• HUBUNGAN PENGURUSAN DENGAN GURU-GURU ASRAMA DI TERENGGANU ...


  •   
  • FileName: Zaleha_bt._Mohd_Yusoff_(1996).pdf [read-online]
    • Abstract: DI TERENGGANU. seperti yang tercatat di muka surat tajuk dan kulit tesis (as it appears ... personality type preferences among school wardens in Terengganu. ...

Download the ebook

HUBUNGAN GAYA PENGURUSAN KONFLIK DENGAN
JENIS PERSONALITI GURU-GURU ASRAMA DI TERENGGANU
Tesis diserahkan kepada Sekolah Siswazah
Untuk Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan
ljazah Sarjana Sains (Pengurusan)
Universiti Utara Malaysia
OLEH
ZALEHA MOHD YUSOFF
Disember, 1996
(C) ZALEHA MOHD YUSOFF 1996, Hakcipta Terpelihara.
Sekolah Siswazah
(Graduate School)
Universiti Utara Malaysia
PERAKUAN KER JA TESIS
(Certification Of Thesis Work)
Kami, yang bertandatangan, memperakukan bahawa
(We, the undersigned, certify that)
ZALEHA BT. MOHD. YUSOFF
calon untuk ijazah
(candidate for the degree ofi Sarjana Sains (Pengurusan)
telah mengemukakan tesisnya yang bertajuk
(has presented his/her thesis of the following title)
HUBUNGAN GAYA PENGURUSAN KONFLIK DENGAN JENIS PERSONALITI
GURU-GURU ASRAMA DI TERENGGANU.
seperti yang tercatat di muka surat tajuk dan kulit tesis
(as it appears on the title page and front cover of thesis)
bahawa tesis tersebut boleh diterima dari segi bentuk serta kandungan, dan meliputi
bidang ilmu dengan memuaskan.
(that the thesis is acceptable in form and content, and that a satisfactory knowledge of the
field is coverd by the thesis).
MK Tesis
(Thesis Committee)
Nama Tandatangan
(lvame) En. Mohd. Fo'ad b. Sakdan (Signature) w-
(Penyelia Ut.anta/Prin&al Supervisor)
Nama Tandatangan
(Najnp) En. Mohd. Taib b. Ariffin (Signature)
Nama Tandatangan
(Name) (Signature)
Tarikh
(Date)
KEBENARAN MENGGUNA
Dalam menyerahkan tesis ini, sebagai memenuhi keperluan pengajian ijazah
Universiti Utara Malaysia (UUM), saya bersetuju supaya pihak perpustakaan
UUM mengedarkan tesis ini bagi tujuan rujukan. Saya juga bersetuju bahawa
kebenaran untuk membuat salinan, keseluruhan atau sebahagian daripadanya,
bagi tujuan akademik mestilah mendapat kebenaran daripada penyelia saya,
atau, semasa ketiadaan beliau, kebenaran tersebut boleh diperolehi daripada
Dekan Sekolah Siswazah. Sebarang penyalinan, penerbitan atau penggunaan
ke atas keseluruhan atau sebahagian daripada tesis ini, untuk tu,#.:an
pemerolehan kewangan tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada
saya. Di samping itu, pengiktirafan kepada saya dan UUM sebarusnya diberikan
dalam sebarang kegunaan bahan-bahan yang terdapat dalam tesis ini.
Permohonan untuk kebenaran membuat salinan atau lain kegunaan, sama ada
keseluruhan atau sebahagiannya boleh dibuat dengan menulis kepada :
Dekan
Sekolah Siswazah
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM, SINTOK
KEDAH DARUL AMAN
ii
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya-gaya pengurusan konflik
dan kegemaran jenis-jenis personaliti di kalangan guru-guru asrama di negeri
Terengganu. Kajian ini juga mengkaji hubungan di antara gaya pengurusan
konflik dengan kegemaran jenis personaliti dan ciri-ciri demografik yang dipilih.
Sejumlah 28 buah sekolah biasa yang mempunyai asrama harian (26 bush)
dan asrama desa (2 buah) terlibat dalam kajian ini. Daripada 92 borang soal
selidik yang diedarkan , hanya 80 daripadanya (87%) boleh digunakan. Soal
selidik yang dibina mengandungi 66 item, 4 item faktor demografik, 30 item
gaya pengurusan konflik diadaptasi daripada Thomas-Kilmann Conflict Mode
Instrument (T-KCMI) dan 32 item gemaran jenis-jenis personaliti diadaptasi dari
Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) oleh Dr. R. Craig Hogan dan Dr. David W.
Champagne. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu
berbentuk frekuensi, peratus, min, sisihan piawai dan phi bagi memperolehi
dapatan kajian ini. Untuk melihat kekuatan hubungan gaya pengurusan konflik
dengan kegemaran jenis personaliti, interpretasi Davis(l970) digunakan.
Hasil dari kajian ini menunjukkan gaya pengurusan konflik utama yang
digunakan ialah gaya mengelak (46.3%) , ini menunjukkan guru asrama bila
berhadapan dengan konflik akan menyelesaikan masalah dengan
menggunakan gaya mengelak. Manakala kegemaran jenis personaliti yang
paling digemari ialah ESTJ (42.5%). Dapatan ini juga menunjukkan terdapat
perbezaan jantina dalam penggunaan gaya pengurusan konflik. Guru
perempuan lebih cenderung menggunakan gaya mengelak manakala guru
lelaki lebih cenderung kepada gaya kolaborasi dan gaya akomodasi. Umur,
terr-rpoh mass perkhidmatan sebagai guru asrama dan pencapaian akademik
tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang nyata khusus kepada gaya
pengurusan konflik tertentu. Guru-guru asrama yang memiliki kegemaran
menggunakan ekstravet. ‘sensing’ dan pemutusan cenderung menggunakan
gaya mengelak berbanding dengan introvet, intuisi dan pengamatan. Tiada
hubungan (phi=0.05) didapati antara gaya pengurusan konflik dengan
kegemaran personaliti fikiran/perasaan. Dengan itu, kegemaran jenis personaliti
fikiran/perasaan tidak memberi kesan terhadap gaya pengurusan konflik.
Ekstravet/introvet (phi=0.32) adalah merupakan kegemaran jenis personaliti
utama mempengaruhi hubungan yang kuat dengan gaya pengurusan konflik
berbanding dengan ‘sensing/intuisi (phi=0.24) dan pemutusan/pengamatan
(phi=O. 10).
...
111
The aim of this study was to identified the conflict management styles and the
personality type preferences among school wardens in Terengganu. This study
was also to investigate the relationship between the conflict management styles
and personality type preferences and demographic factors of wardens.
A total of 28 of schools in Terengganu that have ‘harian’ hostels (26 ) and
‘desa’ hostels (2) were selected for the research. From the 92 questionnaires
distributed, only 80 (87%) were usable. The questionnaires consisted of 66
items which includes 4 items on demografic factors, 30 items on conflict
management styles adapted from the Thomas-Kilmann Conflict Mode
Instrument (T-KCMI), and 32 items on personality types adapted from
Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) by Dr. R. Craig Hogan and Dr. David W.
Champagne. Data were analyzed using descriptive statistics of frequencies,
percents, means, standard deviations and phi. To determine the relationship
between conflict management styles and the personality types, Davis (1971)
interpretation were used. The finding of the study showed that the main conflict
management style was to be the avoidance style (46.3%) which implies that
most of the school wardens when confronting with conflicts will resolve using
the avoidance style. Where as, the most preferred personality type was to be
ESTJ ( 42.5%). The result also revealed that there were differences in conflict
management styles between genders. Female wardens were more inclined to
avoidance style while male were more inclined to collaborative and
accomadative styles. There were no differences in conflict management styles
with regard to age, years of service as warden, and academic achievement of
respondents. School wardens who favored the extravert, sensing and
judgement were more apt to use the avoidance style than were the introvert,
intuitive and perceiving personality type preferences. A negligible association
(phi=0.05) w a s f o u n d between conflict management style and the
thinking/feeling personality type preferences. Therefore, the thinking/feeling
personality type preferences did not affect the choice of conflict management
styles. The extravert/introvert (phi=0.32) was the most personality type
preferences that affect the conflict management styles rather than
sensing/intuitive (phi=0.24) and judging/perceived personality types (phi=O.lO).
iv
ALHAMDULILLAH setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala
rahmatnya yang telah mengizinkan kajian ini diselesaikan dalam tempoh \II &tu
yang ditetapkan.
Penghargaan khusus dan jutaan terima kasih ditujukan kepada penyelia utama
saya En. Mohd Fo’ad Sakdan dan penyelia kedua En. Mohd Taib Ariffin di atas
segala tunjuk ajar, teguran dan bimbingan yang telah diberikan.
Penghargaan juga dirakamkan buat Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah
lnstitut Aminuddin Baki yang telah memberi peluang kepada kami melanjutkan
pelajaran setapak lagi ke peringkat sarjana melalui program kembar IAB-UUM.
Tidak lupa juga kepada Professor Madya Dr. lbrahim Abdul Hamid, Dekan
Sekolah Siswazah yang sentiasa memberi perangsang dan dorongan kepada
kami sehingga ke akhir program ini.
Tidak ketinggalan diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah
yang tidak jemu mencurahkan ilmunya, kakitangan Sekolah Siswazah,
Universiti Utara Malaysia secara keseluruhannya serta rakan-rakan Kohort 3
khususnya yang sentiasa berjuang bersama dalam segenap aspek.
V
Ditujukan buat yang diingati dan dikasihi,
Abah dan emak yang sentiasa memberi galakan dan dorongan untuk terus
berjaya.
Zul tersayang dan disayangi yang sentiasa memberi perhatian.
Tidak lupa, Is dan Iii yang disayangi.
Bidin, Na, Zimah dan Saiful semuga sentiasa sukses dalam perjuangan.
Rakan seperjuangan Hamdiah yang telah banyak bersama dalam memberi
bimbingan.
Begitu juga buat K.K. Chan, Molly, Chang Fui Chin dan Lim Bee Lee- -
kenangan manis yang tidak dilupakan sepanjang program ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan ‘study group’ Kak Aziah,
Zainuddin, Salleh, Wahab, Dina dan Hamidah sepanjang saya bersama-sama
dalam program ini.
ZALEHA MOHD YUSOFF
Sekolah Siswazah
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM, SINTOK
KEDAH DARUL AMAN
JADUAL KANDUNGAN
Muka Surat
KEBENARAN MENGGUNA.. ................................................................. ii
...
ABSTRAK .............................................................................................. III
ABSTRACT ............................................................................................ iv
PENGHARGAAN.. ................................................................................. V
JADUAL KANDUNGAN.. ....................................................................... vii
SENARAI JADUAL ................................................................................ X
SENARAI RAJAH.. ................................................................................ xi
SENARAI AKRONIM.. ........................................................................... xii
BAB SATU: PENGENALAN
1.1 Latar belakang.. ................................................... 1
1.2 Larat belakang Masalah.. .................................... 9
1.3 Pernyataan Masalah ............................................ 17
1.4 Objektif Kajian.. ................................................... 19
1.5 Kepentingan Kajian.. ........................................... 20
1.6 Batasan Kajian.. .................................................. 24
BAB DUA : KERANGKA KONSEPSUAL KAJIAN
2.1 Ulasan Karya.. .................................................... 25
2.1 .I Konflik.. ................................................... 25
vii
2.1.2 Gaya Pengurusan Konflik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 27
2.1.3 Pengaruh Demografik Ke Atas
Gaya Pengurusan Konflik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 36
2.1.4 Jenis-Jenis Personaliti Ke Atas
Gaya Pengurusan Konflik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 41
2.2 Model Paradigma Kajian . . ..._..._........................... 48
2.3 Definisi Operasional..................................,..,....... 54
2.3.1 Konflik.. ..................................................... 54
2.3.2 Gaya Pengurusan Konflik.. ........................ 55
2.3.3 Personaliti.. ............................................... 55
B A B TIGA : METODOLOGI KAJIAN
3.1 D a p a t a n Maklumat . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 56
3.1 .I Analisa Unit.. ................................. 56
3.1.2 Populasi ........................................ 57
3.2 Teknik Pengumpulan Data . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 57
3.2.1 lnstrumen Soal Selidik.. ................ 57
3.2.2 Kajian Rintis.. ................................ 74
3.3 Teknik Analisis Data . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7 7
3.3.1 Statistik Deskriptif.. ........................ 77
3.3.2 Statistik Inferensi ........................... 78
BAB EMPAT : ANALISIS DATA DAN HASIL KAJIAN
4.1 Pendahuluan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 79
4.2 Analisis Deskriptif Tentang
R e s p o n d e n Kajian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 80
4.3 Gaya Pengurusan Konflik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . a4
4.4 Gaya Pengurusan Konflik Dengan
...
Vlll
Ciri-Ciri Demografik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 87
4.5 Jenis-Jenis Personaliti . . . ~. . . . . . . . . . . . 95
4.6 Hubungan Gaya Pengurusan
Konflik Dengan Kegemaran
Jenis Personaliti . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 102
BAB LIMA : RINGKASAN, PERBINCANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Ringkasan Kajian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 108
5.2 Kesimpulan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 114
5.3 lmplikasi Dan Cadangan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 116
5.4 Cadangan Untuk Penyelidikan . . . . . . . . . . . . . . . 120
BIBLIOGRAFI.. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . , . . . . . . . . . . . . . . . . . . 122
Lampiran
A. Senarai Populasi Kajian.. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .~. . . . 128
B. Borang Soal Selidik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 1 3 0
C. Surat Kebenaran EPRD . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 141
ix
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
1.2.1 Bilangan Kes Pelajar-Pelajar Bermasalah Tahun 1995.. . . . . 9
2.1.2.1 Penyesuaian Pengunaan Gaya Pengurusan Konflik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 33
2.1.4.1 Hasil Kajian Yang Menggunakan MBTI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 43
3.2.1 Agihan Item-Item Soal Selidik (N=66) . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 72
3.2.3 Maklumat Penerimaan dan Pengumpulan Data Untuk Kajian...... 75
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 81
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kategori Umur . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 82
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jangkamasa Perkhidmatan
Sebagai Guru Asrama . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 83
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Akademik.. ........................ 84
4.3.1 Analisis Statistik Gaya Pengurusan Konflik.. ................................ 85
4.3.2 Analisis Kekerapan Penggunaan Gaya Pengurusan Konflik
Di Kalangan Guru-Guru Asrama . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 8 6
4.4.1 Gaya Pengurusan Konflik Dengan Faktor Jantina . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 8 8
4.4.2 Gaya Pengurusan Konflik Dengan Faktor Umur . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 90
4.4.3 Gaya Pengurusan Konflik Dengan Jangkamasa Perkhidmatan
Sebagai Guru Asrama . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 91
4.4.4 Gaya Pengurusan Konflik Dengan Tahap Pendidikan . . . . . . . . . . . . . . .._ 94
4.5.1 Kegemaran Jenis-Jenis Personaliti Guru-Guru Asrama . . . . . . . . . . . . . . . 9 6
4.6.1 Hubungan Gaya Pengurusan Konflik Dengan
Jenis Personaliti . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 104
X
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
2.2.1 Gaya Pengurusan Konflik Dengan Dimensi
Assertif dan Kooperatif . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 50
2.2.2 Pengendalian-Konflik Tingkah Laku Dengan Dimensi Jungian:
Fikiran-Perasaan dan Ekstravert-introvert . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 52
2.2.3 Kerangka Konsepsual Kajian Gaya Pengurusan Konflik.. . . 53
xi
El Ekstravet-t-Introvert.
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
JP Pemutusan-Pengamatan
MBTI Myers-Briggs Type Indicator.
PMR Penilaian Menengah Rendah.
ROCI-II Rahim Organizational Conflict Inventory-II.
SN ‘Sensing’-lntuisi
SPM Sijil Pelajaran Malaysia.
SPSS Statistical Package for Socia! Science
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
T-KCMI Thomas-Kilmann Conflict Mode Instruments.
TF Fikiran-Perasaan
UUM Universiti Utara Malaysia.
xii
BAB SATU
PENGENALAN
1.0 Latarbelakang
Asrama didirikan bertujuan untuk memberi kemudahan tempat tinggal
pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Kemudahan ini diharapkan dapat
membantu pelajar-pelajar meningkatkan kemajuan mereka dalam pelajaran,
membina rohani dan jasmani yang sihat serta mempelajari hidup
bermasyarakat.
Pada dasarnya asrama ditubuhkan untuk menampung tempat tinggal
pelajar-pelajar bumiputera. Asrama juga didirikan bagi menempatkan
anak-anak daripada keluarga yang kurang berada serta pelajar yang
berkemungkinan akan tercicir jika tidak ditempatkan di asrama.
Sehubungan dengan itu Kementerian Pendidikan telah menubuhkan asrama
harian dan asrama desa untuk sekolah-sekolah menengah biasa. Beza di
antara kedua-duanya ialah asrama harian adalah asrama yang ditempatkan
kepada pelajar-pelajar dengan dikenakan bayaran. Asrama desa pula didirikan
1
dengan bertujuan memberi peluang kepada anak-anak dari golongan termiskin
belajar dengan selesa tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Tujuan asrama ditubuhkan adalah untuk menampung keperluan tempat tinggal
pelajar-pelajar bumiputera. Bagaimanapun menurut surat Kern. Pend. Bil KP
8140/3 bertarikh 20hb. Mei 1968 permohonan dari pelajar bukan bumiputera
bolehlah ditimbangkan jika masih ada tempat kosong di asrama.
Pelajar-pelajar bumiputera yang layak dipertimbangkan untuk memasuki
asrama adalah seperti berikut:
Pelajar Rancangan Khas
Pelajar Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak
Pelajar yang tinggal jauh dari sekolah - termasuk pelajar yang terpaksa
menyeberangi sungai
Pelajar dari keluarga kurang berada
Pelajar yang susah mendapat kenderaan
Pelajar yang penjaga mereka bertugas di luar negeri seperti anak polis
dan tentera
Pelajar yang mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM
Pelajar yang mungkin tercicir jika tidak diberi tempat di asrama
2
Lain-lain pelajar bumiputera jika masih ada kekosongan di asrama
Pihak sekolah berkewajipan memastikan asrama berada di taraf yang baik
supaya matlamat penubuhan asrama boleh dicapai.
Awang Had Salleh (1994), menghuraikan srama dengan keunikannya
sebagai,
Pertama, ianya bukan sebuah hotel tetapi ianya sebuah hostel. Oleh itu,
keselesaan atau sifat kondusif di hotel tidak sama ertinya dengan keselesaan
atau sifat kondusif di hostel. Sebuah hotel mengandungi sebuah himpunan
penghuni yang tidak tetap, tidak kekal dan tidak punya ‘espirit-de-carp’. Dengan
demikian , ia bukan sebuah komuniti . Sebaliknya sebuah asrama ialah sebuah
komuniti dengan pertalian kemasyarakatan dan dengan kehadiran atau
‘espirit-de-carp’ di kalangan penghuninya.
Kedua, ianya bukan sebuah rumah dengan pengertian ‘a home’. la sebuah
asrama. Oleh itu, keselesaan atau sifat kondusif rumah atau ‘home’ itu tidak
sama ertinya dengan keselasaan atau sifat kondusif di asrama. Sebuah rumah
atau ‘a home’ mempunyai ikatan kekeluargaan yang intim dengan jalinan emosi
yang amat kuat dan halus di kalangan anggota keluarga rumah itu. Sebuah
3
asrama lebih merupakan sebuah kehidupan rakan sebaya dengan ikatan
emosi yang agak terbatas dan mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang
terkhusus.
Ketiga, ia bukan sebuah rumah institusi atau ‘an institutional home’. Oleh itu,
keselesaan atau sifat kondusif dengan maksud kewajaran penghidupan di
sebuah penjara, di sebuah hospital, dan di sebuah rumah anak yatim tidak
sama ertinya dengan keselesaan atau kewajaran sebuah asrama di sekolah.
Asrama bukan sebuah penghidupan di kalangan yang daif (rumah kebajikan)
atau yang sakit (hospital) atau yang malang (rumah orang tua) atau yang mesti
melalui deraan (penjara). Tetapi ianya sebuah asrama yang penghidupannya
bermotifkan pembinaan intelek dan pencapaian ilmu pengetahuan dan
kemahiran.
Keempat, asrama bukanlah sebuah institusi ‘total’ atau ‘a total institution’. lanya
adalah sebuah organisasi sosial dan bukanlah juga sebuah institusi pendidikan
formal tetapi ia bukanlah sama sekali tidak kena mengena dengan pendidikan.
Tidak mengenali hakikat ini semuanyalah yang menyebabkan setengah
pentadbir asrama yang terdiri dari guru asrama atau lebih dikenali dengan
4
warden menganggap asrama sebagai sebuah kehidupan yang patut ketat
disiplinnya sehingga dicorakkan mereka kehidupan asrama itu sebagai
kehidupan berdisiplin demi disiplin itu sendiri semata-mata. Selama mana
kehidupan itu teratur dan tiada peraturan yang dilanggar penghuni, pentadbir.an
asrama itu dianggap telah berjaya. Persepsi yang silap dan tidak jelas ini boleh
menimbulkan konflik ( Mullins ,I993 ; Robbins & Kreitner, 1992 ) di kalangan
guru asrama dan pelajar-pelajar terhadap kehidupan yang sebenar di asrama.
Ini wujud ekoran dari sistem komunikasi yang lemah, kurang kepercayaan di
antara ahli dalam organisasi dan kurang mengamalkan sifat terbuka di kalangan
guru asrama dengan pelajar-pelajar (Hawthonne, 1990 ).
Dalam menangani masalah persepsi tersebut , menurut Awang Had Saiieh
(1994) persepsi yang lebih wajar oleh pihak pentadbir asrama terhadap
kehidupan pelajar-pelajar di asrama ialah :
Pertama, kehidupan di asrama itu sendiri adalah lanjutan kepada proses
pembelajaran, proses pembinaan minda, dan proses pemasyarakatan
kehidupan mereka sendiri.
5
Kedua, kehidupan pelajar di asrama jangan sampai mengongkong jiwa dan
emosi pelajar. la tidak dapat menggantikan ‘a home’ tentunya, tetapi ia boleh
menjadi ‘a home away from home’.
Ketiga, kehidupan pelajar asrama jangan sampai mengongkong jiwa dan
bukannya menjauhi masyarakat menerusi kegiatan-kegiatan khidmat
masyarakat.
Keempat, kehidupan pelajar di asrama memberikan kesempatan kepada
pelajar untuk merealisasikan bakat diri masing-masing dalam bidang seni,
kesusasteraan, dan lain-lain bidang kebudayaan, serta kesukanan dan
olahraga.
Kelima, kehidupan pelajar di asrama sepatutnya menyediakan pelbagai
kesempatan untuk penghuni-penghuni menampilkan bakat kepimpinan mereka
masing-masing.
Keenam, kehidupan asrama hendaklah mengenakan denda atau penalti
kepada penghuni-penghuni yang menyisih dari norma, tetapi pengenaan denda
atau penalti itu dilakukan sebagai satu proses mendidik dan bukannya sebagai
satu kepolisian atau ketenteraan.
6
Bersesuaian pernyataan sifat -sifat di atas, Jamal Basri ( 1995 ) menyatakan
bahawa membentuk akhlak manusia tidak bergantung kepada sistem
semata-mata tetapi struktur dan gaya pentadbiran memberi kesan kepada
amalan dan tindakan. Menurut beliau lagi, penguatkuasaan undang-undang
bukanlah jalan terbaik untuk membendung konflik, tetapi adalah merupakan
jalan terakhir atau pilihan terakhir.
Kamarudin Kachar (1989 ) pula menjelaskan keruntuhan disiplin adalah juga
disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti suasana persekitaran yang tidak
sesuai dan sistem pembelajaran yang tidak menggalakkan. Dalam konteks ini,
struktur dan gaya pentadbiran keseluruhannya juga menjadi punca utama
menentukan kekuatan dan kelemahan disiplin, di mana keruntuhan akhlak
berkait rapat dengan konflik nilai. Ditegaskan lagi dari dapatan Allport (1961),
nilai dan kepercayaanlah yang mengakibatkan individu memilih satu corak
tingkahlaku.
Dengan ini jelas menurut Wan Mohd Fauzy (1995) , pelajar-pelajar asrama
yang memilih satu corak tingkahlaku yang negatif akan berkecenderungan
mencetuskan isu-isu yang mendadak dan kontroversi yang boleh menjejaskan
nama baik asrama dan sekolah. Oleh itu, menurut beliau soal keselesaan,
7
ketenteraman , tanggungjawab di kalangan guru-guru asrama adalah faktor
yang penting dalam pentadbiran dan pengurusan asrama.
Dengan itu seseorang guru asrama harus meletakkan tiga kriteria yang penting
sebagai suatu kayu pengukur atau ‘benchmarking’ dalam menentukan ke arah
kecemerlangan asrama/sekolah sebagaimana yang disarankan oleh Timbalan
Ketua Pengarah Pendidikan Negara , Abdul Shukor Abdullah iaitu :
o Keputusan peperiksaan yang cemerlang
o Pengurusan asrama yang baik
o Penerimaan dan penghargaan masyarakat terhadap asrama/sekolah .
1.2 Latarbelakang Masalah
Ditengah kerancakkan perubahan dalam arus teknologi informasi, dilihat
keruntuhan akhlak , disiplin , nilai dan kepincangan rohani berkembang seiring
dengan kepesatan pembangunan dan penyisihan manusia dari nilai-nilai murni
dan alam tabii.
Golongan remaja juga yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar tidak tertinggal
dalam isu-isu yang diperkatakan di sekolah. Di antara kesalahan-kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah seperti Jadual 1.2.1.
Jadual 1.2.1 : Bilangan Kes Pelajar-Pelajar Bermasalah Tahun 1995.
Di antara kesalahan-kesalahan :
Tingkatan Bilangan Kes
Enam 843
Lima 9,515
Empat 24,233
Tiga 29,373
Dua 29,022
Satu 22,297
Kelas 12,888
Peralihan
Jumlah 128,171
9
Jenis-jenis kesalahan yang dilakukan: ponteng kelas, ponteng sekolah , lewat
masuk ke kelas , ugutan , buli, menyimpan rambut panjang(lelaki) dan tidak
memakai pakaian dengan kemas.
Berhadapan dengan peningkatan masalah remaja ini , maka tercetuslah
pelbagai peristiwa pahit dalam dunia pendidikan terutamanya yang berkaitan
dengan profesion perguruan.
Akhbar Utusan Malaysia pada 27/12/95 dengan tajuk ” Pahit Maung Pendidikan
Malaysia ” telah memaparkan krisis yang tidak diingini timbul pada tahun 1995.
Di antaranya ialah tiga kes deraan yang berlaku di sekolah rendah dan dua dies
deraan yang dilakukan di sekolah menengah. Dua kes sekolah menengah
tersebut:
0 Pelajar tingkatan 3,Sekolah Menengah Belok, Segamat Johor dikejarkan
ke hospital selepas didakwa disebat oleh guru matematik dengan rotan
di tapak tangan.
10
0 Seorang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah St Thomas
(SMST) yang mendakwa mata kirinya cedera kerana dibaling dengan
pemadam papan hitam oleh guru kelasnya.
Melalui hasil kajian tentang pelajar-pelajar remaja yang dibuat oleh pakar
psikologi remaja menyatakan:
0 Peringkat remaja merupakan suatu jangkamasa atau waktu yang penuh
dengan konflik dan masalah ( Hall, 1968 ).
0 Masa remaja adalah satu peringkat pertikaian emosi yang tidak dapat
dielakkan ( Thornburg, 1971 ).
0 Peringkat remaja adalah sebagai suatu tempoh kemuncak keemosian
dan dipenuhi dengan krisis ( Kohlberg, )
Melihat gejala-gejala yang timbul, asrama sebagai salah satu wadah
pembangunan masyarakat turut tidak dapat lari dari menghadapi isu-isu yang
berkaitan dengan masalah pelajar-pelajar. Peranan guru asrama bukannya
hanya setakat tersudut kepada penyediaan dan penjagaan penginapan tetapi
11
turut juga mengisi tanggungjawab sosial, berperanan membangunkan diri
penghuni-penghuni asrama, serta mengwujud dan memelihara suasana dan
kehidupan asrama yang kondusif.
Dalam menghadapi bebanan tanggunjawab yang sungguh berat dan keadaan
yang sedia ada ini, konflik seringkali wujud di kalangan guru asrama dengan
pelajar-pelajar yang menjadi penghuni asrama.
Pernyataan ini disokotig dengan isu yang hangat dan terkini dari laporan
akhbar tempatan bertarikh 17/7/1996 yang berlaku di Terengganu.
Akhbar Utusan Malaysia memaparkan tajuk : Pukul guru : Bapa ’ samseng ’
dibidas.
laitu guru asrama lelaki telah dipukul oleh bapa pelajar sebagai tindakbalas
tindakan guru asrama terbabit merotan pelajar tersebut kerana tidak
menunaikan sembahyang Jumaat.
Ini merupakan salah satu daripada banyak fenomenom yang seringkali dialami
oleh guru-guru asrama pada masa kini bila berhadapan dengan situasi konflik
yang akhirnya tercetus menjadi krisis.
12
Di samping konflik yang dihadapi oleh guru asrama dengan pelajar, guru
maupun guru asrama juga tidak dapat lari daripada pelbagai peranan yang
harus dipegang ( Red1 dan Wattenbergn ,I951 ). Ini menambahkan lagi
bebanan dan tanggungjawab yang mana mencetuskan lagi konflik dalaman
diri, konflik peranan di kalangan rakan sejawat dan juga dengan pihak
pentadbir.
Dengan itu konflik menurut takrifan Deutsch (1973) ialah “fenomenom yang
wujud apabila aktiviti yang bertentangan berlaku”. Konflik sememangnya
adalah suatu yang realiti dalam kehidupan manusia selagi manusia itu
masih bemyawa dan merupakan suatu proses semulajadi yang tidak dapat
dihindarkan daripada berlaku sepanjang hari.
Mengikut bancian yang dijalankan oleh Dr. Kenneth. W. Thomas dan Warren H.
Schmidt, seorang pengurus di Amerika Syarikat telah menumpukan kira-nrra
20% masa kerja mereka untuk berhadapan dengan situasi konflik. Di Malaysia
pula, adalah dianggarkan lebih kurang 1 l/2 jam dari 8 jam masa kerja sehari
ditumpukan bagi menghadapi konflik ( Jaffar Mohamad, 1996 ).
13
Berdasarkan pernyataan tersebut, Everard dan Morris (1990 ) menjelaskan
bahawa keupayaan mengendalikan dan menangani isu-isu yang berkaitan
dengan konflik adalah faktor kepada kejayaan pengurusan dalam sesebuah
organisasi
Oleh itu sewajarlah guru asrama sebagai seorang pengurus asrama tidak
dapat lari dengan situasi-situasi konflik dan potensinya, memahami akan konflik
dengan lebih dekat lagi dan mengetahui teknik -teknik menghadapinya.
Dengan itu, konflik yang tercetus akan menjadi konflik yang berguna. Adalah
penting satu-satu permasalahan atau konflik yang timbul tidak menjadi
fenomenom krisis yang akhirnya menjejaskan profesion guru itu sendiri dan
seterusnya menjadi satu tamparan hebat kepada profesion perguruan. Dengan
mengetahui pengurusan konflik , guru asrama dapat mengendalikan profesion
dengan bijak seterus menjadikannya sebagai kepuasan dan keseronokkan
dalam pekerjaan.
14
Dari dapatan kajian-kajian lepas, di dapati adalah penting untuk mempelajari
konflik kerana :
0 Konflik boleh menghasilkan perasaan yang bercampur aduk dan
berkecamuk di dalam pemikiran dan perasaan seseorang
( Thomas, 1976 ). Oleh yang demikian mengkaji lebih lanjut tentang
konflik akan membantu seseorang memahami bagaimana konflik
perlu dilihat sebenarnya.
0 Kebanyakkan pengurus - pengurus masih tidak senang bila berhadapan
dengan konflik ( Robbin, 1983 ). Dengan mempelajari dan mengkaji
konflik akan membantu mengurangkan atau meredakan kegelisahan
dan keresahan di kalangan pengurus atau pentadbir bila berhadapan
dengan situasi konflik.
0 Sesebuah organisasi perlu mengetahui bagaimana untuk mengurangkan
kesan dari kerosakkan konflik. Dari kajian- kajian lepas ada mencadang-
kan bagaimana ianya boleh dilakukan(Hellriegel dan Slocum, 1984).
15
0 sesebuah organisasi perlu tahu bagaimanakah cara terbaik untuk
memperolehi manafaat atau faedah dari konflik ( Robey, 1982)
Akhir sekali, guru asrama perlu mengetahui bahawa seseorang yang
berhadapan dengan pelbagai konflik adalah merupakan kecenderungan sifat
individu yang bersedia menghadapi bermacam perubahan dari masa ke
semasa (Jaffar Muhamad,1996) dan individu itu sendiri adalah bersifat dinamik
apabila bersedia mengadakan peubahan ( Everard dan Morris, 1990 ) dalam
organisasinya
16
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian yang dijalankan ini membincangkan dan menerangkan fenomena konflik
Yang wujud dalam organisasi asrama, khususnya asrama harian
sekolah-sekolah menengah di neger


Use: 0.0435