• SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN ...


  •   
  • FileName: MohammadFaizSallehMFSKSM2007TTT.pdf [read-online]
    • Abstract: Pengurusan acara pertandingan dalam sesuatu kejohanan sukan merupakan ... Pengurusan acara pertandingan sebelum ini adalah dengan menggunakan kaedah ...

Download the ebook

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PONTIAN
MOHAMMAD FAIZ BIN SALLEH
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Sains
(Teknologi Maklumat - Pengurusan)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2007
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Sains (Teknologi Maklumat – Pengurusan)
Tandatangan : …………………………
Nama Penyelia : PM Dr. Naomie bt Salim
Tarikh : 3 April 2007
iii
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISυ
JUDUL : SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN KEJOHANAN
OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH
DAERAH PONTIAN
SESI PENGAJIAN : 2006/2007
Saya MOHAMMAD FAIZ BIN SALLEH
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :-
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesisi ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( 3 )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
2015D RUMAH GURU
SMK SRI TANJUNG PM. DR. NAOMIE BT SALIM
82200 BENUT, PONTIAN Nama Penyelia
Tarikh : Tarikh : 3 April 2007
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penulis : MOHAMMAD FAIZ BIN SALLEH
Tarikh : 3 April 2007
v
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada penyelia projek ini, Prof. Madya Dr. Naomie bt Salim atas bimbingan dan
dorongan yang diberi sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.
Kerjasama daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pontian terutamanya
kepada Penyelia Kanan Sukan, En Abdul Rahman bin Murad diucapkan jutaan
terima kasih. Tidak lupa juga kepada En. Ramlan bin Jamaluddin dan En. Mohamad
Fauzee bin Ramli yang banyak membantu dalam menjayakan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
vi
ABSTRAK
Pengurusan acara pertandingan dalam sesuatu kejohanan sukan merupakan
salah satu elemen penting yang menjadi penanda aras bagi menentukan kejayaan
penganjuran kejohanan tersebut. Pihak pengurusan yang bertanggungjawab dalam
penganjuran sesuatu kejohanan sukan perlulah memastikan aspek berkenaan menjadi
keutamaan mereka dalam menjayakan kejohanan tersebut. Dengan kemajuan dalam
bidang teknologi maklumat, pihak pengelola perlulah menggunakan segala
kemudahan yang terdapat untuk membantu mereka dalam melaksanakan pengurusan
acara pertandingan. Menyedari hakikat ini, projek ini telah diilhamkan untuk
membantu pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pontian dalam pengendalian kejohanan
olahraga tahunan mereka. Proses kerja yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas
kejohanan perlu dilakukan dengan cekap dan berkesan supaya memuaskan hati
semua pihak yang terlibat, terutamanya peserta dan pasukan yang bertanding.
Pengurusan acara pertandingan sebelum ini adalah dengan menggunakan kaedah
manual yang melibatkan penggunaan tenaga manusia dan masa yang banyak.
Keutamaan utama projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem aplikasi yang
dapat membantu pihak pengurusan dalam pengelolaan acara pertandingan. Sistem
aplikasi ini akan mengurangan penggunaan tenaga manusia dan masa melalui
pengautomasi dan penambahbaikan dalam proses kerja sedia ada. Sistem aplikasi
yang akan dibangunkan adalah berasaskan web dan akan membantu pihak
pengurusan, antaranya dalam urusan pendaftaran, penyusunan peserta, pemprosesan
keputusan dan penjumlahan mata dan pingat. Perlaksanaan sistem aplikasi ini akan
menggunakan peralatan teknologi maklumat yang telah sedia terdapat di Pejabat
Pelajaran Daerah Pontian dan sekolah-sekolah di bawah pentadbirannya. Tiada
peralatan baru yang diperlukan dalam perlaksanaan aplikasi ini. Dengan penggunaan
sistem aplikasi ini, diharapkan pengurusan bagi kejohanan olahraga ini akan dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan dan dapat mencapai matlamatnya.
vii
ABSTRACT
Management of competition events in a sports tournament is one of the
important elements that become a benchmark to determine the success of the
tournament. The management team that responsible in organizing the tournament
must ensure that aspect become their priority during the tournament. With the
advancement in the information technology area, the organizer must utilize all the
facilities to assist them in the implementation of the competition management.
Realizing that situation, this project has been initiated to facilitate Pontian Education
District Office in the management of their annual athletics meet. The business
processes before, during and after the meet must be handled effectively and
efficiently to satisfy all the parties, especially the athletes and the teams. The
management of the competition events before this was done manually and involves a
huge usage of human resources and time. The priority of this project is to develop an
application system that will assist the management in organizing the meet. The
application system will reduce the usage of human resources and time significantly
by automation and improvement in the present business processes. The application
system is a web base and will help the management, for examples in the registration
process, arrangement of athletics, results process and the sum of points and medals.
The implementation of the system will utilize the information technology equipment
that exist in Pontian Education District Office and the schools that under its
administrative. No new equipment needed during the implementation. By using the
application system, it is expected that the management of the athletics meet will be
carried out effectively and achieve its objectives successfully.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
Abstrak vi
Abstract vii
Kandungan viii
Senarai Jadual xiii
Senarai Rajah xiv
Senarai Lampiran xv
Senarai Singkatan Nama xvi
1 PENGENALAN PROJEK
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakan Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Skop Projek 6
1.6 Kepentingan Projek 7
1.7 Ringkasan Bab 8
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 9
2.2 Olahraga 11
2.2.1 Acara Olahraga 12
2.2.2 Kejohanan Olahraga 14
2.2.3 Pegawai Olahraga 16
2.2.4 Format Pertandingan 19
2.2.5 Penyusunan Peserta 22
2.3 Teknologi Wireless LAN 24
2.3.1 Variasi 802.11 25
2.3.2 Kelebihan dan Kelemahan WLAN 26
ix
2.3.3 Lain-lain WLAN 28
2.4 Aplikasi Berasaskan Web 30
2.4.1 Kelebihan Aplikasi Web 31
2.4.2 PHP Hypertext Preprocessor 32
2.4.3 Pelayan Web Apache 33
2.4.4 Perbincaangan 34
2.5 Sistem Pengendalian Sukan Sedia Ada 34
2.5.1 Meet Manager 35
2.5.2 SPPPBNS 37
2.5.3 Sistem Kejohanan Olahraga MSSD Segamat 38
2.5.4 Perbincangan 40
2.6 Ringkasan Bab 42
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 43
3.2 Perancangan Kajian 43
3.3 Pendekatan Kajian 44
3.4 Langkah-langkah Pembangunan Projek 46
3.4.1 Pemilihan Tajuk 48
3.4.2 Menulis Proposal 48
3.4.3 Kajian Awal 48
3.4.5 Analisa Hasil Kajian Awal 49
3.4.6 Pembangunan Sistem 49
3.4.7 Pengujian Sistem 49
3.4.8 Penulisan Laporan Akhir 50
3.5 Metodologi Pembangunan Projek 50
3.5.1 Model Prototaip 51
3.5.2 Aktiviti Dalam Model Prototaip 53
3.5.3 Justifikasi Pemilihan Model Prototaip 56
3.6 Penjadualan Projek 57
3.7 Keperluan Perkakasan dan Perisian 57
3.8 Ringkasan Bab 59
x
4 REKABENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan 60
4.2 Latar Belakang Organisasi 60
4.2.1 Objektif Organisasi 61
4.2.2 Struktur Organisasi 62
4.3 Latar Belakang Kejohanan Olahraga MSSD Pontian 62
4.3.1 Struktur Organisasi Kejohanan 63
4.3.2 Peraturan dan Tatacara Kejohanan 65
4.4 Data Model dan Proses Sedia Ada (As-Is) 74
4.4.1 Rajah Aktiviti 75
4.4.2 Rajah Peristiwa 75
4.4.3 Rajah Kelas 77
4.4.4 Rajah Jujukan 77
4.5 Keperluan Pengguna 78
4.6 Data Model dan Rekabentuk Sistem Cadangan (To-Be) 79
4.6.1 Rajah Peristiwa Sistem Cadangan 79
4.6.2 Rajah Kelas 81
4.6.3 Rajah Jujukan 81
4.6.4 Rajah Aktiviti 81
4.7 Rekabentuk Fizikal 81
4.7.1 Rekabentuk Pangkalan Data 82
4.7.2 Rekabentuk Antaramuka 82
4.7.3 Modul Sistem 83
4.7.3.1 Modul Umum 83
4.7.3.2 Modul Pendaftaran Peserta 84
4.7.3.3 Modul Urusetia 85
4.7.3.4 Modul Hakim 87
4.7.3.5 Modul Juruacara 89
4.7.3.6 Modul Jawatankuasa Pemilihan 89
4.7.4 Senibina Sistem (Fizikal) 90
4.7.4.1 Senibina Sistem (Pendaftaran) 90
4.7.4.2 Senibina Sistem (Pengendalian Acara) 90
4.8 Keperluan Perkakasan 91
4.9 Ringkasan Bab 92
xi
5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan 93
5.2 Pendekatan Pengkodan 93
5.2.1 Pengkodan Penjumlahan Mata dan Pingat 94
5.2.2 Pengkodan Susunan Peserta 96
5.3 Pengujian 97
5.3.1 Pengujian Fungsi 98
5.3.1.1 Fungsi Login 98
5.3.1.2 Fungsi Membuat Susunan Acara 100
5.3.1.3 Fungsi Mengedit Susunan Peserta 104
5.3.1.4 Fungsi Masukkan Keputusan (acara padang) 107
5.3.1.5 Fungsi Memproses Keputusan 109
5.3.1.6 Fungsi Pendaftaran 117
5.3.2 Pengujian Penerimaan Pengguna 121
5.4 Manual Pengguna 123
5.4.1 Pentadbir 123
5.5 Ringkasan Bab 131
6 STRATEGI ORGANISASI
6.1 Pengenalan 132
6.2 Pelancaran Sistem 132
6.3 Perubahan Pengurusan 134
6.4 Pelan Pemindahan Data 135
6.5 Perancangan Latihan 136
6.6 Faedah Kepada Organisasi 137
6.7 Ringkasan Bab 140
7 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
7.1 Pengenalan 141
7.2 Pencapaian 141
7.3 Kekangan dan Cabaran 142
7.4 Batasan Sistem 143
7.4 Penutup 145
xii
RUJUKAN 146
LAMPIRAN A-S 149-206
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Senarai acara balapan 13
2.2 Senarai acara padang 13
2.3 Senarai acara dekatlon dan pentatlon 14
2.4 Tanda hasil lompatan bagi acara lompat tinggi 21
dan lombol bergalah
2.5 Penempatan peserta mengikut separuh akhir 23
2.6 Penyusunan peserta secara selang seli 24
3.1 Senarai perisian 58
4.1 Kategori pertandingan sekolah menengah dan 66
sekolah rendah
4.2 Bilangan maskimum acara yang boleh diambil 68
4.3 Contoh penyusunan peserta peringkat akhir 68
4.4 Contoh penyusunan peserta peringkat separuh 69
akhir
4.5 Pemilihan peserta ke peringkat akhir 69
4.6 Penentuan lorong peringkat akhir 71
4.7 Peruntukan mata mengikut kedudukan peserta 71
peringkat akhir
4.8 Penerangan Ringkas Rajah Jujukan 77
5.1 Pengkodan penjumlahan mata dan pingat 94
5.2 Pengkodan penyusunan peserta 96
5.3 Senarai pengguna yang diuji 98
5.4 Perbandingan pungutan mata dan pingat (1) 112
5.5 Perbandingan pungutan mata dan pingat (2) 116
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Rangka kerja kajian literatur 10
2.2 Kemasukan keputusan sistem Meet Manager (1) 36
2.3 Kemasukan keputusan sistem Meet Manager (2) 37
3.1 Rangka kerja projek 47
3.2 Model Prototaip (Dennis et al, 2005) 52
4.1 Struktur organisasi Jawatankuasa Pengelola 63
4.2 Pergerakan Borang Keputusan Rasmi 73
4.3 Rajah Peristiwa Sistem Sedia-Ada 76
4.4 Rajah Peristiwa Sistem Cadangan 80
4.5 Rekabentuk antaramuka halaman utama sistem 83
4.6 Senibina Fizikal Sistem (Urusan Pendaftaran) 90
4.7 Senibina Fizikal Sistem (Pengendalian Acara) 91
5.1a-d Rajah pengujian fungsi login 99-100
5.2a-i Rajah untuk pengujian fungsi susunan acara 100-103
5.3a-h Rajah untuk pengujian fungsi edit susunan acara 104-107
5.4a-e Rajah untuk pengujian fungsi masuk keputusan 107-109
5.5a-p Rajah untuk pengujian fungsi proses keputusan 110-116
5.6a-h Rajah untuk pengujian fungsi pendaftaran 117-120
5.7a-b Pengujian penerimaan pengguna 122
5.8a-e Rajah manual pentadbir 124-126
5.9a-c Rajah konfigurasi pangkalan data 127-128
5.10a-b Rajah konfigurasi rangkaian WLAN 129-130
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Acara sukan dan permainan dalam MSSM 149
B Pelan lakaran padang SMK Dato Ali Hj Ahmad 150
C Carta Gantt 152
D Carta organisasi PPD Pontian 154
E Senarai sekolah menengah dan zon yang 155
bertanding dalam Kejohanan Olahraga MSSD
Pontian
F Senarai acara pertandingan mengikut peringkat 158
dan kategori
G Borang-borang Pertandingan 159
H Rajah Aktiviti Sistem Sedia-Ada 165
I Penerangan Rajah Peristiwa Sistem Sedia-Ada 166
J Rajah Kelas Sistem Sedia-Ada 175
K Rajah Jujukan Sistem Sedia-Ada 176
L Penerangan Rajah Peristiwa Sistem Cadangan 181
M Rajah Kelas Sistem Cadangan 192
N Rajah Jujukan Sistem Cadangan 193
O Rajah Aktiviti Sistem Cadangan 199
P Rekabentuk Pangkalan Data 200
Q Contoh Cetakan Laporan 205
R Borang Pengujian Penerimaan Pengguna 209
S Senarai fail 210
xvi
SENARAI SINGKATAN NAMA
SINGKATAN NAMA PENUH
MSSD Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah
PPD Pejabat Pelajaran Daerah
IAAF International Association of Athletics Federation
KOAM Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
RFID Radio Frequency Identification
LAN Local Area Network
WLAN Wireless Local Area Network
WPAN Wireless Personal Area Network
PDA Personal Digital Assistant
BAB 1
PENGENALAN PROJEK
1.1 Pengenalan
Pengelolaan acara sukan yang cekap dan berkesan adalah elemen terpenting
dalam penganjuran sesuatu kejohanan sukan. Dalam era teknologi maklumat yang
berkembang pesat pada masa kini, penggunaan teknologi dalam bidang pengurusan
sukan akan dapat melancarkan dan mempercepatkan lagi proses pengurusan sesuatu
kejohanan sukan. Ini akan dapat meningkatkan minat dan sokongan terhadap mereka
yang terlibat dalam bidang tersebut. Antara tanggungjawab penganjur sesuatu
kejohanan sukan, menurut Hernandez (2002), adalah memberikan mereka yang
sangat berminat dalam bidang sukan kepuasan sepenuhnya kepada penganjuran yang
dilakukan secara profesional.
Bagi membolehkan penganjuran kejohanan dijalankan dengan jayanya,
penggunaan kemudahan ICT adalah tidak dapat dielakkan pada masa kini. Potensi
penggunaan komputer yang terbesar dalam penganjuran sesuatu kejohanan sukan
adalah dalam penjadualan and pengiraan kedudukan dalam satu kejohanan yang
besar dan melibatkan banyak pasukan yang bertanding (Horine dan Stotlar, 2004).
Kejayaan dalam penganjuran sesuatu kejohanan sukan akan meningkatkan
imej serta memartabatkan mereka yang terlibat dalam menjayakan sesuatu kejohanan
itu. Menurut Forsythe dan Keller (1972), pengurusan acara-acara pertandingan yang
terlibat adalah penanda aras bagi menentukan pentadbiran keseluruhan program
kejohanan sukan yang dijalankan.
2
1.2 Latarbelakang Masalah
Pejabat Pelajaran Daerah Pontian (PPD Pontian) telah menganjurkan
kejohanan olahraga peringkat daerah pada setiap tahun sejak 39 tahun yang lalu.
Kejohanan yang diadakan ini adalah acara utama dalam kalendar program sukan di
peringkat daerah. Untuk menguruskan kejohanan ini berbagai jawatankuasa telah
ditubuhkan. Antara jawatankuasa yang terpenting adalah bahagian yang
mengendalikan acara pertandingan iaitu adalah Urusetia Pertandingan.
Bahagian ini akan menguruskan semua aspek yang berkaitan dengan soal
pengurusan acara-acara yang dipertandingkan bermula dari pendaftaran peserta
sehinggalah mengedarkan keputusan setiap acara dan keputusan keseluruhan
pertandingan. Proses ini melibatkan banyak penggunaan tenaga manusia dan
mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Antara tugasan yang perlu disiapkan
oleh jawatankuasa ini adalah pengendalian pendaftaran, menyusun susunan peserta,
dan pembahagian lorong peserta. Semua maklumat yang tersebut akan digunakan
untuk menghasilkan buku pertandingan dan diisi ke dalam borang-borang yang akan
digunakan semasa hari pertandingan. Semua kerja-kerja ini perlu disiapkan sebelum
bermulanya sesuatu kejohanan dan tempoh masa yang diperlukan pada kebiasaannya
adalah selama 2 minggu dan melibatkan 10 tenaga manusia.
Semasa pertandingan pula, untuk memproses satu keputusan acara
pertandingan bermula dari acara tersebut selesai dijalankan sehinggalah keputusan
tersebut diterima oleh pengurus pasukan juga memakan masa yang lama. Di samping
itu, proses pengiraan mata dan pingat yang melibatkan pasukan-pasukan yang
bertanding juga perlu dilakukan. Semua proses yang diterangkan di atas juga
memerlukan guna tenaga yang ramai dan mengambil masa yang lama.
Pada masa ini, semua kerja-kerja yang disebutkan di atas dilakukan secara
manual. Maklumat bagi borang pertandingan akan diisi menggunakan tangan atau
mesin taip ke dalam borang-borang yang formatnya telah disediakan. Jika
menggunakan komputer, borang-borang itu dihasilkan dengan memasukkan nama-
3
nama peserta ke dalam format borang yang telah disediakan dalam komputer,
biasanya menggunakan perisian Microsoft Excel.
Semasa kejohanan berlangsung, bahagian statistik pertandingan akan mengira
pungutan pingat dan mata yang diperoleh oleh setiap pasukan dan peserta yang
berjaya. Kerja-kerja ini dikendalikan oleh ramai tenaga manusia iaitu sehingga 20
orang. Sekali lagi semua pengiraan statistik ini dilakukan secara manual. Tugas ini
adalah amat kritikal, di mana sedikit kesilapan boleh menyebabkan keputusan
sesuatu kejohanan itu berubah dan menjadi tidak tepat. Ini akan menimbulkan
bantahan daripada pasukan-pasukan yang bertanding. Proses untuk mencari di mana
kesilapan itu berlaku dan membetulkannya juga akan mengambil masa yang lama.
Keputusan rasmi sesuatu acara pertandingan adalah satu maklumat yang
sangat penting bagi pasukan-pasukan yang bertanding. Pada masa ini, keputusan
rasmi hanya boleh diperoleh dari pengumuman oleh juruacara kejohanan dan edaran
keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pencatat dan Perakam. Pengumuman oleh
juruacara adalah secara lisan dan sukar diingati oleh pasukan-pasukan yang terlibat.
Manakala edaran keputusan rasmi akan mengambil masa untuk disiapkan. Tambahan
pula, untuk acara padang, keputusan semasa bagi acara yang sedang dijalankan tidak
akan diketahui oleh semua pihak sehinggalah keputusan rasmi acara tersebut
diumumkan. Ini menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka yang terlibat dalam
sukan kerana tidak dapat mengikuti perkembangan sesuatu acara itu secara masa-
nyata.
Masalah komunikasi antara pegawai-pegawai yang bertugas semasa
kejohanan berlangsung juga berlaku. Pada masa ini, kaedah komunikasi antara
pegawai-pegawai yang bertugas adalah menggunakan runners. Sistem komunikasi
ini adalah kurang berkesan dan lambat kerana runners perlu bergerak dari satu lokasi
ke satu lokasi untuk menyampaikan maklumat kepada pegawai yang berkenaan.
Kaedah ini juga boleh menyebabkan maklumat yang diterima tidak tepat kerana
menggunakan pihak ketiga untuk menyampaikan maklumat.
4
Selepas sesuatu kejohanan itu berakhir, terdapat satu jawatankuasa yang
bertugas bagi membuat pemilihan peserta-peserta yang akan dibawa untuk
bertanding ke peringkat negeri. Jawatankuasa ini dinamakan Jawatankuasa
Pemilihan. Peserta-peserta dipilih adalah peserta-peserta yang menunjukkan prestasi
yang baik semasa kejohanan olahraga peringkat daerah dijalankan. Pemilihan yang
dilakukan perlu dibuat dengan tepat kerana tidak semua peserta yang menang akan
terpilih mewakili peringkat daerah. Ini berdasarkan faktor kewangan yang hanya
membenarkan pihak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Pontian
menghantar peserta dalam bilangan yang terhad.
Pada masa ini, Jawatankuasa Pemilihan hanya berpandukan kepada kriteria
berikut, iaitu: pencapaian peserta semasa pertandingan mestilah mengatasi atau
menyamai pencapaian peserta yang menduduki tempat keempat pada kejohanan
olahraga peringkat negeri tahun sebelumnya. Kriteria inilah yang akan menentukan
samada peserta akan terpilih ke peringkat negeri atau tidak. Kaedah yang digunakan
sekarang ini terdapat kelemahannya. Berikut adalah kemungkinan yang boleh
menyebabkan keputusan pemilihan adalah kurang tepat:
• Pencapaian peserta di kejohanan peringkat negeri pada tahun sebelumnya adalah
sangat baik. Ini menyebabkan tahap kelayakan yang ditetapkan adalah sangat
tinggi dan kemungkinan tiada peserta yang akan layak untuk dipilih walaupun
mempunyai potensi untuk menang pada tahun ini.
• Pencapaian peserta di kejohanan peringkat negeri pada tahun sebelumnya adalah
sangat rendah dan menyebabkan tahap kelayakan yang ditetapkan juga sangat
rendah. Ini akan menyebabkan peserta dapat melayakkan diri dengan mudah.
Dengan itu, kriteria pemilihan yang lebih sesuai perlu diwujudkan untuk
membolehkan tahap kelayakan bagi peserta dikenalpasti dengan lebih baik. Ini akan
membantu Jawatankuasa Pemilihan untuk membuat keputusan dengan lebih tepat
dan memilih peserta yang benar-benar berpotensi untuk menyumbangkan pingat
kepada MSSD Pontian di peringkat negeri.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Merujuk kepada latar belakang masalah, terdapat beberapa
permasalahan yang dikenalpasti terutama sekali kepada pihak PPD Pontian dan
Jawatankuasa bagi Urusetia dan Teknik Pertandingan.
Persoalan yang dibangkitkan ialah
“Bagaimanakah sistem aplikasi kejohanan sukan secara web dapat membantu
Jawatankuasa Urusetia Pertandingan dalam mengendalikan pengurusan acara-
acara kejohanan dengan cepat, tepat dan memuaskan hati semua pihak terlibat?
Untuk menjawab soalan di atas, beberapa soalan tambahan perlu diwujudkan
seperti:
1. Sejauh manakah sistem yang akan dibangunkan dapat mengendalikan urusan
pendaftaran secara atas talian.
2. Adakah sistem yang dibangunkan dapat mengurangkan masa yang diperlukan
oleh Jawatankuasa Urusetia Pertandingan untuk kerja-kerja sebelum
pertandingan?
3. Sejauh manakah bilangan tenaga pekerja yang dapat dikurangkan jika
menggunakan sistem ini berbanding pengendalian secara manual?
4. Adakah perkembangan acara-acara pertandingan dan keputusan acara
pertandingan dapat diketahui oleh semua pihak yang berkenaan semasa
pertandingan sedang berjalan?
5. Sejauh mana sistem ini dapat mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan
diantara pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengendalian acara-acara
pertandingan?
6. Adakah pihak Jawatankuasa Pemilihan dapat melakukan pemilihan peserta
dengan lebih tepat dengan berbantukan sistem ini?
6
1.4 Objektif Projek
Objektif yang ingin dicapai melalui penggunaan sistem ini adalah seperti
berikut:
i. Mengkaji dan menganalisa proses kerja yang dilakukan oleh pihak
Jawatankuasa Urusetia Pertandingan dan Jawatankuasa Statistik bagi
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Pontian.
ii. Merekabentuk sistem maklumat Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Daerah Pontian untuk pengendalian acara-acara pertandingan.
iii. Membangunkan sistem pengendalian acara-acara pertandingan olahraga
berasaskan web bagi membolehkan pihak Jawatankuasa Urusetia
Pertandingan menjalankan kerja-kerja dengan lebih berkesan.
iv. Menilai keberkesanan penggunaan dari segi penggunaan masa dan tenaga
manusia yang boleh dikurangkan dengan menggunakan sistem aplikasi ini.
1.5 Skop Projek
Pembangunan sistem ini mempunyai beberapa skop yang telah dikenalpasti,
antaranya ialah:
i. Kajian bagi projek ini adalah berdasarkan kepada pengelolaan kejohanan
olahraga sekolah-sekolah yang dijalankan di peringkat daerah Pontian.
ii. Sistem ini membolehkan sesiapa sahaja mengakses maklumat berkenaan
kejohanan yang dijalankan tetapi untuk proses pengurusan keputusan
pertandingan, terdapat sekatan untuk pengguna dan hanya boleh dilakukan
oleh mereka yang diizinkan.
iii. Sistem ini akan menyediakan borang-borang pertandingan dan kemasukan
keputusan pertandingan secara web dan boleh diikuti secara masa-nyata.
iv. Pengguna boleh mengakses sistem ini dengan hubungan rangkaian kawasan
setempat secara tanpa wayer (Wireless LAN) dan menggunakan peluncur
web seperti Internet Explorer.
7
1.6 Kepentingan Projek
Tujuan utama projek ini dihasilkan adalah untuk membolehkan pihak Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Daerah Pontian terutamanya pihak Urusetia Pertandingan
mengendalikan kerja-kerja mereka dengan lebih mudah dan lancar. Walau
bagaimanapun, ia juga boleh digunakan oleh daerah-daerah yang lain dalam
mengendalikan kejohanan olahraga mereka. Mereka boleh menggunakan aplikasi ini
asalkan mereka mempunyai format pertandingan yang sama. Begitu juga dengan
negeri-negeri ataupun sekolah-sekolah boleh juga menggunakannya dalam
pengurusan kejohanan di peringkat organisasi masing-masing.
Dengan menggunakan aplikasi ini juga dapat mempertingkatkan penggunaan
bahan-bahan dan peralatan ICT yang terdapat di sekolah-sekolah secara maksimum.
Peralatan seperti komputer riba yang mempunyai keupayaan wireless boleh
digunakan didalam pengendalian kejohanan ini dan tidak hanya digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sahaja.
Aplikasi ini juga akan memberi satu pendekatan baru dalam pengurusan
olahraga sekolah-sekolah. Jika selama ini pengendaliannnya adalah berasaskan
kepada kaedah manual seperti menggunakan borang-borang yang ditulis dengan
tangan ataupun mesin taip, ataupun jika menggunakan komputer, penghasilan
borang-borang tersebut hanyalah ditukarkan kepada bentuk menggunakan perisian
Microsoft Excel. Dengan aplikasi ini boleh dikatakan bahawa penggunaan kertas
akan berada pada tahap yang minimum dan hampir semua proses kerja akan ditukar
ke dalam bentuk digital.
Penggunaan sistem aplikasi ini juga dapat mengurangkan penggunaan
pegawai pertandingan yang diperlukan untuk menjayakan kejohanan ini. Pegawai-
pegawai pertandingan kebanyakkannya diambil dari kalangan guru-guru sekolah.
Dengan pengurangan ini, lebih ramai guru akan berada di sekolah untuk menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Pengurangan ini juga akan
mengurangkan perbelanjaan yang digunakan untuk pegawai-pegawai pertandingan
seperti cenderamata pegawai, makanan, dan minuman. Tambahan lagi, pengurangan
8
ini juga dapat mengurangkan perbelanjaan tuntutan perjalanan pegawai yang dibuat
apabila mereka menjalankan tugas di luar ibu pejabat mereka.
1.7 Ringkasan Bab
Bab ini secara umumnya menjelaskan gambaran dan kaedah yang akan
dilakukan dalam melaksanakan projek ini. Pembangunan sistem ini akan mengikuti
kaedah-kaedah yang dicadangkan supaya projek ini dapat memenuhi matlamat dan
objektif yang ingin dicapai. Dengan mengikuti tatacara dan skop projek, adalah
diharapkan agar projek ini dapat membantu pihak yang berkenaan dalam
menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini akan memfokuskan kepada kajian dan bahan penulisan yang telah
diterbitkan dan menjadikan asas kepada sistem yang akan dibangunkan dalam projek
ini. Kajian ini perlu dilakukan untuk mengenalpasti kaedah-kaedah yang berkaitan,
mengenalpasti masalah-masalah yang akan timbul dan cara mengatasinya atau
mengurangkannya. Kajian ini juga akan membantu dalam pembangunan sistem
secara sistematik dan teratur supaya sistem yang dihasilkan benar-benar berkualiti
dan memberi manafaat kepada penggunanya.
Bab ini akan menumpukan kepada empat perkara yang telah dikenalpasti
dapat membantu pengkaji dalam mendapatkan maklumat tentang sistem yang hendak
dibangunkan. Antara tumpuan kajian dalam bab ini ialah tentang olahraga, teknologi
Wireless LAN, aplikasi web dan kajian mengenai sistem yang telah dibangunkan
sebelum ini ataupun yang telah ada dijual dipasaran. Rangka kerja kajian adalah
seperti ditunjukkan dalam rajah 2.1.
Kejohanan olahraga adalah suatu kejohanan sukan yang agak berbeza dengan
sukan yang lain seperti bola sepak, bola jaring ataupun hoki. Kejohanan olahraga
melibatkan banyak jenis acara yang dijalankan semasa kejohanan berlangsung dan
boleh melibatkan jantina yang berbeza. Lain-lain sukan yang mempunyai ciri-ciri
yang sama dengan olahraga adalah renang, memanah, dan gimnastik. Oleh kerana
kerencaman yang wujud dalam kejohanan olahraga, maklumat yang berkaitan
10
dengan penganjuran, kepegawaian, dan format bagi suatu kejohanan olahraga adalah
sangat diperlukan dalam proses mendapatkan maklumat awal bagi projek ini.
Kajian literatur
Teknologi Sistem pengendalian
Olahraga Aplikasi web
wireless LAN sukan sedia ada
Acara Variasi Kelebihan Meet
aplikasi
olahraga 802.11 web Manager
Kejohanan Kelebihan PHP
& Hypertext SPPPBNS
olahraga kelemahan Preprocessor
Pelayan
Pegawai Lain-lain MSSD
Apache
olahraga WLAN Segamat
Format
Perbincangan
pertandingan
Penyusunan
peserta
Rajah 2.1: Rangka kerja kajian literatur
Satu daripada ciri yang terpenting dalam projek ini adalah penggunaan
teknologi wireless dalam menghubungkan antara satu steysen ke steysen yang lain.
Kajian ini memerlukan pengetahuan dalam bidang teknologi ini terutamanya dalam
menentukan piawaian peralatan yang boleh digunakan dalam komunikasi ini. Ini
11
adalah untuk mengenal pasti bahawa peralatan teknologi yang terdapat di sekolah
seperti komputer riba, titik capaian (access point) dan range extender adalah
memenuhi piawaian yang akan digunakan.
Kajian mengenai aplikasi web pula adalah sangat releven dalam proj


Use: 0.0278