• KRITERIA PERANCANGAN DALAM PEMBANGUNAN PERUMAHAN KOMUNITI ...


  •   
  • FileName: NorazminAdibahOthmanMFKSG2007TTT.pdf [read-online]
    • Abstract: Pembakar semangat penenang jiwa, Terima kasih atas segala pengorbanan, inspirasi dan segalanya. Kejayaanku kejayaan kita bersama. ... Bukan Senang Nak Senang\' memberi semangat. kepada saya untuk terus menyiapkan projek ini. Akhir sekali, terima ...

Download the ebook

KRITERIA PERANCANGAN DALAM PEMBANGUNAN
PERUMAHAN KOMUNITI BERPAGAR DI KAWASAN
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
NORAZMIN ADIBAH BINTI OTHMAN
issertation submitted in partial f
Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains
(Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah)
Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2007
ii
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa Projek Sarjana Sains yang bertajuk Kriteria Perancangan
dalam Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar adalah usaha saya sendiri,
kecuali apabila dinyatakan. Projek Sarjana Sains ini belum pernah diserahkan sama
ada sebahagian atau sepenuhnya bagi pengurniaan sebarang ijazah. Pada masa
Projek Sarjana Sains ini diserahkan, ia tidak dikemukakan untuk memperolehi
mana-mana ijazah lain.
Tandatangan : ...........................................
Nama Penulis : Norazmin Adibah Binti Othman
Tarikh : 8hb. Mei 2007
iii
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Segala
Puji-Pujian Hanyalah Bagi Allah S.W.T Tuhan Sekalian Alam dan Salam
ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W”
Untuk mama tersayang ….,
Hjh. Azizah Binti Hj. Abd Rahman,
Ketabahan dan doamu mengiringi kejayaan anakanda
Untuk yang dikasihi…,
adik-adik : Nuridayu dan Norhidayah
Pembakar semangat penenang jiwa,
Terima kasih atas segala pengorbanan, inspirasi dan segalanya.
Kejayaanku kejayaan kita bersama.
Syukur Alhamdullillah.
Semoga usahaku selama ini mendapat keberkatanNya
dan berakhir dengan kejayaan InsyaAllah…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Illahi kerana dengan limpah kurnianya maka projek
sarjana ini dapat disempurnakan dengan baik dan lancar.
Setinggi-tinggi penghargaan khas buat Dr. Asiah Binti Othman selaku penyelia
projek sarjana yang telah memberikan segala bentuk bimbingan, bantuan dan begitu
komited sepanjang tempoh penyeliaan.
Penghargaan juga kepada Prof. Madya Dr. Ismail Omar selaku Penyelaras Program
M. Sc. Pentadbiran dan Pembangunan Tanah yang banyak memberikan bantuan dan
galakan sepanjang tempoh pengajian iaitu selama dua tahun.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak
langsung dalam proses penyelidikan yang telah dijalankan. Sumbangan buah fikiran
dan bahan-bahan rujukan amat membantu dalam menghasilkan satu penyelidikan
yang baik dan sempurna.
Khusus buat para pensyarah yang telah bertungkus-lumus berkongsi ilmu dan
pengalaman sepanjang tempoh pembelajaran selama dua tahun. Jasa dan budi tuan /
puan semua hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.
Khas buat sahabat-sahabat seperjuangan terutamanya Puan Nik Nazariah, Puan
Mastura Atan, Puan Rohaya yang banyak membantu dari segi berkongsi ilmu
pengetahuan yang tiada hadnya. ’Bukan Senang Nak Senang’ memberi semangat
kepada saya untuk terus menyiapkan projek ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan di Jabatan Pelan Induk dan Jabatan
Perancang Bandar, DBKL yang bersama-sama membantu mengumpul dan
mendapatkan maklumat juga memberikan semangat dan galakan sehingga kejayaan
ini dicapai.
Alhamdullillah....
v
ABSTRAK
Projek perumahan komuniti berpagar (PKB) sudah menjadi satu tren terkini dalam
sektor perumahan di sekitar Kuala Lumpur. Warga tempatan yang minat membeli
hartanah atau menyewa premis dalam kawasan begini tidak keberatan meninggalkan
persekitaran terbuka yang sudah sekian lama menjadi sebahagian kehidupan kita
dan berundur ke suatu tempat yang terkurung dan lebih terkawal di sebalik tembok
tinggi dan pagar besar. Diantara faktor utama hartanah sebegini kini disukai oleh
segelintir penduduk Kuala Lumpur, ialah faktor keselamatan, penggunaan eksklusif
dan elemen ‘privacy’. Fenomena ini telah mendorong pemaju untuk pandang ke
hadapan dalam menawarkan PKB selari dengan permintaan. Menyedari hakikat ini
maka seharusnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yakni Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) bertindak proaktif demi memastikan pembanguan PKB tidak
mendatangkan kesan yang tidak sihat. Tambahan pula pihak DBKL masih belum
menyediakan sebarang garis panduan khusus berhubung dengan pembangunan PKB
ini. Dengan itu, kajian ini diperlukan bagi mengenalpasti kriteria-kriteria
perancangan khusus bagi pembangunan PKB agar selari dengan konsep perumahan
bandar mampan. Kriteria-kriteria ini adalah berasaskan prinsip dan falsafah
perancangan bandar. Dua isu utama yang perlu diambilkira dalam merancang
sesuatu pembangunan PKB ialah berhubung dengan pembangunan sosial dan
perancangan fizikal. Dalam membantu mengatasi isu ini, tiga objektif utama
dikenalpasti dan secara langsung memandu ke arah pencapaian matlamat. Kajian
lebih tertumpu kepada tiga pihak yang terlibat iaitu pihak DBKL, pemaju dan juga
penghuni. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif selain menggunakan rujukan
berasaskan sumber sekunder, sumber primer juga diperolehi melalui edaran borang
soal-selidik kepada penghuni dan sesi temubual bersama pemaju. Justeru ini,
maklum balas yang diterima dijadikan panduan dalam membentuk kriteria-kriteria
perancangan khusus bagi pembangunan PKB. Dengan mengambilkira sumber
semasa dari DBKL, pandangan dari kedua-dua pihak, penghuni PKB dan pemaju,
maka kajian ini telah berjaya menggariskan kriteria-kriteria perancangan yang lebih
lengkap menjurus kepada aspek pembangunan sosial dan perancangan fizikal.
Kedua-dua aspek ini penting untuk dikaitkan dan diberi perhatian demi membentuk
satu PKB yang lebih komprehensif serta menepati konsep pembangunan perumahan
bandar mampan. Dengan itu kajian ini telah berjaya memberi input untuk
menambahbaik kriteria-kriteria sedia ada yang sebelum ini dilihat terlalu umum.
Kriteria-kriteria yang lebih terperinci yang dicadangkan boleh dijadikan sebagai
garis panduan kepada pemaju dan DBKL. Penyediaan kriteria-kriteria adalah
merujuk kepada‘kejayaan diraikan dan sebarang kekurangan ditangani agar ia
menjadi bertambah baik’.
vi
ABSTRACT
The development of gated community projects (PKB) has become the latest housing
development trend in Kuala Lumpur. The local people who are keen in purchasing
or renting such properties are willing to leave the conventional housing estate that
has been the norm to retreat to an enclave secured behind high walls and imposing
fences. One of the main reasons as to why the property is preferred is the security
factor as well as exclusivity and privacy. This scenario has encouraged housing
developers to look ahead and offer the PKB housing projects to cater for the
demand. Realising this, it is then the onus of PBT such as DBKL to be proactive in
ensuring the development of PKB does not give a negative impact. Futhermore,
DBKL is yet to come-up with any proper guidelines pertaining to the development
of PKB. Therefore, a research such as this study is needed in order to identify
certain planning criterias that are specific to the PKB development so that they are
in line with the concept of sustainable housing development. Such criterias should
be based on town planning principles and philosophies. Two main issues that need
to be considered are social development and physical planning of PKB. To this end,
three objectives have been identified with a special focus on three influencing
parties namely DBKL as the local authority, relevant housing developers and
occupants or residents of PKB. To meet the objectives, references to secondary and
primary data which include distributing questionnaires to concerned occupants and
direct interviews with selected housing developers are carried out. As a result, this
study has been able to outline the planning criterias that are more complete and
geared towards the aspect of social development and physical planning. The two
aspects need to be specially addressed for a more comprehensive PKB which can
fulfill the concept of sustainable urban housing development. As such, this study
has also succeeded in giving inputs in improving the existing criterias which
previously have been rather general in nature. The identified criterias that have
been proposed in the study can be used as a guideline by the local authority (DBKL)
and housing developers. The provision of the criterias refer to adage ``success is
celebrated and shortcomings are dealt with for betterment``.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
i
PENGESAHAN ii
ii
PENGAKUAN
iii
DEDIKASI
iv
PENGHARGAAN iv
v
ABSTRAK
vi
ABSTRACT
v
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
xiv
SENARAI RAJAH xv
xvii
SENARAI SINGKATAN KATA xx
SENARAI LAMPIRAN xxi
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Isu dan Masalah 2
1.2.1 Aspek Pembangunan Sosial 3
1.2.2 Aspek Perancangan Fizikal 5
1.3 Persoalan Kajian 8
1.4 Matlamat Kajian 9
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Skop Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Metodologi Kajian 12
1.8.1 Kajian Awalan dan Kajian Teori 13
1.8.2 Pengumpulan Data dan Maklumat 15
1.8.3 Kajian Lapangan 16
1.9 Susun Atur Bab Penulisan 16 1
viii
II PERANCANGAN DAN PERKEMBANGAN
PERUMAHAN KOMUNITI BERPAGAR
2.1 Pengenalan 19
2.2 Takrif, Prinsip dan Falsafah Perancangan Dalam
Pembangunan Perumahan Bandar di Malaysia 20
2.2.1 Doktrin Perancangan dan Pembangunan
Sejagat (DPPS) 23
2.2.2 Parameter Perancangan dalam
Pembangunan Perumahan 29
2.3 Takrif dan Konsep Pembangunan Perumahan
Komuniti Berpagar 32
2.4 Ciri-Ciri Semasa Perumahan Komuniti Berpagar 35
2.5 Perkembangan Konsep Perancangan
Pembangunan Komuniti Berpagar Di Luar Negara 40
2.5.1 Amerika Syarikat 41
2.5.2 England 46
2.5.3 Kanada 49
2.5.4 China 52
2.5.5 Turki 55
2.5 Isu Keseluruhan Amalan dan Pembangunan
Perumahan Komuniti Berpagar Di Luar Negara
Ke Arah Mencapai Pembangunan Perumahan
Bandar Mampan 56
2.6 Kesimpulan 61
III PEMBANGUNAN PERUMAHAN KOMUNITI
BERPAGAR DI KUALA LUMPUR
3.1 Pengenalan 63
3.2 Perkembangan Konsep Perancangan 64
Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar di
Malaysia.
3.2.1 Ciri-ciri Pembangunan Perumahan 67
Komuniti Berpagar di Malaysia
ix
3.2.2 Keperluan Pembangunan Perumahan
Komuniti Berpagar di Malaysia 68
3.2.3 Bentuk Pembangunan Perumahan
Komuniti Berpagar di Malaysia 69
3.3 Profil Fizikal dan Latar belakang Kawasan Kajian 71
3.4 Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar Di
Dalam Kawasan Dewan Bandar Raya Kuala
Lumpur (DBKL) 73
3.4.1 Konsep Pembangunan Perumahan
Komuniti Berpagar Di Kuala Lumpur 74
3.4.2 Tren Permintaan Pembangunan
Perumahan Komuniti Berpagar Di Kuala
Lumpur 75
3.4.3 Jenis Permohonan Pembangunan
Perumahan Komuniti Berpagar Di Kuala
Lumpur 77
3.4.4 Prosedur Memproses Permohonan
Komuniti Berpagar di DBKL 80
3.4.5 Kriteria Permohonan Perumahan
Komuniti Berpagar di DBKL 81
3.4.6 Senarai Pembangunan Perumahan
Komuniti Berpagar di Sekitar Kuala
Lumpur 84
3.5 Justifikasi Pemilihan Kawasan Kajian 87
3.6 Kesimpulan 89
IV ANALISIS DAN SINTESIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 91
4.2 Pengumpulan Data 92
4.2.1 Edaran Borang Soal Selidik Dan Maklum
Balas Penghuni 92
4.2.2 Justifikasi Edaran Borang Soal Selidik 93
4.2.3 Temubual Bersama Pemaju 94
4.3 Profil Responden (Penghuni) - Bahagian A 95
x
4.3.1 Struktur Umur Penghuni 95
4.3.2 Status Perkahwinan 96
4.3.3 Tahap Pendidikan dan Pekerjaan 98
4.3.4 Jumlah Kasar Pendapatan Bulanan 101
4.3.5 Status Pemilikan 103
4.3.6 Perumahan Komuniti Berpagar
sebagai Rumah Pertama 104
4.3.7 Jangkamasa Penghunian 106
4.4 Kefahaman Konsep Perumahan Dalam Memenuhi
Prinsip Perancangan Perumahan Bandar -
Bahagian B 107
4.4.1 Pengetahuan Tentang Definisi
Perancangan Bandar 107
4.4.2 Kefahaman Terhadap Matlamat Prinsip
Perancangan (Doktrin Perancangan Dan
Pembangunan Sejagat – DPPS) 108
4.4.3 Keutamaan Prinsip-Prinsip Asas DPPS
Mengikut Persepsi Penghuni dalam Aspek
Pembangunan PKB 109
4.5 Persepsi Penghuni Terhadap Kawasan Yang
Didiami - Bahagian C 111
4.5.1 Pembangunan Sosial 114
4.5.1.1 Perumahan Komuniti Berpagar
Khusus Bagi Golongan
Berpendapatan Tinggi 114
4.5.1.2 Pengasingan Masyarakat Antara
Golongan Kaya dan Miskin 116
4.5.1.3 Penglibatan dan Penyertaan dalam
Aktiviti Kemasyarakatan di dalam
Kawasan Perumahan 118
4.5.1.4 Kekerapan Penglibatan Aktiviti
Kemasyarakatan 121
4.5.2 Perancangan Fizikal 123
4.5.2.1 Pengaruh Reka Bentuk Rumah 123
xi
4.5.2.2 Pengaruh Susun Atur Perumahan
dalam Perumahan Komuniti
Berpagar 123
4.5.2.3 Penyediaan Kemudahan 124
4.5.2.4 Elemen/komponen Yang Disukai
Dalam Perumahan Komuniti
Berpagar 126
4.6 Cadangan dan Pandangan Penghuni - Bahagian D 127
4.6.1 Tahap Kepuasan Penghuni Di Kawasan
PKB 128
4.6.2 Potensi Pembangunan Perumahan Komuniti
Berpagar Di Masa Akan Datang 129
4.6.3 Cadangan dan Penambahbaikan dalam
Pembangunan Perumahan Komuniti
Berpagar 131
4.7 Persepsi Persepsi Pemaju Terhadap Kriteria-kriteria
Perancangan yang Diambil kira Terhadap
Penawaran Pembangunan Perumahan Komuniti
Berpagar 132
4.7.1 Lokasi unggul dan kawasan kejiranan yang
lebih berprestij 133
4.7.2 Susun atur dan reka bentuk berkualiti 134
4.7.3 Suasana persekitaran yang terkawal dan
selamat 135
4.7.4 Gaya hidup mewah 136
4.7.5 Persekitaran yang harmoni, damai dan
dikelilingi dengan lanskap yang indah 137
4.7.6 Kemudahan infrastruktur teknologi
maklumat dan telekomunikasi yang terkini
dengan khidmat tambahan. 139
4.8 Kesimpulan 140
xii
V PENEMUAN DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 142
5.2 Penemuan Kajian 143
5.2.1 Persepsi Penghuni 143
5.2.2 Persepsi Pemaju 146
5.3 Cadangan Penambahbaikan Kriteria Semasa
Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar
Berteraskan Prinsip Perancangan Perumahan
Bandar 148
5.3.1 Pembangunan Sosial 148
5.3.2 Perancangan Fizikal 151
5.3.2.1 Guna Tanah 152
5.3.2.2 Perhubungan dan Aksessibiliti 153
5.3.2.3 Ruang Luaran Unit Kediaman dan
Susun Atur Unit Kediaman 154
5.3.3.4 Keselamatan 160
5.3.3.5 Penyediaan Kemudahan 163
5.4 Rumusan Penentuan Kriteria Perancangan PKB
Dalam mewujudkan Pembangunan Perumahan
Mampan 164
5.5 Pencapaian Objektif 166
5.5.1 Pencapaian Objektif 1 166
5.5.2 Pencapaian Objektif 2 167
5.5.3 Pencapaian Objektif 3 167
5.6 Masalah dan Limitasi Kajian 168
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 169
5.8 Kesimpulan 170
BIBLIOGRAFI
xiii
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA SURAT
1.1 Mengenalpasti Isu Pembangunan Sosial Yang Melibatkan
Perumahan Komuniti Berpagar 4
1.2 Mengenalpasti Isu Perancangan Fizikal Yang Melibatkan
Perumahan Komuniti Berpagar 8
1.3 Reka Bentuk Kajian 14
2.1 Falsafah Perancangan dan Pembangunan Sejagat 24
2.2 Prinsip DPPS dalam Konteks Perancangan
Pembangunan Perumahan 29
2.3 Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar di
Beijing 54
2.4 Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar di Beijing 55
3.1 Antara Perumahan Komuniti Berpagar Yang Terawal
Di Malaysia 65
3.2 Keperluan Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar
Di Malaysia 69
3.3 Skala Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar
Di Malaysia 70
3.4 Lokasi Kawasan Kajian Dalam Konteks Wilayah 71
3.5 Taburan Perumahan Sedia Ada Mengikut Jenis, 2000 72
3.6 Prosedur Memproses Permohonan Perumahan
Komuniti Berpagar Di DBKL 80
4.1 Struktur Umur Penghuni Di Kawasan Kajian 96
4.2 Peratus Struktur Umur Penghuni Di Kawasan Kajian 96
4.3 Status Perkahwinan Penghuni 97
4.4 Peratus Status Perkahwinan 97
4.5 Tahap Pendidikan Responden 99
xiv
4.6 Peratus Tahap Pendidikan Responden 99
4.7 Bidang Pekerjaan Penghuni 100
4.8 Peratus Bidang Pekerjaan Penghuni 100
4.9 Jumlah Kasar Pendapatan Bulanan 102
4.10 Peratus Pendapatan Bulanan 102
4.11 Status Pemilikan Unit Kediaman 104
4.12 Peratus Status Pemilikan Unit Kediaman 104
4.13 Status Pemilikan Unit Kediaman 105
4.14 Peratus Pemilikan Unit Kediaman 105
4.15 Jangkamasa Penghunian 106
4.16 Peratus Jangkamasa Penghunian 107
4.17 Peratus Kefahaman Berkaitan Definisi Perancangan
Bandar 108
4.18 Peratus Kefahaman DPPS 109
4.19 Pandangan Keutamaan Penghuni Mengikut Prinsip DPPS 110
4.20 Teori Maslow dan Persepsi Penghuni Terhadap
Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar 111
4.21 Pandangan Penghuni Mengenai Perumahan Komuniti
Berpagar Khusus Bagi Golongan Berpendapatan Tinggi 115
4.22 Peratus Pandangan Penghuni Mengenai Perumahan
Komuniti Berpagar Khusus Bagi Golongan Berpendapatan
Tinggi 116
4.23 Pandangan Penghuni Mengenai Pengasingan Masyarakat
Kaya Dan Miskin 117
4.24 Peratus Pandangan Penghuni Mengenai Pengasingan
Masyarakat Kaya Dan Miskin 117
4.25 Penglibatan Penghuni Dengan Aktiviti Kemasyarakatan
Di Dalam Kawasan Perumahan Komuniti Berpagar 120
4.26 Peratus Penglibatan Penghuni Dengan Aktiviti
Kemasyarakatan Di Dalam Kawasan Perumahan
Komuniti Berpagar 120
4.27 Kekerapan Penglibatan Aktiviti Kemasyarakatan Di
Dalam Kawasan Perumahan Komuniti Berpagar 122
xv
4.28 Peratus Kekerapan Penglibatan Aktiviti Kemasyarakatan
Di Dalam Kawasan Perumahan Komuniti Berpagar 122
4.29 Perkaitan Antara Ruang Persekitaran Fizikal Dan
Sikap Penghuni/Komuniti 124
4.30 Tahap Kepuasan Penghuni 128
4.31 Peratus Tahap Kepuasan Penghuni 129
4.32 Pandangan Penghuni Terhadap Pemaju Membina
Lebih Banyak Perumahan Komuniti Berpagar di Masa
Akan Hadapan 130
4.33 Peratus Pandangan Penghuni Terhadap Pemaju Membina
Lebih Banyak Perumahan Komuniti Berpagar di Masa
Akan Hadapan 130
xvi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL MUKA SURAT
2.1 Matrik Prinsip Perancangan dan Pembangunan
Sejagat Bagi Dengan Kriteria Pembangunan Perumahan 25
2.2 Parameter Perancangan dan Pembangunan Perumahan 30
2.3 Maklum Balas Penghuni Terhadap Ciri-Ciri Keselamatan
Yang Menjadi Pilihan Utama 40
2.4 Pandangan Dalam Aspek Hubungan Kejiranan
Perumahan Komuniti Berpagar 48
2.5 Projek-projek Kediaman Yang Menggunakan Konsep
Komuniti Berpagar (Ogos 2003) 50
2.6 Panduan Perancangan dan Kawalan Perumahan
Komuniti Berpagar Mengikut Kawasan 51
2.7 Perhubungan Dan Perkaitan Antara Isu Utama
Berdasarkan Pembangunan Perumahan Komuniti
Berpagar Dan Pembangunan Bandar Mampan 61
3.1 Konsep Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar
di Kuala Lumpur 75
3.2 Kriteria Pertimbangan Permohonan Pembangunan
Perumahan Komuniti Berpagar 82
3.3 Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar di
Sekitar Kuala Lumpur 84
3.4 Kes Kajian 88
4.1 Maklumbalas Edaran Borang Soal Selidik 92
4.2 Justifikasi Penyediaan Kandungan Borang Soal –Selidik 93
4.3 Struktur Umur Penghuni di Kawasan Kajian 95
4.4 Status Perkahwinan Penghuni 97
4.5 Tahap Pendidikan Penghuni 98
xvii
4.6 Bidang Pekerjaan Penghuni 100
4.7 Jumlah Kasar Pendapatan Bulanan 102
4.8 Status Pemilikan Unit Kediaman 103
4.9 Status Pemilikan Harta Tanah Perumahan 105
4.10 Jangkamasa Penghunian 106
4.11 Kefahaman Tentang Definisi Perancangan Bandar 107
4.12 Kefahaman DPPS 108
4.13 Matriks Maklum Balas Penghuni Tentang Perkara
Yang Perlu Diberi Keutamaan Pembangunan
Perumahan Komuniti Berpagar. 110
4.14 Pandangan Penghuni Mengenai Perumahan Komuniti
Berpagar Khusus Bagi Golongan Berpendapatan Tinggi 115
4.15 Pandangan Penghuni Mengenai Pengasingan
Golongan Kaya Dan Miskin 116
4.16 Penglibatan Penghuni Dengan Aktiviti
Kemasyarakatan Di Dalam Kawasan Perumahan
Komuniti Berpagar 119
4.17 Kekerapan Penglibatan Aktiviti Kemasyarakatan
Di Dalam Kawasan Perumahan Komuniti Berpagar 121
4.18 Senarai Kemudahan di Kawasan Perumahan
Komuniti Berpagar 125
4.19 Pandangan Penghuni Dalam Penambahbaikan
Perumahan Komuniti Berpagar 127
4.20 Tahap Kepuasan Penghuni 128
4.21 Pandangan Penghuni Terhadap Pemaju Membina
Lebih Banyak Perumahan Komuniti Berpagar di
Masa Akan Hadapan 130
4.22 Analisis SWOT Pembangunan Perumahan Komuniti
Berpagar 131
4.23 Pemantauan Oleh Pemaju Di kalangan Pembeli
Rumah - Kehendak dalam Perumahan Komuniti
Berpagar 135
xviii
4.23 Pemantauan Oleh Pemaju Di kalangan Pembeli
Rumah 139
5.1 Kriteria Perancangan Aspek Pembangunan Sosial
Dalam Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar 149
5.2 Kriteria Perancangan – Guna Tanah
Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar 152
5.3 Kriteria Perancangan – Perhubungan dan Aksessibiliti 153
5.4 Kriteria Perancangan – Ruang Luaran Unit Kediaman 154
5.5 Kriteria Perancangan – Ruang Luaran Unit Kediaman ,
Susun Atur Unit Kediaman 157
5.6 Kriteria Perancangan - Reka Bentuk Unit Kediaman 158
5.7 Kriteria Perancangan - Reka Bentuk Unit Kediaman
(Fizikal) Dalam Konteks Memperkukuhkan Institusi
Keluarga (Sosial) 159
5.8 Kriteria Perancangan – Keselamatan 161
5.9 Kriteria Perancangan – Penyediaan Kemudahan 163
xix
SINGKATAN KATA
DBKL - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
DPN - Dasar Perbandaran Negara
DPPS - Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat
JPBD - Jabatan Perancang Bandar dan Desa
JPRB - Jabatan Perancang Bandar, DBKL
JPB - Jabatan Pengangkutan Bandar, DBKL
JPI - Jabatan Pelan Induk
PKB - Perumahan Komuniti Berpagar
PSKL2020 - Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Pelan
A(i) Taburan Kawasan Kajian Pembangunan Perumahan Komuniti
Berpagar Sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur
B Latar Belakang Kes Kajian
B(1) Sri Bukit Persekutuan
B(2) Desa Park City, Manjalara
B(3) Setia Duta One, Sri Hartamas
B(4) Duta Nusantara, Sri Hartamas
B(5) Ampang 971
B(6) Kenny Vale
B(7) Bukit Tiara
C Borang Soal Selidik - Penghuni
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perancangan bandar yang terancang adalah penting dalam setiap
pembangunan hari ini yang memberi kesan drastik kepada perkembangan
pada masa hadapan. Pembangunan yang melibatkan sektor perumahan,
industri, komersial dan sebagainya memberi sumbangan utama kepada
pertumbuhan dan kemajuan ekonomi negara. Kebelakangan ini, khususnya
di dalam pembangunan perumahan, didapati pelbagai konsep telah
diperkenalkan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang pelbagai.
Salah satu daripada konsep yang diperkenalkan adalah perumahan
berkonsepkan komuniti berpagar yang kian popular dan semakin mendapat
tempat terutamanya di kalangan penduduk bandar khususnya di Kuala
Lumpur. Projek perumahan komuniti berpagar (PKB) kini sudah menjadi
satu tren di sekitar Kuala Lumpur. Penawaran PKB berkembang selari
dengan permintaan yang semakin meningkat. Warga tempatan yang minat
membeli harta tanah atau menyewa dalam kawasan sebegini tidak
keberatan meninggalkan persekitaran terbuka yang sudah sekian lama
menjadi sebahagian kehidupan mereka dan beralih ke suatu tempat yang
tertutup dan lebih terkawal di sebalik tembok tinggi dan pagar besar.
Beberapa sebab utama harta tanah sebegini kini disukai oleh sebahagian
penduduk Kuala Lumpur, ialah kerana ciri-cirinya yang eksklusif,
tersendiri (private) dan selamat.
2
Jika selama ini projek PKB kebanyakannya melibatkan
kondominium dan apartmen mewah dalam dua tiga bangunan tinggi bagi
satu-satu projek, kini projek pembangunan PKB menyaksikan kewujudan
puluhan, malahan ratusan lot banglo dalam satu kawasan berpagar yang
elit dan eksklusif. Orang yang berpendapatan rendah pastinya tidak akan
mampu memiliki harta tanah bernilai tinggi seperti ini. Pakar psikologi
menggelar amalan membina rumah kediaman di sebalik tembok besar dan
di kelilingi pagar ini sebagai pembinaan kota. (Blakely dan Snyder, 1997).
Konsep sebegini sedikit sebanyak akan mempengaruhi integrasi sosial
suatu kawasan.
Sehingga kini, masih belum ada perangkaan rasmi dari segi
bilangan yang tepat tentang projek PKB yang dibina di negara kita. Begitu
juga, belum ada satu kajian rasmi oleh mana-mana pihak tentang tren dan
corak pembangunan perumahan jenis ini di kalangan penduduk setempat.
Selain daripada persepsi yang diperolehi di negara luar berkenaan faktor
perkembangan dan pandangan kehidupan di dalam kawasan PKB, negara
kita juga tidak ketinggalan dalam mengalami pertumbuhan pembangunan
perumahan yang juga kian mendapat tempat dimata masyarakat. Setiap
perancangan dan pembangunan masa kini haruslah dipastikan ianya tidak
tersasar jauh dari prinsip asas dan falsafah perancangan dalam memenuhi
keperluan individu, masyarakat masa kini juga masa akan datang ke arah
mencapai pembangunan perumahan mampan.
1.2 Pernyataan Isu dan Masalah
Walaupun konsep pembangunan PKB dianggap antara konsep
yang terbaik, namun demikian terdapat beberapa isu dan masalah yang
dikenalpasti memberi kesan dan konflik terhadap aspek pembangunan
sosial juga perancangan fizikal. Kedua-dua aspek ini saling mempengaruhi
di antara satu sama lain. Isu dan permasalahan ini, dapat dilihat dengan
jelas dari dua aspek iaitu aspek pembangunan sosial dan aspek
3
perancangan fizikal. Kedua-dua aspek ini, sangat penting untuk
dipertimbangkan semasa proses perancangan dan pembangunan kerana
ianya akan mempengaruhi dan memberi kesan kepada sesebuah
pembangunan yang dilaksanakan.
1.2.1 Aspek Pembangunan Sosial
Aspek pembangunan sosial melibatkan isu dalam pembangunan
sesebuah projek PKB yang memberi impak kepada pembangunan sosio-
ekonomi antara kumpulan-kumpulan masyarakat. Konsep ini akan
meningkatkan pengkelasan masyarakat yang mencipta kelas-kelas sosial
seperti golongan berada (atasan) dan golongan tidak berkemampuan
(bawahan). Keadaan ini terbukti apabila penawaran terhadap
pembangunan projek PKB lebih memfokuskan penawaran unit kediaman
yang serba mewah dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu
sahaja. Pembangunan harta tanah perumahan DBKL mendapati 100
peratus unit PKB dimiliki oleh golongan berpendapatan tinggi di mana
harga rumah yang ditawarkan melebihi RM 600,000 seunit. Dengan lain
perkataan, kekayaan dan kuasa ini dapat meningkatkan jurang yang begitu
ketara antara kumpulan-kumpulan masyarakat. Selain faktor ini,
pembinaan PKB melalui pembinaan tembok disekeliling kawasan
perumahan merupakan antara elemen yang menyumbang kepada
meningkatnya jurang interaksi dan faktor pemisahan ruang interaksi sosial
antara penghuni di dalam kawasan PKB dengan masyarakat luar
(Caldeira, 2000).
Kesibukan golongan berpendapatan tinggi yang terlalu mengejar
kemewahan, turut memberi kesan kepada cara dan gaya hidup penghuni
yang tinggal di kawasan perumahan jenis ini. Pengalaman Barat tentang
gaya kehidupan bandaran yang dianggap telah mencapai mercu tamadun
kehidupan sering pula ditiru dan diguna pakai dalam kehidupan
masyarakat kita. Ini menyebabkan gaya kehidupan bandaran semakin
berubah dengan pesat. Persekitaran perumahan yang dirancang tanpa
4
memikirkan hubungan antara komuniti. Walaupun disediakan reka bentuk
ruang dalaman yang serba lengkap, ianya telah mewujudkan suasana
formal dan had ruang itu diutamakan merujuk kepada hak dan kepentingan
masing-masing. Dengan ini akan menyebabkan penghuni dalam komuniti
perumahan ini lebih bersikap ‘keakuan’. Sehubungan ini, penglibatan
aktiviti kemasyarakatan di kalangan penghuni adalah didapati sangat
kurang. Masalah yang berlaku di dalam kawasan perumahan diserahkan
sepenuhnya kepada pihak pentadbiran untuk menyelesaikan semua
masalah mereka kerana mereka berpendapat mereka telah membayar dan
menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak tersebut untuk
menguruskan kesemuanya.
Asas pembentukan bandar bermula daripada penghuni dan ini
merujuk kepada rumah/petempatan, keluarga, kejiranan/komuniti dan
masyarakat. Perumahan merupakan satu asas keperluan bagi kesejahteraan
dan kesempurnaan hidup penduduk sesebuah kawasan. Jadi sekiranya ada
permasalahan yang berlaku di antaranya maka ini akan memberi kesan ke
arah pembentukan sesebuah bandar juga negara. Rujuk rajah 1.1.
PEMBANGUNAN SOSIAL
Petempatan
Institusi Keluarga Menghalang
Keluarga hubungan/ interaksi
sosial antara jiran
juga masyarakat
Di peringkat ini,
Jiran isu yang
ditimbulkan akan
Komuniti memberi kesan Pengkelasan
kepada Masyarakat –
Berpagar
Masyarakat pembangunan meningkatkan
komuniti dalam jurang hubungan
mewujudkan sosial
kesejahteraan
sesebuah negara
Bandar
Gaya Hidup
Penghuni - aktiviti
Negara kemasyarakatan
berkurangan
Keamanan Perpaduan
Kesejahteraan
Sumber : Olahan Pengkaji, 2007
Rajah 1.1 Mengenalpasti Isu Pembangunan Sosial Yang
Melibatkan Perumahan Komuniti Berpagar
5
1.2.2 Aspek Perancangan Fizikal
Perkara-perkara yang berk


Use: 0.0356