• SMK AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR DASAR PENGURUSAN KURIKULUM ...


  •   
  • FileName: index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=5&Itemid=143 [read-online]
    • Abstract: mesyuarat panitia dalam satu tahun persekolahan dan menyerahkan minit mesyuarat panitia ... panitia matapelajaran tersebut untuk mencatat minit mesyuarat. Semua minit mesyuarat bertaip. mesti diserahkan kepada PK Tadbiran & Kurikulum dalam tempoh satu minggu ...

Download the ebook

SMK AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
(Kuatkuasa 28 Disember 2009)
BAHAGIAN I - DASAR PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN
1.0 Ketua Panitia Matapelajaran
1.1 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki menyiapkan Rancangan Pelajaran Tahunan
matapelajaran masing-masing bagi setiap tingkatan sebelum sesi persekolahan baru bermula
dan mengedarkan kepada semua guru panitia masing-masing pada hari pertama sesi
persekolahan baru.
1.2 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengadakan sekurang-kurangnya empat kali
mesyuarat panitia dalam satu tahun persekolahan dan menyerahkan minit mesyuarat panitia
kepada Pengetua melalui Pk Tadbiran & Kurikulum.
1.3 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini maklumat diri guru-guru panitia
masing-masing selewat-lewatnya dua minggu selepas sesi persekolahan baru bermula.
1.4 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengumpul jadual waktu persendirian guru-guru
panitia masing-masing selewat-lewatnya empat minggu selepas sesi persekolahan baru
bermula. Satu salinan jadual waktu persendirian guru-guru panitia mesti diserahkan kepada
Guru Kanan Matapelajaran masing-masing.
1.5 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan agihan tugas menggubal soalan
untuk penilaian dan peperiksaan dalam satu tahun persekolahan pada mesyuarat panita kali
pertama. Satu salinan agihan tugas menggubal soalan-soalan penilaian dan peperiksaan mesti
diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan dan Guru Kanan matapelajaran masing-masing
selewat-lewatnya seminggu selepas mesyuarat panitia kali pertama diadakan.
1.6 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab terhadap pelaksanaan aktiviti persatuan
akademik. Cadangan aktiviti persatuan akademik mesti dibincangkan dalam mesyuarat
panitia kali pertama. Pengetua boleh mengarahkan guru-guru panitia dari semasa ke semasa
untuk membantu dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti persatuan akademik.
1.7 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Program Peningkatan Prestasi
Matapelajaran pada mesyuarat panitia kali pertama dan menggunakan 5P dalam pelaksanaan
Program Peningkatan Prestasi Matapelajaran. Keberkesanan dan penambahbaikan Program
Peningkatan Prestasi Matapelajaran perlu dibincangkan dari semasa ke semasa dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum sekolah dan Mesyuarat Panitia Matapelajaran.
1.8 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Sasaran Kerja Bertulis Tahunan
(iaitu, bilangan buku latihan, bilangan buku nota serta jumlah dan jenis latihan) bersama guru-
guru panitia pada mesyuarat panitia kali pertama.
1.9 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini stok bahan bantu mengajar selewat-
lewatnya hari terakhir sesi persekolahan. Satu senarai bahan bantu mengajar mesti
diedarkan kepada semua guru panitia masing-masing pada mesyuarat panitia kali pertama.
1.10 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengendalikan sekurang-kurangnya satu sesi kursus
dalaman untuk guru-guru panitia masing-masing pada setiap penggal persekolahan. Jika ada
guru matapelajaran yang menghadiri kursus anjuran pihak luar seperti JPWPKL dan KPM,
guru berkenaan wajib membantu Ketua Panitia dalam pengendalian kursus dalaman panitia.
1
1.11 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab memantau Kajian Tindakan yang dijalankan
oleh guru panitia matapelajaran.
1.12 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab menyediakan post-mortem matapelajaran untuk
setiap peperiksaan dan membentangkan pada mesyuarat post-mortem.
1.13 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab melantik guru panitia yang bersesuaian untuk
menjadi Setiausaha Mesyuarat Post Mortem Keputusan Peperiksaan apabila tiba giliran
panitia matapelajaran tersebut untuk mencatat minit mesyuarat. Semua minit mesyuarat bertaip
mesti diserahkan kepada PK Tadbiran & Kurikulum dalam tempoh satu minggu selepas hari
mesyuarat.
1.14 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Anggaran Belanjawan Panitia
dalam mesyuarat panitia akhir tahun untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Pengurusan
Kewangan & Akaun Sekolah. Satu salinan Anggaran Belanjawan Panitia yang diluluskan oleh
Pengetua mesti diserahkan kepada Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum sebelum sesi
persekolahan baru bermula.
1.15 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini semua fail panitia masing-masing
selewat-lewatnya hari terakhir sesi persekolahan. Pengetua boleh mengarahkan Ketua Panitia
untuk menyelesaikan kerja mengemaskini fail panitia pada waktu cuti akhir tahun sekiranya
didapati fail-fail panitia tidak dikemaskinikan dengan sempurna.
2.0 Semua Guru Matapelajaran
2.1 Semua guru matapelajaran mesti melengkapkan fail rekod mengajar selewat- lewatnya dua
minggu selepas sesi persekolahan baru bermula.
2.2 Pencerapan setiap guru matapelajaran akan dikendalikan sebanyak dua kali setahun oleh
Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan Matapelajaran dan Ketua-Ketua
Panitia yang berpengalaman(iaitu, mempunyai pengalaman mengajar 10 tahun ke atas)
2.3 Penyemakan buku latihan murid akan dikendalikan sebanyak dua kali setahun oleh
Pengetua, Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum dan Guru-Guru Kanan Matapelajaran.
2.4 Semua guru matapelajaran wajib menghabiskan sukatan pelajaran untuk setiap kelas yang
diajar dalam tempoh tahun semasa. Jika perlu, kelas tambahan mesti dikendalikan oleh guru
matapelajaran.
2.5 Untuk guru matapelajaran yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana urusan rasmi atau peribadi,
Bahan Kelas Tanpa Guru mesti disediakan dan diserahkan kepada Penolong Kanan Tadbiran
&Kurikulum atau Guru Kanan Matapelajaran masing-masing supaya waktu belajar murid-
murid dioptimumkan untuk kecemerlangan akademik sekolah.
2.6 Semua guru matapelajaran Sains dan Sains Tulen wajib mengendalikan kelas amali di makmal
Sains mengikut jadual waktu makmal yang ditetapkan.
2.7 Semua guru matapelajaran dikehendaki menanda buku latihan murid secara berkala
mengikut kekerapan berikut :
* Latihan berbentuk esei – Dikumpul dan ditanda setiap latihan esei sebaik sahaja disiapkan
oleh murid
* Latihan berbentuk soalan struktur , objektif, dll – Dikumpul dan ditanda selepas setiap dua
latihan disiapkan oleh murid.
2
Setelah selesai menanda buku latihan murid, guru matapelajaran mesti menurunkan
tandatangan, mencatat tarikh semakan dan memberi peneguhan seperti markah, gred atau
ulasan setelah buku latihan murid habis ditanda.
2.8 Semua guru matapelajaran mesti memastikan semua murid menyediakan indeks di muka surat
depan setiap buku latihan yang digunakan oleh murid. Format indeks adalah seperti berikut :
Bil. Tarikh Perkara Tandatangan Catatan
Guru
BAHAGIAN II - DASAR PENILAIAN & PEPERIKSAAN
1.0 Semua Guru Sewaktu Mengawas Peperiksaan
1.1 Guru pengawas yang diberi waktu kawalan kelas (iaitu, masa senggang sebelum memulakan
peperiksaan) wajib masuk ke kelas mengikut jadual waktu masing-masing untuk mengelakkan
murid daripada melepak di sekitar sekolah.
1.2 Pada setiap hari peperiksaan, guru pengawas waktu pertama dikehendaki memastikan kelas
adalah bersih dan kemas sebelum memulakan peperiksaan.
1.3 Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki masuk ke kelas selewat-lewatnya
10 minit sebelum peperiksaan bermula.
1.4 Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki menulis maklumat peperiksaan
(matapelajaran , kod m/p, tempoh masa ) pada papan tulis serta mengisi borang kawalan
peperiksaan yang berbeza warna mengikut tingkatan.
1.5 Guru tidak dibenarkan duduk sepanjang waktu pengawasan.
1.6 Guru tidak dibenarkan memeriksa kertas soalan peperiksaan atau kerja latihan murid atau
membaca apa juga bentuk bahan cetakan sewaktu mengawasi peperiksaan.
1.7 Guru pengawas waktu akhir dikehendaki mengutip kertas jawapan murid satu per satu apabila
peperiksaan ditamatkan.
1.8 Guru pengawas waktu akhir dikehendaki memastikan bilangan kertas jawapan murid yang
dikutip adalah sama dengan bilangan murid yang hadir pada hari tersebut untuk mengelakkan
keciciran kertas jawapan murid.
1.9 Guru pengawas waktu akhir wajib melengkapkan borang kawalan peperiksaan dan
menyerahkannya sendiri (hand-to-hand)bersama dengan kertas jawapan murid kepada guru
pemeriksa pada hari yang sama. Jika guru pemeriksan tersebut tidak hadir ke sekolah pada hari
berkenaan, guru pengawas waktu akhir dikehendaki menyerahkan sendiri (hand-to-hand)
kertas jawapan murid kepada setiausaha peperiksaan.
1.10 Bagi peperiksaan berbentuk soalan objektif, semua kertas jawapan objektif mesti diserahkan
kepada guru penyedia soalan untuk diproses sekali melalui penggunaan mesin.
1.11 Guru Disiplin atau Guru Bertugas dikehendaki membuat rondaan ke tandas murid sebelum
peperiksaan bermula dan semasa peperiksaan dijalankan supaya murid tidak menyimpan bahan
rujukan di tandas.
3
2.0 Semua Murid Sewaktu Menduduki Peperiksaan
2.1 Laci meja murid yang telah dikosongkan mesti disusun mengadap ke bahagian depan kelas
manakala beg murid mesti diletakkan di bahagian belakang kelas.
2.2 Murid tidak dibenarkan membaca buku semasa peperiksaan sedang dijalankan walaupun telah
selesai menjawab kertas peperiksaan.
2.3 Murid tidak dibenarkan pergi ke tandas semasa peperiksaan untuk mengelakkan kes meniru.
Murid dikehendaki pergi ke tandas sebelum peperiksaan bermula. Murid yang terpaksa pergi
ke tandas semasa peperiksaan akan diiringi oleh pentadbir.
2.4 Murid wajib berada di tempat duduk masing-masing sehingga selesai urusan mengutip dan
mengira kertas jawapan murid oleh guru pengawas waktu akhir.
3.0 Penyelewengan Waktu Peperiksaan
3.1 Apabila murid disyaki meniru, tindakan berikut akan diambil:
3.1.1 Guru pengawas menangkap murid meniru sewaktu peperiksaan.
3.1.2 Guru pengawas membuat laporan ringkas berkaitan kes meniru tersebut dan
menyerahkan laporan bersama bukti penyelewengan kepada PK HEM.
3.1.3 Guru disiplin menyiasat kes penyelewengan
3.1.4 Jika murid disahkan melakukan penyelewengan,
• guru matapelajaran menanda kertas jawapan murid seperti biasa tetapi
memberi markah kosong kepada murid berkenaan
• perkataan MENIRU akan dipaparkan pada slip peperiksaan
4.0 Murid Tidak Hadir Waktu Peperiksaan
4.1 Murid tidak hadir peperiksaan kerana mewakili sekolah
4.1.1 Markah murid untuk matapelajaran berkenaan dicatat W dalam slip keputusan
peperiksaan . Kertas soalan akan diberi kepada murid sebagai latihan dan akan ditanda
oleh guru matapelajaran tetapi markah murid tidak akan diambilkira dalam pengiraan
markah purata.
4.1.2 Markah murid hanya boleh diambilkira dalam peperiksaan sekiranya peperiksaan
untuk matapelajaran berkenaan dapat diatur pada hari yang sama tetapi waktu
berlainan.
4.2 Murid tidak hadir peperiksaan kerana sakit atau masalah peribadi
4.2.1 Markah murid untuk matapelajaran berkenaan dicatat TH dalam slip keputusan
peperiksaan. Kertas soalan akan diberi kepada murid sebagai latihan dan akan ditanda
oleh guru matapelajaran tetapi murid akan diberi markah kosong untuk matapelajaran
berkenaaan dalam pengiraan markah purata.
4.2.2 Markah murid hanya boleh diambilkira dalam peperiksaan sekiranya peperiksaan
untuk matapelajaran berkenaan dapat diatur pada hari yang sama tetapi waktu
berlainan.
4
5.0 Pengambilan Matapelajaran Elektif Tambahan Di Luar Jadual Waktu untuk Peperiksaan
Awam
5.1 Murid wajib menduduki Peperiksaan Akhir Tahun untuk matapelajaran elektif tambahan
tersebut. Markah murid untuk matapelajaran berkenaan akan diambilkira dalam pengiraan
markah purata.
6.0 Kerja Kursus / Pentaksiran Berasaskan Sekolah
6.1 Penilaian kerja kursus atau pentaksiran berasaskan sekolah harus diulangi oleh guru sehingga
murid mendapat gred A dalam matapelajaran berkenaan.
7.0 Takwim Penilaian & Peperiksaan
7.1 Semua murid (kecuali murid Pra-U-Rendah) wajib menduduki dua penilaian (Feb/Mac &
Julai/Ogos) dan dua peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir
Tahun atau Peperiksaan Percubaan PMR/SPM/ STPM)
7.2 Murid Pra-U-Rendah yang melapor diri pada pertengahan bulan Mei setiap tahun wajib
menduduki satu penilaian (Julai/Ogos) dan satu peperiksaan (Peperiksaan Akhir Tahun)
7.3 Sebanyak 10 peratus daripada Markah Penilaian I bagi setiap matapelajaran utama (kecuali
matapelajaran bukan peperiksaan seperti PJK , Siviks Kewarganegaraan,dll) diperuntukkan
untuk Latihan Akhir Tahun yang disiapkan oleh murid-murid semasa cuti akhir tahun.
7.4 Ujian bulanan tidak selaras akan diadakan pada bulan yang mana penilaian atau peperiksaan
tidak dijalankan. Jadual waktu selaras tidak disediakan untuk ujian bulanan. Markah ujian
bulanan perlu direkodkan dalam buku rekod mengajar.
7.5 Semua peperiksaan selaras (seperti Ujian Diagnostik, Ujian Intervensi, Peperiksaan Percubaan
Selaras )yang dianjurkan oleh JPWPKL akan dijalankan di sekolah untuk murid-murid yang
mengambil peperiksaan awam pada tahun berkenaan. Keputusan peperiksaan selaras akan
dianalisiskan mengikut sistem penggredan JPWPKL.
8.0 Penggredan Markah Peperiksaan
8.1 Peringkat Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga 3)
Markah Gred NGMP PNG Indeks TOV Tahap Taraf TOV
(Peratus PNG) TOV
80 - 100 A 4.00 4.00 100 7 G (Gemilang)
70 - 79 B 3.00 3.75 - 3.99 93.75 - 99.99 6 C (Cemerlang)
60 - 69 C 2.50 3.50 - 3.74 87.5 - 93.74 5 S (Sederhana)
50 - 59 D 2.00 3.00 - 3.49 75.0 - 87.49 4 H (Harapan)
1 - 49 E 1.00 2.50 - 2.99 62.5 - 74.99 3 L ( Lemah)
0 TH 0 2.00 - 2.49 50.0 - 62.49 2 SL ( Sangat Lemah)
0 - 1.99 0 – 49.99 1 LL (Lampau Lemah)
5
8.2 Peringkat Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5)
Markah Gred NGMP PNG Indeks TOV Tahap Taraf TOV
(Peratus PNG) TOV
90-100 A+ 4.00 4.00 100 7 G (Gemilang)
75-89 A 3.90 3.50 - 3.99 87.5 - 99.99 6 C (Cemerlang)
70-74 A- 3.75 3.00 – 3.49 75.0 – 87.49 5 S (Sederhana)
65-69 B+ 3.50 2.75 – 2.99 68.75 – 74.99 4 H (Harapan)
60-64 B 3.25 2.50 – 2.74 62.5 – 68.74 3 L ( Lemah)
55-59 C+ 3.00 2.00 - 2.49 50.0 - 62.49 2 SL ( Sangat Lemah)
50-54 C 2.75 0-1.99 0- 49.99 1 LL(Lampau Lemah)
45-49 D 2.50
40-44 E 2.00
1-39 G 1.00
0 TH 0.00
8.3 Peringkat Pra-U (Rendah & Atas)
Markah Gred NGMP PNG Indeks TOV Tahap Taraf TOV
(Peratus PNG) TOV
80-100 A+ 4.00 4.00 100 7 G (Gemilang)
70-79 A- 3.67 3.50 - 3.99 87.5 - 99.99 6 C (Cemerlang)
65-69 B+ 3.33 3.00 – 3.49 75.0 – 87.49 5 S (Sederhana)
60-64 B 3.00 2.76 – 2.99 68.75 – 74.99 4 H (Harapan)
55-59 B- 2.67 2.50 – 2.74 62.5 – 68.74 3 L ( Lemah)
50-54 C+ 2.33 2.00 - 2.49 50.0 - 62.49 2 SL ( Sangat Lemah)
45-49 C 2.00 0-1.99 0- 49.99 1 LL(Lampau Lemah)
40-44 C- 1.67
35- 39 D+ 1.33
30 - 34 D 1.00
1 - 29 F 0.00
0 TH
Catatan :
Singkatan Maksud Singkatan Formula
NGMP Nilai Gred
Matapelajaran
PNG Purata Nilai Gred
PNG =
TOV Take-off value
Indeks TOV = x 100 %
BAHAGIAN III – DASAR PEMILIHAN PAKEJ MATAPELAJARAN ELEKTIF
1.0 Semua murid SMK Aminuddin Baki wajib memperoleh minimum 6 A dan mendapat minimum gred B
untuk kedua-dua matapelajaran Sains dan Matematik dalam peperiksaan PMR untuk melayakkan diri
mereka bagi kemasukan ke kelas aliran Sains tingkatan empat.
2.0 Semua murid yang dipindahkan masuk ke tingkatan empat SMK Aminuddin Baki yang mendapat gred
B dan ke bawah untuk matapelajaran Sains atau Matematik akan dimasukkan ke kelas aliran Sastera.
3.0 Kemasukan murid ke kelas menengah rendah mengikut matapelajaran pilihan Kemahiran Hidup
(Kemahiran Manipulatif Teknikal atau Perdagangan & Keusahawanan adalah tertakluk kepada
6
kekosongan tempat dalam kelas-kelas berkenaan. Bilangan maksimum yang dibenarkan dalam setiap
kelas adalah sebanyak 35 orang murid sahaja.
SMK AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR
PANDUAN PEMILIHAN
PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK
Bil. Jenis Anugerah Catatan (Kriteria / Syarat-syarat/ Dll)
1.0 KECEMERLANGAN DALAM Berdasarkan keputusan
PEPERIKSAAN SEKOLAH Peperiksaan Pertengahan Tahun /
Peperiksaan Akhir Tahun /
Peperiksaan Percubaan PMR/SPM / STPM :-
1.1 Anugerah Pengetua kpd Murid
1.1.1 Anugerah Emas • Dianugerahkan Sijil Anugerah Emas kepada tiga orang
murid terbaik bagi setiap tingkatan yang telah mencapai
tahap TOV minimum 6 (iaitu, taraf cemerlang)
berpandukan kepada peratus markah keseluruhan
• Jemputan ke Jamuan Makan Bersama Pengetua
1.1.2 Anugerah Perak • Dianugerahkan Sijil Anugerah Perak kepada murid-
murid bagi setiap tingkatan yang telah memperolehi
PNG berikut:
Tingkatan 1 hingga 3 - PNG 3.75 ke atas
Tingkatan 4 dan 5 - PNG 3.50 ke atas
Pra-U (Rendah & Atas) - PNG 3.00 ke atas
2.0 ANUGERAH MAJLIS
KECEMERLANGAN AKADEMIK
2.1 Anugerah Pengetua kpd Panitia Berdasarkan keputusan Peperiksaan PMR/SPM /STPM:-
2.1.1 Anugerah Emas • Dianugerahkan kepada guru-guru matapelajaran yang
telah menghasilkan pencapaian minimum 80% gred A
dalam PMR atau 80% gred A dalam SPM(m/p teras)
atau 60% gred A dalam SPM(m/p elektif) atau 50%
gred A dalam STPM
2.1.2 Anugerah Perak
• Dianugerahkan kepada guru-guru mata pelajaran yang
telah menghasilkan pencapaian minimum 70% gred A
dalam SPM(m/p teras) atau 50% gred A dalam
SPM(m/p elektif) atau 40% gred A dalam STPM
2.1.3 Anugerah Gangsa
• Dianugerahkan kepada guru-guru mata pelajaran yang
telah menghasilkan pencapaian minimum 60% gred A
dalam SPM(m/p teras) atau 40% gred A dalam
SPM(m/p elektif) atau 30% gred A dalam STPM
7
Bil. Jenis Anugerah Catatan (Kriteria / Syarat-syarat/ Dll)
2.2 Anugerah Khas Pengetua Untuk Berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi
Pelajar Tingkatan 1,2,4 & tahun sebelumnya:-
Pra-U-Rendah
• Dianugerahkan kepada tiga orang murid terbaik dalam
setiap tingkatan 1, 2, 4 & Pra-U-Rendah
2.3 Anugerah Cemerlang Dalam Berdasarkan keputusan
Peperiksaan Awam Peperiksaan PMR / SPM/ STPM:-
2.2.1 Anugerah Cemerlang PMR • Dianugerahkan kepada murid-murid yang telah
mencapai keputusan Straight A’s dalam peperiksaan
PMR
2.2.2 Anugerah Cemerlang SPM • Dianugerahkan kepada murid-murid yang telah
memperoleh sekurang-kurangnya 6 A dalam
peperiksaan SPM
2.2.3 Anugerah Cemerlang STPM • Dianugerahkan kepada murid-murid yang telah
memperoleh CGPA minimum 3.50
2.4 Anugerah Khas Majlis Anugerah
Kecemerlangan Akademik
2.3.1 Anugerah Tokoh Pelajar SAB • Cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
• Berdisiplin, bertanggungjawab, berketrampilan dan
penampilan imej yg terpuji
• Menjadi suri teladan (role model) kepada murid lain.
2.3.2 Anugerah Tokoh Ibu-bapa • Anugerah khas sekolah untuk menghargai jasa ibu-bapa
kepada murid yang memenangi Anugerah Tokoh
Pelajar SAB
2.3.3 Anugerah Alumni SAB • Anugerah khas sebanyak wang tunai RM1000 diberi
oleh Persatuan Alumni SABKL kepada murid yang
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
serta mempunyai sahsiah terpuji agar semua murid
sekolah terdorong untuk terus berusaha demi menjaga
nama baik dan imej sekolah sebagai sekolah terunggul
di Malaysia.
Disediakan oleh : Pn Chew Cheah Yee Choo (PK Tadbiran & Kurikulum)
8
SMK AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR =
SISTEM PENGREDAN MARKAH PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS
Markah Gred NGMP PNG Indeks TOV Tahap Taraf TOV
(Peratus PNG) TOV
90-100 A+ 4.00 4.00 100 7 G (Gemilang)
75-89 A 3.90 3.50 – 3.99 87.50 – 99.99 6 C (Cemerlang) = 3.59
70-74 A- 3.75 3.00 – 3.49 75.00 – 87.49 5 S (Sederhana)
65-69 B+ 3.50 2.77 – 2.99 68.75 – 74.99 4 H (Harapan)
60-64 B 3.25 2.50 – 2.74 62.50 – 68.74 3 L ( Lemah) Indeks TOV = x 100 % = x 100 % = 89.75 (TOV 6, Taraf
55-59 C+ 3.00 2.00 – 2.49 50.00 – 62.49 2 SL (Sangat Lemah) Cemerlang)
50-54 C 2.75 0 –1.99 0 – 49.99 1 LL(Lampau Lemah)
45-49 D 2.50 CONTOH SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
40-44 E 2.00 SMK AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR
1-39 G 1.00 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN LIMA 2010
0 TH 0.00 Nama :
No. KP : Angka Giliran:
Catatan : Kedatangan : Kelas :
Kod Nama M/P Markah Gred Bil.
1. Maksud beberapa singkatan M/P Tertinggi Terendah Dapatan Waktu
1103 Bahasa Melayu 90 65 90 A+ 6
Singkatan Maksud Singkatan 1119 Bahasa Inggeris 90 52 90 A+ 5
Formula
1223 Pendidikan Islam 88 70 72 A- 4
NGMP Nilai Gred Matapelajaran
1249 Sejarah 92 63 70 A- 3
1449 Matematik 99 74 90 A+ 4
PNG Purata Nilai Gred
3472 Matematik Tambahan 89 41 48 D 5
TOV Take-off value PNG = 4531 Fizik 82 51 53 C 4
4541 Kimia 93 53 70 A- 4
4551 Biologi 88 65 69 B+ 4
6355 English for Sc & Techno. 93 61 93 A+ 3
Indeks TOV = x 100 %
Keputusan Semasa
* TOV menunjukkan kedudukan prestasi murid dalam matapelajaran berkenaan 4 – A+, 3 – A- , 1 – B+ , 0 – B , 0 – C+ , 1 – C , 1 – D , 0 – E , 0 - G
2. Contoh pengiraan PNG dan Indeks TOV Keseluruhan Matapelajaran Elektif
Purata Nilai Gred(PNG) 3.59 3.09
Indeks TOV 89.75 77.21
Tahap TOV 6 5
Taraf CEMERLANG SEDERHANA
PNG =
Bilangan Pelajar
Kedudukan dalam kelas 22 30
Kedudukan dalam tingkatan 35 187
Jumlah skor matrikulasi [/100/ 72
9
Markah Gred NGMP
90-100 A+ 4.00
Tandatangan Guru Kelas: 75-89 A 3.90
70-74 A- 3.75
65-69 B+ 3.50 PNG =
60-64 B 3.25
55-59 C+ 3.00 =
Tandatangan Pengetua : 50-54 C 2.75
45-49 D 2.50
40-44 E 2.00
1-39 G 1.00
0 TH 0.00
SMK AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR = 3.07
SISTEM PENGREDAN MARKAH PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH
Markah Gred NGMP PNG Indeks TOV Tahap Taraf TOV
(Peratus PNG) TOV Indeks TOV = x 100 % = x 100 % = 76.75 (TOV 4, Taraf Harapan)
80 - 100 A 4.00 4.00 100 7 G (Gemilang)
70 - 79 B 3.00 3.75 - 3.99 93.75 - 99.99 6 C (Cemerlang)
60 - 69 C 2.50 3.50 - 3.74 87.5 - 93.74 5 S (Sederhana)
50 - 59 D 2.00 3.00 - 3.49 76.0 - 87.49 4 H (Harapan) CONTOH SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SMK AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR
1 - 49 E 1.00 2.50 - 2.99 62.5 - 74.99 3 L (Lemah)
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN SATU 2010
0 TH 0 2.00 - 2.49 50.0 - 62.49 2 SL( Sangat Lemah)
0 - 1.99 0 – 49.99 1 LL(Lampau Lemah) Nama :
No. KP : Angka Giliran:
Kedatangan : Kelas :
Catatan :
Kod Nama M/P Markah Gred Bil.
1. Maksud beberapa singkatan M/P Tertinggi Terendah Dapatan Waktu
02 Bahasa Melayu 73 49 62 C 6
Singkatan Maksud Singkatan Formula 12 Bahasa Inggeris 83 48 68 C 5
NGMP Nilai Gred Matapelajaran 21 Sejarah 93 33 75 B 3
23 Geografi 92 50 67 C 3
PNG Purata Nilai Gred Pendidikan Moral 91 0 84 A 3
50 Matematik 100 50 91 A 5
TOV Take-off value PNG = 55 Sains 95 37 67 C 5
76 Kemahiran Hidup(KT) 88 54 72 B 3
Pendidikan Seni 93 0 84 A 2
Indeks TOV = x 100 % Siviks & Kewarganegaraan 91 0 86 A 2
* TOV menunjukkan kedudukan prestasi murid dalam matapelajaran berkenaan Keputusan Semasa
4 A, 2B, 4C, 0D, 0E
2. Contoh pengiraan PNG dan Indeks TOV
10
Keseluruhan
Purata Nilai Gred(PNG) 3.07
Indeks TOV 76.75
Tahap TOV 4
Taraf HARAPAN
Bilangan Pelajar
Kedudukan dalam kelas 14 32
Kedudukan dalam tingkatan 68 222
Markah Gred NGMP
Tandatangan Guru Kelas: 80 - 100 A 4.00
70 - 79 B 3.00
60 - 69 C 2.50
50 - 59 D 2.00
1 - 49 E 1.00
Tandatangan Pengetua : 0 TH 0
11


Use: 0.0325