• (1) KOD ETIKA JURUAUDIT JABATAN AUDIT NEGARA


  •   
  • FileName: kod_etika Juruaudit.pdf [read-online]
    • Abstract: ii. Tonggak. 12. 23. Semangat kerja. berpasukan. Semangat kerja berpasukan amat disarankan bagi memastikan sesuatu tugas dapat ... dengan mudah dan pantas. Saling tolong-menolong antara satu sama lain ...

Download the ebook

KOD ETIKA JURUAUDIT
JABATAN AUDIT NEGARA
PENGENALAN
Tujuan
1. Kod Etika Juruaudit digubal untuk menjadi panduan kepada semua anggota
Jabatan Audit Negara selaras dengan hasrat bagi mempertingkatkan prestasi dan
profesionalisme Jabatan. Ini kerana fungsi utama Jabatan adalah untuk membantu
meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam. Laporan audit merupakan satu nilai
tambah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan awam.
Sehubungan itu, Jabatan perlu memperolehi keyakinan daripada masyarakat umum
bahawa hasil kerja Jabatan telah dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan
berasaskan etika kerja yang tinggi.
Definisi
2. Kod Etika Juruaudit adalah satu sistem atau kod tingkah laku berdasarkan
kepada tanggungjawab moral dan kewajipan (obligasi) yang menerangkan
bagaimana Juruaudit perlu berkelakuan.
3. Kod Etika ini telah digubal berasaskan prinsip utama yang terkandung dalam
Guidelines on Ethics for Auditors, Manual Jabatan serta Nilai dan Etika dalam
Perkhidmatan Awam, Akta Audit 1957, Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling
serta Arahan Kerajaan.
Konsep
4. Kod Etika Juruaudit dirangka dan dibina di atas paksi Keutuhan, Kebebasan,
Keadilan, Keyakinan dan Kecekapan. Konsep ini menitikberatkan kepada tingkah
laku yang baik dan peribadi mulia semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab
bagi meyakinkan semua pihak terhadap integriti dan kredibiliti Jabatan.
(1)
TERAS KOD ETIKA
Keutuhan
5. Juruaudit mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi standard tingkah laku
yang mulia, bersih, amanah, berketerampilan serta beradab sopan dari segi
perhubungannya dengan auditi. Bagi mengekalkan keyakinan auditi, tingkah laku ini
hendaklah sentiasa terkawal dan utuh.
6. Keutuhan memerlukan Juruaudit menghayati prinsip keadilan dan kebenaran.
Ia juga menuntut Juruaudit berpegang kepada prinsip objektiviti, mematuhi standard
tingkah laku profesional dan membuat keputusan secara profesional semasa
menjalankan tugas.
Kebebasan, Adil Dan Saksama
7. Dalam melaksanakan tugas pengauditan, Juruaudit mestilah bertindak secara
bebas, adil dan saksama. Tindakan tersebut hendaklah diterjemahkan dari segi
pemikiran, niat atau perbuatan. Justeru itu, Juruaudit tidak boleh dipengaruhi oleh
mana-mana entiti dan individu yang mempunyai kepentingan tertentu.
8. Juruaudit perlu mengekalkan kebebasan daripada pengaruh parti politik atau
lain-lain pertubuhan supaya dapat menjalankan tugas dengan adil dan saksama.
9. Pendapat Juruaudit adalah berasaskan bukti yang sahih yang diperolehi
melalui kaedah pengauditan yang profesional. Pendapat Audit yang dikeluarkan
hendaklah bebas daripada pengaruh pandangan peribadi ataupun daripada pihak
lain yang berkepentingan.
10. Juruaudit hendaklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang
dikemukakan oleh auditi atau pihak lain dalam mengeluarkan pendapatnya. Walau
bagaimanapun, pendapat Juruaudit mestilah dibuat secara bebas, adil dan saksama
setelah mengambil kira maklumat dan pandangan tersebut.
(2)
Profesionalisme
11. Juruaudit bertanggungjawab untuk berkelakuan secara profesional pada
setiap masa dan mengekalkan standard profesional yang tinggi semasa menjalankan
tugas dan melaporkan penemuan audit.
12. Juruaudit perlu memahami dan mematuhi standard pengauditan dan
perakaunan serta prosedur pengurusan wang awam. Juruaudit hendaklah
menggunakan pengetahuan dan kemahiran profesional ketika merancang,
melaksana serta melapor hasil pengauditan.
13. Bagi meningkatkan profesionalisme, Juruaudit hendaklah sentiasa peka
terhadap perkembangan dan perubahan terkini bidang pengauditan, perakaunan,
pengurusan dan teknologi maklumat di Malaysia dan sejagat. Juruaudit hendaklah
sentiasa kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas pengauditan bagi
meninggikan lagi mutu perkhidmatan.
Urus Tadbir Yang Baik (Good Governance)
14. Pengauditan merupakan salah satu mekanisme bagi memastikan rangka
kerja urus tadbir sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk berperanan
dengan efektif, Juruaudit perlu mengamalkan urus tadbir yang baik dalam
menjalankan tugas dan peka terhadap fungsi kawalan dalaman serta pengurusan
risiko.
Kerahsiaan
15. Juruaudit tidak boleh mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada
pengauditan yang dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan, sama
ada secara lisan atau bertulis. Sekiranya wujud keperluan perundangan, Juruaudit
boleh berbuat demikian.
16. Juruaudit bertanggungjawab memastikan keselamatan maklumat rahsia yang
diperolehinya.
(3)
Kompetensi dan Ketelitian Profesional yang Sewajarnya (Due Professional
Care)
17. Bagi melaksanakan tanggungjawab profesionnya, Juruaudit hendaklah
berusaha meningkatkan kompetensi dan pengetahuan secara berterusan selaras
dengan keperluan dan perkembangan semasa. Juruaudit hendaklah sentiasa
melibatkan diri dengan program pembelajaran profesional secara berterusan.
18. Juruaudit perlu mengamalkan Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya
semasa menjalankan tugas dan penyediaan laporan audit.
Jaminan Kualiti
19. Juruaudit bertanggungjawab mematuhi segala proses kawalan kualiti yang
ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara bagi menghasilkan laporan audit yang
berkualiti dan memenuhi standard pengauditan Jabatan, INTOSAI dan yang diterima
umum.
20. Juruaudit perlu mengeluarkan laporan yang objektif dan seimbang bagi
memberikan keyakinan kepada Badan Perundangan, Eksekutif, auditi dan umum
bahawa laporan yang dikeluarkan menggambarkan keadaan yang sebenar dan
saksama.
Disiplin Diri
21. Juruaudit perlu mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi bagi mencerminkan
keperibadian sebagai seorang profesional. Juruaudit perlu patuh kepada arahan,
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Juruaudit juga perlu tampil
dalam keadaan yang kemas dan bersih semasa menjalankan tugas.
22. Juruaudit perlu menerapkan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan
budaya bersyukur, bertanggungjawab, bersabar dan bersederhana serta
menghindarkan diri daripada sebarang perilaku yang boleh menjejaskan imej dan
nama baik profesion Juruaudit.
23. Juruaudit perlu memupuk semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan
tugas pengauditan.
(4)
24. Juruaudit perlu berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan
mahupun bertulis dalam pelaksanaan audit serta penyampaian hasil pengauditan.
Percanggahan Kepentingan
25. Juruaudit dibenarkan memberi nasihat atau khidmat bantuan selain tugas
pengauditan kepada auditi. Walau bagaimanapun, nasihat yang diberi itu tidak boleh
bercanggah dengan peraturan kerajaan dan mengkompromi kepentingan dan
kebebasannya sebagai Juruaudit. Juruaudit juga hendaklah mengelakkan diri
daripada perbincangan yang mempersoal atau mengkritik polisi Kerajaan.
26. Juruaudit dilarang menerima hadiah atau ganjaran yang boleh mempengaruhi
kebebasan dan keutuhan tugasnya.
27. Juruaudit tidak boleh menggunakan kedudukan rasminya untuk kepentingan
peribadi. Perhubungan yang boleh menimbulkan risiko dan keraguan terhadap
integriti dan kebebasannya hendaklah dielakkan.
28. Juruaudit tidak boleh menggunakan maklumat yang diperolehi semasa
menjalankan tugasnya sebagai satu cara untuk memperolehi keuntungan peribadi.
Penglibatan Dalam Aktiviti Luar
29. Juruaudit tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti luar yang melanggar
peraturan kerajaan. Juruaudit juga tidak dibenarkan terlibat sebagai agen,
penceramah atau Jawatankuasa dalam seminar/ceramah agensi pihak swasta yang
memberi pulangan ekonomi kepada diri sendiri dan pihak penganjur.
30. Juruaudit tidak boleh terlibat dengan aktiviti sosial, ekonomi dan parti politik
yang bercanggah dengan peraturan kerajaan.
20 Disember 1999
18 November 2003 (Pindaan)
(5)
Penjelasan Bagi Perenggan yang Terdapat dalam Kod Etika Juruaudit (Pindaan 18 November 2003)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
5 Mulia Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan sebagai seorang yang mudah memberi i. Nilai & Etika Dalam
pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan serta mempunyai gerak geri Perkhidmatan Awam
dan tingkah laku yang sopan terhadap orang lain.
ii. Dasar Penerapan Nilai
Contoh: Islam Dalam Pentadbiran
i. Juruaudit hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain, bersopan santun
dalam berkomunikasi serta saling hormat menghormati ketika menjalankan tugas.
ii. Melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan dengan ikhlas dan menganggap ia
sebagai satu amanah.
iii. Juruaudit juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika berhadapan
dengan auditi bagi membolehkan advisory role dapat dilaksanakan dengan berkesan.
iv. Juruaudit hendaklah bersedia mendengar pendapat orang lain dan tidak memandang
rendah terhadap kemampuan mereka.
Bersih Nilai bersih dapat dibahagikan kepada dua iaitu kebersihan dari segi luaran (penampilan) i. Nilai & Etika Dalam
dan dalaman (hati). Kebersihan dari segi luaran dapat dinilai melalui cara individu tersebut Perkhidmatan Awam
berpakaian manakala dalaman pula tidak menunjukkan sifat negatif seperti berniat jahat, iri
hati dan dendam.
ii. Dasar Penerapan Nilai
Islam Dalam Pentadbiran
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri serta memakai pakaian yang
kemas dan bersih ke pejabat.
ii. Juruaudit perlu memastikan keadaan tempat bertugas adalah kemas dan teratur.
iii. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan bersopan-santun.
iv. Perolehan harta melalui sumber yang halal.
v. Menjauhkan diri daripada kegiatan rasuah, pecah amanah dan penipuan.
vi. Berfikir sebelum bertindak serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara yang
betul bukan melalui surat layang.
(i)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
Amanah Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk i. Nilai & Etika Dalam
melaksanakannya. Seorang yang amanah akan sentiasa menjaga dirinya daripada Perkhidmatan Awam
sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti menipu, menyeleweng, menyalahgunakan
kuasa, cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak menepati janji.
ii. Dasar Penerapan Nilai
Contoh: Islam Dalam Pentadbiran
i. Juruaudit hendaklah bersikap amanah dalam melapor dan merekodkan sesuatu. (al-
Baqarah:282).
ii. Juruaudit hendaklah menuntut apa-apa tuntutan yang dibenarkan mengikut peraturan
seperti tuntutan perjalanan, pindahan dan kerja lebih masa serta menggunakan mesin
punch kad mengikut peraturan yang ditetapkan.
iii. Menggunakan peralatan atau kemudahan pejabat untuk tujuan rasmi. Contohnya
kemudahan telefon dan internet yang telah disediakan oleh Jabatan.
iv. Bertanggungjawab atas apa jua keputusan dan tindakan yang telah dibuat serta tidak
menyalahkan orang lain.
v. Memastikan segala tugas yang diberi disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
vi. Tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diberi untuk kepentingan diri.
Berketrampilan Seorang yang berketrampilan adalah seorang yang berkebolehan serta mempunyai
kecekapan dan kemampuan dalam menjalankan tugas.
Contoh:
i. Juruaudit perlu berkebolehan dalam menggunakan teknologi terkini.
Beradap sopan Seorang yang beradap sopan merupakan seorang yang sentiasa menjaga tutur katanya i. Nilai & Etika Dalam
terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap orang lain. Beliau Perkhidmatan Awam
juga akan memastikan percakapannya adalah sopan, lemah lembut tetapi tegas.
ii. Tonggak 12
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya terhadap ketua
dan rakan sekerja dengan memastikan percakapannya tidak mengguris hati dan
perasaan orang lain.
ii. Bersopan santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon terutamanya terhadap
auditi dan pihak luar.
iii. Tidak meninggikan suara ketika sedang marah.
(ii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
6 Keadilan Adil bermaksud memberikan kepada yang berhak itu akan haknya mengikut kadar masing- Nilai & Etika Dalam
masing atau meletakkan sesuatu ditempatnya. Seorang yang bertindak adil akan Perkhidmatan Awam
mempertimbangkan sesuatu perkara dengan merujuk kepada peraturan dan undang-
undang, bukti dan fakta yang telah diperolehi sebelum sesuatu tindakan atau keputusan
diambil. Prinsip keadilan juga melibatkan keadilan terhadap diri sendiri, orang bawahan,
orang atasan dan teman sejawat. Dalam konteks pengauditan pula, adil juga akan
melibatkan pihak auditi.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah mengutamakan kepentingan Jabatan dan tidak melebihi diri
sendiri.
ii. Membuat pertimbangan dengan sewajarnya serta mengeluarkan laporan yang
seimbang.
iii. Juruaudit perlu memberikan ruang kepada semua peringkat dalam memberikan
pendapat dan ide.
iv. Tidak mengamalkan sikap pilih kasih terutamanya di kalangan kakitangan.
Kebenaran Nilai kebenaran dapat dilihat dalam diri seseorang apabila setiap amalan, tindakan dan
perilaku adalah berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah jujur ketika melaksanakan tanggungjawabnya.
ii. Sentiasa bercakap benar dan mengakui segala kesalahan dan kesilapan.
iii. Bersedia menerima teguran dan nasihat
Objektiviti a) Objektiviti telah dinyatakan dalam MIA By-Law A-2 sebagai berikut: i. MIA By-Law A-2
The principle of objectivity imposes the obligation on all members to be fair, intellectually
honest and free of conflicts of interest. Members shall be fair in their approach to their
professional work and shall not allow any prejudice, bias or influences of others to override
their objectivity.
(iii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
b) Institute of Internal Auditors pula mendefinisikan objektiviti sebagai: ii. Institute of Internal
Auditors
Individual Objectivity – Auditors should have an impartial, unbiased attitude and avoid
conflicts of interest.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah membuat keputusan/pendapat berasaskan kepada fakta,
berfikiran rasional dan tidak berat sebelah.
7 Bebas Manual Jabatan Audit Negara telah menyatakan mengenai kebebasan di mana Juruaudit Manual Jabatan Audit Negara
hendaklah pada setiap masa mengekalkan kebebasan dari segi pemikiran dan perlakuan
diri dan tidak membenarkan apa-apa perkara yang boleh menggugat kebebasan Ketua
Audit Negara dalam merancang, menyiasat dan melaporkan secara profesional dan
objektif.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah memastikan bahawa pendapat yang dikeluarkan dalam Laporan
Audit tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
ii. Juruaudit perlu mengambilkira kepentingan semua pihak sebelum sesuatu keputusan
dikeluarkan.
8 Pengaruh Parti Seseorang pegawai hendaklah setiap masa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak Perintah Am Bab D
Politik memihak kepada mana-mana parti politik semasa menjalankan tugasnya dan tidak (Kelakuan dan Tatatertib)
melanggari larangan yang terkandung di bawah Peraturan 21 Perintah Am Bab D 1993 – Peraturan 21
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Contoh:
i. Juruaudit hendaklah mengeluarkan pendapat atau keputusan yang tidak berat sebelah
dan menyokong mana-mana parti politik semasa menjalankan tugas.
(iv)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
9 Bukti yang sahih Juruaudit hendaklah memastikan bahawa bukti yang diperolehi adalah sah dan boleh Manual Jabatan Audit Negara
dipercayai dengan menimbangkan perkara berikut: & Garis Panduan
i. Penyatuan pelbagai bukti audit adalah satu teknik yang berkesan untuk meningkatkan Pengauditan Prestasi
kesahihannya. Ini melibatkan Juruaudit mencari pelbagai jenis bukti audit dari berbagai
punca.
ii. Bukti yang diperolehi daripada punca luaran lazimnya adalah lebih dipercayai
berbanding maklumat yang diperolehi dari dalaman.
iii. Bukti dokumentasi pada kebiasaannya dianggap lebih dipercayai berbanding bukti
lisan.
iv. Bukti yang diperolehi secara langsung melalui pemerhatian atau analisis adalah lebih
meyakinkan.
v. Kebolehpercayaan maklumat yang dikemukakan oleh auditi bergantung kepada
keberkesanan sistem kawalan dalamannya.
vi. Bukti lisan yang disokong oleh bukti bertulis adalah lebih meyakinkan berbanding bukti
lisan semata-mata.
vii. Dokumen asal adalah lebih meyakinkan berbanding salinan potostat.
10 Pendapat Juruaudit a) Manual Jabatan Audit Negara telah menerangkan mengenai Pendapat Juruaudit yang i. Manual Jabatan Audit
diberikan boleh dalam bentuk seperti berikut: Negara
i. Bersih – Di mana Juruaudit berpuashati sepenuhnya dengan kebenaran dan
kesaksamaan penyata kewangan;
ii. Berteguran – Di mana Juruaudit tidak berpuas hati dengan aspek-aspek tertentu
penyata kewangan yang berhubung kesaksamaan pelaporan, prinsip perakaunan
yang digunakan atau ketekalan serta pembatasan yang disebabkan oleh sekatan
skop;
iii. Bertentangan – Di mana Juruaudit berpendapat bahawa penyata kewangan dan nota-
nota yang disertakan secara keseluruhan tidak memberi gambaran yang saksama
sama ada berkenaan kedudukan kewangan atau hasil operasi atau perubahan di
dalam kedudukan kewangan sesebuah entiti;
iv. Penafian – Di mana Juruaudit tidak dapat melahirkan pendapat atas beberapa sebab
tertentu termasuk kekangan ke atas skop.
Pendapat Juruaudit yang dikeluarkan juga mestilah bebas daripada sebarang
pengaruh yang boleh menjejaskan kewibawaan seorang Juruaudit.
(v)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
b) Garis Panduan Pengauditan Prestasi pula telah menyatakan bahawa pendapat ii. Garis Panduan
Juruaudit perlu berdasarkan kepada prinsip berikut: Pengauditan Prestasi
i. Pendapat didahului dengan tajuk yang sesuai.
ii. Pendapat ditandatangani dengan sewajarya.
iii. Pendapat hendaklah merujuk kepada objektif dan skop pengauditan.
iv. Pendapat hendaklah dinyatakan dan diterbitkan bersama-sama penyata kewangan
yang berkaitan, tetapi laporan pengauditan prestasi boleh dilaporkan secara
berasingan.
v. Pendapat hendaklah mengenal pasti pihak yang ditujukan.
vi. Pendapat hendaklah mengenal pasti bidang pengauditan prestasi yang berkaitan.
vii. Pendapat hendaklah mengenal pasti perundangan dan kuasa lain yang membenarkan
pengauditan dijalankan.
viii. Pendapat hendaklah menunjukkan standard pengauditan yang diikuti dalam
menjalankan pengauditan.
ix. Pendapat hendaklah diperolehi tepat pada masanya supaya ia berguna kepada
pembaca dan pengguna.
11 Berkelakuan Juruaudit hendaklah menunjukkan perilaku yang baik.
secara Profesional
Contoh:
i. Sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi.
ii. Mengamalkan sifat adil, bertanggungjawab, berdedikasi, integriti, neutraliti,
akauntabiliti dan berkecuali.
iii. Membuat keputusan atau tindakan dengan berfikir dan bukan mengikut emosi.
Standard Dalam melaksanakan tugas pengauditan, setiap Juruaudit perlu mempunyai kemahiran
Profesional yang dan kecekapan di samping berilmu. Juruaudit juga mesti mempunyai wawasan diri yang
tinggi tinggi, pintar serta kreatif.
(vi)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
12 Pengetahuan Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta
ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya
yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta IT.
Contoh:
i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-masing bagi
memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah.
ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat serta isu
terkini terutamanya dalam bidang pengauditan.
Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menekankan mengenai kemahiran profesional
Kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang Juruaudit semasa Persidangan Pegawai Kanan Bil. Laporan Persidangan
Profesional 1/2002. Pegawai Kanan Bil. 1/2002
Contoh:
i. Keupayaan untuk berfikir secara global dan menyeluruh di samping memahami
keadaan auditi secara lebih mendalam serta mengambil tahu pergolakan dalaman
dan luaran yang bakal memberi kesan kepada auditi.
ii. Memahami, menganalisa dan peka terhadap dasar dan program semasa kerajaan.
iii. Menggunakan peralatan yang moden serta menerima penggunaan ICT.
13 Meningkatkan Y. Bhg. Datuk Ketua Audit Negara juga telah menekankan mengenai cara untuk Laporan Persidangan
Profesionalisme meningkatkan profesionalime seorang Juruaudit semasa Persidangan Pegawai Kanan Bil. Pegawai Kanan Bil. 1/2002
1/2002 seperti berikut:
i. Memahami, menganalisa dan peka terhadap dasar dan program semasa kerajaan.
ii. Menggunakan peralatan yang moden serta menerima penggunaan ICT.
iii. Menghadiri kursus dan latihan bersesuaian dengan tugas.
iv. Meningkatkan kemahiran dan ketelitian melalui penggunaan ICT serta menganggotai
badan profesional.
v. Meningkatkan pengetahuan melalui pekeliling dan standard pengauditan.
Kreatif dan Inovatif Kreatif dimaksudkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta. Inovatif pula i. Nilai & Etika Dalam
bermaksud sesuatu yang baru yang diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah, Perkhidmatan Awam
sistem, adat dan lain-lain).
Contoh:
ii. Tonggak 12
i. Juruaudit perlu sentiasa mencari ide dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah.
Ii Berani mencuba dengan teknik dan kaedah baru bagi memudahkan sesuatu kerja.
(vii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
14 Urus Tadbir yang Urus tadbir yang baik dapat dinilai dalam sesebuah oraganisasi apabila satu sistem Garis Panduan Pengauditan
Baik (Good kawalan dalaman yang telus dan berkesan dapat dihasilkan. Sistem kawalan dalaman Prestasi
Governance) yang berkesan ini akan membolehkan sesuatu tugas dapat dilaksanakan mengikut
perancangan. Juruaudit perlu memastikan bahawa urus tadbir yang baik diwujudkan
dengan:
i. membuat perancangan yang teliti mengenai sesuatu tugas
ii. menyemak semula tugas yang telah dirancang
iii. menyemak secara berterusan segala tugas yang telah dilakukan
iv. mengkaji semula semua tugasan yang telah diselesaikan sebelum laporan
ditandatangani atau dikeluarkan
v. memberi panduan, latihan dan penyeliaan kepada semua ahli pasukan audit.
Selain itu, Juruaudit juga perlu memahami persekitaran auditi secara keseluruhan dan
memastikan aspek kawalan dalaman telah berfungsi dengan sebaiknya.
15 Mendedahkan Seksyen 8 Akta Audit 1957 telah memperuntukkan bahawa Ketua Audit atau mana-mana i. Seksyen 8 Akta Audit
Maklumat orang lain tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada pihak lain. 1957
Seseorang pegawai tidak boleh pada bila-bila masa membuat kenyataan awam secara ii. Perintah Am Bab D
bertulis atau lisan, menerbit atau mengedarkan maklumat tertentu kepada media massa Peraturan-Peraturan
mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Kerajaan melainkan setelah mendapat Pegawai Awam
kebenaran Ketua Jabatan. Ini telah dinyatakan di bawah Peraturan 19 Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 1993 - Peraturan 19
Contoh:
i. Juruaudit tidak boleh membocorkan maklumat yang dianggap sulit kepada mana-
mana pihak selagi ia belum dibentangkan di Parlimen.
(viii)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
16 Keselamatan Rahsia rasmi merupakan apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain yang i. Akta Rahsia Rasmi 1972
Maklumat dikelaskan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’, mengikut mana yang Seksyen
Rahsia berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau
mana-mana pegawai awam yang telah dilantik.
Juruaudit perlu memastikan bahawa keselamatan maklumat yang diperolehi adalah
ii. Arahan Keselamatan
terjamin dan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di bawah Arahan Keselamatan
seperti berikut:
Dokumen Terperingkat:
Rahsia besar – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan
tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. Kulit
fail berwarna kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit depan dan belakang.
Rahsia – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa
kebenaran akan membahayakan keselamatan Negara, menyebabkan kerosakan besar
kepada kepentingan dan martabat atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah
kuasa asing. Kulit fail berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kulit
hadapan dan belakang.
Sulit – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa
kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan
kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan
atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau
akan menguntungkan sesebuah kuasa asing. Kulit fail berwarna hijau.
Terhad – Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang
diperingkatkan di atas. Kulit fail berwarna putih.
Dokumen terperingkat tidak sekali-kali boleh dibawa keluar dari pejabat melainkan jika
dikehendaki untuk rujukan rasmi di mana-mana tempat.Dokumen terperingkat Rahsia
Besar atau Rahsia tidak sekali-kali boleh dibawa balik ke rumah melainkan ada sebab
tertentu dan mendapat kebenaran bertulis Ketua Setiausaha Kementerian atau Setiausaha
Kerajaan Negeri. Kebenaran bertulis Ketua Jabatan hendaklah didapati terlebih dahulu
untuk membawa balik dokumen terperingkat Sulit atau Terhad ke rumah.
(ix)
Perenggan Kata Kunci Penjelasan Sumber Rujukan
17 Pengetahuan Pengetahuan merupakan ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran, pengalaman serta
ilmu pengetahuan lain yang diperolehi daripada internet dan media massa terutamanya
yang berkaitan dengan pengauditan, perakaunan serta IT.
Contoh:
i. Juruaudit perlu menerapkan budaya suka membaca dalam diri masing-masing bagi
memastikan mereka sentiasa peka dalam persekitaran yang berubah-ubah.
ii. Melayari laman web institusi antarabangsa bagi mendapatkan maklumat serta isu
terkini terutamanya dalam bidang pengauditan.
18 Ketelitian Sikap ketelitian profesional yang sewajarnya bermakna Juruaudit berdasarkan kepakaran, Manual Jabatan Audit Negara
Profesional yang kemahiran dan pengalamannya hendaklah menggunakan pertimbangan yang sewajarnya
Sewajarnya untuk memilih ujian dan prosedur audit yang sesuai untuk mengumpul dan menilai bukti
serta menyediakan laporan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Manual Jabatan Audit
Negara.
Selain itu, ketelitian profesional yang sewajarnya juga merangkumi kerja susulan ke atas
penemuan audit sebelumnya untuk menentukan sama ada langkah-langkah pembetulan
telah diambil tindakan yang sewajarnya. Juruaudit perlu menimbangkan untuk melaporkan
isu yang dibangkitkan daripada pengauditan yang lepas yang mana tidak ada tindakan
pembetulan diambil.
19 Proses Kawalan Manual Jabatan Audit Negara dan Garis Panduan Pengauditan Prestasi telah Manual Jabatan Audit Negara
Kualiti menggariskan mengenai perkara ini. Jabatan perlu mempunyai polisi dan prosedur & Garis Panduan
kawalan kualiti yang bersesuaian. Pihak Jabatan perlu menerangkan mengenai polisi dan Pengauditan Prestasi
prosedur kawalan kualitinya kepada kakitangan melalui pendekatan yang sesuai agar
boleh difahami oleh semua pihak.
Juruaudit perlu berhati-hati dalam memberi arahan, menyelia dan menyemak kerja yang
diagihkan kepada pembantunya. Juruaudit juga perlu mendapatkan kepastian yang
munasabah bahawa ker


Use: 0.0185