• FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMEROSOTAN DISIPLIN DI ...


  •   
  • FileName: Full_Tesis_shoba.pdf [read-online]
    • Abstract: disiplin pelajar dari segi sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga dan suasana sekolah ... Contohnya, rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran sekolah, pelajar ...

Download the ebook

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMEROSOTAN DISIPLIN
DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI JOHOR
K.SHOBA A/P C. KARUPPAYA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMEROSOTAN DISIPLIN DI
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya K.SHOBA A/P C. KARUPPAYA
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan kertas projek( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik kertas projek adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek
bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka.
4. Kertas projek hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah
mengikut kadar yang dipersetujui kelak.
5. *Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan kertas projek ini
sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.
6. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: No 90 Jalan Lading 1, Prof.Madya Dr.Hj. Azizi Hj Yahaya
Taman Puteri Wangsa, Nama Penyelia
81800 Ulu Tiram, Johor Bahru,
Johor
Tarikh: 1 November 2007 Tarikh:
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan
sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)”
Tandatangan : ......................................................
Penyelia : Prof.Madya Dr.Hj. Azizi Hj Yahaya
Tarikh : …………………………………..
Saya akui bahawa tesis bertajuk “Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan
disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor” ini adalah hasil penyelidikan
saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya. Tesis ini tidak pernah diterima bagi mana-mana ijazah atau dihantar
untuk pencalonan mana-mana ijazah..
Tandatangan :....................................................
Nama : K.Shoba a/p C. Karuppaya
Date : 1 November 2007
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMEROSOTAN DISIPLIN
DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI JOHOR
K.SHOBA A/P C. KARUPPAYA
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
1 NOVEMBER 2007
ii
DEDIKASI
Khas buat ayahanda, Karuppaya a/l Chataiyah dan bonda mertua Ambiga Dewi a/p Gowraiah,
suami tercinta Segar a/l Thangavelloo, serta anak-anak yang dikasihi Kabilan Segar, Tharshan Segar,
Yuvan Segar
Pencapaian ke tahap ini berkat doa dan restumu
Buat rakan-rakan seperjuangan Vijayan Madhavannair, Hamzah Unnikutty, Jaan,
Khasturi Arumugam dan Thavamalar Murugaiah.
Abang tersayang Mankuti a/l Karuppaya dan terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar.
Semoga jasa kalian semua diberkati Tuhan.
iii
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, dapat jua
akhirnya saya menyiapkan Projek Sarjana ini sebagai memenuhi keperluan syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan).
Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada
semua guru dan pensyarah yang telah memberikan ilmu dan tunjuk ajar yang
berguna selama ini, Khasnya kepada Prof. Madya Dr. Hj. Azizi bin Yahaya selaku
Penyelia Projek Sarjana ini. Jasa dan budi tuan, hanya Tuhan yang mampu
membalasnya.
Penghargaan dan terima kasih ini juga saya tujukan kepada Prof. Madya
Dr.Othman Mohamad, Tn. Hj. Hassan B. Hushin dan Pn Adibah Bte Abdul Latif di
atas perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri Johor, pihak sekolah, ketua guru-guru disiplin, kaunselor
serta guru-guru yang sedia memberikan kebenaran dan komitmen dalam
menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada suami tersayang, Segar a/l
Thangavelloo yang begitu sabar dan memahami situasi saya. Penghargaan ini juga
ditujukan kepada rakan seperjuangan serta kepada semua yang telah sudi memberikan
kerjasama dan dorongan yang begitu tinggi.
Sekian, terima kasih.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kemerosotan disiplin pelajar dari persepsi guru-guru disiplin dari 20 buah sekolah
menengah di Johor. Seramai 200 orang responden yang terdiri daripada guru-guru
disiplin dari 20 buah sekolah menengah di Johor telah dipilih secara kelompok atas
kelompok. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubahsuai
daripada penyelidik-penyelidik lepas seperti Azhar (2003), Foziah (1999) dan Jumail
(1999). Instrumen soal selidik yang diubahsuai telah mendapat pengesahan daripada
dua orang pensyarah UTM. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat
kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan/ analisis kesahihan. Darjah
kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini
ialah 0.949. Kajian ini dianalisis menggunakan Perisian Statistical Packages For the
Social Science (SPSS) For Windows (Version 15.0) berbentuk statistik deskriptif iaitu
peratusan, kekerapan, sisihan piawai dan min serta statistik inferensi iaitu Ujian t dan
analisis varians (ANOVA). Hasil kajian menunjukkan bahawa jenis masalah-masalah
disiplin iaitu rosakkan harta benda, buli, ponteng dan kurang sopan berada pada
tahap yang tinggi. Kemahiran dalam mengurus disiplin dari persepsi guru disiplin
pun berada pada tahap yang tinggi. Manakala dari persepsi guru disiplin keperluan
latihan untuk guru disiplin dalam menangani disiplin pelajar dan faktor kemerosotan
disiplin pelajar dari segi sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga dan suasana sekolah
berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran
bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengurangkan kemerosotan disiplin pelajar.
Peranan dan kerjasama media massa dengan pihak berkuasa penting dalam
membantu menangani masalah disiplin pelajar.
v
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine factors affecting the deterioration of
student’s decipline from the perception of decipline’s teacher from 20 secondary
schools in Johore. The sample of study includes 200 discipline teachers from 20
secondary schools in Johore were chosen respondents through cluster on cluster
sampling.The data were collected using questionnaire.The instrument of this study
was modified from previous researchers Azhar (2003), Foziah (1999) and Jumail
(1999). The questionnaire was validated by two lecturers from UTM. The reliability
(Alfa Cronbach) for this instrument used in this research is 0.949. The data in this
research was analysed using Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For
Windows (Version 15.0). The descriptive statistic such as percentage, frequency,
means, standard deviation, inference statistic using the t- test and analysis of variance
(ANOVA) were used in this research. Results obtained shown that vandalisme, bully,
truant, lack of manner and the skill in handling the discipline were in high level from
the perception of discipline’s teachers. Meanwhile, in terms of training for the
discipline’s teachers in order to handle the problem, and deterioration factors of
student’s disciplines such as attitude, friends, family and school environment were
in average level. As a conclusion, the Ministery of Education need to be cooperative
with the school in order to reduce the students discipline deterioration. The role and
cooperation from the mass media is essential in curbing the discipline problems of
the students.
.
vi
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN PENGAKUAN
HALAMAN JUDUL i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI APENDIKS xvii
1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang masalah 6
1.2 Penyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 9
1.3.1 Objektif Am 9
1.3.2 Objektif Khas 9
1.4 Persoalan Kajian 11
1.5 Hipotesis Kajian 12
1.6 Rasional Kajian 14
vii
1.7 Kepentingan Kajian 15
1.8 Skop Kajian 16
1.9 Batasan Kajian 16
1.10 Definisi Istilah 17
1.10.1 Kemerosotan 17
1.10.2 Disiplin 18
1.10.3 Pelajar 18
1.10.4 Rakan Sebaya 19
1.10.5 Persekitaran 19
1.10.6 Keluarga 20
1.10.7 Suasana Sekolah 21
1.10.8 Guru 21
1.10.9 Kemahiran 22
1.10.10Peranan Guru Disiplin 22
1.10.11 Jantina 23
1.10.12 Kemahiran Mengurus Disiplin 24
1.10.13 Keperluan latihan 25
2 SOROTAN KAJIAN 26
2.0 Pengenalan 26
2.1 Masalah Disiplin 26
2.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan 28
Disiplin Pelajar
2.2.1 Faktor Sikap Pelajar 28
2.2.2 Faktor Rakan Sebaya 30
2.2.3 Faktor Keluarga 33
2.2.4 Faktor Suasana Sekolah 36
2.2.5 Faktor Persekitaran 38
2.2.6 Faktor Guru 39
2.2.7 Kemahiran Mengurus Disiplin 42
2.2.8 Keperluan Latihan 45
2.2.9 Jantina 46
2.3 Masalah Disiplin Kini 47
2.4 Teori-teori Kemerosotan Disiplin 51
viii
2.4.1 Teori Hirarki Keperluan Maslow 51
2.4.2 Teori konsep kendiri 53
2.4.3 Teori Pertukaran sosial 55
2.5 Teori Pembelajaran Sosial Oleh Bandura Sebagai 57
Model Kajian
2.5.1 Kerangka Model Kajian 57
2.6 Aplikasi Teori Pembelajaran Sosial bandura 58
2.6.1 Dalam Bidang Pendidikan 58
2.7 Kemerosotan disiplin (Kajian tempatan) 60
2.8 Kemerosotan Displin (Kajian Luar Negara) 62
2.9 Kesimpulan 63
3 METODOLOGI 64
3.0 Pengenalan 64
3.1 Rekabentuk Kajian 64
3.2 Tempat Kajian 65
3.3 Subjek Kajian 67
3.3.1 Populasi 67
3.3.2 Sampel Kajian 67
3.4 Instrumen Kajian 68
3.5 Kadar Pulangan Borang Soal Selidik 70
3.6 Kalian Rintis 71
3.7 Prosedur Kajian 72
3.8 Analisis Data 73
4 DAPATAN KAJIAN 78
4.1 Pengenalan 78
4.2 Demografi Kajian 79
4.3 Persoalan Kajian 1 : Apakah Faktor Yang Paling Dominan 82
Yang Menyebabkan Kemerosotan Disiplin Iaitu Sikap
Pelajar, Rakan Sebaya, Keluarga, Suasana Sekolah,
Guru dan Persekitaran
ix
4.3.1 Apakah faktor yang paling dominan yang
menyebabkan kemerosotan disiplin iaitu
sikap pelajar 82
4.3.1.1 Taburan tahap kemerosotan disiplin 85
bagi sikap pelajar
4.3.2 Apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan 85
kemerosotan disiplin iaitu rakan sebaya
4.3.2.1 Taburan tahap kemerosotan disiplin bagi rakan
sebaya 89
4.3.3 Apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan
kemerosotan disiplin iaitu keluarga 89
4.3.3.1 Taburan tahap kemerosotan disiplin bagi keluarga 93
4.3.4 Apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan
kemerosotan disiplin iaitu suasana sekolah 93
4.3.4.1 Taburan tahap kemerosostan disiplin bagi suasana
sekolah 97
4.3.5 Apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan
kemerosotan disiplin iaitu guru 97
4.3.5.1 Taburan tahap kemerosotan disiplin bagi guru 101
4.3.6 Apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan
kemerosotan disiplin iaitu persekitaran 101
4.3.6.1 Taburan tahap kemerosotan disiplin bagi
Persekitaran 105
4.4 Persoalan kajian 2 : Apakah persepsi guru disiplin terhadap
kemahiran dalam mengurus disiplin 105
4.4.1 Apakah persepsi guru disiplin dalam mengurus disiplin 106
4.4.2 Taburan tahap persepsi guru disiplin terhadap kemahiran
dalam mengurus disiplin 109
4.5 Persoalan kajian 3 : Apakah persepsi guru disiplin terhadap
keperluan latihan untuk guru disiplin dalam menangani
disiplin pelajar 109
4.5.1 Apakah persepsi guru disiplin terhadap keperluan latihan
untuk guru disiplin dalam menangani disiplin pelajar 110
x
4.5.2 Taburan tahap persepsi guru disiplin dalam
menangani disiplin pelajar 113
4.6 Persoalan kajian 4 : Apakah masalah-masalah disiplin dari
persepsi guru disiplin 113
4.6.1 Apakah masalah-masalah disiplin dari persepsi
guru disiplin 114
4.6.2 Taburan tahap masalah-masalah disiplin dari persepsi
guru disiplin 117
4.7. Kesimpulan analisis taburan min terhadap faktor-faktor
yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar dari
persepsi guru-guru disiplin dari empat buah sekolah
menengah di Johor Bahru 117
4.8 Persoalan Kajian 5 : Adakah terdapat perbezaan yang
signifikanantara faktor-faktor kemerosotan disiplin
pelajar iaitu sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga,
guru, suasana sekolah dan persekitaran mengikut
jantina 118
4.9 Persoalan kajian 6 : Adakah terdapat perbezaan
signifikan antara persepsi guru disiplin terhadap
kemahiran dalam mengurus disiplin pelajar
mengikut jantina 125
4.10 Persoalan kajian 7 : Adakah terdapat perbezaan
signifikan antara keperluan latihan untuk guru
disiplin dalam menangani disiplin pelajar
mengikut jantina 126
4.11 Persoalan Kajian 8: Adakah terdapat perbezaan
signifikan antara persepsi guru disiplin terhadap
masalah-masalah disiplin mengikut jantina 127
5 ULASAN DAN CADANGAN 128
5.1 Pengenalan 128
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 128
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 129
xi
5.2.2 Objektif 1: Mengenalpasti masalah masalah disiplin
yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah
dari persepsi guru disiplin 131
5.2.3 Objektif 2: Mengenalpasti persepsi guru
disiplin terhadap kemahiran dalam menguruskan disiplin
pelajar 133
5.2.4 Objektif 3: Mengenalpasti keperluan latihan
yang diperlukan oleh guru disiplin dalam
menangani masalah disiplin pelajar
yang makin merosot 135
5.2.5 Objektif 4: Mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan
pelajar sekolah menengah 136
5.3 Perbincangan hasil kajian perbezaan yang
menyebabkan masalah kemerosotan disiplin
di kalangan pelajar sekolah menengah
mengikut jantina 140
5.4 Rumusan 147
5.4.1 Rumusan Faktor Perbezaan dengan Hipotesis 147
5.5 Cadangan Penyelidik 148
5.6 Cadangan Lanjutan 151
5.7 Kesimpulan 152
RUJUKAN 156
LAMPIRAN 176
xii
SENARAI JADUAL
NO. HALAMAN
TAJUK
JADUAL
2.1 Jenis-jenis Masalah Disiplin Sekolah 48
2.2 Kes Salah laku Di Sekolah 49
2.3 Kes Pelanggaran Peraturan Disiplin Di sebuah 50
Sekolah Di Melaka
3.1 Taburan sekolah Bagi Setiap Daerah 67
3.2 Jadual Penentuan saiz Sampel 69
3.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 70
3.4 Skala Likert Dalam kajian 71
3.5 Kadar Pulangan Borang Soal Selidik 71
3.6 Pekali Alpha Cronbach 72
3.7 Skala Tahap 74
3.8 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 75
4.2.1 Taburan Kekerapan dan peratusan responden 78
mengikut jantina
4.2.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut 78
kaum
4.2.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut 79
lokasi
4.2.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut 79
agama
4.2.5 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut 80
umur
xiii
4.2.6 Taburan kekerapan dan peratus responden mengikut 80
pendapatan
4.3.1 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus, 84
sisihan piawai dan min bagi faktor dominan sikap
pelajar
4.3.1.1 Tahap kemerosotan disiplin mengikut sikap pelajar 85
4.3.2 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus, 88
sisihan piawai dan min bagi faktor dominan rakan
sebaya
4.3.2.1 Tahap kemerosotan disiplin mengikut rakan sebaya 89
4.3.3 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus, 92
sisihan piawai dan min bagi faktor dominan keluarga
4.3.3.1 Tahap kemerosotan disiplin mengikut keluarga 93
4.3.4 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus, 96
sisihan piawai dan min bagi faktor dominan suasana
sekolah
4.3.4.1 Tahap kemerosotan disiplin mengikut suasana sekolah 97
4.3.5 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus, 100
sisihan piawai dan min bagi faktor dominan guru
4.3.5.1 Tahap kemerosotan disiplin mengikut guru 101
4.3.6 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus, 104
sisihan piawai dan min bagi faktor dominan
persekitaran
4.3.6.1 Tahap kemerosotan disiplin mengikut persekitaran 105
4.4.1 Analisis taburan responden mengikut kekerapan, 108
peratus, sisihan piawai dan min dalam mengurus
disiplin
4.4.2 Taburan responden mengikut tahap persepsi guru 109
disiplin terhadap kemahiran dalam mengurus disiplin
4.5.1 Analisis Responden Mengikut kekerapan, peratus, 112
Sisihan Piawai dan Min Bagi Persepsi Guru Disiplin
terhadap Keperluan Latihan Untuk Guru Disiplin
Dalam Menangani Disiplin Pelajar
xiv
4.5.2 Taburan Responden Mengikut Tahap Persepsi Guru 113
Disiplin Terhadap Keperluan Latihan Untuk Guru
Disiplin Dalam Menangani Disiplin Pelajar
4.6.1 Analisis Taburan Responden Mengikut kekerapan, 116
peratus, Sisihan Piawai dan Min Bagi Jenis masalah-
masalah disiplin
4.6.2 Taburan responden mengikut tahap masalah-masalah 117
disiplin
4.7.1 Taburan min keseluruhan setiap konstruk 118
4.8.1 Ujian t antara faktor sikap pelajar mengikut jantina 119
(hipotesis Nol 1.1)
4.8.3 Ujian t antara faktor rakan sebaya dengan jantina 120
4.8.4 Ujian t antara faktor keluarga dengan jantina 121
4.8.5 Ujian t antara faktor suasana sekolah dengan jantina 122
4.8.6 Ujian t antara faktor guru dengan jantina 123
4.8.7 Ujian t antara faktor persekitaran dengan jantina 124
4.9.1 Ujian t antara faktor kemahiran mengurus disiplin 125
mengikut jantina
4.10.1 Ujian t antara faktor keperluan latihan dengan jantina 126
4.11.1 Ujian t antara masalah-masalah disiplin mengikut 127
jantina
xv
SENARAI RAJAH
NO.
TAJUK HALAMAN
RAJAH
2.1 Teori Hirarki Keperluan Maslow 52
2.2 Model Kajian Pembelajaran Sosial Bandura 57
xvi
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
ANOVA - Analysis of Variance
SPSS - Statistical Package for Sosial Science
xvii
SENARAI APENDIKS
APENDIKS TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 176
B Borang Pengesahan Soal Selidik 186
C Surat kelulusan dari Jabatan pelajaran bagi 189
Menjalankan kajian
D Surat kelulusan dari Kementerian Pelajaran 190
Malaysia bagi menjalankan Kajian
E Surat pengesahan dari Timbalan Dekan (Pengajian 192
Siswazah dan Penyelidikan) Fakulti Pendidikan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para
pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang
berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan.
Perkataan disiplin merupakan satu perkara yang begitu sinonim dalam kehidupan
kita seharian. Perkataan disiplin ini membawa pengertian yang begitu luas sama ada
pengertian yang negatif ataupun pengertian yang positif. Walau bagaimanapun,
pengertian negatifnya yang sering menjadi tumpuan dan menjadi satu isu yang amat
popular jika ia melibatkan individu atau kumpulan yang rapat dengan masyarakat.
Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
tenteram supaya proses pengajaran dan pepbelajaran dapat dijalankan dengan teratur
dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi
membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Guru
adalah golongan yang perlu memberi pemupukan disiplin pelajar-pelajar berada di
sekolah. Manakala ibu bapa dan masyarakat perlu memupuk disiplin semasa pelajar-
pelajar berada di luar sekolah.
2
Datuk Dr.Abdul Hamid Othman dalam akhbar tempatan (Berita Harian:
15hb.Februari 1994) menegaskan bahawa remaja yang melepak berasal daripada
masyarakat yang mendiami perkampungan bari di sekitar bandar. Suasana dalam
keluarga dan masyrakat tersebut tidak wujud sifat tegur menegur atau nasihat
menasihati antara satu dengan yang lain kerana mereka mempunyai sikap hidup yang
tidak mahu mencampuri hal-hal orang lain.
Disiplin dan kawalan pelajar di sekolah harian adalah bersesuaian dengan
kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah pada sebilangan masa. Tumpuan
utama para guru melihat disiplin adalah melambangkan kesungguhan dan kesediaan
pihak sekolah dengan memberi penegasan yang lebih berkesan. Paling tidak,
memberi suatu garis panduan mengenai masalah disiplin yang kerap berlaku di
sekolah. Selain itu, bagaimana disiplin dapat dikawal oleh pihak sekolah pada setiap
hari diberi bagi memelihara serta menerapkan nilai-nilai disiplin, supaya ia
membantu meningkatkan prestasi pengajaran dan pebelajaran.
Pandangan awam selalu menganggap disiplin sekolah sebagai
menguatkuasakan peraturan-peraturan dan hukuman-hukuman. Ini bermakna disiplin
secara sempit dianggap sebagai kekuasaan pihak yang mempunyai autoriti. Di
samping itu, apabila mendengar perkataan ‘disiplin’, terdapat mereka yang
menyamakan disiplin sebagai ‘masalah pelajar’. Sebenarnya disiplin merupakan
suatu istilah yang merujuk kepada perkara-perkara yang wajar diikuti. Disiplin
mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu yang sempurna. Mereka
yang berdisiplin dianggap baik. Oleh itu, anggapan yang menyatakan disiplin
sekolah sama dengan tingkah laku negatif dan hukuman harus diperbetulkan.
Disiplin sekolah harus dilihat sebagai suatu usaha ke arah pembaikan-pembaikan diri
para pelajar.
3
Aziz (1997), juga membuat tinjauan dalam kajiannya di tiga buah sekolah di
daerah Marang, Terengganu dan beliau merumuskan faktor yang paling kuat
mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dalam salah laku adalah rakan sebaya, jika
dibandingkan dengan faktor-faktor lain.
Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku
pelajar atau tingkah laku devian. Salah laku atau devian merupakan bentuk tingkah
laku yang menyimpang daripada norma-norma soaial masyarakat. Mereka yang
devian adalah mereka yang melanggar peraturan. Para pelajar yang melanggar
peraturan-peraturan sekolah digelar sebagai pelajar salah laku atau pelajar devian.
Masalah disiplin di sekolah hari ini sering menjadi tajuk hangat yang
dibincangkan oleh pelbagai pihak. Media massa sama ada cetak atau elektronik
sentiasa memberi liputan yang meluas terhadap isu ini. Setiap hari kita akan disajikan
dengan berita-berita kemerosotan di kalangan pelajar.
Menurut Harre dan Lamp (1983), remaja mula melakukan penyesuaian diri
yang lebih kompleks dengan keluarga, teman sebaya dan guru, melalui aktiviti
seharian dan kehidupan sosial sesuai dengan perasaannya.
Disiplin berkaitan dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak.
Disiplin membawa erti bukan sahaja mempunyai dan menghayati perlakuan yang
diharapkan masyarakat, tetapi sanggup juga taat dan setia kepada sekolah, negeri dan
Negara. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang tiada
masalah disiplin. Murid-murid yang berdisiplin akan menjamin keselesaan,
kekemasan serta suasana rasa hati yang menggalakkan bagi proses pengajaran dan
pembelajaran. (Ee Ah Meng, 1987).
4
Menurut Tajul Ariffin (1990), masalah kemerosotan akhlak dan disiplin
pelajar sering ditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif
kepada sistem pelajaran kita. Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep
pelajaran yang keterlaluan kepada isi pelajaran, lulus periksa, pengkhususan yang
terhad dan menumpukan kepada perkembangan intelek dan kemahiran semata-mata.
Persoalan pembinaan sikap, akhlak dan disiplin diabaikan.
Apa yang sangat membimbangkan kita masa kini ialah berhubung keruntuhan
akhlak pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam pelbagai salah laku seperti
ponteng kelas, mengganggu semasa pengajaran, penyalahgunaan dadah, berkhalwat,
peras ugut, bergaduh, melawan guru dan sebagainya. Perbuatan salah laku ini
adakalanya menjadi begitu bertentangan dengan apa yang sepatutnya diamalkan dan
dipelajari oleh seorang pelajar. Kini kita dikejutkan dengan satu hakikat yang amat
sukar untuk kita huraikan bahawa semakin berkembangnya ilmu pengetahuan,
semakin meluas pula keruntuhnan akhlak di kalangan pelajar.
Masalah ponteng sekolah adalah salah satu masalah disiplin yang sering kali
dilakukan oleh pelajar sekolah setiap hari. Masalah ponteng sekolah semakin hari
semakin meningkat akibat daripada pengaruh luar. Masalah ponteng ini sebenarnya
menyusahkan pihak pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Dengan melakukan ponteng,
pelajar boleh terjerumus dalam kumpulan jahat, merokok, menghisap dadah,
berfoya-foya dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar ketinggalan
dalan pelajaran serta mewujudkan masalah sosial.
Peningkatan kes kemerosotan disiplin di kalangan pelajar boleh dijadikan
sebagai ukuran di dalam menilai sejauh manakah keberkesanan sistem pelajaran
yang dilaksanakan sekarang dalam usaha melahirkan insan yang kamil. Kurikulum
yang dirancangkan oleh kementerian Pendidikan mencakupi segala bidang ilmu
pengetahuan untuk menjadikan seseorang pelajar itu insan yang berakhlak mulia dan
beramal soleh (Sufean Hussin, 1993).
5
Pengawasan terhadap masalah disiplin pelajar sentiasa diberi perhatian oleh
semua pihak baik oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri
mahupun oleh pihak sekolah. Pengetua atau Guru Besar sentiasa mengambil tindakan
yang perlu di dalam usaha membendung masalah disiplin pelajar Laporan Salah
Laku Pelajar, 1994/95). Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan menjadi panduan semasa melaksanakan pengawasan
disiplin (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).
Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979): “Rakyat yang berdisiplin
adalah penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bertatasusila, bersatu
padu, demokratik, adil, liberal dan progresif, seperti cogan kata yang berbunyi:
Rakyat Berdisiplin, Negara Maju.” Disiplin merupakan suatu jenis latihan yang
melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlak mulia, berfikiran rasional,
sanggup mematuhi undang-undang dan hak-hak individu lain, bertanggungjawab
serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Ia juga
menekankan bahawa disiplin bilik darjah yang baik akan membawa implikasi-
implikasi pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:
i. Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara lancar,
sistematik serta dalam suasana kondusif dan berkesan.
ii. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bawah kawalan
bilik darjah secara berdiplin akan dapat dipertingkatkan lagi.
iii. Guru dapat melaksanakan rancangan pelajarannya mengikut masa
yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan.
iv. Objektif pelajaran yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan
berkesan.
v. Murid-murid merasa selamat dan gembira menyertai aktiviti
pembelajaran, di samping mengikut pelajaran dalam keadaan
berdisiplin.
vi. Keterangan, arahan dan bimbingan guru dapat diikuti dan dipatuhi
oleh semua murid dengan tepat dan tanpa sebarang keraguan.
vii. Kemalangan di bilik darjah ataupun di bengkel dan makmal dapat
dielakkan.
6
viii. Nilai-nilai moral dapat dipupuk dengan berkesan dalam bilik darjah
yang berdisiplin.
ix. Murid-murid dapat memperoleh kemahiran dan ilmu pengetahuan
dengan sempurna dan mencukupi.
Sehubungan dengan itu, semua pihak terutama para ibu bapa dan guru harus
mengembeleng tenaga untuk memastikan masalah disiplin dapat dibendung supaya ia
tidak terus menular.
1.1 Latar Belakang Masalah
Isu-isu berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah sering
diperkatakan masa kini dan menjadi fokus pihak media massa. Masalah disiplin yang
melibatkan para pelajar sekolah menengah begitu ketara dan ini amat meresahkan
para ibu bapa serta masyarakat umum seluruhnya.
Keadaan ini semakin nampak jelas dengan adanya jelas dengan adanya
berita-berita yang terpampang di dalam akhbar tempatan. Laporan kejadian
membakar bilik percetakan di Blok ASM Kulai Besar (Berita Minggu, 4hb.Jun
1999). Dalam kejadian ini dua orang pelajar terlibat.
Yang Berhormat Puan Halimah Mohamed Sadique, Pengerusi Jawatan Kuasa
Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor menyatakan bahawa
tindakan membakar bilik darjah dan merosakkan harta benda sekolah seolah-olah
menunjukkan remaja sekarang tiada lagi tatasusila serta menampakkan unsur
keganasan. (Berita Harian, 6hb. Jun 1999).
Kementerian Pendidikan dalam laporannya berkenaan gengsetisme di
kalangan pelajar, mengumumkan sebanyak 459 buah sekolah menengah adalah
7
berisiko, dan terdedah kepada aktiviti gengsterisme. Kenyataan ini dibuat pada Mac
2000. Manakala akhbar Star melaporkan 28 kes kesalahan didiplin daripada bulan
Januari sehingga Julai 2000. (Sunday Star, 9hb.Julai 2000).
Satu kes buli yang dilaporkan berlaku pada bulan Oktober 2002 di sebuah sekolah di
Johor, iaitu Sekolah Menengah Penawar di Kota Tinggi. Satu kumpulan pelajar lelaki
memukul seorang pelajar berumur 13 tahun, Muhammad Nor Hanafi Mohd.Noh di
asrama sekolah itu kerana didapati terlalu rapat dengan gurunya. Dia didapati tidak
sedar diri dan dibawa ke hospital lalu menjalani pembedahan selama enam jam
kerana patah tulang dadanya. Berikutan dengan kejadian itu tiga belas orang pelajar
dibuang sekolah dan lapan belas orang digantung persekolahan selama dua minggu.
Satu lagi buli berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut, Pahang.
Dalam kejadian ini, tujuh orang pelajar lelaki sekolah itu membelasah seorang
pelajar tingkatan dua. Kejadian itu berlaku di asrama sekolah pada pukul 1.30 pagi,
21hb. Jun 2003 dan ia melibatkan empat orang pelajar tingkatan lima dan tiga orang
pelajar tingkatan empat. Kejadian ini berpunca daripada rasa marah para pelajar
tersebut ke atas mangsa yang didapati rapat dan berkawan rapat dengan pelajar
tertentu di sekolah itu


Use: 0.0344