• 375 Buku Panduan Program Ijazah Dasar Sesi 2010/2011 SARJ AN ...



  •   


  • FileName: 15.Pengkhususan Biokimia.pdf
    • Sponsored Links
      yang, kursus, biokimia, pelajar, kemahiran berkomunikasi, pada, rujukan, teknik,
      Abstract: manusia. Kursus ini membincangkan nutrisi melalui pensepaduan pengetahuan. asas biologi serta kimia (lihat prasyarat) dengan ... penyakit ginjal; sistem respirasi: anatomi, fisiologi dan penyakit paru-paru; sistem kardiovaskular: anatomi, fisiologi dan ...


SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
DENGAN PENGAJIAN ISLAM
Sesi 2010/2011
KURSUS TAHAP DUA
PENGKHUSUSAN BIOKIMIA
MATLAMAT PROGRAM
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang :
• Mampu menggunakan pengetahuan dan kemahiran bersepadu antara pengajian
Islam dan biokimia untuk pembangunan masyarakat dan negara.
• Berketerampilan dalam menyelesaikan dan menganalisis masalah berkaitan
biokimia dengan cara yang berkesan berasaskan prinsip hukum Islam dan data-
data saintifik yang tepat.
• Mempunyai ciri kepimpinan yang baik, beretika dan bersikap profesional dalam
mempraktikkan amalan kepakaran dalam bidang biokimia selaras dengan nilai
keagamaan
Pada akhir program Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Biokimia),
graduan dapat:
PO 1 Menguasai prinsip pengajian Islam dan asas biokimia.
PO 2 Mengaplikasikan pengetahuan asas biokimia untuk mendapatkan
kemahiran teknik-teknik melalui kelas amali, projek penyelidikan dan latihan
industri.
PO 3 Menganalisis asas serta teknik-teknik terkini biokimia yang bermanfaat
untuk industri bioteknologi dan kesihatan yang boleh menyumbang kepada
kesejahteraan masyarakat.
PO 4 Berfikir secara kritis dan logik dalam melaksanakan sesuatu penyelidikan
berasaskan nilai etika dan akhlak Islam.
PO 5 Berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan serta menunjukkan ciri
kepimpinan yang baik melalui latihan industri dan projek penyelidikan.
PO 6 Mengsintesiskan masalah data saintifik yang kompleks bagi menyelesaikan
masalah mengikut nilai etika dan akhlak Islam.
PO 7 Meningkatkan kebolehan kendiri dalam pencarian ilmu dan kemahiran
sebagai asas kepada pembelajaran yang berterusan.
PO 8 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk
menghasilkan produk dan memberi perkhidmatan yang berkaitan dengan
pembangunan dalam bidang biokimia.
375
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
Sesi 2010/2011
SHED2101 BIOKIMIA KUANTITATIF (BM)
Membincangkan mengenai aspek kuantitatif dalam biokimia dengan memberi
perhatian kepada asid-bes, pH, tampan, pentitratan, kinetic enzim, bioenergetik
dan radioaktiviti.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menghuraikan kaedah pengiraan di dalam Biokimia Kuantitatif
2. Melakukan analisa kritikal bagi pengiraan di dalam biokima
3. Menilai pengiraan kompleks dalam ujikaji makmal
Rujukan
1. Modern Experimental Biochemistry – Rodney F. Boyer
2. Rujukan akan diberi semasa kursus
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikian Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
SHED2171 AMALI BIOKIMIA I (BM)
Kursus amali ini mengandungi pelbagai teknik yang digunakan di dalam analisa
biokimia. Diantara teknik tersebut termasuklah amalan fundamental dalam
penyediaan larutan tampan dan penentuan pH; penggunaan spektrofotometer
di dalam pelbagai kajian biokimia; teknik-teknik pengasingan dan penulenan;
dan kinetik enzim.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Merumuskan keputusan untuk setiap amali yang dijalankan
2. Menggunakan kaedah-kaedah yang dipelajari di dalam amali-amali lain
3. Mengaitkan amali dengan komponen teori yang dipelajari dalam kursus-
kursus biokimia yang lain
4. Menganalisa data dari amali yang mereka jalankan
5. Mengutamakan kepatuhan polisi keselamatan dan kesihatan di dalam
makmal dan persekitaran
Rujukan
1. Biochemistry 3rd ed. Voet. 2004 J. Wiley
2. Textbook of biochemistry: with clinical correlations 6th ed. Devlin. 2006.
Wiley.
3. Biochemistry 5th ed. Stryer. 1999. Freeman
4. Gene cloning and DNA Analysis. Brown.2002. Blackwell Science.
5. Manual SHES2271 Amali Biokimia I, ISB.
376
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
DENGAN PENGAJIAN ISLAM
Sesi 2010/2011
Kemahiran Insaniah
Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah, Kerja Berpasukan, Pembelajaran
Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Etika dan Moral Profesional, Kemahiran
Kepimpinan.
SHED2172 AMALI BIOKIMIA II (BM)
Kursus ini mengandungi eksperimen-eksperimen yang menunjukkan kaedah-
kaedah pengasingan dan analisis am dalam biokimia, demonstrasi serta teori
mengenai teknik serta peralatan terkini yang digunakan di makmal. Beberapa
kaedah ujian diagnostik yang ringkas akan turut dijalankan. Keutamaan diberi
kepada penganalisaan data secara kuantitatif.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Melakukan analisis biokimia asas serta ujian diagnostik yang mudah
2. Menjalankan penyelidikan asas di makmal yang melibatkan pengekstrakan,
pengasingan, aktiviti biologi, assai enzim dan sebagainya
3. Manipulasikan serta membuat teknik baru yang boleh digunakan di
makmal
4. Menghubungkan perubahan biokimia atau implikasi klinikal dengan sistem
biokimia dan fisiologi
Rujukan
1. Manual Amali Biokimia
Kemahiran Insaniah
Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah, Kerja Berpasukan, Pembelajaran
Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Etika & Moral Profesional.
SHED2201 STRUKTUR DAN FUNGSI BIOMOLEKUL (BM)
Kursus akan menerangkan tentang struktur, sifat-sifat kimia serta fungsi bagi
sakarida dan karbohidrat, asid lemak dan lipid, asid amino dan protein serta
nukleotida dan asid nukleik. Sifat enzim serta kesan-kesan aktiviti enzim, faktor-
faktor mempengaruhi aktiviti dan perencatan juga akan dibincangkan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menjelaskan struktur dan fungsi-fungsi molekul kehidupan
2. Menerangkan ciri-ciri kimia biomolekul tersebut
3. Mempergunakan ciri-ciri asas enzim dan kesannya terhadap proses-proses
biokimia
4. Mengenalpasti setiap molekul dengan proses metabolisme masing-masing
berdasarkan struktur dan ciri-ciri kimia
377
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
Sesi 2010/2011
Rujukan
1. Biochemistry, 5th ed; Lubert M Stryer . New York: W.H.Freeman and
Company
2. Textbook of biochemistry with clinical correlations, 4th ed; Ed by Thomas M
Devlin; John Wiley & Sons Inc
3. Biochemistry; Voet & Voet
4. Color atlas of biochemistry; Jan Koolman & Klaus-Heinrich Röhm; Thieme
Stuttgart, New York
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikian Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
SHED2202 METABOLISME PERANTARA 1 (BM)
Konsep tenaga dalam metabolisme dan penghasilan tenaga melalui respirasi
aerobik, anaerobik dan fermentasi. Laluan penghasilan tenaga alternatif.
Biosintesis dan katabolisme makromolekul utama: sintesis dan oksidasi asid
lemak tepu dan tak tepu, pembentukan dan peranan badan keton, transaminasi
dan deaminasi, kitar urea dan katabolisme rangka karbon asid amino, sintesis
dan katabolisme purina dan pirimidina. Metabolisme sebatian sulfur.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menerangkan pelbagai laluan-laluan yang terlibat dalam metabolisme
tenaga dalam keadaan fisiologi berbeza
2. Mempergunakan pengetahuan bioenergetik dan metabolisme primer untuk
memahami peranan sinergistik makromolekul, organelle dan organ dalam
benda hidup
3. Memperbezakan antara laluan biosintetik dan laluan katabolik makromolekul-
makromolekul primer (C4, A2)
Rujukan
1. Stryer L. (1995) Biochemistry, 4th ed. W.H.Freeman & Co. and later
editions
2. Voet D. and Voet J.G. (1995) Biochemistry, 2nd ed. Wiley and later
editions
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
SHED2203 BIOLOGI MOLEKULAR I (BM)
Kursus ini menerangkan biosintesis asid nukleik, DNA dan RNA. Proses
replikasi, transkripsi dan translasi juga dijelaskan secara terperinci. Kursus ini
juga meliputi topik mengenai mutasi dan bagaimana sel menangani kerosakan
DNA yang boleh menyebabkan penyakit; varisasi komposisi genetik melalui
rekombinasi gen dan transposisi; dan peranan gen luar kromosom.
378
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
DENGAN PENGAJIAN ISLAM
Sesi 2010/2011
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menjelaskan struktur, fungsi dan biosintesis asid nukleik
2. Membincangkan tentang rekombinasi gen dan transposisi
3. Menghubungkaitkan antara asid nukleik dan sintesis protein
4. Mengaitkan mutasi dan sistem pembaikan
5. Membandingkan antara pewarisan kromosom dan luar kromosom
Rujukan
1. Principles of genetics. Snustad. 2006. John Wiley
2. Textbook of biochemistry. Devlin. 2006. John Wiley
3. Biochemistry. Stryer. 1999. Freeman or later edition
4. Molecular biology of the gene. 6th ed. Watson. 2008. Cold Sring Harbor
Laboratory Press
5. Genes IX. Lewin. 2008. Oxford University Press.
Kemahiran Insaniah
Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah, Pembelajaran Berterusan dan
Pengurusan Maklumat
SHED2204 METABOLISME PERANTARA II (BM)
Melengkapi metabolism karbohidrat (iaitu metabolism glukosa, metabolism
glikogen, glukogenesis. Baki kursus dengan penyelidikan metabolism dan
kitar utama bagi lipid, asid amino, dan dan nukleotida, disimpulkan dengan
pengamatan terhadap bagaimana semua pusat metabolik adalah dikawal dan
bagaimana beberapa organ tubuh mamalia direka khas untuk melaksanakan
fungsi-fungsi metabolisme tertentu. Mekanisme integrasi dan tatacara pusat
perantara (interorgan) dengan penekanan pada integrasi lipid, karbohidrat,
dan metabolisme asid amino. Integrasi metabolisme dalam keadaan stres:
kelaparan dan diabetes.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Mengesan katabolisme dan anabolisme karbohidrat, lipid, asid amino dan
nukleotida.
2. Integrasi keatas metabolisme sel, termasuk penghasilan/penggunaan
tenaga
3. Menganalisis mekanisme pengawalaturan yang membolehkan sel/organ/
badan menyalurkan pelopor dan produk kemana ia diperlukan.
4. Menghubung-kaitkan metabolisme diantara organ-organ utama dalam
badan mamalia (cth. otak, hati, usus,otot dan adipos).
5. Menilai asas metabolik bagi penyakit diwarisi dan/atau nutrisi
Rujukan
1. Lehninger Principles of Biochemistry, Nelsen & Cox, 4th edition
379
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
Sesi 2010/2011
2. Harper’s Illustrated Biochemistry by Robert K. Murray, Peter A. Mayes,
Darryl K. Granner, Bender, Granner
3. Metabolism at a Glance by Salway, J. G.
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikian Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.
SHED2205 PROTEIN – STRUKTUR DAN FUNGSI (BM)
Tahap struktur protein (Struktur primer, kepentingan dan penentuannya; Struktur
sekunder dan prediksi; Struktur tertier dan Struktur kuaternari), Penglipatan
protein & denaturasi, Fungsi protein, Kejuruteraan protein, Pengasingan,
penulenan dan pencirian protein, Pengenalan kepada proteomiks.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Mengenalpasti 4 struktur protein
2. Berupaya mengguna pengetahuan teori ‘protein sequencing’ untuk aplikasi
praktikal
3. Membina kaedah yang berbeza untuk mengkaji penglipatan protein
4. Membangunkan strategi untuk mengkaji struktur-fungsi protein dan
pengasingannya
5. Membandingkan struktur sekunder yang berbeza dalam protein
Rujukan
1. Stryer L. (1995) Biochemistry, 4th ed. W.H. Freeman & Co or later edition
2. Voet D. & Voet J.G. (1995) Biochemistry, 2nd ed. John Wiley & Sons Inc
3. Tayyab S. & Boyce A.N. (2006) A Journey from Amino Acids to Proteins,
University Malaya Press
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikian Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.
380
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
DENGAN PENGAJIAN ISLAM
Sesi 2010/2011
KURSUS TAHAP TIGA
SHED3104 BIOKIMIA & BIOLOGI MOLEKUL TUMBUHAN (BM)
Kursus ini memperlihatkan struktur dan fungsi sel tumbuhan yang tipikal.
Pengasingan organel sel tumbuhan. Pigmen-pigmen fotosintesis, sintesis
klorofil dan karotenoid. Pengangkutan elektron fotosintetik dan pengikatan
karbon dwioksida dalam tumbuh-tumbuhan C3, C4 dan CAM. Respirasi cahaya.
Metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino. Metabolisme nitrat dan sulfat.
Metabolit sekunder tumbuhan dan isoprenoid. Kejuruteraan genetik tumbuhan.
Perpustakaan gen, isolasi gen, transformasi dan ekspresi gen.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menerangkan proses fotosíntesis dan respirasi tumbuhan serta
pengangkutan elektron dalam kloroplast dan mitokondria
2. Menerangkan ekspresi dan regulasi gene
3. Mentaksirkan data eksperimen berkaitan dengan pemindahan elektron
dalam kloroplast dan mitokondria
4. Hubungkaitkan diantara fotosíntesis dengan metabolisme karbohidrat, lipid,
asid amino, asimilasi nitrat dan sulfat
5. Banding di antara metabolisme tumbuhan dan haiwan
Rujukan
1. Plant Biochemistry & Molecular Biology. Hans Walter Heldt. 2005.
Hiedelberg/London/New York. Elsevier Academic Press
2. Selected Journal papers
3. Note kuliah e-learning website UM
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikian Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.
SHED3107 NEUROKIMIA (BM)
Pengantar kepada neurokimia memfokuskan kepada sel dan neurokimia
membrane, isyarat intersel dan intrasel dan neuronal dan metabolism seluruh otak.
Analisis terperinci bagi mekanisme molekul dibawah tindakan neurotransmitter
dan neuropeptida dalam system saraf. Mekanisme penghantaran synaptic,
laluan biokimia bagi sintesis dan katabolism neurotransmitter dan neuropeptida,
peranan neurotransmitter vs. nueromodulator akan dilakarkan menggunakan
beberapa contoh terpilih. Konsep asas bagi interaksi neurotransmitter dan
peptide dengan reseptor, struktur dan perbezaan farmakologi, afiniti reseptor
vs. kemujaraban dan reseptor-berpasangan kepada penghantar intersel akan
dibincangkan.
381
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
Sesi 2010/2011
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan mekanisme utama neuropancaran, system peneuropancar
utama dalam system saraf pusat dan bagaimana ini boleh terlibat dalam
penyakit psikosis.
2. Menghuraikan ciri-ciri peneuropancaran sinaps dan pengisyaratan sel.
3. Mengaitkan prinsip biokimia bagi neuropatologi dan ciri-ciri utama penyakit
psikosis
4. Mengaplikasikan aspek asas neurofarmakologi terhadap kefahaman
penyakit serta rawatannya.
5. Menghubungkaitkan maklumat bagi kefahaman aspek kimia dan asas
biokimia dalam pembelajaran dan pengingatan; dan pengagihan dadah.
Rujukan
1. Basic Neurochemistry, 6th Edition Editors: George J. Siegel, Bernard
W. Agranoff, R. Wayne Albers, Stephen K. Fisher, and Michael D. Uhler
Lippincott-Raven, Philadelphia, 1999
2. Basic Neurochemistry: Molecular, Cellular and Medical Aspects by George
J. Siegel (Editor), R. Wayne Albers (Editor), Scott Brady (Editor), Donald L.
Price (Editor), American Society for Neurochemistry (Editor)
3. Neurochemistry of Consciousness: Neurotransmitters in Mind Edited by
E. Perry, H. Ashton and A. Young 2002. Amsterdam: John Benjamins
Publishing Company
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikian Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
SHED3197 PEMIKIRAN KRITIS DAN KOMUNIKASI EFEKTIF (BM)
Kepentingan dan masa hadapan literasi saintifik, mengetahui perbezaan di
antara jenis-jenis jurnal dan ulasan, plagarisma dan hakcipta, jenis-jenis jurnal
dan ulasan, kaedah memasuki dan mencari literasi, manulis jurnal dan ulasan,
skil pembentangan dan penglibatan seminar, biokimia dan sumbangan. Topik-
topik berkaitan keusahawanan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Membina bakat berinteraksi secara saintifik
2. Membina kemahiran keusahawanan
3. Menganggarkan jawapan untuk soalan teknikal dari artikel penyelidikan
4. Menganalisa data yang disampaikan di dalam jurnal saintifik
5. Mengkritis beberata topic semasa di dalam biokimia
Rujukan
1. Jurnal Pilihan
382
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
DENGAN PENGAJIAN ISLAM
Sesi 2010/2011
Kemahiran Insaniah
Skil berkomunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masaalah, Pembelajaran
berterusan dan perolehan maklumat, Kemahiran keusahawanan .
SHED3202 ENZIMOLOGI (BM)
Pengenalan kepada enzim, Tenaga pengaktifan dan pemangkin biologi,
Terminologi yang diguna, Klasifikasi enzim dan penamaan; Kinetik enzim
(Kesan kepekatan enzim, kepekatan substrat, pH dan suhu), Perencatan
enzim (‘Competitive’, ‘Noncompetitive’, ‘Uncompetitive’, dan tak berbalik),
Regulasi enzim (Pengaktifan zimogen, Modifikasi kovalen, Kawalan fisiologi
dan Regulasi alosterik), Reaksi bisubstrat, Mekanisme enzim merujuk kepada
lisozim dan kimotripsin; Antibodi katalitik, Ribozim, Teknologi enzim: Kaedah,
sifat dan kegunaan immobilisasi enzim.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menggambarkan faktor-faktor berbeza yang mempengaruhi kadar enzim-
katalis reaksi termasuk reaksi bisubstrat
2. Membandingkan strategi regulasi enzim yang berbeza
3. Deduksi mekanisme enzim berdasarkan prinsip-prinsip yang diberi
4. Membangunkan penghasilan antibodi katalitik dan RNA katalitik
5. Menilai strategi yang berbeza dalam immobilisasi enzim berdasarkan sifat-
sifatnya
Rujukan
1. Stryer L. (2007) Biochemistry, 6th ed. W.H. Freeman & Co
2. Voet D. & Voet J.G. (2004) Biochemistry, 3rd ed. John Wiley & Sons Inc
3. Zubay G.L., Parson W.W. & Vance D.E. (1995) Principles of Biochemistry,
W.M.C. Brown Publishers
4. Copeland R.A. (2000) Enzymes, 2nd ed. Wiley – VCH
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikian Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
383
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
Sesi 2010/2011
KURSUS PILIHAN
SHED2102 BIOKIMIA HORMON (BM)
Kursus ini disediakan untuk pelajar yang mengkhusus dalam sains biologi dan ia
meliputi topik berkaitan endokrinologi manusia. Kursus ini akan membincangkan
cara-cara bagaimana hormon mempengaruhi keseluruhan fungsi tubuh manusia.
Penekanan akan diberikan ke atas kefahaman bagaimana pelbagai hormon
memberi kesan homeostasis, pembangunan, pertumbuhan, metabolisme, dan
reproduksi dari sudut fisiologi, biokimia dan biologi sel. Oleh kerana sifat kursus
yang sebegini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada banyak terminologi
anatomi, laluan-laluan biokimia serta kawalannya, dan akibat klinikal fungsi
hormon.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Mengenalpasti kategori-kategori hormon
2. Menjelaskan mekanisme tindakan hormon
3. Menjelaskan peranan-peranan fisiologi hormon
4. Menentukan paksi endokrin kesemua hormon kelenjar
5. Memeriksa kaitan penyebab antara kekurangan hormon dan penyakit-
penyakit metabolik.
Rujukan
1. Harpers’s Illustrated Biochemistry 28th ed. (2009) McGraw-Hill, U.S.A.
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah, Kerja
Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Etika dan
Moral Profesional, Kemahiran Kepimpinan.
SHED2206 BIOKIMIA MAKANAN DAN NUTRISI (BM)
Objektif kursus ini adalah untuk membentangkan secara terperinci peranan
makanan dan nutrisi terhadap pembangunan dan penyelenggaraan kesihatan
manusia. Kursus ini membincangkan nutrisi melalui pensepaduan pengetahuan
asas biologi serta kimia (lihat prasyarat) dengan sistem fisiologi manusia.
Pengajaran turut menyertakan komponen pengajaran berasaskan masalah.
Nota syarahan disediakan tetapi bacaan tambahan perlu dilakukan. Anda
bertanggungjawab memahami peranan makronutrien dan mikronutrien terhadap
kesihatan dan penyakit. Selain itu anda perlu memahami struktur asas vitamin;
biokimia umum dan fungsi fisiologi vitamin & mineral, asid amino perlu dan
tak-perlu serta fungsi umumnya. Maklumat ini berguna sebagai asas dalam
perkaitan nutrisi sebagai penyokong kesihatan dan pencegahan penyakit.
Pelbagai isu & minat semasa nutrisis akan dibincangkan.
384
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
DENGAN PENGAJIAN ISLAM
Sesi 2010/2011
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menghuraikan peranan makro dan mikronutrien dalam metabolisme tenaga
dan protein
2. Membincangkan bagaimana kepincangan nutrien menyebabkan beberapa
penyakit kronik
3. Mengenalpasti strategi pemakanan bersesuaian dengan gaya hidup bagi
mengurangkan risiko menghidapi penyakit kronik
4. Membezakan maklumat berkaitan dakwaan samar/ penipuan berkaitan
nutrisi
5. Mengenalpasti peluang perniagaan bagi produk berasaskan nutrisi.
Rujukan
1. Wardlaw, G.M. Contemporary Nutrition: Issues and insights. 5th Ed. Brown
and Benchmark Pub. (2003)
2. Harpers’s Biochemistry 25th ed. (2000) McGraw-Hill, U.S.A
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Kemahiran
keusahawanan
SHED2207 BIOKIMIA ALAM SEKITAR (BM)
Ekosistem: interaksi antara komponen biotik dan abiotik. Konsep tenaga dan
aras trofik. Kitar biogeokimia karbon, nitrogen, sulfur dan kalsium. Industri
petroleum dan bahan xenobiotik: manfaat dan impak. Cara-cara mengurangkan
impak.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Membincang kitar biogeokimia elemen-elemen utama dan perhubungan
antara kitar-kitar ini
2. Menerangkan peranan mikroorganisma dalam kitar-kitar biogeokimia ini
dan kesan yang timbul dari kacauan kitar ini
3. Membezakan dengan kritis impak bahan xenobiotik dan aktiviti manusia
terhadap alam sekitar semulajadi
Rujukan
1. Atlas RM & Bartha R (1993) Microbial Ecology: Fundamentals and
Applications, 3rd edition. Benjamin/Cummings Publ.
2. Manahan SE (2001) Fundamentals of Environmental Chemistry, 2nd
edition. Lewis Publ.
3. Ratledge C (Ed.) (1994) Biochemistry of Microbial Degradation. Kluwer
Acad. Press
4. Scragg A (1999) Environmental Biotechnology. Longman
385
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
Sesi 2010/2011
5. Sylvia DM (Ed.) (1999) Principles and applications of soil microbiology.
Prentice Hall
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
SHED2301 BIOKIMIA SERANGGA
Kawalan kimia lakuan serangga. Alomon, Feromon jejak, Feromon penggera,
Feromon aggregasi dan Feromon seks. Teknik mengekstrak, bioessei dan
mengenalpasti feromon. Teknik pengumpanan umpan feromon. Manipulasi kod
kimia. Fungsi Karbohidrat, Lipid dan Protein dalam serangga. Contohnya: otot
penerbangan serangga, bikrom serangga, enzim, pendafluor dll. Kimia Kutikel
serangga dan pengawalaturan. Sumber produk defensif serangga. Racun
Hymenoptera. Adaptasi metabolik bagi tolenrasi sebatian semulajadi toksid.
Biosistensis sebatian defensif serangga. Dasar Biokimia tumbuhan pilihan.
Sebatian sekunder sebagai attraktan pemakanan dan perangsangan untuk
serangga bertelur. Hubungan biokimia antara tumbuhan dengan serangga.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Memberi definisi feromon mengikut fungsi seperti feromon jejak, feromon
seks, feromon penggera, feromon sentuhan dan feromon aggregasi
2. Menerangkan penggunaaan feromon dalam pengurusan bersepadu
serangga perosak (IPM)
3. Mengenalpasti komponen kimia dalam feromon serangga tersebut melalui
teknik kromatografi (TLC, Flash & GCMS)
4. Menganalisa tindakbalas serangga terhadap “semiokimia” dari tumbuhan
dan serangga
5. Menilai kepentingan biokimia serangga kepada manusia
Rujukan
1. Morris Rockstein (1978) “ Biochemistry of Inscets” Academic Press
2. J.B Harborne (1993) “Introduction to Ecological Biochemistry” 4th Ed.
Academic Press.
3. Ring T Carde & Albert K Minks (1995) Insect Pheromone Research. New
Directions.
4. Techniques in pheromones research (1984). Edited by H.E. Hummel & T.A.
Miller. Springer-Verlag. New York.
5. The Chemistry of Pheromones and other semiochemicals. Volume Editor S.
Schulz. Springer Berlin Heidelberg New York
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikian Kritis dan Penyelesaian Masalah, Kerja
Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Kemahiran
Kepimpinan.
386
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
DENGAN PENGAJIAN ISLAM
Sesi 2010/2011
SHED3101 BIOKIMIA LEMAK DAN MINYAK (BM)
Kuliah memperkenalkan struktur & komposisi lipid yang utama. Peranan sifat
kimia asid lemak (tepu/tidak tepu), triasilgliserol, sterol, karoten dan tokoferol/
tokotrienol terhadap nilai nutrisi dan ekonomi lipid utama dunia diperjelas.
Penumpuan akan diberikan kepada minyak sawit kerana Malaysia ialah
pengeluar terbesar minyak sawit dunia. Perbezaan komposisi minyak dikaitkan
dengan keunikan biosintesis dan deposisi lemak dan minyak oleh setiap
tumbuhan/haiwan. Kaedah-kaedah berkesan ekstraksi dan analisis lemak dan
minyak akan dikemukakan. Kegunaan lemak dan minyak yang terbit daripada
modifikasi kimia terhadap lemak dan minyak terproses, dalam pelbagai industri
dijelaskan. Kesan terhadap kesihatan akibat pengambilan lemak dan minyak
dalam diet dijelaskan melalui perubahan komposisi membrane sel, kandungan
lipid dalam diet dan kepincangan fisiologi akibat kepincangan metabolisme
lipid.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menerangkan klasifikasi dan struktur asas lipid ( lemak dan minyak )
2. Mengkaji metabolisme lipid dalam manusia
3. Menganalisis jenis lipid dalam beberapa tumbuhan dan manusia
4. Menghubungkait metabolisme lipid dengan metabolisme lain
5. Mempelajari metabolisme lipid dengan kepincangan fisiologi dan kesihatan
Rujukan
1. The lipid handbook oleh F. D. Gunstone, J. L. Harwood, F. B. Padley
2. Fundermentals of Biochemistry oleh D. Voet, J. Voet & C. W. Pratt
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Sepanjang Hayat
SHED3102 BIOKIMIA MEMBRAN DAN TRANSDUKSI ISYARAT (BM)
Kursus ini membincangkan organisasi dan struktur membran, fungsi dan
kepentingannya kepada sel dan organisme.Komponen-komponen utama
membran serta peranan masing-masing. Mekanisme pengangkutan sel dan
molekul pada membran. Komponen serta mekanisme transduksi isyarat, fungsi
dan kepentingannya juga akan dibincangkan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menghuraikan struktur dan ciri-ciri membran biologi
2. Mengenalpasti peranan dan fungsi membran biologi
3. Menjelaskan dengan terperinci proses transduksi isyarat
4. Menghubungkan kaitan di antara ciri-ciri dinamik dengan peranan serta
fungsi-fungsi membran biologi
387
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
Sesi 2010/2011
5. Mentaksir keadaan-keadaan yang boleh berlaku akibat daripada malfungsi
transduksi isyarat.
Rujukan
1. Stryer (1988) Biochemistry 3rd ed. WH Freeman & Co
2. Devlin (1997), Textbook of Biochemistry with clinical corelations. Wiley &
sons
3. B.D. Hames, N.M. Hooper & J.D. Houghton (1999), Instant Notes in
Biochemistry. Viva Books Private Limited
4. Pamela C Champe, Richard A Harvey & Denise R Ferrier (2005),
Biochemistry. Lippincott’s illustrated reviews, 3rd Ed. Lippincott Williams &
Wilkins
5. Biochemistry of signal transduction & regulation, 3rd ed (2003), completely
rev and ed by Krauss, Gerhard. Weinheim: Wiley - VCH
6. Cell signaling: biology and medicine of signal transduction, (2003) New
York, Raven Press
7. Brown, Barry L (1993) Cell signalling : biology and medicine of signal
transduction.
SHED3103 TOKSIKOLOGI BIOKIMIA (BM)
Sebuah kajian tentang xenobiotik dalam persekitaran manusia dan haiwan-
dadah, aditif makanan, dan bahan pencemar. Bahan pencemaran alam sekitar
-sumber dan ciri-ciri serta implikasi pada kesihatan manusia. Penyerapan dan
pengedaran xenobiotik, metabolisme xenobiotics, lengkung dose-respons dan
toksikologi perbandingan, dan faktor-faktor yang mempengaruhi metabolisme
xenobiotic. Interaksi xenobiotics dan reseptor. Mekanisme dan sasaran tindakan
pada peringkat sel dan molekul. Kimia karsinogenesis dan unsure ketoksikan.
Toksin semulajadi daripada tumbuhan dan haiwan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat :
1. Menghuraikan prinsip-prinsip asas toksikologi termasuk hubungan dos-
respons, tindakbalas kimia dengan molekul sasaran dan kimia lain, faktor
disposisi dan penilaian risiko
2. Mengaplikasikan konsep toksikokinetiks dan prinsip biologi dalam
penyerapan, taburan,metabolisme dan perkumuhan dadah dan toksin
utama
3. Mengilustrasikan tindakbalas terlibat dalam metabolisme xenobiotik (dengan
contoh sesuai) dengan kesan dari tindakbalas-tindakbalas ini.
4. Menganalisis tindakbalas reseptor-ligan dan bagaimana tindakbalas ini
dikaji, dan diaplikasikan kepada tindakan xenobiotik
5. Menilaikan hubungan ketoksikan radikal bebas dan asas biokimia
karsinogenesiti, respons imun/inflamasi dengan ketoksikan xenobiotik
Rujukan
1. Principles of Biochemical Toxicology, Third Edition by John Timbrell
(Author)
388
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN
Buku Panduan Program Ijazah Dasar
DENGAN PENGAJIAN ISLAM
Sesi 2010/2011
2. Ernest Hodgson. A Textbook of Modern Toxicology, 3nd Edition. John Wiley
and Sons, New York. 2004.
3. Ernest Hodgson and Robert C. Smart. An Introduction to Biochemical
Toxicology, 3rd edition. John Wiley and Sons. New York, 2001.
Kemahiran Insaniah
Kemahiran Berkomunikasi, Pemikian Kritis dan Penyelesaian Masalah,
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat (LL3)
SHED3106 IMUNOLOGI MOLEKUL (BM)
Pengenalan kepada kepentingan sistem imun, komponen sistem imun, kategori
tindakbalas imun dan sifat-sifat amnya. Kursus ini akan merangkumi:
- penjelasan tentang sel dan tisu sistem imun
- limfosit dan tindakbalasnya, termasuk dasar selular dan molekular
pengenalan antigen
i. sel B: antibodi, struktur molekul antibodi, struktur dan expresi gen
antibodi, penghasilan antibodi
ii. sel T: genetik dan biokimia MHC, interaksi dengan antigen dan
persembahan antigen, mekanisme pengaktifan sel T.
iii. toleran imunologik
- mekasnisme efektor: sitokin, sistem komplemen, keimunan pengantara sel
dan mekanisme efektor IgE
Hasil Pembelajaran