil dengan memenuhi dua daripada syarat berikut:-
a) Kesukaran perhubungan pengangkutan:
(i) tiada kemudahan alat perhubungan seperti telefon dan
‘wireless’;
(ii) terpaksa berjalan kaki atau menggunakan pelbagai kaedah
pengangkutan untuk dihubungi seperti kenderaan bermotor dan
perahu;
(iii) tiada kemudahan pengangkutan biasa; dan
(iv) mengambil masa perjalanan yang panjang.
b) Kemudahan asas yang kurang sempurna, iaitu
(i) bekalan air bersih;
(ii) rumah kediaman yang sesuai (rumah papan yang mempunyai
ruang dapur/tamu/bilik tidur);
(iii) elektrik (sekurang-kurangnya 12 jam sehari);
(iv) pusat bekalan (provisions centres);
(v) klinik desa; dan
(vi) sekolah rendah.
c) tidak mempunyai kemudahan sosial:
(i) masjid;
(ii) dewan orang ramai; dan
(iii) tempat riadah.
Senarai kawasan pedalaman seperti Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun
2000 Sabah dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2000 bagi
Sarawak.
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 19
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
9. Bayaran Insentif Klinik Selepas Waktu Pejabat
(Jabatan Kecemasan Hospital)
Bayaran Insentif Klinik Selepas Waktu Pejabat dibayar kepada Pegawai
Perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan di hospital Kerajaan yang
disenaraikan di Lampiran 1 dengan kadar RM30.00 sejam berkuatkuasa mulai
1 September 2002, tertakluk kepada jadual bertugas seperti berikut:
Hari Bekerja Biasa
4.00 petang – 8.00 malam (Syif 1)
8.00 malam – 12.00 malam (Syif 2)
Hari Kelepasan Am dan Hari Rehat Sabtu
9.00 pagi – 1.00 tengah hari (Syif 1)
1.00 tengahari – 2.00 petang (Rehat)
2.00 petang – 6.00 petang (Syif 2)
6.00 petang – 10.00 malam (Syif 3)
10. Bayaran Menyediakan Laporan Perubatan
i. Laporan ringkas RM40
ii. Laporan ringkas pakar RM80
iii. Laporan lengkap pakar RM200 – RM1,000
20 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
LAMPIRAN 2A
PENGIRAAN EMOLUMEN DAN ELAUN
PEGAWAI PERUBATAN / PAKAR
Gred
Emolumen U41 U43/44 U47/48 U51/52 U53/54
Gaji
(minimum) RM2,458.39 RM3,028.90 RM4,431.54 RM4,992.31 RM5,258.09
Elaun Khidmat Awam RM300.00 - - - -
Imbuhan Tetap
Keraian - RM400.00 RM550.00 RM600.00 RM800.00
Elaun Perumahan RM210.00 RM210.00 RM700.00 RM700.00 RM900.00
Elaun Kritikal RM500.00 RM500.00 RM500.00 RM500.00 RM500.00
Elaun Pakar * RM1,300.00* RM1,400.00 RM1,700.00 RM1,800.00 RM2,200.00
TOTAL RM4,768.39 RM5,538.90 RM7,881.54 RM8,592.31 RM9,658.09
* Untuk pegawai U41 yang telah diwartakan sebagai pakar sahaja
PENGIRAAN EMOLUMEN DAN ELAUN PEGAWAI PERUBATAN
(Kelulusan Sarjana / Diploma Kesihatan Awam)
Gred
Emolumen U41 U43/44 U47/48 U51/52 U53/54
Gaji Pokok
(minimum) RM2,458.39 RM3,028.90 RM4,431.54 RM4,992.31 RM5,258.09
Elaun Khidmat Awam RM300.00 RM400.00 RM550.00 RM600.00 RM800.00
Elaun Perumahan RM210.00 RM210.00 RM700.00 RM700.00 RM900.00
Elaun Kritikal RM500.00 RM500.00 RM500.00 RM500.00 RM500.00
Elaun Kesihatan
Awam RM1,040.00* RM1,120.00 RM1,360.00 RM1,440.00 RM1,760.00
JUMLAH RM4,508.39 RM5,258.90 RM7,541.54 RM8,232.31 RM9,218.09
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 21
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
PENGIRAAN EMOLUMEN DAN ELAUN PEGAWAI PERUBATAN
( Kelulusan Sarjana / Diploma Pentadbiran Hospital )
Gred
Emolumen U41 U43/44 U47/48 U51/52 U53/54
Gaji Pokok
(minimum) RM2,458.39 RM3,028.90 RM4,431.54 RM4,992.31 RM5,258.09
Elaun Khidmat Awam RM300.00 RM400.00 RM550.00 RM600.00 RM800.00
Elaun Perumahan RM210.00 RM210.00 RM700.00 RM700.00 RM900.00
Elaun Kritikal RM500.00 RM500.00 RM500.00 RM500.00 RM500.00
Elaun Pentadbiran
Hospital RM910.00 RM980.00 RM1,190.00 RM1,260.00 RM1,540.00
JUMLAH RM4,378.39 RM5,118.90 RM7,371.54 RM8,052.31 RM8,998.09
EMOLUMEN DAN ELAUN PEGAWAI PERUBATAN
GRED ‘KHAS’ C, B & A
Gred
Emolumen C B A
Gaji Pokok
(minimum) RM6,595.99 RM7,064.26 RM7,766.66
Elaun Keraian RM2,150.00 RM2,650.00 RM3,300.00
Elaun Perumahan RM1,300.00 RM1,600.00 RM2,000.00
Elaun Pakar RM2,400.00 RM2,400.00 RM2,400.00
Elaun Insentif
Khas RM400.00 RM600.00 RM1,000.00
Elaun Pembantu Rumah RM500.00 RM500.00 RM500.00
Elaun Tetap Untuk
Gred Khas Dan
Jawatan JUSA RM810.00 RM1,200.00 RM2,000.00
Elaun Penyelenggaraan
Rumah (Bayaran secara
Tahunan RM166.67 RM166.67 RM166.67
JUMLAH RM14,322.66 RM16,180.93 RM19,133.33
22 K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
PENGIRAAN EMOLUMEN DAN ELAUN PEGAWAI PERUBATAN
GRED JUSA C, B & A
Gred
Emolumen C B A
Gaji Pokok
(minimum) RM6,595.99 RM7,064.26 RM7,766.66
Elaun Keraian RM2,500.00 RM3,050.00 RM4,000.00
Elaun Perumahan RM1,300.00 RM1,600.00 RM2,000.00
Elaun Insentif
Khas RM500.00 RM750.00 RM1,250.00
Elaun Pembantu Rumah RM500.00 RM500.00 RM500.00
Elaun Tetap
Jawatan JUSA RM1,000.00 RM1,500.00 RM2,500.00
Elaun Penyelenggaraan RM166.67 RM166.66 RM166.66
Rumah (Bayaran secara
tahunan)
JUMLAH RM12,562.66 RM14,630.92 RM18,183.32
P E M B A N G U N A N K E R J AYA P E G AWA I P E R U B ATA N 23
K E M E N T E R I A N K E S I H ATA N M A L AY S I A
LAMPIRAN 3
PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN
SARJANA PERUBATAN
Permohonan dipelawa daripada calon KKM yang berjawatan tetap untuk
mengikuti Program Pengajian Sarjana Perubatan di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dalam bidang pengkhususan berikut:
IPTA BIDANG PENGKHUSUSAN
O&G, Anestesiologi, Pediatrik, Perubatan
Umum, Perubatan Psikologi, Radiologi,
Pembedahan, Oftalmologi, Ortopedik,
UNIVERSITI MALAYA Otorinolaringologi, Patologi, Perubatan
Keluarga, Kesihatan Awam, Perubatan


Use: 0.0419