• CONTOH KARANGAN Karangan Jenis Bergambar Karangan Bergambar ...


  •   
  • FileName: conkarangan.pdf [read-online]
    • Abstract: Menemui sahabatku Noorhanim yang berada di Kampung Kuala Besut, semoga berada dalam ... kini berada di Kampung. Minangkabau semoga berada di dalam situasi ...

Download the ebook

CONTOH KARANGAN
Karangan Jenis Bergambar
Karangan Bergambar Tunggal
• Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang tel ah disediakan.
• Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas
• Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan,
dan suasana.
• Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar
atau dijadikan karangan penerangan.
• Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan.
Karangan Bergambar Bersiri
• Karangan hendak berpandukan gambar -gambar yang telah disediakan.
• Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.
• Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar .
• Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa -peristiwa yang terdapat di dalam
gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.
• Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.
Karangan Jenis Autobiografi
1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara
terperinci.
2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina karangan
• tempat asal - nama - dilahirkan dimana - proses pembuatan - dibungkus
• perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik
• proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
• perasaan - sedih atau gembira
5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
6. paparkan nilai-nilai murni
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Aku Sebuah Basikal“.
Pengenalan berasal dari Jepun
dibuat di sebuah kilang besi waja
terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2 disebut basikal
dipamerkan
berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3 menaiki sebuah kapal dagang
berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4 nasib malang
kapal karam
dijumpai oleh penyelam
dijual sebagai besi buruk
Penutup menjadi bahan terbuang
kesal kerana tidak dapat berbakti
Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar.
Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh
seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,
aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan -kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa
aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan
baktiku kepada orang Malaysia.
Tajuk : Aku sehelai baju
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah
patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda
memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan -kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji
kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia
mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk
menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cu ba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya
mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama -kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat
kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
Saya Seorang Pendidik
Karangan Jenis Biografi
Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya :
• tokoh-tokoh sejarah
• pemimpin tanahair
• tokoh sukan
• dan lain-lain
Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan
dan jasa-jasa seseorang itu diambilkira sebagai isi karangan.
Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir.
Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban atau
menjatuhkan maruah orang yang ditulis.
Soalan
Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah.
Ceritakan kehidupan seharian pekacik anda itu dalam bentuk karangan.
Pengenalan rumah pakcik tidak jauh dari kebun getah
kepunyaan sendiri
Perenggan ke-2 keluar dari rumah awal pagi
menunggang basikal
Perenggan ke-3 memakai topi berlampu suluh
kerana masih gelap
menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok
Perenggan ke-4 susu getah dikumpul
dimasukkan ke dalam baldi kecil
dipindahkan ke sebuah tangki besar
Penutup kerja siap pada pukul 12.00
hantar susu getah ke pusat penjualan
Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu
kepunyaan dirinya sendiri.
Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang
sebuah basikal.
Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja -kerja emnoreh
getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gel ap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang
pokok getah yang lain sehinggalah kerja -kerja menoreh itu selesai dijalankan.
Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah
mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila
baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan s7su getah itu ke dalam sebuah takungan besar.
Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pakcik saya akan menghant ar susu
getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.
Sahabat Baik Saya
Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara
• terbahagi kepada dua jenis
i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khaba r dan
perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang
lebih dihormati , atau ingin tahu tahu sesuatu perkara )
• seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
• setiap karangan ini mempunyai sekurang -kurangnya dua watak atau lebih
• sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.
Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebe lum beliau bersara. Hasil temu
ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah
tersebut.
• Format karangan ini
nama watak ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama A : Assalamualaikum, Makcik.
Nama B : Waalaikummussalam
Nama A : Apa khabar Makcik ?
Nama B :
• Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
• anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesua i. Jika orang yang dibawa berbual itu
berumur gunakan panggilan ”Encik… ”Tuan… ataupun ”Makcik…
, ,
• pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah /
dialog.
• boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ’tak“ , ’dah“
• soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit. Dalam dialog itu, kedua-
dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
• Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
• elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak… .
• soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
• kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
• tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati dengan ayat tanya
kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
• mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
• soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
• Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.
CONTOH KARANGAN
TAJUK
Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan.Dalam pertandingan itu anda telah mendapat
tempat kedua.Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.Anda ingin mengucapkan tahniah dan
menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.Tulislah dialog anda selengkapnya.
RANGKA.
PENDAHULUAN - mengucapkan tahniah
ISI
a) Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan melayu yamg
lain untuk mempelajari bahasa melayu.
b) menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari bahasa melayu
c) Siva menyatakan cara dia mempelajari bahasa melayu.
PENUTUP
Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan
KARANGAN
( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )
Azman : Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva : Terima kasih.Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar -pelajar bukan
Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini.Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan
lancar.Bagaimanakah cara kamu mempelajari bahasa melayu ?
Siva : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku -buku bahasa melayu yang bermutu .Di
samping itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik.Saya selalu membuka kamus untuk
mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya menggunakan
bahasa baku apabila membaca atau bercakap
Azman : Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan beberapa pelajar
Melayu yang lain dalam pertandingan itu.Saya malu,Siva.
Siva : Mengapa ?
Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu adalah
bahasa ibunda saya.Rupa-rupanya saya silap.
Siva : Baguslah,Azman,kalau kamu sudah sedar.Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa
kebangsaan negara kita
Azman : Ya,baiklah ,Siva...
Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah
cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.
( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )
Malim : Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma : Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.
Malim : Macam mana boleh hilang ?
Azma : Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir yang
curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim : Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg. Sekarang sudah
hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma : Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya !
Malim : Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka kita ? Baik kita
jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma : Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan macam k amu.
Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya
menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu
temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.
( Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan -soalan kepada Encik Karim )
Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua -dua anak kembar encik Faizul dan
Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaiman hendak menceritakannya. Hanya saya kira Tuhan
merestui kami sekeluarga.
Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha. Hampir sepanjang
waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu jarang sekali.
Kerap kali kalau menonton pun me reka menonton siaran berita sahaja.
Murid : Di mana mereka bersekolah ?
En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah menengah
di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan pelajaran
di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. Apabila mereka lulus mereka belajar di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.
Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?
En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang itu .
Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk ditemubual.
En. Karim : Terima kasih kembali.
( Berjabat tangan dengan murid )
Tip :
Sediakan LIMA SOALAN terbaik. Setiap soalan diikuti oleh jawapan dan huraian sebanyak 20 patah
perkataan KECUALI pendahuluan.
Karangan jenis Catatan Diari
Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting yang berlaku kepada
seseorang.
Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini berpandukan kepada soalan. Lihat contoh
soalan dibawah :
Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta menyediakan catatan
mengenai lawatan itu.
Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa hari . Oleh itu format
catatan mesti ditulis dalam hari.
Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan cacatan diari kamu
bagaimana anda menyambut dan merayakan har i tersebut.
Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau jam.
Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat
Tulis catatan mengikut urutan peristiwa
Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami
Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat . Ibu anda dimasuk kan ke hospital . Tuliskan suatu catatan selama ibu
anda berada di hospital.
2 Januari
Ibu sakit kuat. Bapa menghantar ibu ke hospital Besar Kuala Terengganu. Doktor yang merawat ibu
memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit barah. Ibu terpaksa dirawat di hospital. Selepas pulang
dari sekolah , aku dan bapa melawat ibu. Aku berasa sedih melihat keadaan ibu.
3 Januari
Hari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor , pembedahan hanya sebagai pembedahan biasa dan
tidak perlu dirisuakan. Di sekolah , aku tidak dapat menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu
Halim memujuk aku supaya bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat.
4 Januari
Ibu selamat dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Datuk dan nenek
dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu.
5 Januari
Selepas waktu sekolah , aku , Cikgu Halim dan tiga orang kawanku menziarahi ibu. Aku mendapati
ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum menyambut kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan
kerana telah memakbulkan doaku.
6 Januari
Aku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pula ng bersama dengan ayah dan
datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut kepulanganya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.
Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi
memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.
Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.
cereka
Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh -rendah. Apabila
kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul -kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan
peristiwa yang kamu saksikan itu.
1. cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.
2. cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.
3. jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan menyebabkan
kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.
4. jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukkan masa yang dib erikan
Pengenalan tinggal sendirian
baca buku cerita
Perenggan ke-2 mendengar suara riuh-rendah
menjenguk ke luar
suatu kebakaran berlaku
Perenggan ke-3 ramai orang mula berkumpul
cuba membantu memadamkan kebakaran
membantu memunggahkan barang
Perenggan ke-4 aku terus menelefon pihak bomba
ahli-ahli bomba tiba
Penutup kebakaran dapat dikawal
berasa sungguh gembira
Pada hujng minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendiran di rumah kerana ibu bapa say apergi
ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika say leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh -rendah meminta tolong. Saya segera
menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dap ati asap berkepul-kepul keluat dari rumah
jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang
menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau -kalau api itu merebak ke
rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihakbomba. Sepuluh minit kemudian, anggota
bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat
dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran
tersebut.
pengalaman
Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk ’ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan“
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak
berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang.
Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah
nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di
situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu l embaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut
sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu
terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri.
Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk . Menurut nenek, datuk menemuiku
terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk
dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa -rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.
situasi
Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah perasaan
anda ?
Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil. Saya membuat
persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.
Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru -guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana
dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya.
Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak
kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk
seseorang itu mencapai kejayaan.
Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorang kepada adik -adik saya. Saya berjanji akan
belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.
Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
1. karangan tidak berformat
2. berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau akhir cerita yang diberi
3. berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan binatang.
4. elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang diberi
5. memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran yang jelas tentang sesuatu cerita itu.
6. setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, tolong -menolog, kasih sayang atau
apa saja yang boleh membawa pengajaran.
7. walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti boleh diterima akal.
A. Sudahkan cerita di bawah ini.
Saya mengayuh basikal agak perlahan. Walaupun lampu elektrik menerangi jalan, tetapi saya perlu
berhati-hati. Saya bimbang termasuk lubang atau terbabas ke dalam parit. Sambil mengayuh, saya sempat
berbual dengan Ahmad yang duduk di belakang. Tiba -tiba saya ternampak susuk tubuh manusia menuju
belakang balai raya. Tanpa membuang masa ‘ ‘ ‘
Tanpa membuang masa , saya memberhentikan basikal. Ahmad kehairanan, tetapi saya segera
memberitahunya. Ahmad faham. Basikal saya baringkan di tepi jalan raya.
Tiba-tiba saya terdengar cermin pecah. Saya yakin sudah tentu lelaki itu seorang pencuri. Dua bulan
lalu kaset dan pinggan mangkuk dicuri orang. Mungkinkah kejadian yang sama akan berulang ?
Pencuri itu mesti ditangkap, kata hati saya. Saya meminta Ahmad mengawasi pencuri itu kerana
saya hendak ke rumah Tuk Ketua. Tetapi sebelum sampai di rumah Tuk Ketua, saya nampak ramai orang
baru keluar dari masjid. Salah seorang daripadanya ialah Tuk Ketua. Saya masuk ke perkarangan masjid. Di
situ saya segera ceritakan apa yang saya lihat. Tuk Ketua segera memberi taklimat . Kemudian mereka
segera bergerak menuju ke balai raya.
Sampai di balai raya, seramai lima orang menuju ke bahagian belakang dan sebahagian lagi
menjaga bahagian kiri, kanan dan depan. Mereka melangkah sere ntak merapati balai raya. Lelaki di dalam
balai raya itu perasan, tetapi tidak sempat melarikan diri. Lelaki itu akhirnya dapat ditangkap. Kemudian Tuk
Ketua mengucapkan terima kasih kepada saya dan Ahmad.
B. Lengkapkan cerita di bawah yang berahkir deng an ayat berikut :
‘ ‘ ‘ . Bila kubuka mata, aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwajah
ngeri itu telah pergi.
Pada malam itu, aku berseorangan di rumah. Ayah dan ibu masih belum pulang. Di luar, hujan turun
dengan lebat, kilat sabung-menyabung.
Aku toleh ke arah jam usang di dinding. Rupa -rupanya sudah hampir pukul satu pagi. Aku semakin
risau kerana bayang ayah dan ibuku masih belum kelihatan.
Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu hadapan. Aku bergegas membuka pint u. Sebaik
sahaja pintu terkuak, alangkah terkejutnya aku kerana seorang perempuan bertudung hitam berada di situ.
Wajahnya amat mengerikan.
Dia memandang tajam ke arahku. Peluh dingin mula keluar dari badanku. Dia cuba menerkamku.
Belum sempat dia menyambar tubuhku, aku menendang badannya lalu tersungkur ke tanah. Aku menutup
pintu. Tiba-tiba matu kabur. Aku terus terjatuh. Bila kubuka mata , aku melihat ayah dan ibu berada di
sampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah pergi.
Karangan Jenis Fakta / Rencana
• ditulis dalam bentuk format biasa
• karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
• jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
• fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk ”Tuliskan apa yang kamu tahu
tentang burung… Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai burung yang murid sukai atau
.
burng peliharaan murid.
• pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
• senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
• setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi
• pastikan anda dapat menyediakan 4 isi
• kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi
• setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata
yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
• masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
• setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
• gunakan bahasa yang tepat, usah leret -leret.
Soalan
Tuliskan sebuah karangan tentang ’Penggunaan Komputer“.
Rangka Karangan :
Pendahuluan - alat komunikasi rekaan sains
- penggunaannya meluas
Perenggan ke-2 - digunakan di pejabat-pejabat
- menyimpan data-data
- menjalankan tugas dengan cepat
Perenggan ke-3 - pengunaan komputer di pusat-pusat perubatan
- mengesan penyakit
- membantu mengesan penyakit
Perenggan ke-4 - pengunaan komputer dalam pelajaran
- mengajar Matematik, Sains dan Bahasa
Penutup - keuntungan menggunakan komputer
- jimat masa dan wang
- bantu manusia menyelesaikan masalah yang sukar
Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sinas. Penggunaannya begitu meluas
dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang.
Komputer sering digunakan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta. Ia berfungsi sebagai alat untuk
menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer , kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan
cepat dan tepat.
Pusat-pusat perubatan juga menggunakan komputer bagi mengesan sesuatu penyakit. Dengan
penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja. Komputer dapat membantu
menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.
Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanya kan sekolah menggunakan komputer
untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik dan sebagainya.
Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa
dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar di selesaikan oleh akal manusia.
Tajuk : Banjir
Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya negeri -negeri Pantai
Timur. Bajir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti -henti selama beberapa hari.
Biasanya banjir melanda kawasan-kawasan yang rendah dan berhampiran sungai. Apabila najir
melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang ternakan dan tanaman akan mati. Para petani akan
mengalami kerugian besar.
Banjir juga mengancam manusia. Kita tidak boleh bermain dengan air banjir kerana alirannya yang
deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika tidak tahu berenang , kita akan mati lemas.
Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke
tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
Tajuk : ” Kepentingan Kenderaan …
Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada
pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat. Kenderaan ini di gerakkan oleh enjin
yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia.
Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangku tan . Ini
termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan yang
digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi, motorsikal
dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan seba gainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal terbang dan
helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.
Kenderaan mambolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu
memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan ianya
membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi
ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.
Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat -syarikat perniagaan amat
bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka. Dengan adanya
kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang perindusrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan
ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wuju dlah pembangunan.
Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama. Dengan
menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki kapal terbang
dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke sana hanyalah empat puluh lima
minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.
Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya
kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat d an cepat.
Tip :
Isi karangan berbentuk fakta adalah senang dicari secara peta minda.
Karangan Jenis Perbincangan
1. Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak iaitu sesuatu isu dan persoalan.
2. setelah mengemukakan pengenalan ( maks ud atau definisi tajuk )
3. perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik atau buruk, tetapi pendapat menjurus ke arah
tajuk
4. tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4 isi )
5. setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting d idahulukan )
6. kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu penghujahan yang benar dan logik )
7. setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup ( berupa penegasan terhadap tajuk ).
Tinggal di kampung lebih baik tinggal di bandar.
Pendahuluan :
n ulasan kamu mengenai tempat tinggal kamu
n pilihlah yang mana sesuai
isi
i. alam sekitar
n udara , bunyi , air
ii. jimat perbelanjaan
n sumber makanan yang murah dan segar
iii. hidup berjiran
n tolong-menolong , bekerjasama
iv. suasana lebih aman
n jauh daripada kesibukan , jenayah , kecurian
Penutup
penegasan kepada tajuk
Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan
kecantikan alam semulajadi yang tidak terdapat di bandar.
Saya suka tinggal di kampung keran adi sini terdapat pokok -pokok yang menghijau , burung-burung
berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya
bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu ti nggal di kampung lebih sihat daripada
tinggal di bandar.
Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar dan
air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan
sayur-sayuran yang segar.
Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong , bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara
satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri dari pengaruh -pengaruh
yang boleh merosakkan dan menjatuhka n moral.
Suasana yang tenteram dan damai , udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa
menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.
Tajuk : Bincangkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen.
Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Alat
perhubungan ini amat popular pada masa kini.
Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan pelbagai peristiwa
yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain.
Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita
akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut.
Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa di depan televisyen
terutamanya pelajar-pelajar. Mereka lebih suka menghabiskan masa di depan televisyen tanpa
menghiraukan pelajaran.
Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas -batas kerana
televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.
Karangan Jenis Laporan.
• Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat.
• Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.
• Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir -butir yang
munasabah atau lojik.
• Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan,
perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.
• Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan
aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
• Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap
pembelajaran.
• Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.
• Gunakan bahasa yang ringkas dan padat
Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris.
atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah -tengah.
Boleh ditulis dalam dua barid jika tajuk tertalu panjang.
Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terskhir.
Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.
Tandatangan pelapor Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.
Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di
hujungnya .
Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili
Contoh Karangan Laporan.
Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda.Anda dikehendaki
menyediakan laporan tentang kegiatan -kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan
laporan itu selengkapnya.
Rangka:
1.Pendahuluan:
penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang
b) ceramah -pensyarah dari USM
c) gotong-royong-membersihkan kawasan sekolah
d) lawatan ke Taman Ular
3.Penutup
-berterima kasih kepada guru penasihat.
KARANGAN
Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau .
Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota -anggota persatuan ini berjumlah
60 orang.Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam.Persatuan ini dibentuk untuk
meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sa ins dan Matematik.Selain itu ,melalui
persatuan ini,pelajar dapat bertukar -tukar pendapat tentang pelajaran masing -masing.
Persatuan ini telah menjalakan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan -kegiatan tersebut
berbentuk akademik dan bukan akademik.Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah … Peraduan Menulis
Esei Tentang Sains… .Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan.
Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh
pensyarah dari Universiti Malaysia.Selain itu ,kami turut mengadakan gotong -royong membersihkan kawasan
sekolah.Kami memeperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan
menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat.
Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh
pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan -kegiatan yang kami jalankan .Kami juga
berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada
kami.
Disediakan oleh, 25 Januari 1996
Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau,Jerteh,Terengganu.
- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] tajuk / perkara ( jika tiada - tolak 1 markah )
b] nama pelapor ( jika tiada - tolak 1 markah )
- boleh ditulis dalam bentuk karangan biasa / catatan
Tajuk : Sekolah anda telah mengadakan Kempen Penggunaan Bahasa Baku. Anda sebagai setiausaha
Badan Pengawas Sekolah diminta membuat laporan tersebut.
LAPORAN KEMPEN PENGUNAAN BAHASA BAKU
Pada 15 hingga 22 Febuari 1997 , Sekolah Kebangsaan Darau telah mengadakan Kempen
Penggunaan Bahasa Baku. Kempen ini telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Besut , Encik
Ahmad Harif.
Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meluaskan pengunaan ba hasa baku di kalangan murid-
murod. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar mendalami bahasa
kebangsaan.
Sempena kempen ini, pelbagai acara menarik telah dijalankan. Bagi murid -murid Tahun 4, 5 dan 6
pertandingan syarahan, perbahasan, mengarang esei telah dianjurkan. Manakala bagi murid -murid Tahun 1,
2, dan 3 pula diadakan pertandingan membaca sajak dan bercerita.
Pada hari penutup, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kesyukuran kerana kempen ini telah berjalan
dengan lancar. Para pemenang setiap pertandingan telah diberi hadiah berupa wang tunai dan sijil
penghargaan.
Disediakan oleh,
Osman
( OSMAN BIN JUSOH )
Setiausaha,
Badan Pengawas,
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh.
Karangan Jenis Surat Rasmi
Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :
a. memohon pekerjaan


Use: 0.026