• KAJIAN PENGURUSAN KESELAMATAN PEKERJA DI TAPAK BINA


  •   
  • FileName: kajian_pengurusan_2vol2.pdf [read-online]
    • Abstract: kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti jenis-jenis kemalangan yang biasa berlaku di ... Jenis-Jenis Kemalangan Di Tapak Bina. Tapak pembinaan biasanya menjadi medan berlakunya ...

Download the ebook

KAJIAN PENGURUSAN KESELAMATAN PEKERJA DI TAPAK BINA
Dr. Haryati Binti Shafii
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Zakila Abd Rahman
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutusan Putrajaya
Ab. Razak Othman
Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
ABSTRAK
Sektor pembinaan merupakan sektor terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam industri pembinaan aset/modal yang utama adalah sumber manusia. Isu keselamatan pekerja di tapak
bina telah menyebabkan pekerja terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan. Sikap sambil lewa di kalangan
majikan dengan menganggap bahawa persekitaran di tapak bina mereka sudah selamat dan kurang
kefahaman/masalah komunikasi di kalangan pihak pengurusan dan pekerja bahawan telah menyumbang kepada
risiko kemalangan di tapak bina. Objektif kajian adalah untuk mengkaji pengurusan keselamatan yang
dijalankan di tapak bina dan mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina oleh
majikan. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan yang dijalankan dengan berkesan telah mengurangkan
risiko pekerja terlibat dalam kemalangan. Analisis data mendapati bahawa syarikat XYZ menjalankan
pengurusan keselamatan di tapak bina pada tahap yang memuaskan dengan peratus kemalangan adalah rendah
iaitu 8% dan indeks kemalangan pula pada 12%. Kemudahan kelengkapan di tapak bina adalah tinggi iaitu
76% dan peratus majikan mengambil berat terhadap kebajikan pekerja adalah 92%. Manakala tahap
keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina oleh majikan juga memuaskan. Hasil kajian mendapati
majikan menyediakan latihan/kursus keselamatan dengan penglibatan 64% pekerjanya. Ekoran daripada itu,
peratus pekerja yang mematuhi peraturan keselamatan adalah tinggi iaitu mencapai 92%. Manakala peratus
pekerja yang dikenakan denda/amaran kerana melanggar peraturan adalah kecil iaitu 12% sahaja. Peratus
pekerja yang berpuashati dengan keselamatan di tapak adalah 80%. Daripada temu ramah yang dijalankan
terhadap pengurusan kajian mendapati bahawa mereka akan memastikan pekerja memakai peralatan
keselamatan semasa bekerja di tapak pembinaan. Jumlah kos yang digunakan oleh majikan untuk pengurusan
keselamatan adalah bergantung kepada insuran kerana saiz setiap projek adalah berbeza-beza. Sekiranya
terdapat kes kematian pekerja berlaku, projek yang dijalankan mungkin akan diberhentikan.Kesimpulan
pentingnnya pengurusan keselamatan yang dijalanakan oleh pihak majikan bagi mengurangkan risiko pekerja
terdedah kepada bahawa kemalangan.
Kata Kunci: Pengurusan, Keselamatan, Tapak Bina, Kemalangan
PENGENALAN
Industri pembinaan merupakan antara industri yang paling berbahaya kerana persekitarannya
yang mendedahkan pekerja kepada risiko kemalangan. Dalam memastikan tahap keselamatan
pekerja, terutamanya pekerja pembinaan di tapak bina berada dalam keadaan selamat, syarikat
pembinaan wajib membekalkan peralatan keselamatan dan pengetahuan kepada pekerja
mereka. Walau bagaimanapun, terdapat di kalangan majikan yang enggan membekalkan
peralatan keselamatan kepada pekerja dengan beralasan meningkatkan kos pembinaan, telah
mendedahkan pekerja kepada bahaya fizikal dan “stress”. Dalam industri pembinaan, tahap
perancangan dan pengurusan keselamatan perlu dijalankan dengan teliti, mengikut langkah-
langkah dan prosedur yang telah ditetapkan. Pengurus memainkan peranan yang penting,
terutamanya bagi pekerja di tapak bina. Pengurus yang bertanggungjawab boleh
meminimumkan risiko kemalangan dengan membuat perancangan dan peka terhadap
keselamatan pekerjanya. Ini kerana pekerja merupakan aset/modal penting kepada sesebuah
syarikat.
Tahap kesedaran pekerja terhadap keselamatan di tapak bina juga merupakan perkara
yang penting dalam menyumbang kepada kemalangan. Kesedaran bermasuk seseorang itu
mempunyai perasaan dan faham terhadap situasi persekitaran. Ia bermaksud pekerja harus
sedar dan sentiasa prihatin terhadap keadaan persekitarannya dan kesedaran juga membawa
kepada pemahaman secara jelas terhadap perkataan “BAHAYA”. Pekerja yang mempunyai
kesedaran yang tinggi adalah lebih peka terhadap keadaan persekitaran dan boleh
mengelakkan kecederaan jika berlaku kemalangan. Menurut Abdul Aziz Hussin (2001),
keselamatan pekerja didefinisikan sebagai keselamatan pekerja daripada bencana kecederaan,
kematian atau kerosakan tubuh badannya. Manakala kesihatan pekerjaan bermaksud bebas
daripada penyakit kesihatan mental, fizikal dan sosial yang berkaitan keadaan serta amalan
kerja yang diterapkan. Dalam industri pembinaan, aspek keselamatan dan kesihatan pekerja
amat dititkberatkan terutamanya yang bekerja di lapangan tapak bina.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Tapak bina memperlihatkan pelbagai jenis skop kerja yang berbeza yang perlu dipikul oleh
setiap individu sama ada pekerja binaan mahupun pekerja mahir. Kumpulan kontraktor,
pemaju dan subkontraktor merupakan pihak yang bertanggungjwab penuh terhadap setiap
aktiviti yang berlangsung di tapak bina. Bidang keselamatan di tapak binaan amat
dititkberatkan. Pelbagai aspek dilihat dengan teliti mengenai keselamatan di tapak bina.
Menurut Berita Harian (2005), sektor pembinaan merupakan sektor terpenting yang
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara iaitu 1.5 peratus pada tahun 2004
daripada Kadar Pertumbuhan Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun demikian, kadar
kemalangan dilaporkan dalam sektor pembinaan masih tinggi berbanding dengan sektor lain
di negara kita.
Menyebut tetang aspek keselamatan di tapak bina, ia merupakan satu topik yang
cukup luas untuk diperbincangkan. Menurut Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO)
pada 2000 sebanyak 159 kes kemalangan maut dicatatkan dan bilangan ini menurun tahun
berikutnya kepada 89 kes. Tahun 2002 menyaksikan sebanyak 88 kes kematian dilaporkan
dan meningkat pada tahun 2003 kepada 95 kes. Pada asasnya peratus kes kemalangan yang
dilaporkan oleh PERKESO menunjukkan angka yang mencemaskaan iaitu tahun 2000 adalah
15.8 peratus kepada 9.3 peratus pada tahun 2001, 10.3 peratus tahun 2002 dan 11.4 peratus
pada tahun 2003. Peratusan kemalangan maut dalam sektor pembinaan masih tinggi
berbanding dengan industri-industri lain seperti sektor pengangkutan dan sektor
perlombongan (Pertubuhan Keselamatan Pekerja 2000-2004).
Isu keselamatan pekerja dalam sektor pembinaan adalah isu global. Isu kelamatan
pekerja turut dialami oleh negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat pada tahun 1996
mencatatkan jumlah kemalangan sebanyak 6.2 juta kes di tempat bekerja (Angelica et. al
2000). United Kingdom turut mencatakan angka yang tinggi iaitu dengan jumlah 1.9 juta kes
yang dilaporkan bersamaan dengan 5.1 kes kemalangan bagi setiap 1000 orang pekerja (Reill
et. al 1995). Manakala di Malaysia pula turut mencatakan jumlah kes kemalangan yang tinggi
iatu 68,579 pada 1998 kepada 73,765 kes pada tahun 1999. Ini bermakna kes kemalangan
menunjukkan peningkatan sebanyak 7.6%.(New Straits Times, 25 march 2001) (Mohamad
Khan Jamal Khan et. al 2005).
Di Malaysia, Akta 514 adalah satu-satunya undang-undang di rantau ini yang
memfokuskan kepada majikan untuk memikul tanggungjawab secara sukarela bagi bertindak
mengawal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di premis masing-masing. Sungguhpun
usaha-usaha melalui perudangan telah dibuat, namun perlaksanaan program bagi mengawal
insiden kemalangan di tempat kerja masih lemah di kebanyakan negara di Asia- Pacifik (Kogi
et. al 1997).
PERMASALAHAN KAJIAN
Industri pembinaan merupakan antara industri terpenting dan pemangkin kepada kepesatan
ekonomi negara. Industri pembinaan juga amat bergantung kepada tenaga manusia sebagai
aset/modal penting dalam satu-satu projek pembinaan. Permasalahan kajian ialah isu
keselamatan pekerja di tapak bina telah menyebabkan pekerja terdedah kepada pelbagai risiko
kemalangan. Sikap sambil lewa di kalangan majikan dengan menaganggap bahawa
persekitaran di tapak bina mereka sudah selamat dan kurang kefahaman atau masalah
komunikasi di kalangan pihak pengurusan dan pekerja bawahan telah menyumbang kepada
risiko kemalangan di tapak bina. Dalam industri pembinaan, tapak binaan diibaratkan
sebagai medan peperangan. Walaupun keseluruhan prosedur perlaksaan dipatuhi oleh pihak
kontraktor namun status keselamatan masih belum terjamin 100 peratus. Kecelakaan dan
kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan sebarang tempat seandainya aspek keselamatan
dan kesihatan pekerja diabaikan.
Kebanyakan pekerja atau buruh di tapak bina adalah terdiri daripada warga asing.
Mereka terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Nepal dan beberapa buah negara lagi.
Masalah komunikasi adalah antara masalah dan cabaran yang dikenalpasti dalam
menyampaikan mesej kepada kelompok ini. Komunikasi yang baik cukup penting bagi
menyampaikan maklumat/ arahan dengan tepat. Komunikasi yang baik juga boleh membantu
pekerja mengelak daripada berlakunya kemalangan dan kemalangan nyaris.
Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhamana aspek
pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina dititik beratkan oleh pihak majikan dan
mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina. Oleh yang demikian,
matlamat akhir kajian ini adalah untuk mewujudkan satu bentuk pengurusan keselamatan
pekerja di tapak bina yang menyeluruh yang mengambil kira pandangan daripada pelbagai
peringkat pekerja. Sama ada di peringkat pengurusan, pentadbiran mahupun kuli. Dengan
adanya kajian seperti ini diharapkan dapat membantu memperbaiki sistem pengurusan pekerja
di tapak bina, terutama berkaitan dengan sikap sambil lewa di kalangan majikan dan dapat
mengatasi masalah komunikasi dengan pekerja asing.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah bermatlamat untuk melihat sejauhamana aspek
pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina dititik beratkan oleh pihak majikan. Selain itu,
kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti jenis-jenis kemalangan yang biasa berlaku di
tapak bina. Justeru, bagi mencapai matlamat kajian ini, 2 objektif telah diketengahkan iaitu;
1. Mengkaji pengurusan keselamatan yang dijalankan di tapak bina.
2. Mengkaji tahap keberkesanan pengurusan yang dijalankan di tapak bina.
KEPENTINGAN KAJIAN
Penekanan pemahaman mengenai keselamatan secara menyeluruh merupakan kepentingan
dalam kajian ini. Amalan-amalan keselamatan sedia ada kini merupakan garis panduan
kepada kontraktor umumnya dalam memastikan pengurusan keselamatan di tapak bina
terutamanya di kalangan pekerja binaan dan mahir. Menerusi kajian ini, konsep serta teknik
pengurusan keselamatan terkini diselitkan dalam meningkatkan mutu keselamatan khususnya
melibatkan pekerja binaan di tapak bina. seterunya teknik serta konsep pengurusan
keselamatan terkini menambahbaikan elemen-elemen keselamatan yang sedia ada di sektor
pembinaan.
Pengurusan keselamatan pekerja di tapak bina merupakan pendekatan yang mengkaji
hubungan antara pekerjaan, kesihatan dan keselamatan setra kesan sesuatu pekerja terhadap
pekerja. Justeru, menerusi kajian ini diharapkan mendapat maklumat mengenai prestasi
individu dan melihat sejauh mana ia selari dengan prosedur yang dikehendaki. Kajian ini juga
diharapakan dapat mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan di
tapak bina dan seterusnya dapat menurunkan potensi dan risiko kemalangan di tempat kerja.
KAJIAN LITERATUR
Pengurusan Risiko Pekerja
Keselamatan dan kesihatan merupakan satu prioriti dalam pengurusan sumber manusia kerana
ia mempunyai perkaitan dengan kehidupan bekerja yang berkualiti. Bidang keselamatan dan
kesihatan melibatkan pelbagai pihak seperti pekerja, majikan, masyarakat dan kerajaan.
Pengabaian isu keselamatan dan kesihatan menyasikkan majikan menanggung kos langsung
seperti pampasan dan kos perubatan dan beberapa kos tidak langsung seperti kehilangan masa
atau hari bekerja, kerugian pengeluaran, penaggantian pekerja, penyiasatan kemalangan kos
perundangan dan sebagainya.
Menurut Dimond (2002) menyarankan bahawa setiap majikan perlu membentuk
sistem pengurusan risiko yang efisien dalam memenuhi keperluan perundangan dan
berpendapat bahawa proses penilaian risiko yang diamalkan hendaklah terdiri daripada
perkara-perkara berikut;
1. Melibatkan pihak pengurusan menganlpasti risiko dan hazad yang terdapat di
organisasi.
2. Memastikan semua aspek kerja bekerja diteliti dengan rapi.
3. Mengambil kira kerja bukan rutin seperti penyenggaraan, pembersihan dan
sebagainya.
4. Mengambil kira gangguan yang terdapat di tempat kerja.
5. Membuat kajian mengenai kesan sesuatu pekerjaan terhadap kesihatan pekerja
6. Mengambil kira kesan risiko kepada orang awam.
Manakala Goetsch (2005) menyatakan bahawa penilaian risiko harus menjawab empat
soalan berikut iaitu;
1. Tahap teruk (severe) sesuatu kecederaan
2. Kekerapan pekerja terdedah kepada hazad terlibat
3. Peluang untuk mengelakkan hazad sekiranya ia wujud
4. Kebarangkalian kecederan wujud sekiranya berlaku kegagalan pada sistem kawalan
keselamatan.
Penyebab Kemalangan Di Tapak Bina
Jenis-Jenis Kemalangan Di Tapak Bina
Tapak pembinaan biasanya menjadi medan berlakunya kemalangan di kalangan pekerja. Hal
ini berlaku disebabkan situasi pekerja dan peralatan berada dalam suatu keadaan yang tergesa-
gesa kerana semua pihak memfokuskan pada kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh yang
telah ditetapkan supaya tidak dikenakan denda. Dalam keadaan yang tergesa-gesa,
kemalangan mudah berlaku. Jenis kemalangan yang biasa direkodkan adalah terjatuh di tapak,
kemalangan yang melibatkan kren, kemalangan yang melibatkan scaffolding, kecuaian
pekerja mengendalikan peralatan, kemalangan yang melibatkan bekalan elektrik, kejadian
keruntuhan parit, kebakaran dan letupan serta kemalangan semasa kerja kimpalan dijalankan.
Setiap jenis kecelakaan ini adalah berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian.
Setiap jenis kecelakaan dapat dielakkan melalui pengurusan keselamatan yang efektif.
Statistik menunjukkan setiap tahun lebih kurang 1000 pekerja binaan terbunuh semasa berada
di tapak bina. Daripada jumlah ini, sebanyak satu per tiga atau lebih 300 kematian berpunca
daripada kejadian tergelincir di tapak. Kejadian seperti ini perlu ditangani untuk
mengurangkan bilangan kematian atau kecederaan. Kejadian tergelincir di tapak termasuklah
terjatuh dari atap, terjatuh dari kren, terjatuh dari scaffolding dan terjatuh dalam lubang yang
digali dan objek jatuh dari atas. Peralatan pelindungan yang sesuai dan langkah-langkah
keselamatan amat perlu untuk melindungi nyawa pekerja dan memelihara kesejahteraan
keluarga mereka (Jimmie W. Hinze 1997).
Jadual 1: Data Tahunan Kemalangan Di Tapak Pembinaan Pada 1990 Hingga 2001
Kategori kemalangan Tahun Keseriusan kecederaan Jumlah
Kecederaan Tidak
Maut Hospital
ringan diketahui
Kemalangan tapak yang
melibatkan kontraktor dan 2001 0 9 174 161 344
pekerja
2000 0 16 153 168 337
1999 3 12 119 92 226
1998 5 16 123 51 195
1997 2 22 62 45 131
1996 0 30 64 38 132
1995 2 29 77 48 156
1994 3 35 105 27 170
1993 1 57 97 15 170
1992 2 32 51 7 92
1991 2 43 46 9 100
1990 2 31 69 6 108
Total 22 332 1,140 667 2,161
Jumlah kemalangan tapak 22 356 1,554 680 2,612
Kemalangan trafik yang
melibatkan kontraktor dan 2001 1 6 12 50 69
pekerja
2000 1 5 18 74 98
1999 2 7 25 64 98
Kategori kemalangan Tahun Keseriusan kecederaan Jumlah
Kecederaan Tidak
Maut Hospital
ringan diketahui
1998 0 6 24 71 101
1997 0 7 19 52 78
1996 1 11 10 54 76
1995 0 9 10 51 70
1994 2 12 12 60 86
1993 1 7 14 27 49
1992 1 5 8 25 39
1991 1 6 7 56 70
1990 4 10 7 39 60
Total 14 91 166 623 894
Jumlah zon kerja trafik kemalangan
110 1,266 1,337 3,233 5,946
Jumlah kerja zon kemalangan 132 1,622 2,891 3,913 8,558
Jumlah kemalangan tapak bina yang melibatkan kontraktor, konsultant dan pekerja
Jumlah zon kemalangan trafik yang melibatkan pekerja tapak bina
Sumber: Laporan Ringkas Keselamatan Pembinaan XYZ
Merujuk pada Jadual 1 menunjukkan kemalangan trafik telah melibatkan pekerja
binaan iaitu sebanyak 10.4% daripada jumlah keseluruhan zon kerja kemalangan.
Tanggungjawab utama kontraktor ialah menyediakan satu pemisahan fizikal yang positif
contohnya halangan median konkrit, mengurangkan peralatan yang berasaskan trak dan
penutupan keseluruhan lorong di antara peralatan berat dan pekerja binaan.
Kemalangan di tapak menunjukkan 2.5 kali lebih besar daripada kemalangan trafik.
Hal ini menunjukkan bahawa kesedaran pekerja di tapak masih berada dalam keadaan yang
tidak memuaskan. Kontraktor perlulah mengambil tindakan yang efektif dan berkesan untuk
mengurangkan bilangan kemalangan. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah
menyediakan kursus kesedaran, panduan pengunaan peralatan, mewajibkan semua pekerja
memakai dan menggunakan peralatan keselamatan.
Jadual 2 :Kemalangan Di Tapak Pembinaan Melibatkan Pekerja Kontraktor
Jenis Kemalangan Keseriusan kecederaan Jumlah Jumlah (%)
Maut Hospital Kecederaan Tidak
(%) (%) ringan (%) diketahui (%)
Tergelincir 31.8 35.5 23.4 1.8 404 18.7
Tergelincir/tersadung
31.8 22.9 9.6 1.3 201 9.3
(elevated)
Tergelincir/tersadung
8.7 11.9 0.4 168 7.8
(not elevated)
Terjatuh daripada bahagian
3.9 1.9 35 1.6
belakang trak atau peralatan
Peralatan besar atau
45.5 38.3 27.8 13.5 544 25.2
pengakutan pekerja
Tergamam dengan benda
yang bergerak atau jatuh
4.5 21.7 17.0 0.3 269 12.4
(Struck by Moving/Falling
Load)
Tergamam atau pin dengan
jentera yang besar
36.4 14.8 9.7 5.5 205 9.5
(Struck/Pinned by Large
Equipment)
Kerosakan kren 4.5 1.5 1.1 4.5 48 2.2
Lain-lain 0 0.3 0.0 3.1 22 1.0
Perkakas/peralatan
0.0 16.6 29.1 0.6 391 18.1
kecil/bahan
Cedera/Tersangkut dalam
0 11.7 20.1 0.1 269 12.4
jentera
Jenis Kemalangan Keseriusan kecederaan Jumlah Jumlah (%)
Maut Hospital Kecederaan Tidak
(%) (%) ringan (%) diketahui (%)
Lain-lain 0 4.8 9.0 0.4 122 5.6
Kontrak utiliti 18.2 2.1 1.4 71.5 504 23.3
Kontrak utility dengan
18.2 2.1 1.3 70.9 499 23.1
elektrik/gas
Tiada bekalan elektrik,tiada
hubungan (Near-Miss 0.1 0.6 5 0.2
Electrical, No Contact)
Pengangkutan pekerja 0 1.5 1.1 9.1 78 3.6
Kebakaran/letupan 0 1.5 1.1 2.5 35 1.6
Kemalagan di parit 0 0.6 0.4 0.1 8 0.4
Lain-lain (Miscellaneous) 4.5 3.9 15.6 0.7 197 9.1
Kemalangan runtuhan 4.5 0.3 0.1 0.1 4 0.2
Lain-lain 3.6 15.5 0.6 193 8.9
Jumlah 100 100 100 100 2161 100
Sumber: Laporan Ringkas Keselamatan Pembinaan XYZ
Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan kemalangan di tapak bina iaitu jumlah terbesar
ialah kategori kemalangan peralatan besar/pengangkutan pekerja iaitu 45.5% daripada jumlah
orang yang maut, kecederaan sampai ke tahap hospital adalah sebanyak 38.3% dan
kecederaan ringan mengumpul sebanyak 27.8%. Kemalangan seperti ini biasa
menggambarkan sebanyak 25.2% (544 kemalangan) daripada semua kemalangan di tapak
pembinaan. Kontrak utiliti adalah jenis kemalangan kedua terbanyak dilaporkan iaitu
sebanyak 23.3%. Daripada jumlah ini, sebanyak 18.2% adalah kejadian maut, 2.1%
kecederaan sampai ke tahap hospital dan 71.5% daripada kecederaan yang tidak diketahui.
Selain itu, kategori kemalangan yang seterusnya ialah daripada kategori tergelincir
iaitu sebanyak 31.8% daripada kejadian maut, sebanyak 35.5% daripada kecederaan sampai
ke tahap hospital dan 23.4% daripada kecederaan ringan. Secara keseluruhannya, kejadian
tergelincir adalah sebanyak 18.7% daripada jumlah kemalangan.
Satu lagi jenis kemalangan yang melibatkan pekerja di tapak pembinaan ialah
kemalangan jenis perkakas atau peralatan kecil atau bahan. Sebanyak 18.1% daripada
keseluruhan jumlah kemalangan adalah melibatkan kemalangan jenis ini. Dalam kategori ini,
kecederaan pekerja atau pekerja sangkut dalam peralatan pembinaan adalah jenis kemalangan
yang utama iaitu sebanyak 12.4% daripada jumlah keseluruhan kemalangan, sebanyak 11.7%
adalah kecederaan sampai ke tahap hospital dan 20.1% adalah kecederaan ringan.
Punca Kemalangan
Tapak pembinaan boleh menjadi amat berbahaya apabila subkontraktor gagal mengamalkan
langkah-langkah keselamatan. Dalam kilang bahan kimia, kilang besi, kilang penapis,
pemasangan paip, pembinaan bangunan tinggi dan lain-lain tapak pembinaan, kemalangan
boleh mengakibatkan kecederaan yang kritikal dan kemalangan yang meyayatkan hati.
Kemalangan scaffolding serta punca lain yang boleh mengakibatkan kemalangan dan
kematian biasanya disebabkan oleh kecuaian dalam menggunakan peralatan dan
penyelenggaraan. Sebanyak 10,000 kemalangan selalu dilaporkan adalah berkaitan dengan
scaffolding. Kebanyakan kecederaan yang disebabkan oleh scaffolding adalah berpunca
daripada kegagalan untuk menampung atau pekerja tergelincir atau terhantuk dengan
peralatan yang jatuh dari atas.
Kimpalan, memotong dan membuat sokongan adalah aktiviti yang mempunyai
gabungan hazard kepada keselamatan dan kesihatan dan lebih 500,000 pekerja dalam banyak
industri terdedah kepada risiko sebegini. Peraturan mewajibkan penggunaan alatan
perlindungan individu untuk menggurangkan pekerja terdedah kepada hazard semasa
membuat kerja kimpalan. Majikan diminta menyenaraikan hazard-hazard yang terdapat di
tempat kerja dan mengkaji bahawa perlulkah pekerja menggunakan alatan perlindungan diri
untuk melindungi pekerja mereka. Antara hazard yang berkaitan dengan kerja kimpalan ialah
sinaran UV(ultraviolet radiation) yang dihasilkan dengan menggunakan electric arc dalam
proses kimpalan. Kulit yang terdedah dengan sinaran UV akan terbakar dengan teruk dalam
kebanyakan kes tanpa sebarang amaran awal. UV juga boleh merosakkan kanta mata dan
menjadikan kulit menjadi sensitif kepada beberapa penggunaan bahan kimia (Robert et. al
1985).
Sinaran IR(infrated radiation) yang dihasilkan dengan penggunaan electric arc dan
nyala mesin pemotong boleh melecurkan permukaan kulit dan tisu di bahagian bawah dengan
serta-merta. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kebakaran termal dalam sesetengah
situasi. Pekerja dalam sektor pembinaan terdedah kepada berbagai jenis bahaya dan berdepan
dengan risiko yang tinggi yang berkait dengan kecederaan dan kematian adalah tinggi
berbanding dengan sektor lain di Malaysia. Statistik menunjukkan seramai 9605 orang mati
untuk 10 tahun yang yang lepas dalam kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan.
Pada tahun 1992, sebanyak 919 kematian direkodkan tetapi pada tahun 2005,
bilangan ini meningkatkan kepada 1150 kematian. Hampir setengah daripada kemalangan ini
melibatkan kaum lelaki yang berusia di antara 20 hingga 24 tahun. Pada yang tahun yang
sama, lebih daripada setengah kematian dalam sektor pembinaan (544) berlaku di antara
lingkungan usia ini. Syarikat kecil tidak menyediakan program keselamatan yang formal
seperti syarikat besar kerana program seperti ini memerlukan kebenaran OSHA. Syarikat
kecil juga tidak dapat untuk menyediakan pekerja mereka dengan peralatan yang selamat
seperti harnesses, tie-offs dan lanyards (Robert et. al 1985).
Setiap tahun, kejadian tergelincir merekodkan bahagian yang besar dalam jumlah
mangsa di tapak pembinaan. Kemalangan jenis ini lazimnya melibatkan punca yang pelbagai
iaitu tempat kerja yang tidak stabil, penggunaan alatan perlindungan yang tidak betul dan
kecuiaan manusia. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan jaring keselamatan(safety nets),
sistem kawalan kegelinciran(fall arrest system), penutup(covers) dan sistem kawalan
pengangkutan(travel restriction system) boleh mencegah daripada kecederaan akibat terjatuh
dan kematian.
Antara faktor tergelincir dan kecederaan di tapak pembinaan di Malaysia ialah:
• lubang yang tidak ditutup di atas lantai atau tanah
• kecuaian dalam penggunaan tangga
• pembinaan scaffolding yang tidak sempurna
• kekurangan latihan penggunaan jentera berat
• kemalangan jentera pembinaan
• keadaan di mana membenarkan objek jatuh dan menghempap pekerja
• kegagalan menggunakan jaring(nets) atau kanopi untuk menangkap objek yang jatuh
• kekurangan penyeliaan keselamatan
• pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh Occupational Safety and Health
Administration(OSHA)
• kecuaian pekerja tapak yang lain
• kelakuan pekerja tapak yang tidak memuaskan
• kerosakan peralatan di tapak bina
• kecuaian dan kesilapan pekerja lain mengambil dadah atau meminum arak
Dalam kebanyakkan kes, kemalangan di tapak disebabkan oleh mangsa kecederaan
bagaimanapun, dalam banyak kes kemalangan tapak bukan merupakan kesalahan mangsa
yang tercedera. Keadaan ini membolehkan mangsa menuntut ganti rugi untuk kegunaan
rawatan, kerugian pendapatan, kesakitan, penderitaan dan kecederaan untuk jangka masa yang
panjang yang disebabkan oleh kemalangan.
Antara keadaan yang berbahaya di tapak bina:
• kerosakkan scaffolding atau pembinaan scaffolding yang tidak betul
• kerosakkan forklifts atau operator forklift yang tidak bertanggungjawab
• kejatuhan beban akibat daripada pemindahan beban yang tidak sempurna atau
kecuiaan
• tersadung atau jatuh akibat peralatan berada merata-rata di tapak
• kejatuhan struktur
• kecederaan yang disebabkan oleh penggunaan jentera( rod kimpalan, perkakas
elektrik) yang tidak betul atau kecuiaan
Pihak yang bertanggungjawab di atas kemalangan bergantung kepada kemalangan itu
sendiri. Pihak tersebut mungkin merupakan majikan, pekerja lain di tapak, kontraktor atau
pengilang bergantung kepada punca kemalangan.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bersumberkan data sekunder dan data primer. Data primer melibatkan kajian
literatur yang menggariskan elemen-elemen penting yang diperlukan dalam bidang
pengurusan keselamatan di tapak bina. Hasil daripada kajian literatur ini, pengumpulan data
daripada sumber sekunder diperolehi bagi melengkap dan memperkukuhkan lagi kajian ini.
Sumber data primer pula diperolehi melalui kajian kaji selidik yang telah dijalankan
ke atas syarikat pembinaan di Batu Pahat Johor, yang dilabelkan dengan nama Syarikat
Pembinaan XYZ. Kaedah kaji selidik dilakukan menerusi pengedaran borang kaji selidik ke
atas pekerja binaan (buruh) dan temubual (interview) kepada pihak pengurusan (majikan).
Jumlah sampel yang digunakan adalah 25 orang pekerja di tapak bina yang terdiri daripada
site enginer, site ejen dan pekerja buruh.
Semua borang kaji selidik yang telah diterima telah dikoding bagi memudahkan proses
“key in data”. Setelah kerja-kerja ‘kod’ selesai dilaksanakan, maklumat-maklumat yang
diperlukan telah dimasukkan ke perisian SPSS (Statitical Package for Social Science versi
14.0). Dalam kajian ini, data telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif bagi
melihat peratusan dan perbezaan.
ANALISIS DATA DAN HASIL KAJIAN
Latar Belakang Responden
Kajian soal selidik ini melibatkan 25 orang pekerja di tapak bina yang terdiri daripada
seorang site enginer, seorang site ejen dan 21 pekerja buruh. Pekerja ini adalah terdiri
daripada kaum lelaki sahaja. Lingkungan umur responden adalah berumur di antara 20-46
tahun. Jadual 3 menunjukkan bilangan responden mengikut umur.
Jadual 3: Bilangan Responden Mengikut Umur
Umur 40 tahun
Bilangan 5 orang 10 orang 5 orang 3 orang 2 orang
Merujuk pada jadual 3, didapati bilangan responden mengikut umur yang paling tinggi
adalah antara umur 26 hingga 30 dengan 40 peratusan daripada jumlah pekerja. Seterusnya
adalah kumpulan umur 40 dengan 8 peratus. Daripada jadual tersebut, jelas menunjukkan
bahawa pekerja di tapak pembinaan kebanyakan terdiri daripada kalangan orang muda. Ini
berdasarkan umurnya kurang 36 tahun.
Daripada Jadual 4, didapati 19 orang pekerja (76 peratusan) daripada pekerja adalah
bujang dan 6 orang pekerja (24 peratusan) telah berkahwin. Kebanyakan pekerja adalah
pekerja asing dari Indonesia.
Jadual 4: Status Pekerja Di Tapak Pembinaan.
Status Bujang Berkahwin
Bilangan 19 6
Kajian mendapati 56 peratus pekerja tidak mempunyai pendidikan diikuti dengan 24
peratus yang mempunyai tahap pendidikan Sekolah Menengah. Terdapat 12 peratus
responden yang mendapat pendidikan sehingga universiti/ kolej dan 8 peratus daripada
pekerja mendapat pendidikan sehingga sekolah Rendah. Kebanyakan pekerja buruh adalah
datang dari Indonesia dan mungkin keluarga mereka miskin menyebabkan mereka tidak
mampu ke sekolah.
Daripada Rajah 1, kajian mendapati pengalaman pekerja dalam industri pembinaan
kebanyakan terdiri daripada kumpulan 6 tahun.
Kebanyakan pekerja adalah baru dan hanya mempunyai pengalaman pekerjaan kurang
daripada setahun, ini adalah kerana Syarikat XYZ construction Sdn Bhn adalah sub-syarikat
yang baru dan dilantik dalam pembinaan Metropolis Johor dan mereka membawa masuk
banyak pekerja yang baru dari Indonesia. Selain daripada itu, mereka juga mencampurkan
pekerja yang mempunyai pengalaman 3 hingga 6 tahun supaya mereka dapat memberi tunjuk
ajar dan mengetuai mereka yang kurang pengalaman.
Rajah 1: Tempoh Pengalaman Bekerjaan Dalam Sektor Pembinaan
Peratusan Pengalaman Pekerjaan Dalam Pembinaan
>6 tahun
0%
3-6 tahun
32%


Use: 0.0227