• KOLEKSI PROSEDUR KERJA


  •   
  • FileName: suk_perumahan.pdf [read-online]
    • Abstract: KOLEKSI PROSEDUR KERJAPEJABAT SETIAUSAHAKERAJAAN JOHOR(BAHAGIANPERUMAHAN )PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 1 KOLEKSI PROSEDUR KERJAPINDAHMILIK RUMAH DAN KEDAI KOS RENDAH / KOS SEDERHANA

Download the ebook

KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PEJABAT SETIAUSAHA
KERAJAAN JOHOR
(BAHAGIAN
PERUMAHAN )
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 1
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PINDAHMILIK RUMAH DAN KEDAI KOS RENDAH / KOS SEDERHANA
RENDAH/ KOS SEDERHANA
PENGENALAN
Pemilik-pemilik Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah yang
berkelayakan boleh membuat permohonan untuk pindahmilik.
KUASA YANG MELULUSKAN
Ketua Penolong Setiausaha / Penolong Setiausaha Bahagian Perumahan
BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh diperolehi secara percuma daripada :
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan
2. Pejabat Daerah Kluang, Pejabat Daerah Batu Pahat, Majlis Perbandaran
Muar, Majlis Daerah Segamat dan Majlis Daerah Mersing.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 2
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENUKARAN
MILIK RUMAH & KEDAI KOS RENDAH / RUMAH & KEDAI
SEDERHANA RENDAH SWASTA SERTA KERAJAAN
1. Borang permohonan pindahmilik (penjual) serta Borang PSU(P) : 1/2004
( pembeli).
2. Dokumen-dokumen sokongan.
Penama Pertama / Penjual
a) Kad pengenalan penjual
b) Salinan Hakmilik Tanah / Strata (tercatat nama pemilik).
c) Surat kelayakan Menduduki Bangunan (C.F.O) & cukai pintu terkini.
d) Perjanjian Jual Beli antara pemilik asal dengan pemaju / surat tawaran
dari Pejabat Perumahan / surat kelulusan pindahmilik (bagi pindahmilik
kali kedua atau seterusnya).
e) Bukti pemilikan harta lain suami dan isteri (Salinan Hakmilik / Perjanjian).
Bayaran pendaftaran RM5.00. (wang pos atau tunai).
Penama Kedua / Pembeli
a) Kad Pengenalan Suami dan Isteri.
b) Surat beranak (sekiranya ada hubungan keluarga).
c) Sijil Perkahwinan / Cerai / Kematian
d) Slip Gaji, Surat Pengesahan Majikan, Penyata KWSP/ Borang EA/
Borang J bagi pemohon dan pasangan.
e) Lesen perniagaan & akaun semasa perniagaan 3 bulan (sekiranya
berniaga).
f) Pemohon berumur melebihi 50 Tahun & Tiada Pekerjaan (Sertakan bukti
kemampuan bayaran sebagai contoh salinan buku akaun) .
g) Akuan Sumpah mengesahkan pernyataan `Tempat Kelahiran & Tiada
Memiliki Harta Di Negeri Johor / Malaysia`.
* Dokumen-dokumen sokongan disertakan dalam bentuk fotostat.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 3
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PINDAHMILIK
1. WARGANEGARA MALAYSIA.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Berkahwin/ Duda/ Janda/ Bujang dan bekerja.
4. Pemilikan rumah telah melebihi 5 tahun.
Rumah Kos Rendah
Pendapatan maksima sebulan suami-isteri
a) Kategori RM25,000 - RM2,500
b) Kategori RM30,000 - RM3,000
Rumah Kos Sederhana Rendah
Pendapatan maksima sebulan suami-isteri
a) Kategori RM50,000 - RM3,500
b) Kategori RM80,000 - RM4,500
Kedai Kos Sederhana Rendah
Pendapatan maksima sebulan suami-isteri RM150,000 - Tiada had
Kedai Kos Rendah
Pendapatan maksima sebulan suami – isteri - RM5,000 sebulan
Alamat Surat Menyurat :
Ketua Penolong Setiausaha,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan),
Aras Bawah (G) & 1, Parcel C3S, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri,
79000 Nusajaya, Johor Bahru
Tel : 07-2666260
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 4
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PROSES PINDAH MILIK RUMAH KOS RENDAH/ RUMAH KOS SEDERHANA
RENDAH/ RUMAH AWAM KOS RENDAH
1. Pemohon majukan permohonan lengkap.
2. Borang permohonan didaftarkan.
3. Semakan pendaftaran / pemilikan rumah, borang permohonan dan
dokumen sokongan.
4. Rujuk KPSU / PSU untuk pertimbangan
5. Sedia surat kelulusan atau penolakan :
* Sekiranya permohonan ditolak pemohon boleh mengemukakan rayuan
dalam tempoh 6 bulan.
RAYUAN PINDAH MILIK RUMAH KOS RENDAH/ RUMAH KOS
SEDERHANA RENDAH/ RUMAH AWAM KOS RENDAH
1. Pemohon majukan surat rayuan.
2. Rekod dalam buku dan dapatkan dokumen asal.
3. Sediakan memo kepada PSU / KPSU / YB.Exco Perumahan
4. Sediakan surat kelulusan atau penolakan.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 5
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LELONGAN AWAM
1. WARGANEGARA MALAYSIA.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Berkahwin/ Duda/ Janda/ Bujang.
DOKUMEN SOKONGAN BAGI PROSES LELONGAN AWAM
1. Kad pengenalan suami isteri, surat nikah atau perakuan pendaftaran
perkahwinan.
2. Slip gaji, pengesahan majikan dan penyata KWSP.
3. Memorandum kontrak lelongan awam yang diakui sah.
4. Hakmilik / hakmilik strata.
(Bagi unit bertingkat yang belum dikeluarkan hakmilik strata sertakan
Deed Assignment)
5. Cukai pintu terkini.
* Dokumen-dokumen sokongan disertakan dalam bentuk fotostat.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 6
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PROSES PERMOHONAN
Terima permohonan lelongan awam daripada syarikat
1 guaman melalui surat.
2 Borang permohonan didaftarkan
3 Semak dokumen
4
Sediakan surat kelulusan ditandatangani oleh Penolong
Setiausaha
* Bagi permohonan lelongan awam daripada kaum Melayu kepada kaum
lain, memo perlu ditandatangani oleh Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Perumahan.
DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PROSES PEMBATALAN PINDAHMILIK
1. Surat permohonan secara bertulis serta alasan.
2. Surat kelulusan asal penjual dan pembeli.
PROSES PERMOHONAN
1 Terima permohonan pembatalan melalui surat
2 Rekod, semak dokumen serta alasan pembatalan
3 Sediakan surat kelulusan pembatalan
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 7
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PERMOHONAN DAN PENAWARAN BAGI RUMAH AWAM KOS RENDAH
KERAJAAN (END FINANCING)
PENGENALAN
Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) adalah rumah-rumah yang dibina oleh
Jabatan Perumahan Negara yang kemudiannya di serah kepada Kerajaan
Negeri Johor untuk dijual kepada orang awam yang berpendapatan rendah dan
berkelayakan. Pembiayaan bagi pembeli-pembeli diperolehi melalui pinjaman
daripada institusi-institusi kewangan.
KUASA YANG MELULUSKAN
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya
dan Kemudahan Awam Negeri Johor / Ketua Penolong Setiausaha / Penolong
Setiausaha Bahagian Perumahan
BORANG PERMOHONAN
1. Borang permohonan PSU (P) 1/2004 boleh diperolehi secara percuma
daripada Pejabat Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perumahan dan
Cawangan Pejabat Perumahan di Daerah Muar, Batu Pahat, Kluang,
Segamat dan Mersing.
2. Permohonan perlu disertakan surat sokongan daripada UMNO, MCA dan
MIC di peringkat Bahagian.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 8
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
i) Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
ii) Salinan surat beranak pemohon dan tanggungan.
iii) Bukti pendapatan pemohon dan pasangan.
iv) Salinan Sijil nikah / perkahwinan (jika berkahwin).
v) Surat Akuan Sumpah pemohon.
SYARAT -SYARAT
i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur 18 tahun dan ke atas.
iii) Pendapatan :-
Kategori RM25,000 - Pendapatan maksima tidak lebih RM2,000.00 sebulan.
Kategori RM30,000 - Pendapatan maksima tidak lebih RM3,000.00 sebulan.
iv) Bujang layak memohon.
v) Tidak memiliki rumah / tanah di Malaysia.
vi) Satu permohonan bagi setiap pasangan suami / isteri (kecuali mereka
yang beristeri lebih dari seorang).
BAYARAN
Bayaran proses pendaftaran RM5.00. Pendaftaran sah untuk tempoh 5 tahun.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 9
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PROSES PERMOHONAN
Pemohon mengemukakan borang permohonan lengkap berserta dokumen
1 sokongan.
Permohonan di semak untuk menentukan kelayakan dan selaras dengan
2 dokumen yang dilampirkan.
Permohonan didaftarkan di dalam Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) mengikut
3 kategori dan zon pilihan sendiri dan seterusnya dikenakan bayaran proses.
Senarai nama pemohon dirujuk kepada Penolong Setiausaha untuk
4 persetujuan dipanggil temuduga.
Pemohon dipanggil untuk temuduga mengikut tarikh, hari, waktu dan tempat
5 yang ditetapkan oleh Pegawai Perumahan.
Pemohon yang dipanggil temuduga hendaklah membawa bersama dokumen
6 asal dan salinannya sekali.
Sistem pemarkahan diberi selepas temuduga
7
Laporan temuduga dirujuk kepada Penolong Setiausaha untuk dipersetujui
8 /ditolak dan seterusnya dirujuk Ketua Penolong Setiausaha bagi keputusan.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 10
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
Senarai nama pemohon yang berjaya diperaku kepada Y.B. Pengerusi
9 Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan
Awam Negeri Johor untuk kelulusan.
Sijil Layak Memiliki Rumah dikeluarkan kepada yang berjaya / surat penolakan
10
kepada pemohon yang gagal.
Pemohon yang berjaya dikehendaki membayar di Kaunter Hasil Pejabat
11 Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Perumahan wang pendahuluan
sebanyak 10% daripada harga rumah.
Membuat surat perjanjian jual beli dan menguruskan pinjaman dengan mana-
12 mana institusi kewangan melalui peguam yang dilantik.
Kunci rumah diserahkan setelah pinjaman diluluskan dan bayaran baki
13 pembelian rumah diterima oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan.
RAYUAN
1. Terima permohonan rayuan daripada pemohon yang tidak berjaya.
2. Buat memo kepada PSU / KPSU / YB.
3. Sediakan Sijil Layak Memiliki Rumah kepada pemohon berjaya.
4. Surat tolak bagi yang tidak berjaya.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 11
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PERMOHONAN TABURAN KETENTUAN LOT BUMIPUTERA BAGI RUMAH,
KEDAI DAN BANGUNAN PERDAGANGAN KOS SEDERHANA/MEWAH.
PENGENALAN
Dasar Kerajaan Negeri menetapkan supaya kuota tertentu diperuntukkan
kepada Bumiputera bagi jualan setiap kategori Rumah/Kedai dan Bangunan
Perdagangan. Kuota yang diperuntukkan kepada Bumiputera kemudiannya
dijual dengan harga diskaun 15%. Bagi menentukan kuota-kuota ini pemaju
perlu mengemukakan permohonan taburan yang akan proses oleh Bahagian
Perumahan.
KUASA YANG MELULUSKAN
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perumahan Johor.
BORANG PERMOHONAN
Borang Permohonan boleh diperolehi secara percuma daripada :
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan Johor.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 12
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
i. (1) salinan Surat Kelulusan Serah balik dan Kurnia Semula daripada
Pengarah Tanah dan Galian Johor mengandungi maklumat :-
- Jenis bangunan dan jumlah unit dibina
- Peratus taburan bagi Bumiputera
- Syarat Nyata
ii. (1) salinan Pelan Leaut yang telah diluluskan oleh :-
- Pengarah Perancang Bandar Dan Desa
- Majlis Daerah/Pejabat Tanah Daerah
- Pengarah Tanah Dan GaliaN
iii. Resit Premium/Notis 5A – 1 Salinan
iv. 4 salinan Pelan Pra Hitung (Pre-Comp) yang telah siap diberi Nombor
Lot/PTD/PTB dan sebagainya.
- Kelulusan PTG/Tandatangan Tuan Tanah/Juruukur.
- Anggaran harga jualan bagi jenis rumah terlibat.
PROSES PERMOHONAN
1 Pemohon majukan dokumen lengkap.
2 Permohonan didaftarkan dan diberi nombor rujukan.
3 Ketentuan lot-lot bumiputera dibuat mengikut peratusan
kuota.
Setelah diperakukan, dirujuk kepada Ketua Penolong
4 Setiausaha untuk diluluskan.
Surat kelulusan berserta Pelan Taburan yang telah
di tanda diedarkan kepada :-
5 - Pemaju
- Pengarah Tanah Dan Galian, Johor
- Pentadbir Tanah Daerah yang berkaitan
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 13
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
CONTOH BORANG
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 14
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
(BAHAGIAN PERUMAHAN)
ARAS BAWAH (G) & 1, PARCEL C3S,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI JOHOR,
79000 NUSAJAYA, JOHOR BAHRU
TEL : 07-266 6260 FAKS : 07-266 1512
Borang Permohonan Taburan
Lot – Lot Bumiputera Kategori
Rumah Kos Sederhana / Kedai / Industri
1. Nama Pemaju : ..............................................................................
2. Alamat : ..............................................................................
3. Projek / Taman : ..............................................................................
4. Mukim : ..............................................................................
5. Daerah : ..............................................................................
6. Tarikh Kelulusan SBKS : .....................................................................
7. Maklumat Bangunan / Lot :-
Jenis Bangunan / Lot Bilangan Unit
1) RUMAH TERES (20’ X 70’) 60 UNIT
2) KEDAI PEJABAT (22’ X 70’) 52 UNIT
......................................................
Tandatangan Pemohon / Pemaju
___________________________________________________
KEGUNAAN PEJABAT :
......................................................................................................
......................................................................................................
......................................................................................................
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 15
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PERMOHONAN MEMBELI HARTANAH
KOS SEDERHANA / MEWAH LOT BUMIPUTERA
SKOP
Kerajaan Negeri Johor dalam usaha menjaga kepentingan pemilikan hartanah
kos sederhana / mewah golongan Bumiputera telah mewujudkan Unit
Bumiputera di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Perumahan,
Johor Bahru. Unit ini berperanan memasarkan jualan hartanah kos sederhana
dan mewah bagi kuota bumiputera dengan mengeluarkan surat tawaran
kepada pemohon.
KUASA YANG MELULUSKAN PERMOHONAN
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perumahan Johor
BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Setiausaha
Kerajaan Johor, Bahagian Perumahan.
DOKUMEN YANG DIPERLU DISERTAKAN
Salinan Kad Pengenalan pemohon / pasangan.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 16
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PERMOHONAN MEMBELI KEDAI / RUMAH KOS SEDERHANA LOT
BUMIPUTERA
PROSES PERMOHONAN
Terima pertanyaan pembelian dan semak di keratan iklan akhbar
1
bagi memastikan projek tersebut telah disenaraikan
2 Semak dan pastikan unit yang dipohon masih kosong.
3 Serahkan borang permohonan untuk diisi pemohon.
Pemohon majukan permohonan lengkap dengan sokongan
4 dokumen salinan kad pengenalan.
Daftar nama pemohon untuk lot yang dipilih melalui sistem
5 kemasukan data berkomputer dan catat tarikh tawaran di dalam
buku rekod tawaran.
6 Cetak surat tawaran dan dapatkan tandatangan pegawai yang
diberi kuasa untuk menandatangani surat.
7 Serahkan salinan asal surat tawaran kepada pembeli, salinan
kedua kepada pemaju dan salinan ketiga untuk salinan pejabat.
8 Pemohon hendaklah berurusan dengan pemaju bagi urusan
bayaran 10% serta lain-lain urusan yang berkaitan.
**Surat tawaran hanya sah selama 1 bulan. Pemohon boleh memohon
lanjutan sebanyak 2 kali iaitu 14 hari pertama dan 14 hari kali kedua jika
permohonan pinjaman di dalam proses.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 17
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
TAFSIRAN SYARAT KELAYAKAN BUMIPUTERA:-
1. Tafsiran kaum bumiputera adalah sebagaimana berikut:-
1.1 Orang Asli merupakan penduduk tertua tetapi hanya sebahagian
masih wujud di Semenanjung Malaysia. Mereka terdiri daripada
Negrito, Senoi dan Melayu Proto.
1.2 Orang Melayu membentuk etnik terbesar di Semenanjung manakala
di Sabah dan Sarawak merupakan kaum minoriti. Mereka berasal dan
telah menetap di sini sejak 1850 dan terdiri dari keturunan Jawa,
Banjar, Bugis dan Minangkabau. Percampuran yang pantas ke dalam
masyarakat Melayu adalah kesan daripada ciri-ciri budaya yang sama
serta mempunyai perikatan persaudaraan dalam Islam.
1.3 Orang Peribumi pula merupakan bumiputera yang bukan Islam yang
mengandungi kumpulan etnik yang bermastautin di Sabah dan
Sarawak.
1.4 Mengenai Sarawak, seseorang warganegara dan ianya adalah
seorang dari mana-mana satu kaum yang dinyatakan dalam Fasa 1
(17) sebagai kaum asli negeri itu atau ianya adalah seorang
berketurunan campuran yang berasal hanya daripada kaum-kaum itu
iaitu Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut(Iban), Dayak Darat
(Bidayuh), Kadayan, Kalbit, Kayan (termasuk Sabup dan Sipeng),
Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan
Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Punan, Penan, Sian,
Tagal, Tabun dan Ukit.
1.5 Mengenai Sabah, seseorang warganegara dan ianya adalah anak
atau cucu kepada seseorang dari suatu kaum asli Sabah dan telah
lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas hari Malaysia) di Sabah
atau bapanya pada masa ia lahir itu adalah berdomisil di Sabah.
Manakala mengikut takrifan Buku Malaysia Kita, ianya terdiri daripada
kaum Kadazan, Bajau Laut, Bajau Darat, Dusun, Murut, Lun Dayeh,
Bisayah, Kadayan. Orang Sungai, Suang Latut, Brunei yang menetap
di kawasan Bangawan – Papar, Idahan, Ilanun, Kwijau, Lotud,
Mangkalan, Maragang, Minokok, Murut, Paitan, Ramahau, Rungus,
Sino – Native, Sulu, Tambanuo dan Tidong.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 18
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
2. Bagi mana-mana warganegara Malaysia yang bukan bumiputera tetapi
berkahwin dengan bumiputera layak diberi kelonggaran untuk mendapat lot
rumah bumiputera.
3. Anak angkat yang sah (yang memiliki Sijil Anak Angkat) kepada Bumiputera
adalah layak diperakukan.
4. Bagi kaum bukan bumiputera yang mengamalkan budaya Melayu atau yang
beragama Islam atau yang memperolehi kemudahan pelaburan di bawah
Skim ASB/ASN seperti kaum Portugis, Siam Malaysia dan India Muslim
(tanpa percampuran melalui perkahwinan dengan bumiputera) tidak layak
mendapat kemudahan lot rumah bumiputera.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 19
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PERMOHONAN PELEPASAN LOT BUMIPUTERA KEPADA AWAM
WARGANEGARA MALAYSIA
PENGENALAN
Sebagai usaha meringankan beban pemaju yang tidak dapat menjual lot-lot
peruntukkan Bumiputera, pihaknya diberi kelonggaran memohon pelepasan
bagi unit yang tidak terjual dengan syarat mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan. Langkah ini bertujuan mengelakkan pemaju daripada menghadapi
kerugian akibat kekurangan aliran tunai.
KUASA YANG MELULUSKAN
Y.B Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam / Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perumahan.
BORANG PERMOHONAN
Borang Permohonan boleh diperolehi secara percuma daripada :
Unit Bumiputera, Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan, Johor.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 20
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PERMOHONAN PELEPASAN LOT BUMIPUTERA KEPADA AWAM
WARGANEGARA MALAYSIA
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pemaju telah mendaftar melebihi 6 bulan dari tarikh Perjanjian
Tambahan.
2. Status Pembinaan telah melebihi 50% mengikut pengesahan Arkitek.
3. Pemaju telah mengiklankan jualan rumah /kedai/ bangunan
perdagangan di projeknya sekurang-kurangnya 2 kali dalam surat khabar
utama selang (1) bulan di antara kedua iklan.
4. Menjelaskan dahulu Bayaran Perkhidmatan tertunggak sebanyak RM
1000.00 (sekiranya ada) bagi setiap unit jualan selepas (5) unit pertama.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 21
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
PERMOHONAN PELEPASAN KALI PERTAMA.
1. Borang Permohonan Pelepasan.
2. Laporan Jualan Lot Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang terkini.
3. Keratan iklan promosi jualan di akhbar utama.
4. Pengesahan Arkitek mengenai laporan kemajuan pembinaan. Salinan
hendaklah disahkan oleh arkitek pemaju. Sekiranya telah siap,
pengesahan dibuktikan melalui Sijil Layak Menduduki Bangunan (CFO)
yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
5. (1) salinan pelan taburan Lot Bumiputera yang telah diluluskan (saiz A3).
6. Bayaran perkhidmatan.
PERMOHONAN PELEPASAN KALI KEDUA DAN BERIKUTNYA.
1. Surat / Borang Permohonan Pelepasan .
2. Laporan Jualan Lot Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang terkini
3. Pengesahan Arkitek mengenai progres pembinaan. Salinan hendaklah
disahkan oleh arkitek pemaju. Sekiranya telah siap, pengesahan
dibuktikan melalui Sijil Layak Menduduki Bangunan (CFO) yang
dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
4. (1) salinan pelan taburan Lot Bumiputera yang telah diluluskan (saiz A3).
5. Bayaran Perkhidmatan.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 22
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PROSES PERMOHONAN PELEPASAN LOT BUMIPUTERA KEPADA
AWAM WARGANEGARA MALAYSIA.
PERMOHONAN PELEPASAN KALI PERTAMA
1. Pemohon majukan permohonan lengkap.
2. Permohonan didaftarkan
3. Permohonan dirujukkan kepada KPSU untuk pertimbangan.
4. Draf Ringkasan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan
Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam disediakan.
5. Kertas Ringkasan Mesyuarat dimajukan ke Pejabat Setiausaha Kepada
Jawatankuasa-jawatankuasa bagi pertimbangan Jawatankuasa
Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam.
6. Terima Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan
Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam.
7. Surat pelepasan disediakan dan diserahkan kepada pemohon melalui
pos.
PERMOHONAN PELEPASAN KALI KEDUA DAN BERIKUTNYA
1. Pemohon majukan permohonan lengkap.
2. Permohonan didaftarkan.
3. Memo disediakan bagi semakan dan tandatangan KPSU.
4. Memo diserahkan kepada Y.B Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,
Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam bagi
pertimbangan.
5. Terima Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan
Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam.
6. Surat pelepasan disediakan dan diserahkan kepada pemohon melalui
pos.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 23
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
SISTEM PENDAFTARAN TERBUKA DAN PROSEDUR KERJA
PENAWARAN RUMAH / KEDAI KOS RENDAH / KOS SEDERHANA
RENDAH
SKOP
Di dalam penawaran Rumah/Kedai Kos Rendah/Sederhana Rendah kepada orang
awam. Kerajaan Negeri mengamalkan cara Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) dan
pemarkahan terkumpul untuk menentukan kelayakan dan kedudukan (ranking)
pemohon.
KUASA MELULUSKAN
Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya Dan Kemudahan
Awam Negeri Johor.
BORANG PERMOHONAN
Borang PSU (P) : 1/2004
Borang ini boleh didapati secara percuma di Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian
Perumahan termasuk cawangan di daerah Batu Pahat, Muar, Mersing, Kluang,
Segamat dan di Plaza Angsana Johor Bahru.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
i) Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
ii) Salinan surat beranak pemohon dan tanggungan.
iii) Bukti pendapatan pemohon dan pasangan.
iv) Salinan Sijil nikah / perkahwinan (jika berkahwin).
v) Surat Akuan Sumpah pemohon.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 24
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
SYARAT LAYAK PEMOHON
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 18 tahun dan ke atas.
iii. Pendapatan :-
Rumah
Kategori 1 & 2 - Pendapatan maksima tidak lebih RM2,000.00 sebulan.
Kategori 3 & 4 - Pendapatan maksima tidak lebih RM3,000.00 sebulan.
Kategori 5 - Pendapatan maksima tidak lebih RM3,500.00 sebulan.
Kategori 6 - Pendapatan maksima tidak lebih RM4,500.00 sebulan.
Kedai
Pendapatan maksima tidak lebih RM5,000.00 sebulan
iv. Bujang layak memohon.
v. Tidak memiliki rumah / tanah di Malaysia kecuali Rumah Kos Rendah kategori 1
hingga 4 (RM25,000 / RM28,000 / RM30,000 dan RM35,000 ) 3 bilik dengan
pemilikan 5 tahun dan ke atas.
vi. Satu permohonan bagi pasangan suami / isteri kecuali mereka yang beristeri lebih
daripada seorang.
BAYARAN
Bayaran proses pendaftaran RM5.00. Pendaftaran sah untuk tempoh 5 tahun.
SISTEM MARKAH
Semua pemohon yang didaftarkan dan layak akan diberi markah mengikut kriteria di
bawah. Keutamaan pengeluaran Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) akan diberikan
kepada pemohon mengikut ranking berasaskan markah tertinggi yang dikumpulkan.
a. Taraf Perkahwinan
i) Selain bujang 50
ii) Bujang 45
b. Pekerjaan
i) Bekerja 50
ii) Tidak bekerja 30
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 25
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
c. Pendapatan – Kategori 1 & 2
i) Kurang daripada RM600 40
ii) RM601 hingga RM1,000 45
iii) RM1001 hingga RM2,000 50
Pendapatan – Kategori 3 & 4
i) Kurang daripada RM2,000 40
ii) RM2,001 hingga RM2,500 45
iii) RM2,501 hingga RM3,000 50
Pendapatan – Kategori 5
i) Kurang daripada RM2,000 40
ii) RM2,001 hingga RM3,000 45
iii) RM3,001 hingga RM3,500 50
Pendapatan – Kategori 6
i) Kurang daripada RM3,000 40
ii) RM3,001 hingga RM3,500 45
iii) RM3,501 hingga RM4,500 50
d. Saiz Keluarga / Tanggungan
i) 5 orang 50
ii) 3 orang hingga 4 orang 45
iii) 1 orang hingga 2 orang 40
iv)
e. Umur
i) 31 hingga 50 tahun 50
ii) 21 hingga 30 tahun 45
iii) 51 dan ke atas 40
f. Lama Memohon
i) 5 tahun dan ke atas 50
ii) 3 hingga 4 tahun 45
iii) 1 hingga 2 tahun 40
iv) Kurang 1 tahun 35
v)
g. Jenis Kediaman
i) Setinggan 50
ii) Menyewa 45
iii) Menumpang 40
iv) Rumah Majikan 35
h. Tolak Tawaran
i) Pertama -50
ii) Kedua -75
iii) Ketiga -100
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 26
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PROSES PERMOHONAN
Pemohon mengemukakan borang permohonan lengkap dengan
1 dokumen sokongan.
Permohonan disemak untuk menentukan kelayakan dan maklumat
2 di beri adalah benar atau selaras dengan dokumen yang dilampirkan.
Permohonan didaftarkan di dalam Sistem Pendaftaran Terbuka
3 (SPT) mengikut kategori dan zon pilihan sendiri dan seterusnya
dikenakan bayaran proses.
Permohonan yang layak menjalani proses pemarkahan mengikut
4 kriteria yang ditetapkan.
Apabila terdapat unit / lot rumah yang belum terjual di dalam sesuatu
zon, pemohon yang layak berasaskan kedudukan (ranking) markah
5 tertinggi, yang memilih zon yang berkenaan akan dipanggil ke
Pejabat Perumahan untuk memilih unit yang hendak dibeli. Sijil
Layak Memiliki Rumah (Sijil Sah bagi tempoh 1 bulan dan boleh
dibaharui jika perlu ) di mana tercatit nombor lot dan nama projek
tersebut akan dikeluarkan kepada pemohon.
Seterusnya pemohon akan berurusan dengan pihak pemaju untuk
6 tujuan pembayaran deposit 10 %, institusi kewangan untuk urusan
pinjaman danpeguam untuk tujuan perjanjian jualbeli dan
pindahmilik tanah.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 27
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PERMOHONAN DAN PENAWARAN RUMAH SEWA /
SEWA BELI KERAJAAN NEGERI JOHOR
PENGENALAN
Kerajaan Negeri dalam usaha menyediakan kemudahan asas untuk golongan
berpendapatan rendah, antara lain telah membina banyak rumah pangsa dan rumah awam
kerajaan di seluruh negeri Johor untuk disewakan / dibeli kepada mereka yang
berkelayakan. Rumah Sewa beli terdapat di semua daerah di Negeri Johor. Manakala
Rumah Pangsa untuk disewa kini terdapat di daerah Johor Bahru, Kluang, Segamat dan
Batu Pahat.
KUASA YANG MELULUSKAN
Ketua Penolong Setiausaha / Penolong Setiausaha Bahagian Perumahan.
BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati secara percuma daripada :
i) Pejabat Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perumahan Johor termasuk Pejabat
Cawangan Perumahan di daerah Batu Pahat,Muar,Mersing,Kluang, Segamat.
ii) Bagi borang rumah sewa terdapat di Pejabat Daerah Kluang, Batu Pahat dan
Pejabat Majlis Daerah Segamat.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 28
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
i. Salinan Kad Pengenalan suami dan isteri.
ii. Salinan Sijil Beranak atau Salinan Kad Pengenalan anak-anak.
iii. Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan.
iv. Salinan Surat Cerai ( jika janda / duda).
v. Surat Sumpah tidak memiliki rumah.
vi. Butir-butir pendapatan.
Bagi pemohon bergaji tetap
i. Surat Pengesahan Majikan ( suami dan isteri ) menyatakan jawatan, tarikh mula
berkhidmat dan gaji bulanan diterima.
ii. Slip Gaji terakhir ( suami dan isteri )
iii. Borang EA / Borang J – Cukai Pendapatan jika ada.
Bagi pemohon yang bekerja sendiri
i. Salinan Fotostat Sijil Pendaftaran Perniagaan.
ii. Salinan Fotostat Lesen Perniagaan.
iii. Borang J (Cukai Pendapatan) tiga (3) tahun terakhir.
iv. Surat Akuan Sumpah jenis perniagaan dan pendapatan bulanan.
Dokumen Tambahan Bagi Permohonan Rumah Sewa Beli Kerajaan
i) Surat Permohonan yang menyatakan alamat rumah yang hendak dipohon.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 29
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
SYARAT-SYARAT PEMOHON RUMAH SEWA KERAJAAN
i. Warganegara Malaysia.
ii. Berumur 18 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 50 tahun.
iii. Berkahwin (termasuk janda / duda).
iv. Dilahirkan di Negeri Johor.
v. Bagi kelahiran luar negeri Johor mestilah telah menetap di Negeri Johor tidak
kurang 10 tahun . (Sertakan dokumen berkaitan).
vi. Pendapatan bersama suami dan isteri tidak melebihi RM 1500 sebulan.
vii. Tidak memiliki rumah di Negeri Johor.
viii. Satu permohonan bagi pasangan suami / isteri kecuali lain-lain isteri.
SYARAT KHAS BAGI TAMAN CENDANA II
i. Pendapatan bersama suami isteri antara RM1500 hingga RM2500 sebulan.
SYARAT- SYARAT PEMOHON RUMAH SEWA BELI KERAJAAN
i. Warganegara Malaysia.
ii. Berumur 18 tahun ke atas.
iii. Bujang dibenarkan memohon selain yang telah berkahwin.
iv. Pendapatan bersama suami dan isteri tidak melebihi RM 2000 sebulan.
v. Tidak memiliki rumah atau tapak rumah di Malaysia.
vi. Satu permohonan bagi pasangan suami / isteri kecuali lain-lain isteri.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 30
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PROSES PERMOHONAN
1 Pemohon majukan permohonan lengkap.
2 Permohonan di daftarkan dan diberikan nombor rujukan.
3 Permohonan dirujuk bagi pertimbangan PSU / KPSU untuk
dipanggil temu duga.
Pemohon dipanggil untuk ditemu duga mengikut tarikh, hari,
4 waktu dan tempat yang ditetapkan oleh Pegawai Perumahan.
5 Pemohon yang dipanggil temu duga hendaklah melengkapkan
borang yang dilampirkan dan membawa dokumen
sebagaimana yang dikehendaki.
Laporan temu duga dirujuk kepada KPSU / PSU untuk
6 pertimbangan kelulusan.
Keputusan temu duga dimaklumkan dan Surat Tawaran
7 dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya / Surat Penolakan
kepada pemohon yang gagal.
Pemohon yang berjaya dikehendaki menyempurnakan
perkara-perkara berikut dalam tempoh sepuluh (10) hari dari
tarikh surat dikeluarkan :-
8
i. Membayar Wang Amanah sebanyak dua (2) bulan
mengikut kadar sewa.
ii. Satu (1) bulan sewa bagi bulanan berkenaan.
iii. 3 keping gambar ukuran pasport.
iv. Setem Hasil (RM1.00 X 6 keping)
9 Kunci rumah diserahkan kepada pemohon.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 31
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 32
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 33
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
SYARAT PERMOHONAN DAN SALINAN DOKUMEN YANG
PERLU DISERTAKAN BAGI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT
SALINAN DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN
BIL. KENYATAAN
1. Kad Pengenalan Suami dan Isteri
2. Satu Keping Gambar Pemohon Saiz pasport Borang yang lengkap hendaklah
3. Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Penceraian dikembalikan kepada :
/ kematian.
4. Sijil Beranak atau Kad Pengenalan anak-anak. Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,
5. Bukti pendapatan suami dan isteri yang terbaru (slip (Bahagian Perumahan)
gaji / perakuan majikan / borang J dan cukai Aras Bawah (G) & 1, Parcel C3S,
pendapatan). Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri,
79000 Nusajaya, Johor Bahru
6. Akuan sumpah pekerjaan dan pendapatan bagi
Tel : 07-266 6260
pemohon yang bekerja sendiri.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH PANGSA AWAM
SYARAT ASAS
BIL. KEYATAAN
1. Warganegara Malaysia.
2. Berkahwin (termasuk Duda / Janda).
3. Tidak memiliki rumah atau tanah untuk tapak rumah di Negeri Johor.
4. Satu permohonan bagi pasangan suami/ isteri kecuali lain-lain isteri.
5. Kelahiran di Negeri Johor.
6. Kelahiran di luar Negeri Johor [rujuk syarat tambahan 1 (b)]
7. Berumur 18 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 50 tahun.
SYARAT TAMBAHAN
BIL. KENYATAAN
1. a) Pendapatan bersama suami dan isteri / isi rumah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
b) Tempoh menetap di Negeri Johor tidak kurang 10 tahun. (Sertakan dokumen berkaitan).
2. Permohonan bagi Rumah Pangsa Taman Cendana II, pendapatan bersama suami isteri
dari RM1.500.00 hingga RM2,500.00 sebulan.
Sebarang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
PEJABAT S.U.K (BHG. PERUMAHAN) 34
KOLEKSI PROSEDUR KERJA
Letakan
( BORANG INI DIBERI PERCUMA) gambar
BORANG PERMOHONAN MENYEWA RUMAH PANGSA KERAJAAN ukuran
pasport
BORANG ini hendaklah dibawa ke Pejabat Penolong Setiausaha Cawangan Perumahan /
Pejabat Daerah Kluang /Pejabat Daerah Segamat /Pejabat Daerah Batu Pahat oleh pemohon
sendiri bagi ditandatangani di hadapan pihak berkenaan.(1) keping gambar ukuran pasport
hendaklah dikembarkan.
1. Nama Pemohon :
2. Jantina : Warganegara :
3. No. Kad Pengenalan: Warna


Use: 0.1266