• BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU


  •   
  • FileName: bukupendaftarandis2010.pdf [read-online]
    • Abstract: 5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau sijil-sijil yang setaraf. ... Ketua Kampung/ Ketua Kaum) HHPBK3. AKUAN PELAJAR DAN AKUAN IBUBAPA/PENJAGA. KEBENARAN BIUS (ANAESTHESIA) DAN PEMBEDAHAN. Pengarah, ...

Download the ebook

BUKU PANDUAN
PENDAFTARAN PELAJAR BARU
ALUAN PENGARAH
POLITEKNIK MELIMAU MELAKA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat
untuk menyambung pengajian di Politeknik Merlimau Melaka (PMM). Adalah
diharapkan agar semua pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai
kecemerlangan dalam program yang dipilih seiring dengan misi Politeknik untuk
menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung
keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.
Saya amat berharap agar para pelajar baru dapat menggunakan Buku Panduan
Pendaftaran Pelajar Baru ini sebagai panduan supaya sesi pendaftaran sebagai
warga PMM nanti dapat berjalan dengan baik dan lancar. Akhir kata, saya dan
seluruh warga PMM mengalu-alukan kedatangan para pelajar baru dan
mengharapkan agar setiap pelajar menggunakan peluang yang ada bagi mengukir
kejayaan sebagai seorang insan yang cemerlang. Akhir kata SELAMAT MAJU
JAYA.
Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Pengarah
Politeknik Merlimau Melaka
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Tahniah diucapkan kepada semua siswa dan siswi Pelajar Baru kerana berjaya
mendapat tempat pengajian di Politeknik Merlimau Melaka. Sehubungan dengan itu,
anda dikehendaki mendaftar diri sebagaimana yang di cetak pada Surat Pendaftaran
Pelajar Baru.
Sila fahami isi kandungan Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baru ini dan
melengkapkan semua borang-borang pendaftaran yang disertakan. Akhir kata, kami
mengalu-alukan kedatangan bakal pelajar baru dan mengharapkan agar perjalanan
bersama keluarga ke politeknik ini nanti berada dalam keadaan selamat hendakNya.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Merlimau Melaka
MAKLUMAT UMUM
POLITEKNIK MERLIMAU
MELAKA
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan
dan hospitaliti serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak
mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI
Menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti begi menampung
keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.
PIAGAM PELANGGAN
1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama bagi calon
yang mengemukakan dokumen pendaftaran yang lengkap.
2. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada
pengadu dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima.
3. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas
peperiksaan berakhir.
4. Melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang
menjalani Latihan Industri pada setiap semester.
PENDAFTARAN
PELAJAR BARU
PERINGATAN:
Pembayaran yuran-yuran perlu dibuat di bank-bank mengikut jumlah yang telah ditetapkan
oleh kami. Sebarang pembayaran yuran menggunakan CEK mestilah dibayar kepada
KOPERASI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA BERHAD.
Pelajar yang mendapat tawaran asrama TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan sendiri.
Pelajar TIDAK DIBENARKAN bertukar PROGRAM.
Borang HHPBK 1 – Maklumat Peribadi Mestilah DISEMPURNAKAN
Semua dokumen berikut MESTILAH DITANDATANGAN pelajar, ibubapa/penjaga dan *saksi
1. HHPBK 2: Ikrar Pelajar
2. HHPBK 3: Akuan Pelajar
3. HHPBK 4: Kebenaran Bius
Borang HHBK5- Pemeriksaan Perubatan (Di Cop dan Tandangan oleh Doktor Perubatan
Kerajaan/Swasta yang SAH. Pihak kami TIDAK menanggung sebarang kos pemeriksaan
tersebut. Filem X-Ray TIDAK PERLU disertakan
Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar.
* Saksi MESTILAH Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dab Profesional/ Guru Besar/
Penghulu/ Ketua Kampung/ Ketua Kaum
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU
Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarya agar
proses pendaftaran anda dapat berjalan dengan lancar dan memulakan pengajian
anda di politeknik dengan selesa. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-
mana pekara tersebut di bawah tidak dipatuhi dan mengemukakan maklumat
palsu.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak menarik balik tawaran
tempat pengajian di PMM sekiranya terdapat percanggahan maklumat di
antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa
memohon ke politeknik.
PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
Kampus PMM yang terletak 2.5 kilometer dari Pekan Merlimau. Sekiranya anda
melalui lebuh raya Utara- Selatan (PLUS), anda perlu menyusur keluar ke TOL Jasin
– Merlimau dan menghala ke Pekan Merlimau. (Sila rujuk pelan lokasi PMM yang
disertakan di muka belakang panduan ini.)
PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN
a. Semakan dokumen asal akan dijalankan pada hari pendaftaran. Anda MESTI
membawa dokumen asal seperti yang diminta oleh pihak PMM. Pendaftaran
anda akan DITOLAK sekiranya anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen
tersebut dan terdapat PERCANGGAHAN maklumat di antara dokumen asal
dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik.
b. Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Panduan Pendaftaran ini
sebelum pendaftaran. (sila turunkan TANDATANGAN anda,
ibu/bapa/Penjaga dan Saksi).
c. Bayaran Yuran Pengajian, Asrama (jika ditawarkan kemudahan asrama) dan
Pendaftaran TELAH DIBAYAR di bank menggunakan SLIP bank yang
disertakan bersama dengan buku panduan ini. Jumlah bayaran seperti yang
ternaya di dalam Jadual Kutipan PMM.
Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan
atau swasta hendaklah membawa bersama SURAT PENGESAHAN
PENAJAAN (SURAT ASAL) semasa mendaftar. Mana-mana bayaran
yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar
semasa pendaftaran.
RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN
Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih,
menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan bersopan.
Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.
1. Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki
Baju
a) Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
b) Baju Melayu (Baju Kebangsaan) yang lengkap sepasang dengan
bersamping dan songkok hitam.
c) Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna dan
dimasukkan dalam seluar.
Seluar
a) Seluar “slack” panjang (keutamaan warna gelap)
Kasut
a) Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. Kasut
sukan dibenarkan. Sila rujuk kepada pensyarah masing-masing untuk
kasut bengkel/makmal.
b) Kasut berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang.
Rambut
a) Rambut pendek dan kemas.
b) Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor dan diwarnakan
dilarang.
c) Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.
Perhiasan
Sebarang bentuk perhiasan dilarang melainkan cincin yang tidak keterlaluan.
Cincin emas dilarang.
2. Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan
a) Pakaian yang menutup aurat(pelajar Islam), bersih, kemas dan sopan.
b) Pakaian yang tidak menjolok mata(contoh pakaian yang menjolok mata
ialah pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan
mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu, belakang
dan peha.)
c) Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan.
Seluar
a) Seluar “slack” panjang dan tidak ketat.
Kasut
a) Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat.
b) Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising dilarang.
Rambut
a) Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.
b) Rambut berfesen seperti “afro”, “punk”, berekor dan diwarnakan dilarang.
Perhiasan
a) Tidak digalakkan memakai barang kemas. Perhiasan yang berlebihan
dilarang.
b) Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan dilarang.
KEMUDAHAN KAMSIS / PENGINAPAN
Kemudahan kamsis adalah terhad.Jika tuan/puan ditawarkan hanyalah untuk satu
semester sahaja. Semester berikutnya anda perlu bersedia mengatur sendiri
penginapan anda jika tidak ditawarkan kamsis. Pelajar Kamsis hendaklah membawa
dua (2) helai kain selimut, dua (2) helai kain cadar single bed dan dua (2) sarung
bantal 60cm x 40cm dan bantal sendiri.
Peralatan elektrik yang dibenarkan di kamsis: Komputer, printer, telefon bimbit dan
kalkulator
Rumah sewa terdapat disekeliling politeknik, manakala kadar sewaan bergantung
pada pemilik rumah sewa. Dianggarkan kadar sewa sekitar RM300 – RM800 dan
jenis sewaan pula ialah sebuah rumah atau dikira mengikut kepala (per head,
kadarnya RM 80-100/head)). Untuk semester berikutnya anda perlu bersedia
mengatur sendiri penginapan anda jika tidak ditawarkan kamsis..
Pelajar Kamsis boleh membeli makanan dan minuman di kafeteria. Dianggarkan
RM5.00 hingga RM10.00 sehari diperlukan untuk perbelanjaan makan.
BANTUAN KEWANGAN
Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan
secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-
lain. Pelajar perlu menampung sendiri segala perbelanjaan yang diperlukan
sepanjang pengajian.
Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya
(kalau layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing
sebelum mendaftar diri di PMM. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke
politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon
daripada Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak penaja pinjaman pendidikan Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia menimbang permohonan
untuk mendapatkan pinjaman oleh pelajar-pelajar politeknik program il. Sehubungan
dengan itu, bagi memastikan permohonan para pelajar sekalian dapat diproses
dengan lancar maka kerjasama anda diperlukan untuk membuat salinan dokumen-
dokumen berikut yang telah disahkan bagi tujuan pinjaman pendidikan
A. Pelajar Program Diploma : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN)
Taraf : Pinjaman Pendidikan (Setahun RM5,000)
1. Satu salinan kad pengenalan pelajar
2. Satu salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
3. Satu salinan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia –SPM/SPM(V)
4. Satu salinan surat tawaran kemasukan ke politeknik
5. Satu salinan penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga iaitu :
a. Slip gaji terkini atau Borang J (yang bermajikan) atau
b. Surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai slip gaji
atau Borang J atau yang
c. bekerja sendiri.
6. Surat kelulusan cuti belajar dan akuan Ketua Jabatan jika kakitangan
kerajaan.
7. Satu salinan sijil kematian ibu/bapa (sekiranya berkaitan) atau Surat Akuan
Sumpah sekiranya ibu/bapa tidak dapat dikesan.
8. salinan Surat Pengesahan atau Akuan daripada Jabatan kebajikan
Masyarakat/Pusat Zakat sekiranya pemohon/ibubapa/penjaga adalah
penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan.
9. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu.
Kaedah Permohonan PTPTN (Secara Online)
1. Pemohon hendaklah memohon pinjaman PTPTN secara online emlalui laman
web pinjaman online di alamat: http://www.ptptn.gov.my/
2. Maklumat lanjut dan syarat pinjaman sila layari laman web
http://www.ptptn.gov.my
B. Bantuan Kewangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
Taraf : Bantuan Pendidikan
1. Salinan Kad Pengenalan.
2. Salinan Sijil Kelahiran.
3. Salinan Surat Tawaran ke IPT.
4. Salinan Sijil Berhenti Persekolahan dan Surat Akuan ( Testimonial ).
5. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau sijil-sijil yang setaraf.
6. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran ( STPM ) atau lain-lain sijil yang setaraf.
7. Salinan keputusan peperiksaan sesi terakhir di Universiti.
8. Salinan Muka Pertama Buku Akaun Bank (MAYBANK).
9. Keping Gambar Ukuran Pasport ( Lekatkan pada borang )
SYARAT – SYARAT PEMOHON
1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan Orang Asli mengikut takrif di
dalam Akta Orang Asli 134.
2. Umur tidak melebihi 35 tahun.
3. Pelajar-pelajar yang telah mendapat Biasiswa / Dermasiswa / Pinjaman dari
Agensi Kerajaan / Swasta tidak layak memohon.
Penajaan ini adalah bagi Bantuan Kewangan Pendidikan JHEOA. Calon yang layak
akan diberi Tawaran Bantuan Kewangan Pendidikan mengikut kesesuaian kursus.
Borang permohonan boleh di dapati di laman web http://www.jheoa.gov.my atau di
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
C. Maklumat Penaja Pinjaman Pendidikan Lain (Pelajar Diploma)
Selain daripada PTPTN sebagai penaja utama pinjaman pendidikan, pelajar-pelajar
juga boleh memohon pinjaman / biasiswa pendidikan dari pelbagai pihak seperti
badan-badan berkanun meliputi agensi kerajaan persekutuan (contoh JPA, JHEOA)
dan kerajaan negeri (contoh Yayasan Selangor, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah)
dan syarikat-syarikat swasta (contoh Kuok Foundation, Golden Hope Plantation)
tetapi dalam bilangan yang terhad. Para pelajar bolehlah berusaha sendiri
mendapatkan mana-mana penajaan lain atau menghubungi terus mana-mana
penaja pinjaman pendidikan yang berkaitan.
TATACARA PROSES PENDAFTARAN
MULA
Terima Surat Panggilan
Mendaftar
Muat turun e-buku Panduan
Pendaftaran
Lengkapkan Dokumen
Pendaftaran (Dalam e-buku
Panduan Pendaftaran)
Membuat Pembayaran di
Bank yang ditetapkan
Membuat
PRA-PENDAFTARAN ONLIE
http://www.heppmm.net
Mendaftar Di Politeknik
(Rujuk Tatacara Hari
Pendaftaran)
TAMAT
SENARAI SEMAK BORANG PENDAFTARAN
SET 1: SERAHAN UNIT KAMSIS
BORANG HHPBK6-
( Dilengkapkan dan serahan kamsis apabila diminta pih
ak Kamsis)
BORANG HHPBK7A
( Dilengkapkan dan serahan kamsis apabila diminta pihak Kamsis)
BORANG HHPBK7B
( Dilengkapkan dan untuk simpanan pelajar)
SET 2: SERAHAN JAB. HAL EHWAL PELAJAR
Sertakan SLIP PENDAFTARAN ONLINE
BORANG HHPBK1- Maklumat Peribadi
BORANG HHPBK2- Ikrar Pelajar
BORANG HHPBK3- Akuan Pelajar
BORANG HHPBK 4- Kebenaran Bius
BORANG HHPBK5- Pemeriksaan Doktor
( Filem X-Ray tidak perlu disertakan)
PERHATIAN:
anda menyimpan Semua SLIP Pembayaran dengan selamat untuk rujukan
di masa hadapan. Sila bawa bersama semasa pendaftaran.
SERAHAN KEPADA PIHAK PEMBERI TAJAAN/PINJAMAN
BORANG HHPBK8-
( Dilengkapkan dan serahan apabila diperlukan oleh pihak penaja
/pemberi pinjaman)
SILA LENGKAPKAN
MAKLUMAT, DOKUMEN DAN
BAYARAN
SEBELUM DATANG MENDAFTAR
SET 1: SERAHAN UNIT KAMSIS
Set ini hendaklah diserahkan semasa
hari pendaftaran
BORANG HHPBK6-
( Dilengkapkan dan serahan kamsis apabila diminta pihak Kamsis)
BORANG HHPBK7A
( Dilengkapkan dan serahan kamsis apabila diminta pihak Kamsis)
BORANG HHPBK7B
( Dilengkapkan dan untuk simpanan pelajar
HHPBK6
B0RANG PENDAFTARAN KAMSIS
BORANG PENDAFTARAN KAMSIS
KEGUNAAN PEJABAT Lekatkan
No. Pendaftaran: gambar
No Bilik: ukuran
paspot
1. Nama : _______________________________ No. KP : _______________________
2. Tarikh Lahir : ____________________ Jantina : ______________________
3. Bangsa : ________________________ Agama : ______________________
4. Kumpulan Darah : _________________
5. Jenis penyakit yang pernah / sedang dihidapi _______________________________
6. Alamat rumah Ibubapa / Penjaga * : _______________________________________
____________________________________________________________________
____________________________No. Telefon Rumah: _______________________
H/P : _______________________
7. Pekerjaan Ibubapa / Penjaga * : __________________________________________
8. Pendapatan bulanan : RM_______________________
9. Alamat tempat kerja Ibubapa / Penjaga :____________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________No. Telefon Pejabat: _______________
10. Nama dan alamat sekolah terakhir (sertakan salinan sijil berhenti sekolah):
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
11. Keputusan peperiksaan * SPM / SPM(V) Agregat : ____________________
12. Adakah anda pernah tinggal di kamsis semasa bersekolah? * Ya / Tidak
13. Saudara mara paling hampir dengan Politeknik Merlimau yang boleh dihubungi
semasa kecemasan;
Nama : _________________________________Perhubungan : ________________
Alamat :
________________________________________________________________
No. Telefon : ____________________________ Pekerjaan : ___________________
H/P : _______________________
*Potong yang tidak berkenaan
HHPBK7A
BORANG JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (SALINAN PEJABAT)
BORANG JAMINAN TATATERTIB KAMSIS
(Salinan Pejabat. Gunakan HURUF BESAR)
1. NAMA : _____________________________________________________________
2. NO. KP : ____________________ 3. TARIKH LAHIR : _______________
4. JANTINA : __________________ 5. NEGERI ASAL : _______________
6. ALAMAT SURAT MENYURAT : __________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_______________________________________________________________
7. NAMA IBU/BAPA/PENJAGA : ___________________________________________
8. HUBUNGAN (JIKA PENJAGA) : __________________________________________
LAFAZ PERJANJIAN
Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku dan bersetuju akan
mematuhi segala peraturan dan undang-undang kamsis selama saya menjadi penghuni di
sini dan sanggup menerima sebarang hukuman yang berkaitan termasuk yang tersenarai di
bawah. Persetujuan ini dibuat atas kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan
dari mana-mana pihak.
1. Setelah melakukan tiga (3) kesalahan dan diberikan amaran bertulis:
Hukuman:- Tidak dibenarkan tinggal di kamsis, memasuki kawasan kamsis dan
menggunakan segala kemudahan kamsis selama satu bulan.
2. Bermalam di luar kawasan kamsis tanpa pengetahuan Warden iaitu tidak melaporkan
di Buku Daftar Bermalam di luar yang terdapat di Pejabat Warden.
Hukuman:- Tidak dibenarkan tinggal di kamsis, memasuki kawasan kamsis dan
menggunakan segala kemudahan kamsis selama satu semester.
3. Lewat pulang ke kamsis tanpa alasan yang munasabah serta telah dua kali diberikan
surat amaran.
Hukuman:- Sama seperti no. 2
4. Melakukan sambungan elektrik secara haram tanpa pengetahuan dan kebenaran
Warden.
Hukuman:- Tidak dibenarkan tinggal di kamsis, memasuki kawasan kamsis dan
menggunakan segala kemudahan kamsis sepanjang pengajian.
5. Memusnahkan hartabenda termasuk perabot, peralatan dan bangunan kamsis.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
6. Menyimpan atau memiliki senjata-senjata yang boleh dianggap mengancam
keselamatan penghuni lain seperti pisau, buku lima, kerambit atau lain-lain yang
boleh membahayakan.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
7. Membawa makanan dan minuman yang diharamkan disisi agama Islam ke kamsis.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
8. Membenarkan pelawat / setinggan (bukan penghuni berdaftar kamsis) masuk /
bermalam di bilik kamsis tanpa pengetahuan warden.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
9. Melibatkan diri dengan dadah / kumpulan haram / minuman keras / kegiatan-kegiatan
yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
10. Berkumpul lebih dari lima (5) orang di sesuatu tempat yang boleh mencurigakan
tanpa kebenaran warden.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
________________________________ ____________________________
*(Tandatangan pelajar) (Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga)
Tarikh : ________________________ No. KP : ____________________
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT KAMSIS
Pelajar ini ditempatkan di:-
BLOK / NO. BILIK : ___________________
NO.PENDAFTARAN : _________________
*Hendaklah ditandatangani di hadapan warden kamsis.
HHPBK7B
BORANG JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (SALINAN PELAJAR)
BORANG JAMINAN TATATERTIB KAMSIS
(Salinan Pejabat. Gunakan HURUF BESAR)
1. NAMA : _____________________________________________________________
2. NO. KP : ____________________ 3. TARIKH LAHIR : _______________
4. JANTINA : __________________ 5. NEGERI ASAL : _______________
9. ALAMAT SURAT MENYURAT : __________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
10. NAMA IBU/BAPA/PENJAGA : ___________________________________________
11. HUBUNGAN (JIKA PENJAGA) : __________________________________________
LAFAZ PERJANJIAN
Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku dan bersetuju akan
mematuhi segala peraturan dan undang-undang kamsis selama saya menjadi penghuni di
sini dan sanggup menerima sebarang hukuman yang berkaitan termasuk yang tersenarai di
bawah. Persetujuan ini dibuat atas kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan
dari mana-mana pihak.
1. Setelah melakukan tiga (3) kesalahan dan diberikan amaran bertulis:
Hukuman:- Tidak dibenarkan tinggal di kamsis, memasuki kawasan kamsis dan
menggunakan segala kemudahan kamsis selama satu bulan.
2. Bermalam di luar kawasan kamsis tanpa pengetahuan Warden iaitu tidak melaporkan
di Buku Daftar Bermalam di luar yang terdapat di Pejabat Warden.
Hukuman:- Tidak dibenarkan tinggal di kamsis, memasuki kawasan kamsis dan
menggunakan segala kemudahan kamsis selama satu semester.
3. Lewat pulang ke kamsis tanpa alasan yang munasabah serta telah dua kali diberikan
surat amaran.
Hukuman:- Sama seperti no. 2
4. Melakukan sambungan elektrik secara haram tanpa pengetahuan dan kebenaran
Warden.
Hukuman:- Tidak dibenarkan tinggal di kamsis, memasuki kawasan kamsis dan
menggunakan segala kemudahan kamsis sepanjang pengajian.
5. Memusnahkan hartabenda termasuk perabot, peralatan dan bangunan kamsis.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
6. Menyimpan atau memiliki senjata-senjata yang boleh dianggap mengancam
keselamatan penghuni lain seperti pisau, buku lima, kerambit atau lain-lain yang
boleh membahayakan.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
7. Membawa makanan dan minuman yang diharamkan disisi agama Islam ke kamsis.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
8. Membenarkan pelawat / setinggan (bukan penghuni berdaftar kamsis) masuk /
bermalam di bilik kamsis tanpa pengetahuan warden.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
9. Melibatkan diri dengan dadah / kumpulan haram / minuman keras / kegiatan-kegiatan
yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
10. Berkumpul lebih dari lima (5) orang di sesuatu tempat yang boleh mencurigakan
tanpa kebenaran warden.
Hukuman:- Sama seperti no. 4
________________________________ ____________________________
*(Tandatangan pelajar) (Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga)
Tarikh : ________________________ No. KP : ____________________
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT KAMSIS
Pelajar ini ditempatkan di:-
BLOK / NO. BILIK : ___________________
NO.PENDAFTARAN : _________________
*Hendaklah ditandatangani di hadapan warden kamsis.
SET 2: SERAHAN JAB. HAL EHWAL
& PEMBANGUNAN PELAJAR
SET INI HENDAKLAH DISERAHKAH SEMASA
TAKLIMAT MINGGU SUAI KENAL
Sertakan SLIP PENDAFTARAN ONLINE
BORANG HHPBK1- Maklumat Peribadi
BORANG HHPBK2- Ikrar Pelajar
BORANG HHPBK3- Akuan Pelajar
BORANG HHPBK 4- Kebenaran Bius
BORANG HHPBK5- Pemeriksaan Doktor
( Filem X-Ray tidak perlu disertakan)
HHPBK1
MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR
MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR
Seperti yang dikehendaki oleh AKTA 174, tiap-tiap pelajar hendaklah memberi kepada Unit
Hal Ehwal Pelajar alamat kediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu bagi maksud
menyampaikan kepadanya apa-apa notis atau dokumen.
Sila isikan dengan huruf besar dan jelas.
1. No. MyKad:
 
2. Nama Penuh:
(seperti dalam MyKad)
3. Tarikh Lahir: / /
4. Agama : 5. Jantina :
6. Bangsa : 7. Negeri :
8. Alamat Pos:
9. Nombor Telefon: 
MAKLUMAT IBU/BAPA/PENJAGA
10. Nama Penjaga : _____________________________________________________
11. Pekerjaan :_____________________________________________________
12. Pendapatan : RM _______________ 13. Jumlah Tanggungan: _________
14. Alamat Penjaga: 16. No. Telefon: ___-____________
17. Pengakuan berkaitan maklumat:
Sila tick ( √ ) yang berkaitan
( ) Sama seperti dalam borang permohonan (e-borang)
( ) Ada perubahan daripada borang permohonan (e-borang)
Saya mengaku semua maklumat di atas adalah benar.
………………………..
(Tandatangan Pelajar)
Tarikh:
HHPBK2
IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG
IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG
(A) IKRAR
Bahawa sesungguhnya saya ..……………………................................... No. Kad Pengenalan
….................................... berikrar akan mengikuti segala peraturan-peraturan yang ditetapkan
oleh Politeknik Merlimau dari masa ke semasa serta syarat-syarat yang ditetapkan untuk
sesuatu kursus yang saya ikuti. Saya juga berjanji tidak akan melibatkan diri dalam apa jua
aktiviti yang tidak diingini, yang akan mencemarkan nama baik Politeknik Merlimau. Jika
saya didapati melakukan kesalahan seperti di atas semasa saya masih menjadi pelajar, saya
dengan rela hati sedia menerima sebarang hukuman yang diputuskan oleh pihak Politeknik
Merlimau, termasuk diberhentikan daripada menjadi pelajar, dan ibubapa atau penjaga saya,
tidak akan membuat sebarang bantahan ke atas hukuman yang diambil terhadap saya.
(B) LEPAS TANGGUNG
1. Saya sebagai seorang pelajar politeknik perlu mengikuti semua aktiviti pembelajaran dan
kokurikulum yang berkaitan sepanjang pengajian saya di politeknik. Aktiviti ini termasuk juga
latihan industri dan lawatan sambil belajar anjuran politeknik dari masa ke semasa.
2. Saya faham bahawa semasa menjalani semua aktiviti pembelajaran dan kokurikulum
yang berkaitan, sekiranya berlaku kecederaan pada diri saya dan/atau kehilangan atau
kerosakan pada harta benda, adalah tanggungjawab saya sendiri. Saya dan ibubapa/penjaga
saya tidak akan membuat sebarang aduan, bantahan dan tuntutan yang terbit daripada
aktiviti tersebut. Maka dengan ini saya melepaskan tanggungan Politeknik Merlimau dan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan wakil-wakilnya, kakitangan dan pekerja-pekerja
daripada dan terhadap segala tindakan dan tuntutan yang terbit daripada aktiviti tersebut.
Tarikh: ………………………...... ……..………….….......
Tandatangan Pelajar
Disahkan Oleh: Disaksikan Oleh:
…………………………................ ……….............................................
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga* Tandatangan saksi
Nama : ……………………... Nama : .................................
Nombor KP: ………………..…..... Nombor KP : ………………...........
Cop rasmi jawatan
* Potong yang tidak berkenaan. (Official stamp of Occupation )
 (Saksi mestilah Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan
dan Profesional/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung/
Ketua Kaum)
HHPBK3
AKUAN PELAJAR DAN AKUAN IBUBAPA/PENJAGA
AKUAN PELAJAR
Saya .……………………................................................. No. Kad Pengenalan
…………………......... dengan sesungguhnya sedar bahawa setelah saya mendaftar sebagai
pelajar Politeknik Merlimau dan selagi saya masih sebagai pelajar Politeknik Merlimau, maka
saya adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis pelajar Politeknik Merlimau dan Akta
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174) serta pindaan-pindaannya.
Tarikh: ………………………...... ……..………….….......
Tandatangan Pelajar
Disahkan Oleh: Disaksikan Oleh:
…………………………................ ……….............................................
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga* Tandatangan saksi
Nama : ……………………... Nama : .................................
Nombor KP: ………………..…..... Nombor KP: ………………............
Cop rasmi jawatan
* Potong yang tidak berkenaan. (Official stamp of Occupation )
 (Saksi mestilah Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan
dan Profesional/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung/
Ketua Kaum)
AKUAN IBU/BAPA/PENJAGA
Saya *ibu/bapa/penjaga pelajar yang tersebut di atas bersetuju dan berjanji bahawa kami
tidak akan membuat bantahan atas sebarang tindakan yang diambil oleh Politeknik Merlimau,
terhadap anak/jagaan saya berhubung dengan kes-kes pelanggaran peraturan-peraturan
bertulis Politeknik Merlimau dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta 174)
serta pindaan-pindaannya.
Disahkan Oleh: Disaksikan Oleh:
…………………………................ ……….............................................
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga* Tandatangan saksi
Nama : ……………………... Nama : .................................
Nombor KP: ………………..…..... Nombor KP: ………………............
Cop rasmi jawatan
(Official stamp of Occupation )
* Potong yang tidak berkenaan.
 (Saksi mestilah Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan
dan Profesional/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung/
Ketua Kaum)
HHPBK4
KEBENARAN BIUS (ANAESTHESIA) DAN PEMBEDAHAN
KEBENARAN BIUS (ANAESTHESIA) DAN PEMBEDAHAN
Pengarah,
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Saya ………………………………………………………………………………………
(Nama Bapa/Ibu/Penjaga) *
Nombor Kad Pengenalan : …………………………………bapa/ibu/penjaga * kepada pelajar
bernama ……………………………………………………………yang ditawarkan
pengajian/sedang belajar di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, dengan ini
memberi kuasa kepada tuan untuk menandatangi kebenaran bagi pihak saya jika pada
pandangan doktor dan calon ini memerlukan rawatan bius (anesthesia) atau/dan
pembedahan, sedangkan saya tidak dapat hadir pada masa yang diperlukan.
Saya juga tidak akan mendakwa atau mengambil sebarang tindakan terhadap Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan yang
timbul daripada prosedur tersebut.
Dalam masa kecemasan, pihak tuan boleh menghubungi saya sepertimana maklumat berikut
:-
a. Telefon rumah
b. Telefon pejabat
c. Telefon Bimbit
d. Telefon waris/jiran
e. Telefon Balai Polis/
Ketua Kampung/Penggawa *
Disahkan Oleh: Disaksikan Oleh:
…………………………................ ……….............................................
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga* Tandatangan saksi
Nama : ……………………... Nama : .................................
Nombor KP: ………………..…..... Nombor KP: ………………............
Cop rasmi jawatan
* Potong yang tidak berkenaan. (Official stamp of Occupation )
 (Saksi mestilah Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan
dan Profesional/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung/
Ketua Kaum)
HHPBK5
LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
(REPORT OF HEALTH EXAMINATION)
Lekatkan
Gambar
Anda Yang
Terkini
BAHAGIAN A : ( Untuk dilengkapkan oleh pemohon/To be completed by candidate)
Nama Penuh /Full Name
No. Kad Pengenalan/Identity Card No. Tarikh Lahir/Birth Date Umur/Age
- - / / Tahun/Ye
ars
Lelaki/Male Perempuan/Female Bujang/Single Kahwin/Married
Kursus Pengajian/Course of Study
Nama Penuh Politeknik/Full Name of Polytechnic
Nama Penuh Penjaga/Full Name of Guardian
Alamat Surat Menyurat/Postal Address
No. Telefon Rumah/House Telephone No. No. Telefon Pejabat/Office Telephone
No.
- -
No. Telefon Bimbit/Hand-phone No.
-
HHPBK5
LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
BAHAGIAN B: (Untuk dilengkapkan oleh pemohon. Sila tandakan √ dalam kotak berkenaan /
To be completed by candidate. Please tick √ the relevant box )
PENGAKUAN PERIHAL PENYAKIT SENDIRI DAN KELUARGA (Certification of Own And
Family Illness)
Jenis Penyakit/Ailments or illness Sendiri Keluarga Kalau “ada” nyatakan rawatan yang
(Self) (Family) diterima
If “yes” please state treatment
received
Penyakit Teruk (Serious Illness)
Pembedahan (Surgery)
Batuk Kering (Tuberculosis)
Kencing Manis (Diabetes)
Penyakit Otak (Mental Illness)
Penyakit Jantung(Heart Disease)
Lelah(Athma)
Alahan/Allergy
Penagihan Dadah(Drug Addiction)
HIV(AIDS)
Kanser(Cancer)
Buah Pinggang(Kidney Disease)
Kecacatan Anggota(Deformities)
Lain-lain Penyakit(Others)
Saya dengan ini mengaku segala maklumat yang dilengkapkan di Bahagian A dan B adalah benar.
(I h


Use: 0.0913